MIRSI BESAR DUNIA
MELAYU
Oleh: Kassim Ahmad
24 Julai, 2012
- Dialog Gagal, Idea Baru Muncul
Dua minggu yang lalu saya dan
beberapa orang kawan mengadakan satu majlis dialog dengan kumpulan Shah
Waliullah di Kota Bharu membincang sebuah kertas yang baru saya tulis. Kertas
ini bertajuk “Kiamat dan Akhirat: Penggunaan Kiasan dan Metafora dalam Quran –
Sebuah Nota Ringkas.”
Harus diingat bahawa kumpulan ini
telah wujud lama di Kota Bharu. Shah Waliullah seorang failasuf Islam India
moden (1703-1762 ) yang besar dan progresif. Kumpulan ini ditubuhkan oleh
beberapa orang peminat untuk mengkaji idea-idea falsafah beliau.
Saya juga seorang pengagum Shah
Waliullah dan telah membaca buku-buku dan tulisan-tulisan tentang ajaran
beliau. Oleh kerana itu seorang sahabat saya dari kumpulan ini telah menjemput saya untuk
berdialog dengan mereka banyak tahun dulu. Kedatangan saya kali ini untuk dialog
yang kedua mengenai kertas saya sendiri.
Namun demikian, dialog ini meleset.
Kebanyakan orang bukan membaca apa yang ada di dalam teks, tetapi membaca
prasangka mereka ke dalam teks! Ini
perbezaan antara apa yang benar-benar wujud dengan apa yang disangka wujud,
atau antara keobjektifan dan persepsi.
- Kembali kepada Islam yang Asal
Walaupun dialog meleset kerana
sebab-sebab yang ielah saya sebut di atas, satu gagasan besar timbul dari
majlis ini, iaitu misi besar Dunia Melayu untuk kembali menghidupkan Islam yang
asal seperti yang terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dilaksanakan oleh Nabi
Muhammad dan empat Khalifah Rasyidun.
Kata pepatah Melayu, “Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal
jalan.” Ramai orang berpendapat pepatah ini tidak terpakai lagi, kerana pangkal
jalan, setelah berlalu satu masa yang agak lama, katalah satu generasi, yakni
30 tahun, sudah berubah.
Mengingat akan penyelewengan-penyelewengan
yang telah berlaku dalam Islam, dan menyedari
pelbagai krisis yang sedang melanda sistem Liberal Barat sekarang, saya bertanya
kepada diri saya apakah Dunia Melayu (khasnya Malaysia dan Indonesia) tidak
boleh merancang dan mengusahakan kebangkitan semula Islam untuk menyelamatkan
manusia dari kehancuran total.
- Misi Besar Dunia Melayu
Dunia Melayu mempunyai penduduk keempat terbesar di dunia. Dunia
Melayu mempunyai penduduk Islam terbesar di dunia. Dunia Melayu memiliki dua ciri penting untuk membolehkan mereka melakukan
misi besar ini. Mereka berbangsa Melayu, menuturi bahasa Melayu dan mengamalkan
budaya Melayu. Mereka beragama Islam dengan kitab suci yang sama, Quran. Dua
ciri ini membolehkan mereka bersatu untuk melaksanakan misi besar ini.
“Dialah yang mengirim Rasul-Nya
dengan bimbingan dan agama yang benar supaya ia boleh mengatasi agama-agama
lain, walaupun ia tidak disukai oleh orang musyrikin.” [1]
Nyatlah kaum musyrikin dan sekutu
mereka dari kalangan orang munafik dari kalangan semua bangsa akan mengadakan
pelbagai muslihat dan komplot untuk menggagalkan misi besar ini. Ini
termasuklah rasuah dan peperangan yang besar, seperti yang dilakukan dalam dua
Perang Teluk. [2]
Tetapi, seperti yang dinyatkan dalam Quran, musuh-musuh Tuhan
membuat komplot, tetapi Tuhan pembuat komplot yang terbaik. [3] Lihat
apa yang telah jadi dalam sejarah. Baik dalam zaman purba mahupun dalam zaman
moden, pernahkan musuh-musuh Tuhan menang pada akhirnya? Apa jadi kepada Maharaja-maharaja
Mesir Tua dan Maharaja-maharaja Romawi yang bengis, ganas dan zalim? Apa jadi kepada Hitler dan
Mussolini, Marx, Lenin, Stalin dan Mao
Zedong? Jawabnya, kuasa dan pengaruh
mereka akhirnya lenyap dari muka bumi!
- Patah Tumbuh, Hilang Berganti: Dua Ideologi Dunia yang Gagal
Setelah keruntuhan ideologi
Marxisme-Komunisme pada 1998-2001, dunia, termasuk Dunia Islam, berlayar dalam
Tongkang Besar Liberalisme. Di antara ciri-ciri Liberalism: kebebasan
indidividu (dan dengan itu pelanggaran terhadap hak kolektif (ketiadaan
keadilan ekonomi dan sosial), garis yang tidak jelas antara baik dan jahat (dan
dengan itu riba yang zalim itu dibenarkan dalam pelbagai bentuk, membawa kepada
kepapaan rakyat bawahan dan kekayaan melampau sebilangan kecil kelas atasan
(tidak sampai 1%). Spain, Portugal, Itlai, Ireland sekarang muflis dengan kadar
pengganguran yang amat tinggi. Kesatuan Eropah (zon matawang Euro) sedang
mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang tenat. Ini termasuklah Great Britain
dan A.S.
