Friday, June 26, 2015

UMNO TANGGUH PERHIMPUNAN AGUNG




UMNO TANGGUH PERHIMPUNAN AGUNG

Oleh: Kassim Ahman
27 Jun, 2015

            Dalam satu kenyataan semalam,  Presiden UMNO Najib mengumumkan Majlis Tertinngi UMNO telah menangguh Perhimpunan Agung Tahunannya sehingga 18 bulan untuk menumpu kepada perkhidmatan kepada rakyat, mengurangkan ketegangan dalam parti serta membuat persediaan untuk mengahadapi pilihanraya umum ke-14.
            Soalan yang perlu ditimbulkan oleh ahli UMNO dan rakyat, adakah Perhimpunan Agung menghalang perkara-pekarang yang disebut oleh Najib sebagai alasan penangguhan? Betulkah Perhimpunan Agung akan menghalang perkhidmatan kepada rakyat? Betulkah Perhimpunan Agung akan menghalang persediaan untuk menhadapi pilihanraya umum akan datang? Saya fikir sebaliknya. Perhimpunan Agung akan membaiki semua itu.
            Dalam Perhimpunan Agung, Presiden UMNO dan Perdana Menteri bersama-sama menteri-menteri lain boleh memberi taklimat kepada para wakil dan seterusnya kepada rakyat . Para wakil boleh menegur, bertanya dan memberi cadangan kepada  ahli-ahli MT dan Jemaah Menteri. Ini semua akan membolehkan ahli-ahli MT dan Jemaah Menteri memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada rakyat serta memperkuatkan UMNO untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.
Sebaliknya, penangguhan akan menimbulkan banyak masalah dan menambah kritikan rakyat kepada kepimpinan Najib, seperti yang telah disuarakan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir..
            Kita nampak Najib dan MT takut hendah menghadapi para wakil. Ada kelemahan-kelemahan yang hendak mereka sembnyikan dari para wakil dan  rakyat. Tetapi, seperti kata pepatah, berani kerana benar, takut kerana salah. Kita nasihatkan beranilah berdepan dengan para wakil, sampaikan taklimat tentang keadaan Kerajann dan parti, terima teguran mereka yang membina dan cadangan mereka yang baik. Ini akan memperteguhan parti dan akan membawa parti mencapai kemenangan yang lebih besar di masa hadapan.
            Saya membuat kritikan ini kerana saya sayang kepada UMNO. Saya juga ahli UMNO sejak 1986. Saya ahli, tetapi saya bukan pakturut. Tuhan Sendiri mengarah saya menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan. Persis inilah yang saya kena lakukan. Saya harap Najib dan Majlis Tertinggi UMNO akan dengar kritikan saya.  

KASSIM AHMA seorang penulis bebas Malaysia. Lama web beliau www.kassimahmad.blogspot.com  
UMNO

No comments: