KEDATANGAN NABI ISA
KALI KEDUA
Oleh: Kassim Ahmad
27 September, 2015
Lawatan Paus Francis ke Amerika
Syarikat sekarang mengingatkan saya kepada cerita-cerita di kalangan umat
Kristian dan Islam tentang kedatangan
Nabi Isa kali kedua. Sebuah sajak oleh
Wllliam Butler Yeats yang bertajuk “The Second Coming”, sebagiannya berbunyi:-
/Things fall
apart, the centre cannot hold;/Meer anarchy is loosed upon the world;/The
blood-dimmed tide is loosed, and everywhere/The ceremony of innocence is
drowned;/The best lack all conviction, while the worst/Are full of passionate
intensity/
/Surely some
revelation is at hand;/Surely the Second Coming is at hand./
Mengikut cerita itu, Nabi Isa akan
menyeru dunia supaya kembali berpegang kepada ajaran Nabi Muhammad yang
sebenar, itu Quran. Bersama Imam Mahadi, beliau akan membunuh Dajjal, musuh Tuhan
dan musuh manusia, dan akan mentadbir dunia dengan adil.
Saya mengikuti lawatan Paus Francis tiap-tiap
hari dari sejak beliau turun dari kapalterbang dan terus ke Washington untuk berucap
kepada Sidang Bersama Kongres, and kemudian
ke New York untuk berucap kepada PBB, dan kemudian kepada kumpulan-kumpulan
lain pula, termasuk ke Dewan Bandaran tempat Perlembagaan A.S digubal oleh
pemimpin-pemimpin awal Amerika.
Pergerkannya melalui jalan-jalan di Washington, New York dan
lain-lain dalam kenderaan Paus yang putih itu. Sambutan rakyat Amerika
kepadanya luarbiasa ke mana juga beliau pergi sambil bersalam dengan orang ramai,
merestui bayi-bayi dan kanak-kanak, malah menerima sepucuk surat dari seorang
kanak-kanak.
Ucapan-ucapan beliau langsung tidak
menyebut tentang doktrin. Beliau mnyentuh
tentang nasib orang-orang miskin dan tersingkir di mana-mana dan tentang
nasib orang pelarian yang lari dari peperangan di Syria, Iraq dan Afghanistan
dan dari kesusahan di negara-negara Afrika. Juga tentang kebebasan beragama, dialog
antara agama, tentang perlunya PBB berusaha untuk mewujudkan sebuah dunia tanpa
perebutan senjata dan bebas dari senjata nukliar. Pendirian Paus Francis tentang
Palestin memang sudah jelas memihak kepada Palestin.
Selepas ini, saya jangka, keadaan tidak
akan sama lagi. Umat Kristian dan Islam berjumlah 3.8 bilion sekarang, lebih
separuh dari jumlah penduduk dunia. Jika dicampur dengan pemeluk agama Hindu
yang berjumlah satu billion dan yang juga menyambut baik ucapan-ucapan beliau,
nyatalah sejumlah besar pendududk dunia menyokong beliau.
Di pihak Islam perubahan dalam masa lima tahun yang lalu
cepat juga. Dalam masa ini, seruan saya supaya soal Hadis disemak semula (Hadis – Satu Penilaian Semula, 1986) sudah
disambut di Universiti Islam Antarabangsa. Malaysia, di Arab Saudi (Raja Fahd)
dan di Turki (Jabatan Agma) dalam dua tiga tahun yang lalu, dan baru-baru ini,
seorng sarjana dari Arab Saudi bernama Sheikh Hassan Farhan Al-Maliki telah
mengutuk budaya hadis palsu yang mengkorapsi nama Islam.
Dua aliran fikiran ini akan bertemu menajdi satu ombak yang
akan mengubah dunia. Sebuah dunia yang adil yang menjadi idaman manusia sekian
lama akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.
Segala puji bagi Allah!
------------------------------------------
------------------------------------------
KASSIM AHMAD
seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
No comments:
Post a Comment