SUATU KRITIKAN TERHADAP FALSAFAH MARXIS[1]
Part II
Kesilapan Idealisme dan Materialisme
Kaum materialis berhujah bahawa, oleh kerana kita dapat membuktikan kewujudan alam lama sebelum wujudnya manusia, maka kewujudan alam tidak bergantung kepada kesedaran manusia. Sungguhpun ini satu kenyataan saintifik, ia tidak membuktikan bahawa alam wujud bebas dari kesedaran. Yang mana dulu, telur atau anak ayam? Soal ini nyata tidak dapat dijawab oleh kerana telur dan ayam pada hakikatnya satu. Dari sini kita mendapat kesimpulan bahawa alam dan manusia satu. Tetapi, secara nisbi, manusia muncul kemudian daripada alam. Ini sekali-kali tidak bermakna alam itu wujud bebas dari manusia, kerana manusia, yakni kehidupan, kesedaran dan roh, salah satu sifat atau kemungkinan alam. Kalau kita hendak membuat kesimpulan, kesimpulan itu begini: bahawa alam atau jirim itu satu bentuk roh. Dengan kata-kata lain, alam bersifat rohaniah.[2]
Sungguhpun teori materialis ini kita sudah lihat tidak munasabah, teori idealis juga serupa. Alam objektif wujud secara konkrit dan bukan semata-mata bayangan fikiran manusia, seperti yang didakwa oleh kaum idealis. Buktinya manusia dapat menyaksikan wujudnya melalui pancainderanya. Kita menolak teori kaum idealis kerana ia tidak betul. Alam objektif satu kewujudan konkrit. Sesiapa yang menafikannya salah. Sebaliknya, kewujudan alam konkrit ini tidak bebas dari kesedaran manusia, kerana manusia sebahagian daripada alam konkrit itu. Dengan demikian, barulah kita dapat menyelesai dan menghapuskan kontradiksi dualisme kedua-dua golongan falsafah ini serta menegakkan monisme atau kesatuan wujud. Inilah doktrin Islam, seperti yang ternyata di dalam ayat Quran: “Puji-pujian bagi Allah, yang menjadikan langit dan bumi, dan menjadikan gelap dan terang. Namun, mereka yang kafir mempersekutukan Tuhan mereka.”[3] Ayat ini menunjukkan bahawa dualisme yang kelihatan di dalam dunia (seperti gelap dan terang) berasal dari Zat yang satu dan, dengan demikian, sebenarnya satu.
Marxisme: Monisme Yang Gagal?
Sebenarnya, falsafah Marxis materialisme dialektika bertujuan untuk mengemukakan satu doktrin yang monis, yakni materialisme yang di dalamnya terkandung gerakan (dialektik) yang bersifat roh. Marx sendiri tidak pernah menggunakan istilah “materialisme dialektika” (istilah ini pertama kali digunakan oleh G.Piekhanov) serta memanggil materialismenya “naturalisme konsiquen atau humanisme” yang “membezakan dirinya dari idealisme dan materialisme, di samping itu, merupakan hasil-hasil perpaduan dari kedua-duanya.”[4] Di dalam Tesis Pertama Mengenai Feuerbach, beliau berkata: “Kelemahan besar semua materialisme yang wujud dulu – termasuk materialisme Feuerbach – ialah bahawa benda, kewujudan, yang dikesani pancaindera, difahami hanya sebagai bentuk objek atau renungan, tetapi tidak sebagai aktiviti mengesan manusia, amalan, tidak secara sabjektif. Dengan demikian, jadilah segi aktifnya, berlainan dari materialisme, diperkembangkan oleh idealisme – tetapi secara mujarad saja, kerana sememangnya idealisme tidak mengerti hakikat sebenar aktiviti mengesan. Feuerbach mahu objek-objek yang dikesan dibezakan sebenarnya dari objek-objek fikiran, tetapi tidak memahami aktiviti manusia sendiri sebagai aktiviti objektif.[5] Materialisme Marx ini nampaknya menghapuskan dualisme di dalam teori serta meletakkan asas perkembangan satu falsafah monis. Tetapi oleh sebab-sebab sejarah (yang tidak dapat kita bicarakan di sini) dan juga beberapa kenyataan Marx sendiri yang membenarkan pendirian materialisme lama,[6] maka timbul sekurang-kurangnya dua aliran di dalam falsafah Marxis – “naturalisme-humanisme” dan “materialisme-dialektik”.[7] Malangnya, konsep dialektik – perkembangan alam dan manusia peringkat demi peringkat – untuk mengatasi kelemahan dualisme materialisme lama telah tidak berjaya. Jirim dan kesedaran, pada hakikatnya, tetap dianggap dua dan jirim tetap dianggap lebih utama di dalam falsafah materialisme dialektika.[8]
Dialektik atau perubahan alam peringkat demi peringkat melalui pergerakan – di alam tak bernyawa dan haiwan, seolah-olah secara buta, dan di alam manusia dengan kesedaran manusia – adalah suatu hal yang aneh. Mengikut teori Marxis, pergerakan ini timbul dari pertentangan di dalam benda-benda atau apa yang dikatakan perpaduan atau perhubungan tak terpisahkan di dalam pertentangan. Mengapa demikian? Seorang penulis Marxis menjawab: “Inilah satu rahsia muktamat yang tidak ada huraian. Keadaan sudah begitu.”[9]
Apakah Pemikiran Satu-satunya Cara Mengetahui?
