Monday, September 28, 2015

MUSIBAH BANJIR?



MUSIBAH BANJIR?
Oleh: Kassim Ahmad
28 September, 2015

            Banjir kerap berlaku di negara kita. Tahun sudah Kelantan dan beberapa buah negeri dilanda banjir yang teruk. Apakah ini musibah? Satu bala yang diturun oleh Tuhan kepada kita? Yang kena banjir itu kerakali orang miskin. Adajkah Tuhan zalim?
            Secara saintifik apakah yang menyebabkan banjir? Hujah turun lebat berjam-jam, mungkin berhari-hari, bertembung dengan air sungai yang pasang – maka air naik membanjiri bumi – jika tidak ada parit untuk air itu mengalir balik ke laut. Jadi kita harus mengadakan sistem saluran air yang bagus. Tidak ada sampah sarap yang menahan air mengalir.
Kita dapati banyak parit tiada dibuat di kedua-dua belah jalan untuk  mengalirkan air. Kadang-kadang saluran air dicampak dengan sampah-sarah yang menghalang air parit atau  longkang besar dari mengalir.
            Semua ini menyebabkan banjir. Tidak bolehkah kita mengatasi banjir? Mesti boleh. Tuhan beri kepada kita akal; gunakan! Kita ada banyak menteri – mengapa mereka tidak buat kerja? Kita ada ramai penjawat awam. Kita berikan mereka gaji berjuta-juta sebulan – mengapa mereka tidak buat kerja? Ini menunjukkan mereka tidak menjalankan amanah mereka. Mengapa? Fikirlah.
            Banding dengan Khalifah Omar Ibni Khattab. Diriwayatkan waktu beliau menjadi khalifah, beliau memasuki sebuah kampong pada malam hari. Beliau mendengar seorang kanak-kanak menangis di sebuah rumah. Didapatinya ibu seorang kanak-kanak sedang merebus air. Tidak ada makanan untu kanak-kanan itu. Lalu beliua pergi ke gudang gandum dan menangung seguni gandum, dibawa
 ke rumah itu.
Itu satu teladan pemimpin yang baik. Dalam sejarah manusia ada banyak juga pemimpin yang menunjukkan amanah dan tanggunjawab seperti itu.Kita ikutlah teladan ini. Tidak bolehkah? Fikirlah sendiri.


KASSIM AHAMD seorang penulis bebeas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com       

3 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Malang sekali "umat Islam" dilarang menggunakan AKAL utk BERFIKIR. Bertentangan sekali dengan PERINTAH TUHAN supaya kita berfikir.
Bila kita berfikir dan mempersoalkan, kita dituduh "MENTAFSIR MENGGUNAKAN AKAL", dituduh SESAT, dituduh ROSAK AKIDAH, dituduh bermacam2.

Ulama dan Ahli Agama inginkan MANUSIA YANG HANYA MENURUT PERINTAH dan AJARAN
mereka. Apa yang mereka sampaikan seolah2 100% dari TUHAN, dan 100% benar.
Seolah2 mereka menerima wahyu terus dari tuhan dan hanya tafsiran mereka yang betul, dan tafsiran orang lain seperti Pak Kassim adalah tidak betul.

Saya semakin tidak percaya kepada RITUAL SOLAT dan HAJI setelah membaca beberapa blog, buku dan artikel. Saya rasa tidak ada asas di dalam Quran.

Dan ramai juga menulis bahawa TAFSIR Quran telah di distortasi serta diubah mengikut selera Arab, mengikut adat resam dan budaya serta amalan ritual mereka, dan di masukkan kedalam tafsiran Quran.

Bole cuba baca buku Mental Bondage - Aidid Safar yang ada dalam bentuk pdf.
Bole juga cuba baca blog aidid safar.

Jangan terus percaya tetap boleh dijadikan rujukan utk difikirkan.

Kassim Ahmad said...

Betul. Akal itu Tuhan di dalam kepala manusia yang ditutup dengan tutupan yang kuat untuk digunakan. Orang yang tidak menggunakan akal itu binatang.