MEMPERKASAKAN UNDANG-UNDANG SYRI'AH
By: Kassim Ahmad
2 April, 2017
Saya telah menulis tentang kesilapan Suruhanjaya Reid untuk menggubal
Perlembagaan Malaysia dengan meletakan Islam sebagai agama Persekutuan.
Kesilapan ini sangat jelas, kerana warganegara Malaysia terdiri dari
pelbagai penganut agama (Islam, Budha, Hindu, Keristian, malah atesi).
Kita sudah mempunya satu contoh yang baik dan relevan dalam Perlembaan
bertulis yang pertama dalam dunia, iaitu Piagam Madinah yang digubal
oleh Nabi Muhammad sendiri. Alangkah aneh ahli hukum Islam sendiri tidak
sedar akan wujudnya dokumen sejarah yang penting dan pokok ini!
Ketua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Haji Abdul Hadi, yang ingin
mengemukan Rang Undang-undang Persendirian ini di Parlimen nyata ingin
menggunakan sentimen keIslaman untuk mempengaruhi orang Islam dalam
parti UMNO sendiri untuk menyokong Rang Undang-undang ini. Pendirian
UMNO terpaksa mengambil kira sekutu mereka dalam Barisan Nasional,
seperti MCA, MIC dan lain-lain yang tidak bersetuju.
Saya pun, seorang Islam, tidak bersetuju, kerana undang-undang syri'ah
yang sebenar berpaksikan keadilan. Birokrasi agama Islam itu lain sama
sekali!.
Nyalah Hadi tidak tahu dan tidak peduli tentang Perlembagaan Madinah,
Nyata juga dia tidak tahu bahawa arahan Tuhan dalam Quran untuk semua
pemeritahan dalam dunia supaya mentadbir dengan adil, walaupun arahan
ini logik sekali. Dengan perkataan lain, agama tidak kena-mengena dengan
sistem ketatanegaraan. Agama itu urusan peribadi penganutnya dan harus
diuruskan secara otonom oleh penganut-penganutnya. Persis inilah yang
dinyatakan denga jelas dalam Perlebagaan Madinah. Nyatalah Tuan Guru
Hadi kena belajar lagi tentang sejarah Islam.
Beliau patut tahu tengtang konsep Quran dalam sistem ketatanegaraan: baldattun tayyibatun wa rabbun ghafur. Ertinya "sebuah negara yang baik di bawah ria'yah Tuan yang Pengampun. Tidak ada konsep negara Islam di situ!
Seorang sahabat saya menunjuk kepada saya ketiadaan pengasingan kuasa
dalam Perlembagaan Madinah. Saya fikir hal ini, walaupun tidak disebut
secara jelas dalam Perlembagaan Madinah, ia wujud secara tersirat. Nabi
Muhammad, atas kewajipannya sebagai pemerintah melaksanakan konsep
pengasingan ini.
_______________________________
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman webnya
.
No comments:
Post a Comment