Krisis kewangan dan ekonomi di
Eropah dan A.S., lambat-laun, akan merebak ke seluruh dunia, termasuk ke China.
Persis, seperti yang telah saya katakan di atas, Tongkang
Besar Liberalisme akan karam.
Krisis Liberalisme bukan saja
sebagai satu doktrin ekonomi, tetapi juga sebagai falsafah. Sepertimana,
falsafah Marxisme telah runtuh, kerana asas materialismenya palsu, demikian
juga Liberalisme akan runtuh.
- Kembali kepada Ajaran Islam yang Asal, Dilaksanakan secara Kreatif
Apa yang perlu mengganti dua
falsafah menyeleweng ini falsafah pertengahan yang boleh menggabungkan hak
individu dengan hak kolektif dalam satu kesatuan yang harmonis. Inilah Islam,
Jalan yang lurus, di antara dua jalan yang menyeleweng. [4]
Sesetengah orang Islam sendiri sudah
menjadi kaum peragu (skeptik): mereka tidak yakin ada obat untuk mengubati
penyakit-penyakit manusia, iaitu kemiskinan, kejahilan dan kebodohan.
Sebenarnya, mereka bukan mukmin lagi.
Orang mukmin tidak pernah ragu akan keadilan dan kerahiman Tuhan. Kaum peragu
itu tidak berbeza dari kaum musyrikin dan kaum munafikin. Rancangan Agung Tuhan untuk merealisasi Dunia
yang Adil tetap akan berjaya. Tuhan Maha Berkuasa. Dia tidak pernah gagal. [5]
Perjuangan besar ini mestilah
dirancang dengan teliti di Malaysia dan di Indonesia. Perundingan, konferensi,
strategi dan taktik, termasuk mengenalpasti Islam yang sebenar, seperti yang
terdapat dalam kitab suci al-Quran dan dilaksanakan oleh Nabi Muhammad dan
empat Khalifah al-Rasyidun. Sekali lagi diingatkan kita tidak boleh mengikut contoh
mereka secara harfiah; kita mesti gunakan kaedah yang kreatif. Umpamanya, dalam
zaman Nabi Muhammad dan empat khalifah itu, umat Islam belum berpecah kepada
puak-puak Ahli Sunnah dan Syi’ah. Belum ada timbunan-timbunan Hadis yang
terkumpul 250 tahun setelah Nabi wafat. Sistem perundangan Imam Shafi’e yang
meletakkakan Quran dan Hadis sebagai dua sumber pokok belum wujud.
Jadi,
kita harus bermula dengan menyusun semula cacamarba ini menjadi satu kesatuan
yang harmonis. Inilah cabaran yang besar yang menghadapi sarjana-sarjana kita
sekarang. Bolehkah mereka menangani cabaran besar ini dan berjaya? Dengan komitmen yang tinggi dan dengan
keikhlasan, tidak ada yang mustahil, dengan izin Allah!
Proses in akan mengambil sedikit masa, katalah satu atau dua dekad,
selebih-lebihnya satu generasi (30 tahun; ingat Nabi Muhammad menyelesaikan
misi besarnya dalam masa 23 tahun).
Ingat misi
besar ini tanggunjawab orang mukmin semuanya, di kalangan semua bangsa yang ada
di dunia hari ini. Inilah perjanjian mereka dengan Tuhan. [6]
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com
[1] Quran, 9: 33)
[2] Arab Sa’udi, sekutu A.S. menumbuk rusuk Rusia
dengan cek berharga DAS 6 bilion supaya Rusia tidak menghalang serangan A.S.
terhadap Iraq.
[3]
Quran, 3: 54.
[4] “Tunjujilak kami jalan yang lurus, jalan
mereya yang Engkau restui, bukan mereka yang ditimpa kemurkaan, atau yang
sesat.”” (Quran, 1: 6-7).(
[5][5][5] “Tuhan telah memperundang-undangkan: ‘ Aku
dan dan rasul-rasul-Ku pasti menang ’”
(Quran, 58: 21)
[6] “Tuhan telah membeli daripada orang mukmin
jiwa dan harata mereka sebagai pertukan untuk Firdaus. Maka mereka berjuang di
jalan Allah, sanggup membunuh dan dibunuh. Demikinalh janji benar Tuhan dalam
kitab-kitab Taurat dan Injil dan Quran – dan siapakh yang menunaikan janji-Nya
lebih daripada Tuhan? Hendaklah kamu bergembira dengan pertukaran ini. Inilah
kemenangan yang terbesar.” (Quran, 9: 111)
No comments:
Post a Comment