KEMELUT UMNO DI
BAWAH PIMPINAN NAJIB SEKARANG
Oleh: Kassim Ahmad
12 Ogos, 2015
Sejak terdedahnya isu 1MDB dalam
akhbar dan sejak bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir menuntut supaya P.M.
Najib diganti oleh timbalannya Tan Sri
Muhiyuddin Yassin, politik Malaysia menjadi begitu kecamuk hingga orang ramai
menjadi keluh-kesah. Naiib menggunakan belantannya untuk mencantas, antara lain,
timbalannya Muhiyuddin dan Peguam Negara
Gani Patail.
Pertumpahan darah ini nyata tidak
memperkukuh kedudukan Najib sebagai P.M. Sebaliknya, ia menunjukkan
kelemahannnya. Tidak syak lagi, Muhiyuddin telah digalakkan oleh bekas P.M
untuk menggugat kedudukan Najib.
Pada fikiran saya, ini tindakan silap. Muhiyuddin sepatutnya
membahas isu 1MDB dalam kabinet dan juga majlis tertingga UMNO. Mungkin
tuntutan Tun Mahathir masuk dalam perhitungan singkat Muhiyuddin.
Sekarang Najib sudah menunjukkan taringnya, dan dia mengatasi
– sekurang-kurangnya buat sementara waktu.
Apa akan berlaku seterusnya?
Kalau saya di tempatnya Najib, saya akan memanggil suatu
Perhimpunan Agung Khas UMNO dengan serta-merta untuk menyelesaikan isu ini.
Saya akan memberi taklimat yang sepenuhnya dan sejujurnya kepada perwakilan dan
mempertaruhkan nasib saya sepenuhnya kepada perwakilan. Kalau perwakilan
mendapati saya bersalah, saya akan menjawab saya manusia biasa, dan saya mohon
maaf dan berjanji akan membetulkan kesilapan saya. Kalau mereka terima, bagus;
kalau tidak, sayonara! Habis cerita!
Itu tindakan orang yang berani. Saya jangka kalau Najib
berbuat begini, dia akan mendapat mandat yang lebih kuat. Titik.
Sebaliknya, kalau saya di tempat Mohiyuddin, saya akan
berkempin untuk memanggil satu Perhimpunan Agung Khas UMNO juga. Dalam ucapan
saya, saya akan menghuraikan denga terperinci kesilapan-kesilapan Najib:
perihal ia tidak mahu mendengar teguran saya dalam kabinet dan majlis
tertinggi, dan bagaimana ia bertindas keras dan ganas untuk membuang saya dan
mereka yang beliau fikir anti kepada
beliau.
Saya akan serahkan penyelesain isu ini kepada perwakilan.
Habis cerita!
Dengan demikian, isu ini akan selesai segera. Rakyat kita dan
negara Malaysia akan selamat, bukan? Ayuh, buatlah! Jangan berdolak-dalik.
KASSIM AHMAD
seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
1 comment:
assalamualaikum pak kassim
dalam alquran ada ayat tentang manusia apabila di hari kiamat ingin supaya dikembalikan ke dunia agar dapat melakukan itu dan ini serta berbagai alasan2 lagi sedangkan ALLAH lebih mengetahui tentang apa yang ia niatkan serta qada dan qadarNya
selalunya kita rasakan rancangan kita lebih bagus dan bijak dari orang lain akan tetapi sering kita lupa kepada Yang Maha Bijaksana mengatur urusan setiap makhluk yang dikehendakiNya tanpa urus campur dari pihak makhluk pun
Post a Comment