TRAJEDI DEMI TRAGEDI
DI MEKAH
Oleh: Kassim Ahmad
28, September, 2015
Dalam masa sedekad yang lalu, kita
telah menyaksi banyak tragedi yang mengorbankan beribu Jemaah haji waktu
melakukan ibadah haji di Mekah. Mengapa jadi begitu?
Mengiku ajaran Quran, haji boleh
dilakukan dalam mana-mana satu bulan suci, yaitu dalam bulan Zulhijjah (12),
bulan Muharram (1) bulan Safar (2) dan bulan Rabi’al-awal (3). Jika 2 juta orang Islam dari seluruh pelusuk dunia datang ke Mekah untuk mengejakan haj datang
dalam mana-mana bulan suci ini, kita akan dapat 500,000 jemaah haji. Jadi,
tidaklah sesak, dan tidaklah akan berlaku rempuhan-rempuhan yang telah berlaku
banyak kali. Pihak berkuasa Arab Saudi mestilah mengumumkan kepada masyakat
Islam sedunia hal ini.
Malangnya, selama ini Jemaah haji
menuju ke Mekah untuk melakukan ibadah haj imni dalam bulan Zulhijjah, mengikut
Nabi Muhammad yang kebetulan melakukan hajnya dalam bulan itu. Di sinilah
silapnya. Saya amat hairan mengapa tidak ada pemimpin Islam yang menegur
kesilapan ini.
Juga ibadah haj diwajib bagi orang
Islam seumur hidup sekali saja dengan syarat mereka mampu dari segi kesihatan
dan kewangan. Amalan umat Islam tidak mengikut ajaran ini. Mereka
bergolok-bergadai untuk melakukan haj, bukan sekali tepai berkali-kali! Ini
sudah melanggar perintah Tuhan.
Saya juga
ingin mencadangkan supaya ibadah haji ini ditadbirkan oleh sebuah badan bebas
yang dilantik oleh negara-negara Islam.
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebeas Malaysia. Laman webnya www.kassimahmad.blogspot.com
4 comments:
Salam sejahtera Pak Kassim, saya mohon pak kasim perjelas nas al Quran yang mengatakan amalan haji boleh dilakukan dalam empat(4) bulan suci.. terima kasih in advance... saya juga masih mencari kebenaran alQuran, amat berbesar hati sekiranya pak kassim dapat mengemukakan nas tersebut..
Setakat yang saya baca, TIADA PERINTAH HAJI dalam QURAN secara RITUAL seperti yang diamalkan oleh orang Islam.
Juga tiada DALIL AL QURAN yang menyatakan Nabi Muhammad melakukan ibadah haji ritual.
Al Quran surah 2:125, TIADA PERKATAAN TAWAF.
Yang ada ialah THOIFIN (THOIF) bukan THOWAF atau TAWAF.
Maksud perkataan ini telah di distortasikan menjadi TAWAF dan TIADA AHLI AGAMA pun yang mempersoalkannya.
Propaganda arab yg bertuhankan duniawi
Post a Comment