Tuesday, October 06, 2015

SIAPA SESAT?


SIAPA SESAT – KASSIM AHMAD
 ATAU AHLI SUNNAH WAL-JAMA’AH?

Oleh; Kassim Ahmad
7 Oktober, 2015

            Puak Ahli Sunnah WaljJa’ah (ASWJ) telah menghukum saya sesat. Mereka mendakwa saya menidakkan syahadah yang kedua, iaitu kesaksian bahawa Nabi Muhammad rasul Allah.
            Saya tolak dakwaan ini. Bukan saya yang menolak syahadah kedua. Syahadah kedua dibatalkan dalm Quran. Sila lihat Surah 63, ayat 1, yang berbunyi, “Apabila orang munafik datang kepada kamu, mereka berkata, ‘Kami naik saksi kamu rasul Allah.’ Allah tahu kamu rasul Dia, dan Allah naik saksi orang munafik pendusta.” Ini bermakna hanya orang munafik yang membuat kenyataan itu.
            Nabi Muhammad salah seorang rasul Allah. Dua puluh lima nama rasul Allah yang disebut dalam Quran. Mereka termasuk nab-nabi Ibrahim, Musa dan Isa. Jadi, Nabi Muhammad bukan satu-satunya rasul Allah. Menaik saksi Muhammad rasul Allah, nyatalah bohong. Maka itu Allah Sendiri mengisytiharkan mereka yang berkata demikian pembohong. Nabi Muhammad sendiri tidak pernah berbuat begini. Juga Nabi Ibrahin,  yang diikuti oleh Nabi Muhammad. Malah semua rasul Allah tdak berbuat demikian.
            Nabi Muhhammad tidak tergolong ke dalam puak ASWJ. Tuhan melarang keras daripada membuat puak dalam agama. Nabi Muhammad tidak pernah melanggar perintah Tuhan, walaupun Tuhan Sendiri pernah mengkritik Nabi Muhammad apabila beliau tidak mempeduli seorang buta yang datang hendak bertemu dengan beliau.
            Misi Nabi Muhammad hanya menyampaikan Quran kepada manusia. Beliau tidak bertanggungjawan tentang hadis-hadis yang direka kemudian oleh pelbagai puak, dan disahkan oleh Imam Shafi’e kira-kira 150 tahun kemudian. Imam Shafi’e membuat kesilapan besar dengan doktrin  palsu beliau. Kononya, tujuan beliau “baik” untuk mendamaikan kacau-bilau fikiran yang berlaku pada zaman itu. Sepatutnya, beliau mencadangkan supaya terus berpegang teguh kepada Quran saja, serta menganjurkan mufakat tentang makna ayat-ayat Quran apabila berlaku perbezaan pendapat. Inilah yang harus beliau lakukan, bukan memperkenal doktrin baru dua sumber utama. Di Hari Pembalasan nanti, Tuhan akan bertanya Nabi Muhammad apakah beliau bawa Hadis. Nabi Muhammad akan menafikan. Pada waktu itu, kepalsuan doktrin Imam Shafi’e akan terbongkar dan beliau akan menerima hukuman daripada Tuhan.


KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com.my  

10 comments:

jawajin said...

Saya sesungguhnya terima kenyataan ini.

Anonymous said...

Tuan Kassim,puak2 ASWJ ini adalah pengikut2 ugama orang2 arab.Mereka mempunyai DUA kitab panduan iaitu KITAB ALQURAN dan KITAB2 HADITH.KITAB ALQURAN dianggap olih mereka ini sebagai "choir book"for chanting and singing manakala hadith2 disebut hari2 tidak berhenti2 baik diTV Nasional,TV HIJRAH,TV9 Radio IKIM dan lain2 lagi.Mereka ini telah memasukkan budaya pakaian arab kedalam budaya bangsa melayu dengan berserban besar berjubah arab,berjanggut panjang dan bermisai tebal dan berselendang dibahu serta bersugi dan menggunakan istilah2 arab kerana bagi mereka apa yg dari arab itu baik belaka.Mereka2 ini ada akal tetapi mereka tidak mahu mengguna akal untuk berfikir dan mereka ambil bulat2 dari ulama2 dahulu sebagai yang benar.mereka suka berpuak2.

Anonymous said...

sebenarnya, ASWJ telah melakukan satu "character assination" terhadap tuan. Dgn itu, setiap yg tuan butirkan, menjadi satu kesalahan dan tanda tanya sgt negatif. itu la dia ASWJ, bila mana upaya mematah kan atau memberi hujah unggul terhadap tuan. Ini lah dia "kebaikan" ASWJ. dan sudah tentu nya jika bapak borek anak rintik, kita sudah dapat menilai budi pekerti ulama besar AWSJ iatu shafie. Mungkin kita tidak dpt mengenal shafie kerana dia tidak maksum, tp yg pasti, bila murid kencing berlari, gurunya pasti kencing berdiri. dan mereka yg hendak dpt hadis benar, perawi nya tidak boleh kencing berdiri.. he he he..

Anonymous said...

