PILIHANRAYA UMUM SINGAPURA
YANG KE-12
Oleh: Kassim Ahmad
14 September, 2015
Pilihanraya umum Singapura yang
ke-12 telah datang dan pergi. Parti Tindakan Rakyat (PAP) menang semua kerusi keculai
6 dari jumlah 89. Parti Pekerja hanya menang 6 kerusi, turun daripada 7 dalam
pilihanraya umum dalam tahun 2011. PAP dapat hampir 70% undi, naik 10% dari PRU
2011.
Mengapa begitu? Kebanyakan kita di
Malaysia yang dipengaruhi oleh praktik sistem dua parti (kerajaan/pembangkang)
di Barat tidak boleh berfikir di luat kotak ini. Jika tidak ada pembangkang
untuk kekang dan imbang (Ing. check and balance} tidak sah, konon. Model
pemerintahan kita mestilah Nabi Muhammad, yang selain penyampai wayhu Tuhan,
juga pemimpin dan pemerintah. Perlembaaan Medinah yang beliau gubal mestilah
menjadi model perlembagaan negara-bangsa kita juga.[1]
Saya sudah tulis dalam blog saya kia
mesti menyusun sistem politik nasional kita sendiri berdasarkan tradisi Timur kita
sendiri, khasnya perlembagaan Madinah. Ini tidak bermakna kita tolak sama
sekali sistem dwiparti Barat sebagai tidak baik. Ada baiknya.Tetapi kita ada
contoh yang lebih baik, iaitu pemerintahan Nabi Muhammad.
Tidak semestinya sistem dwiparti
atau jamak parti itu satu-satunya sistem pemerintahan yang wujud. Dalam sistem Muhammad, samua jalur pemikiran,
dari kiri ke kanan, dikandung dalam dan di bawah satu pimpinan. Pimpinan ini
mestilah tunduk di bawah, dan dkawal oleh, satu falsafah nasional yang
beramanah tinggi dan dididik untuk berpegang teguh dan melaksanakan amanah ini.
Kaedah pemerintahan hendaklah berdasarkan perundingan, dan koreksi berlaku dari
dalam.
Dalam negara kita, parti UMNO, yang
menjadi tulang belakang pemerintahan disyaratkan ada perhimpunan agung
tiap-tiap tahun. Di sinilah kerajaan membuta laporan kepada perwakilan, dan
melalui perwakilan, kepada rakyat. Para wakil mesti bebas bercakap dan membuat
teguran dan kritikan kepada kerajaan. Kerajaan mestilah jujur dan menerima
teguran dan kritikan yang membina. Inilah cara pemerintahan yang paling baik.
Inilah yang dilakukan oleh PAP di Singapura. Itulak sebabnya rakyat memilihnya
Kita harus
keluar dari kotak pemikiran Barat, satu bentuk penjajahan sebenarnya –
penjajahan mental. Kita sususn sistem nasiona kita sendiri, berdasarkan Piagam
Madinah.
KASSIM AHMAD,
seorang penulis bebas Malaysia. Blognya www.kassimahmad.blogspot.com.my
1 comment:
Pak Kassim, saya meragui solat...perbuatan sujud ke arah kiblat @ kaabah @ batu kiub seolah2 menyekutukan Allah..sya pernah bertye pada seorang hindu, mengapa sembah patung..jawabnya sya sembah Allah, cuma patung itu hya perantaraan @ simbolik shje..ringkasnya dia tdak sembah patung itu..jika benar perbuatan hindu itu adalah salah, jadi apa bezanya dgn solat dlm islam?jika sya tetp dgn pendirian spt hindu tersebut, adakah sya masih bertauhidkan pada Allah yg esa @ sya sbnrnya menyekutukan Allah? Ye, sya boleh saja menjwb spt jwpan hindu tdi, tapi hakikatnya perbuatan sya adalah sujud kepada batu 4 segi yg di mekah dan secara tidak langsung membenarkan dakwaan si hindu tdi... Apa beza, syirik perbuatan, lisan @ hati? Sya menuntut Pak Kassim menunaikan tggungjwb sbagai saudara seagama bagi memberikan pencerahan dalam issu ini...minta dipermudahkan...
Post a Comment