Dualisme falsafah Marxis yang telah kita lihat menjelma di dalam epistimology atau teori pengetahuannya juga. Teori idea sebagai “gambaran cermin” kepada wujud (“kesedaran kita hanya satu imej dunia luar … dan yang wujud bebas dari yang menggambarkannya.” – Lenin) merupakan kesimpulan logic dari kenyataan bahawa jirim lebih utama daripada kesedaran dan menafikan hakikat kesedaran sebagai satu kategori dinamik untuk mengubah dunia. Nyatalah teori ini tidak boleh menghuraikan aktiviti kreatif manusia serta membezakan antara fikiran dan wujud. Teori ini yang bertentangan dengan pandangan Marx sendiri ((“Doktrin materialis bahawa manusia adalah hasil keadaan sekeliling dan pendidikan, dan, dengan demikian, manusia yang berubah adalah hasil keadaan sekeliling yang lain dan pendidikan yang berubah lupa bahawa manusialah yang mengubah keadaan sekeliling …”) kemudian dibetulkan dengan menyatakan bahawa: “Kesedaran manusia bukan saja menggambarkan dunia objektif tetapi juga menciptakannya.” – (Lenin). Tetapi dengan ‘pembetulan” ini kesedaran haruslah diakui sebagai satu kategori dinamik dan bukan hasil pasif dari jirim semata-mata.
Epistimologi Marxis menafikan pengetahuan mengenai wujud kecuali melalui pengesanan pancaindera terhadap dunia objektif serta pemikiran. Kalau kita hendak tahu rasa buah durian, kita mesti memakannya. Kalau kita hendak tahu keadaan udara di bulan, kita mesti pergi ke
Apakah Jirim?
Untuk memahami masalah hakikat, kita kembali kepada soal apakah jirim? Lenin mentakrifkan:
Jirim ialah satu kategori falsafah yang menandakan reality objektif, yang disampaikan kepada manusia oleh alat-alat derianya dan yang disalin, digambarkan dan dibayangkan oleh alat-alat deria kita, sedangkan wujudnya bebas dari alat-alat deria itu.[12]
Kita telah melihat bahawa alam objektif atau jirim tidak dapat diasingkan secara mutlak dari kesedaran manusia. Jirim dan kesedaran satu. Dengan demikian, takrif ini tidak dapat menolong kita mengetahui apakah jirim itu sebenarnya. Penemuan-penemuan ilmu fizik mutakhir mengesahkan kesimpulan logika ini.