Saya setuju. Agama yang kita amalkan tidak lebih hanya agama Arab.
Islam bukan agama. Islam ialah cara hidup.
Islam, salam, muslim, semua nya dari kata dasar yang sama iaitu AMAN, SEJAHTERA, SELAMAT. Maka ia BUKAN AGAMA.

Semua orang yg TIDAK MENYEMBAH SELAIN DARI TUHAN, dan PERCAYA KEPADA HARI AKHIRAT dan QURAN, akan berasa AMAN, TENTERAM dan SENTOSA.
Maka mereka ialah MUSLIM.
Kalau "solat", "puasa", "haji" dan sebagai, tapi TIDAK YAKIN dgn Quran, TIDAK YAKIN dengan HARI AKHIRAT, malah mengamalkan RASUAH, KORUPSI, MENIPU,
maka itu lah dunia sekarang. TIDAK AMAN. Mengaku MUSLIM tapi hati penuh dengan korupsi dan kecintaan kepada KUASA, PANGKAT dan HARTA.

Bagaimana mereka mempercayai hadis yang tiada hujung pangkal nya.

Sejauh mana pun "ILMU HADIS" yang mereka percaya, AKHIRNYA hadis tetap hanya
sampai menyampai dari mulut ke mulut. Tiada bukti, tiada saksi, tiada asas dan tidak terpelihara. Sesiapa sahaja, di mana jua, bila2 masa boleh mencipta hadis. Tetapi TIDAK AL QURAN. Kerana TUHAN yang MENURUNKAN dan TUHAN yang MEMELIHARA.

SIAPA YANG PELIHARA ILMU HADIS? Orang Arab? Ulama?

Anonymous said...

Kalau nak tahu lebih lanjut cerita Arabkimaklaknatullah ni bacalah surah AT TAUBAH/BARA'ATUN/REPENTANCE/TAUBAT....Orang2 Arab sangat KENTAL dengan kemunafikan mereka; At Taubah (9):97, 98, 99, 101 n semua surah At Taubah, punyalah murkanya Allah kepada pak'unta ni sampaikan inilah satu2nya surah yg tiada 'Basmallah' atau Bismillah!!

hj said...

Dr Kassim Ahmad, mahu bertanya status dialog Dr dan Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Adakah ia telah diadakan atau akan diadakan?

Hamba Allah said...

Rasulullah SAW telah menjamin, kita pasti tidak akan sesat selagi kita berpegang teguh kepada kitab Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Janganlah terpedaya dengan tipudaya syaitan laknatullah yang sudah berikrar untuk menyesatkan kita semua anak cucu Adam.

Allah juga telah memerintahkan kita untuk berpegang teguh tidak hanya kepada kitab suci Al-Quran, tapi juga Sunnah Rasulullah SAW yang merangkumi segala perkataan & perilaku baginda.

FirmanNya:

Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
(An-Nisaa' 4:59)

Dan firmanNya:

Sesungguhnya perkataan yang diucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka diajak ke pada Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka, hanyalah mereka berkata: "Kami dengar dan kami taat": dan mereka itulah orang-orang yang beroleh kejayaan.
(An-Nuur 24:51)

Malah, mengikuti baginda Rasulullah SAW adalah bukti kecintaan kita kepada Allah SWT seperti firmanNya:

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)

Jadi, marilah wahai kaum muslimin, marilah kita berpegang teguh kepada Al-Quran & Sunnah Rasulullah SAW agar kita sentiasa berada di landasan kebenaran.

Semoga kita beroleh kejayaan di dunia & di akhirat kelak, insyaallah.

Cahaya said...

Encik Kassim, nampaknya bukanlah saya seorang yang mempunyai pandangan seperti ini. Kadang-kadang saya terfikir adakah saya ini sudah terlalu 'jauh' dari yang Esa. Pendapat saya selalu bertentangan dengan kebanyakan mereka yang mengikut Imam Syafie tetapi selalu saya pendamkan sahaja. Lagipun ilmu pengetahuan saya sangatlah cetek berbanding ilmu mereka tetapi bagi saya mereka begitu berkiblatkan 'Arab saudi' dan bukan Quran itu sendiri. Saya gembira dapat membaca blog tuan. Memberikan saya lebih semangat untuk membuat rujukan, bacaan & kajian.

Unknown said...

Lawak betui pakcik kassim ni...mai adik nina ajaq pakcik kassim cara2 memahami surah 63 ayat 1 dengan betul....

Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: “Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah”. Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya; dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta.

Org munafik ni kaki kelentong,pendusta,auta,penipu,pengkhianat dll...bila org munafik jumpa nabi,depa mengaku nabi Muhammad seorang rasul Allah..Allah pun tahu bahwa org munafik berkata benar bahwa nabi Muhammad itu seorang rasul Allah..tapi munafik tetap munafik..sebab hobi munafik ialah suka bohong,khianat,mungkiaq janji...

Kassim Ahmad said...

Yang mengucap syahadah kedua itulah munafik, kerana Nabi Muhammad bukan satu-satunya nabi Allah.