Wednesday, October 14, 2015

KECANTIKAN WANITA




KECANTIKAN WANITA ITU TUHAN JADIKAN,
SEKSIME TIDAK 

Oleh: Kassim Ahmad
7 Oktober, 2015

            Seperti yang telah saya katakan di lokasi lain, salah satu bentuk  kecantikan dalam dunia itu wanita. Walaupun rambut wanita buka ‘aurat dan tidak perlu ditutup, sesetengah lelaki  yang tidak dapat mengawal nafsu keberahiannya lebih suka rambut wanita ditutup. Anehnya, dalam sejarah manusia, lelaku, bukan wanita, yang jagi penggoda. Yusuf, sebelum beliau diangkat menjadi nabi, seorang tawanan di rumah gabenor Mesir. Dia begitu lawa hingga isteri gabenor Mesir, Zulaikha, jatuh berahi kepadanya. Lalu beliau mengajak Yusuf  bercumbu-cumbuan dengannya. Yusus pun tertarik  dengan Zulaikha dan boleh digoda oleh beliau jika sekiranya dia tidak dihalang oleh Tuhannya. (Lihat Quran, 12: 21-35)
            Inilah kes klasik perangkap godaan seorang wanita yang sanggup berlaku curang terhadap suaminya. Nasib baik godaannya tidak berhasil. Bila terserempak dengan suami beliau di muka pintu, Zulaikha tuduh Yusuf  yang mahukan dia. Walaupun Zulaikha salah, oleh kerana kedudukan beliau sebagai isteri gabenor Mesir, Yusuf dipenjarakan.beberapa tahun sebelum dibebaskan.
            Keberahian Zulaikha kepada seorang hamba abd, Yusuf yang lawa, menjadi buah mulut di kalangan wanita-wanita Mesir. Lalu Zulaikha mengadakan satu majlis di rumahnya. Diberinya tiap wanita sebilah pisau untuk mensiang sayur  dan disuruhnya Yusuf masuk. Apabila Yusuf lalu, wanita-wanita itu terpegun dengan rupa paras Yusuf. “Ini bukan manusia; ini malaikat,” kata mereka. Kerana terpegun itu jari mereka sampai terpotong! Demikanlah Zulaikah membuat wanita-wanita Mesir malu dengan gossip mereka terhadap beliau.
Demikianlah bentuk kecantikan manusia, khasnya wanita. Ini satu daripada bentuk kecantikan yang Tuhan jadikan. Ia semula jadi. Tetapi nafsu keberahian yang ditunjukkan oleh Zulaikha kepada Yusuf yang boleh membawanya kepada kecurangan (kita bahasakannya di sini, seksime) tidak natural. Ia haram. Mengikut ajaran Islam, seorang lelaki yang ingin mengadakan hubungin intim dengan seorang wanita, mestilah ada ikatan perkahwinan di antara mereka. Wanita itu juga tidak dari kalangan muhrim dengan lelaki itu, yakni dari kalangan tidak boleh ia kahwini


KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com  

3 comments:

Anonymous said...

Tiada RITUAL SOLAT dalam Quran. Jika tuhan menyuruh kita solat kenapa Quran tidak mengajar cara solat, masa solat, berapa rakaat, bila dll.
Malah berapa kali solat pun tidak disebut dalam Quran.

Jadi mengapa perlu nya wuduk?

Atau wuduk hanyalah sebahagian perintah tuhan tentang hygiene atau kebersihan kerana ayat wuduk termasuk dalam ayat2 yang menerangkan konteks kebersihan.

Terima kasih

Anonymous said...

Bagaimana pula bagi sorg hamba kpd tuannya. Pls advice.tq

Kassim Ahmad said...

Solat dan wudukada dalam Quran.