Dengan memakai peraturan-peraturan kaedah sains yang ketat mengenai perkara ini, boleh ditunjukkan dengan berkesan pada beberapa peringkat di dalam kisah ini bagaimana kehidupan tidak boleh muncul; ketidak-mungkinannya terlalu besar, kesempatan-kesempatan untuk munculnya kehidupan terlalu sedikit. Malangnya untuk pandangan ini, kehidupan wujud di Bumi ini … Berhadapan dengan kesulitan ini, timbullah kecenderungan untuk … merojok kepada ciptaan khusus … Pilihan lain … ialah mengakui kejahilan total dan menasihati ahli-ahli sains yang serius meninggalkan penyelidikan ini hingga satu masa lain apabila lebih banyak pengetahuan telah terkumpul.[15]
Ruang dan Waktu Adalah Nisbi
Agak memeranjatkan kita membaca tentang kewujudan bebas dan kemutlakan ruang dan waktu di dalam sebuah buku falsafah materialis yang menganggap dunia sebagai dinamik dan di dalam keadaan perubahan senantiasa. Penulisnya berkata: “Ruang dan waktu benda objektif, kewujudannya tidak bergantung kepada kesedaran kita … ruang dan waktu juga kekal abadi.”[16] Tetapi mengikut teori nisbi Einstein yang telah terbukti kebenarannya, ruang dan waktu itu relatif – relatif kepada satu “bidang rujukan” di mana kejadian-kejadian di dalam alam boleh dirujukan. Umpamanya, manusia itu kecil dibanding dengan ikan paus, tetapi besar disbanding dengan lalat. Jadi, ruang yang dipenuhi manusia itu tidak tentu besar-kecilnya; ini hanya dapat ditetapkan dengan merujuk kepada satu “bidang rujukan” – ikan paus atau lalat. Begitu juga dengan masa. Pada kelajuan cahaya, iaitu 186,282 batu sesaat, masa tidak bergerak dan ruang mengikut aliran gerakan sifir! Di dalam kehidupan hari-hari, kita selalu mengalami kenisbian ruang dan msa ini. Bila kita membuat sesuatu kerja yang kita sukai, maka perjalanan masa tidak kita rasakan. Begitu juga dengan ruang. Sesuatu perjalanan itu kita rasa jauh kalau tidak ada sesuatu perkara yang mengasyikkan yang boleh melupakan kita kepada perjalanan masa. Memang perjalanan 100 batu atau 2 jam itu tetap 100 batu dan memakan masa 2 jam juga, yakni objektif, walaupun kita mungkin rasa tidak sampai 100 batu atau 2 jam, atau sebaliknya, yakni sabjektif. Ini membuktikan, walaupun ruang dan masa itu objektif, mereka juga sabjektif. Mereka tidak mutlak, sebaliknya relative – 100 batu dan 2 jam kepada siapa? Kajifizik sekarang menyatakan bahawa tidak ada kelajuan yang boleh melebihi kelajuan cahaya (186,282 batu sesaat), tetapi Al-Quran telah menyebut dua kelajuan yang melebihi kelajuan cahaya, iaitu (a) sehari di sisi Tuhan sama dengan 1,000 tahun manusia dan (b) sehari Tuhan sama dengan 50,000 tahun manusia.[17] Ini bermakna di alam-alam kerohanian Tuhan, wujud kelajuan 20 juta dan 1,000 juta kali ganda lebih laju daripada cahaya! Nyata sekali bahawa ruang dan masa nisbi.
[1] Esei ini ditulis sebagai ulasan terhadap buku Lee Ban Chen (penterjemah) Introduksi kepada Ilmu Falsafah, Syarikat Penerbitan Tuna, Kuala Lumpur, 1975; 158 hal; $3.00. Buku ini telah diterjemah dan disesuikan dari buku Tionghua yang ditulis oleh Li Yi. Esei ini disiarkan dalam majalah Dewan Bahasa, Disember, 1975; hal. 821-836.
[3] Al-Quran, 6:1.
[4] Economic and Philosophic Manuscripts, (terjemahan Miligan); hal. 102.
[5] Feuer, Lewis S. ibid, hal. 243.
[6] Umpamanya, “Bukannya kesedaran manusia yang menentukan wujud mereka, tetapi, sebaliknya, wujud sosial mereka yang menentukan kesedaran mereka.” (Critique of Political Economy, 1859; hal. 10-13).
[7] Gajo Petrovic. Marx in the Mid-Twentieth Century,
[8] Mungkin Marxis akan berhujah bahawa, oleh kerana dialektik telah menghubung dan menyatukan jirim dan kesedaran, maka dualisme lama telah dihapuskan. Ini tidak benar, kerana doktrin asas materialisme bahawa alam berpunca dari jirim memerlukan ia mengakui hakikat kesedaran kemudiannya, dan dengan itu memecahkan wujud kepada jirim dan roh.
[9] Maurice Cornforth. The Open Philosophy and the Open Society,
[10] Mao Tze-tung. Selected Works.
[11] Lukacs, Georg. History dan Class Consciousness,
[12] Lenin, V.I. Materialism and Empirio-Criticism, Selected Works, Vol. XI,
[13] The Encyclopedia of Philosophy, op.cit hal. 217.
[14] Robert M. Linscott. The Philosopher of Science,
- Tekanan saya punya.
[15] Bernal J.D. The Origin of Life,
[16] Hal. 22&23
[17] Al-Quran, 24:47 dan 70:4