Tuesday, October 27, 2015

DUA MUSIBAH BESAR?


DUA MUSIBAH BESAR?
Oleh: Kassim Ahmad
28 Oktober, 2015
dual_hikmah333@yahoo.com.my 

Dua sifat Tuhan yang utama Maha Pemurah dan Maha Penyayang. Dia Maha Pemurah kerana Dia memberi sinar matahari, angin, hujan dan sebagainya kepada semua tanpa mengira agama. Dia Maha Penyayang kepada hamba-hambanya yang menyembah Dia saja.
Di negara kita Malaysia, ada dua musibah besar yang merosakkan nyawa dan harta benda yang banyak tiap-tiap tahun, iaitu banjir dan kemalangan di jalanraya. Betulkah kedua-dua ini musibah yang harus kita deritai tiap-tiap tahun, atau  musibah yang boleh kita elak sama sekali, dan dengan itu menyelamatkan banyak nyawa dan wang?
Pertama, kedua-dua musibah ini boleh kita elak. Banjir boleh kita elak dengan kita membina sistem perparitan yang baik di seluruh negara. Selebat mana dan selama mana pun hujan, jika kita ada sistem perparitan yang yang baik, negara kita tidak akan dilanda banjir. Air hujan itu akan mengalir keluar pergi ke laut.  Tidak aka ada kawasan yang banjir.
Berhungan dengan kematian di jalanraya, kita hanya perlu menarik keluar dari jalanraya kita separuh dari kereta persendirian supaya jalanraya kita tidak sesak. Tidak ada gunanya kita meluaskan jalanraya hingga menjadi lebih dari enam atau lapan lorong sebelah menyebelah. Tanah kita terbatas. Penyelesaiannya terletak kepada sistem pengangkutan awam yang lebih baik. Adakan pengangkutan awan yang baik (keretapi laju) daru utara ke selatan dan dari barat ke timur) dan bas  yang boleh membawa penumpang di semua tempat ke semua tempat.
Dengan cara begini kita boleh menyelamatkan banyak nyawa dan wang. Dari penjimatan ini kita boleh bayar pampasan dari penarikan kereta persendirian, dan juga mebiayai, di mana perlu, pengangkutan awam yang kebih baik.

KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

2 comments:

Anonymous said...

Untuk mengekang masalah ni kita kena lah berilmu dan buat kajian untuk cari cara penyelesaian. Seperti yang dilakukan di negara-negara maju.
Kita sini hanya bergantung kepada kajian mereka yang mungkin setengahnya sesuai dengan keadaan mereka. Kajian yang dibuat tak banyak.

Non

Kassim Ahmad said...
This comment has been removed by the author.