Friday, March 31, 2006

Letter to the Editor, the Sun
Re: Muslims Must Undertake Reforms


Dear Sir,


I refer to the comment by MZH (The Sun, 24 March, 2006).

Allow me to rebut him point by point.

Firstly, the subject was the necessity for Muslims to undergo reforms to enable them to live fruitfully in, and to confront, the modern world. It was not about the so-called “meticulous” methodology of Hadith collection by Bukhari and the other famous Hadith collectors.

Secondly, the fact that Bukhari (810-870) and the other Hadith collectors came 250 years after Prophet Muhammad’s death should guard us against the Hadith being taken as the words and doings of the Prophet. It should be further stressed that Prophet Muhammad neither knew, nor was he responsible for, these so-called Prophetic traditions.

Thirdly, the Hadith were simply reports purporting to relate what the Prophets said and did. As reports, they must be subject to verification. Bukhari himself rejected 99% of what he collected! Bukhari’s “meticulous” methodology of hadith verification must remain Bukhari’s and can and must be reviewed.

Fourthly, note the fact that all these official Hadith collectors came after Imam Shafi’e (767-820) whose ingenious argument about God’s order to obey the Prophet in the Quran equalled Muslim obligation to follow the Hadith as well (besides the Quran) was accepted by the then Muslim Community as a doctrine of faith. Before this the Prophet’s individual acts were simple precedents to be followed or not according to circumstances.

Fifthly, MZH should note that many hadith pronouncements in the revered Bukhari collection run directly contrary to the teachings of the Quran. No teaching directly contrary to the Quran can be accepted by Muslims. The popular belief that the Hadith dose not contradict the Quran, propagated by the clergy, tantamounts to a hoax.

Sixthly, one may compare the Muslim Community with this description. They have cleverly constructed for themselves a beautiful palace-prison and have entered it en masse. What is cleverer still is that they have locked themselves in and boasted that they are living in a perfect, completed and Shariah-regulated system – so complete and regulated that it stipulates when you should cut your nails and what prayer to say when you enter the toilet!

History is repeating itself. Baghdad, the capital city of Muslim medieval civilization, was sacked by Hulagu-led Tarters in 1258. His grandson, however, became Muslim. Today, Baghdad, the beautiful capital city of modern independent Iraq, was invaded by Bush and his hordes. The “Clash of Civilization” of Samuel Huntington is, unfortunately, happening. The deviating, secularized (Judeo-Christian) West and an equally deviating, corrupted, ulama-created Islam are already confronting each other. Out of this confrontation, the two world-deviationist systems will collapse, and a new civilization, based on truth and justice, will surely arise, precisely as the Quran predicts.

This is the Straight Path that we are looking for; neither capitalism, nor communism, neither materialism, nor ascetism.

I sincerely advise that MZH and others like him apply their God-given critical faculty in the face of human-made knowledge. This is exactly what Prophet Muhammad taught us through the Quran.

Thank you.

Yours truly,

Kassim Ahmad

Sunday, March 26, 2006

KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*

Kassim Ahmad
*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan terakhir dalam empat]

Sekali lalu, konsep humanisme universal ini sangat menarik, kerana luasnya dan humanisnya, tetapi apabila kita memeriksa unsur-unsurnya, nyatalah humanisme universal adalah satu filasafah yang amat reaksioner. Bertopengkan kemanusiaan, ia menyamakan golongan tertindas dengan golongan penindas, menidakkan adanya penindasan di dalam masyarakat manusia dan menidakkan adanya baik dan jahat. Mengikut Idrus, masalah-masalah masyarakat terbatas kepada masalah-masalah individu. Kalau terdapat penindasan dan kemiskinan, maka kaum-kaum buruh dan tani patut menyalahkan diri mereka sendiri dan bukan kaum-kaum kapitalis dan feudal. Inilah falasafah oportunis kaum penindas guna hendak menutup penindasan mereka dan menekan rakyat dari bangun menentang penindasan itu. Idrus cuba hendak mengelirukan pembaca-pembacanya dengan memuji Maxim Gorki dan Tolstoy sebagai penulis-penulis realis anti-penindasan yang besar, tetapi sebaliknya Idrus tidak mahu adanya penulis-penulis seperti itu di negeri kita!

Konsep ‘seni untuk seni’, walaupun ia menjelma dalam bentuk humamisme universal atau ‘seni untuk manusia’, adalah konsep yang idealis, reaksioner dan salah, dan ia adalah alat kaum penindas untuk memesongkan kesusasteraan dari menyempurnakan rolnya sebagai cermin masyarakat yang betul. Pengkritik-pengkritik sastera kita yang progresif baruslah memahami rol faham humanisme universal untuk mengelirukan penulis-penulis muda kita yang sedang mencari pegangan, dan harus menelanjanginya supaya wajahnya yang buruk itu dapat dilihat oleh semua.

Bagi saya, tidak ada keberatan kalau penulis-penulis kita mempunyai pendapat yang berbeza-beza walaupun dalam masalah-masalah sastera yang pokok. Akan tetapi, kita haruslah cuba menyelesaikan perbezaan-perbezaan di antara kita dengan jalan diskusi dan polemik yang terbuka, yang sihat, berdasarkan fakta dan bahasan yang berprinsip dan rasional dan bertujuan hendak mencapai jawapan dan perpaduan. Sikap-sikap dogmatik, individualis dan subjektif dalam menghadapi masalah-masalah kita dan cara berkomplot untuk mengatasi lawan kita adalah sikap-sikap dan cara yang salah dan yang patut kita atasi sekiranya kita ingin perpaduan di kalangan penulis-penulis dan pertumbuhan kesusasteraan yang subur dan tinggi mutunya.

