ADAKAH MANUSIA BEBAS
ATAU TIDAK?
Oleh: Kassim Ahmad
19 Jun, 2015
Mengikut enam rukun iman yang diajar
kepada kita oleh teologi tradisional, rukun ke-6 itu percaya kepada qada dan
qadar, iaitu determinisme Tuhan. Anehnya, rukun iman ini berbeza dengan rukun
iman yang terdapat dalam Quran. Dalam Quran (4: 136) rukun yang ke-6 (percaya
kepada qada dan qadar, determinisme Tuhan) tidak ada. Jadi, rukun iman itu lima saja.
Walaupun Tuhan itu Maha Mengetahui,
ini tidak bermakna manusia tidak bebas. Tuhan tahu dari azali segala apa yang
berlaku. Umpamanya, dia tahu saya akan menulis artikel ini pada waktu ini,
tetapi yang tulis itu saya. Kalau saya tidak mahu tulis pun boleh, dan Dia tahu. Jadi, kita tidak harus mengelirukan dua
perkara yang berbeza. Pertama, pengetahuan Tuhan; kedua, perbuatan Tuhan.
Walaupun Dia tahu saya akan tulis artikel ini hari ini, yang tulis itu saya,
bukan Dia. Ini menjadikan manusia bebas. Perbuatannya tidak ditakdirkan. Ramai
orang tidak fahan perkara ini.
Salah satu hujah kaum ateis itu terbit dari pengeliruan antara dua perkara ini. Jika Tuhan
ada dan Dia Maha Berkuasa, mengapa Dia tidak menghalang kejahatan daripada
berlaku? Memang Tuhan mengajar kita supaya tidak melakukan kejahatan, tetapi
kalau Dia juga bertindak menghalang kejahatan yang manusia lakukan, bermaknalah
manusia tidak bebas. Ini bersalahan dengan kehendak-Nya memberi kebebasan
kepada manusia.
Perhatikan apabila Tuhan memberitahu
para malaikat Dia hendak menciptakan seorang khalifah di Bumi, malaikat bantah
dengan berkata, “Adakah Engkau hendak meletakkan di sana seorang yang membuat
kerosakan serta menumpahkan darah, sementara kami bertasbih memuji Engkau dan
mengkuduskan nama-Mu? Jawab-Nya, ‘Aku tahu apa yang kamu tidak tahu.’” (Lihat
Quran, 2: 30)
Nyatalah dialog di atas sebuah
kiasan. Ia tidak berlaku seperti it. Ia mengkiaskan penciptaan manusia sesuatu yang amat hebat,
tetapi lagi amat berbahaya – seolah-olah
Tuhan mempertaruhkan reputasi dan prestij-Nya di situ! Bolehkan manusia
melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang Tuhan berikan kepadanya untuk
memerintah dunia dengan baik? Kalau dia gagal melaksanakan misi yang diberi
oleh Tuhan kepadanya, bagaimana? Bukankah in akan membuktikan kegagalan Tuhan
pula? Dengan segala akibatnya kepada seluruh alam? Siapa akan menyembah-Nya
lagi selepas itu? Tiada siapa boleh membayangkan hal ini. Mesti inilah sebabnya
failasuf Perancis Jean-Paul Sartre dilaporkan berkata, “Man is condemned to be free!”
(Manusia tidak ada pilihan kecuali menjadi bebas!)
Jadi, pengetahuan Tuhan harus
dibezakan dari perbuatan-Nya. Penciptaan alam raya perbuatan Dia. Setelah
manusia lahir di dunia, aktiviti manusia turut membentuk dunia ini.
Ambil frasa “dengan izin Allah”.
Tiada satu pun boleh berlak, kecuali dengan izin Allah. (Quran 10: 100; 6: 59).
Ini bermakna semuanya dalam pengetahuan Dia. Allah izin sesuatu perkara
berlaku, kerana itu sudah termaktub dalam Lohmahfuz
atau pengetahuan Dia, atau jika di alam
manusia, kerana ia dikendaki manusia. Jika Dia tidak izin, maka tidak ada
kebebasan bagi manusia. Maka itu, lahirnya manusia di dunia satu peristiwa yang
besar dan menggerunkan, kerana ia boleh menghancurkan dunia, seperti yang
didakwa oleh malaikat. Tetapi, jawapan ringkas Tuhan kepada bantahan ini: “Aku
lebih tahu daripada kamu.” Yakni, Tuhan optimis tentang manusia.
Di satu lokasi lain, Tuhan menawarkan amanah (memerintah
dunia) kepda langit, bumi dan gunung, dan mereka tidak menerima amanah ini
kerana takut tidak upaya menanggungnya,
tetapi manusia terima, dan Tuhan mengkritik manusi sebagai zalim dan
jahil. (33: 72). Kalau kita bandingkan kritikan Tuhan ini, ia nampaknya
bersalahan dengan optimisme Tuhan terhadap kebolehan manusia yang telah kita sebut di atas. Ini
bermakna kritikan itu tidak mutlak.
Sejarah manusia di bumi menajdi
saksi. Walaupun manusia telah membuat kerosakan dan menumpahkan darah dalam dua
peperangan besar, dia juga telah membina tamadun-tamadun yang hebat silih-berganti,
dan sekarang di ambang kehidupan di angkasa lepas.
Satu soalan: mengapa umat-umat bukan
Islam (Amerika Syarikat dan Rusia) yang telah berjaya menghantar roket ke
angkasa lepas? Jawapannya dalam Quran juga. “Jika kamu beralih< Dia akan
menggantikan kamu dengan kaum lain, dan mereka tidak akan bertindak seperti
kamu.” (47: 38)
No comments:
Post a Comment