Tentang masalah tema, gaya, teknik dan sebagainya, tidaklah patut diadakan sekatan-sekatan yang mengongkong. Setelah kita sedar dan faham bahawa kesusasteraan adalah cermin masyarakat, bahawa keindahan seni tidak dapat dipisahkan dari isi sosialnya, dan kesusasteraan mempunyai peranan yang vital dalam evolusi kehidupan rakyat kita dan manusia seluruhnya, soal-soal ini dapat diselesaikan secara bebas dan luas di dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut. Tema kesusasteraan kita, umpamanya, tidak ada batasnya. Kita boleh menulis tentang kehidupan kaum feudal atau kaum tani, kaum buruh atau kaum kapitalis, golongan intelektual atau golongan seniman – tetapi yang paling baik ialah sebuah gambaran yang komplit meliputi kehidupan semua kelas dan golongan. Tentang gayanya pula, tentulah yang baik itu gaya yang realis: realisma yang progresif dan mendalam dan bukan yang reaksioner dan cetek seperti gaya naturalis, realisma yang menunjukkan baik dari yang buruk. Gaya ini dapat dinamakan gaya realisme kritikal, yakni memberi satu gambaran sosial seadanya tetapi dengan megemukakan kritik dalam gambaran itu. Bagi penulis-penulis yang telah menerima faham sosialis, bolehlah mereka menggunakan gaya realisma sosialis, yakni menggambarkan gejala-gejala sosial dari pandangan sosialis dan menunjukkan perkembangan masyarakat ke arah revolusi yang akan melahirkan sistem sosialis. Soal-soal bahasa, teknik dan lain-lain ialah soal kecil yang tidak perlu saya sentuh di sini.

Dalam pertumbuhan kesusasteraan, ada dua pihak: penulis dan pembaca. Keduanya saling pengaruh mempengaruhi. Pihak pembaca mempunyai seorang wakil yang mengemukakan pendapat-pendapatnya tentang sesuatu karya sebagai kritikan dan pujian kepada penulis dan juga sebagai huraian kepada pembaca sendiri. Wakil ini, pengkritik sastera, mempunyai peranan yang besar dalam pertumbuhan sesebuah kesusasteraan. Tanggungjawabnya bukan saja menilai karya-karya sastera dan mentafsirkan karya-karya itu untuk pembaca-pembaca umum, tetapi juga membantu perkembangan sesebuah kesusasteraan dengan nilainya dan tafsirannya yang saksama, jujur dan betul.

Dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden peranan pengkritik-pengkritik kita tidak banyak memberi menafaat sama ada kepada penulis-penulis kita atau kepada kesusasteraan moden kita. Hal ini berlaku kerana masih ada beberapa soal pokok yang belum begitu jelas kepada mereka. Soal-soal seperti: Apakah tugas pengkritik? Bagaimanakah cara mengkritik? Apa yang harus dipuji dan apa yang harus dikritik? Ada baiknya kita adakan diskusi dan polemik tentang masalah-masalah ini supaya dapat kita rumuskan satu panduan kasar yang sesuai untuk kritik sastera kita. Pada pandangan saya, ramai pengkritik kita terlalu menumpukan perhatian mereka kepada soal-soal kecil atau apa yang dikatakan soal-soal estetika, seperti soal bahasa, susunan pelot, suasana cerita dan sebagainya. Soal gambaran sosial yang dikemukakan di dalam sesuatu karya – samada gambaran ini realistik dan objektif atau tidak – sama sekali dilupakan. Dengan demikian, kritikan sastera kita menjadi sempit – terbatas kepada soal-soal teknikal dan apa yang dikatakan soal-soal psikologi. Aliran kritikan sastera seperti ini tidak mungkin menyuburkan kesusasteraan kita oleh kerana ia menggalakkan pemisahan kesempurnaan seni dari isi sosial sesebuah karya dan pemisahan kesusasteraan dari kehidupan.

Hari ini hampir 20 tahun telah berlalu semenjak pembaharuan dalam kesusasteraan kita mula dilancarkan oleh Asas ’50. Dari kira-kira tahun 1948 hingga tahun 1956 kita telah menyaksikan satu letupan daya penciptaan di kalangan penulis-penulis kita. Cerpen dan sajak dan kritikan sastera begitu banyak dihasilkan. Kemudian antara tahun-tahun 1957 dengan 1962 kita mengalami satu period yang agak lengang. Sekarang kegiatan itu nampaknya telah pulih semula. Bilangan penerbit telah bertambah. Banyak novel baru dan kumpulan cerpen telah terbit. Beberapa orang penulis muda yang menunjukkan bakat dalam lapangan sajak dan kewartawanan telah timbul. Yang kurang dalam gerakan sekarang ialah satu pegangan yang sesuai bagi penulis-penulis kita semuanya. Tanpa pegangan bererti penulis-penulis muda kita akan berkembang secara spontan mengikut angina mana yang kuat. Keadaan seperti ini akan lebih banyak merugikan daripada menguntungkan perkembangan kesusasteraan kita.

Dalam ceramah ini, saya telah cuba mengembalikan perhatian penulis-penulis kita kepada beberapa hal pokok. Hal-hal pokok itu ialah:- 1) bahawa seni dan sastera cermin masyarakat 2) bahawa sastera tidak dapat dipisahkan dari kehidupan 3) bahawa sastera mempunyai peranan yang positif dalam evolusi kehidupan dan keperibadian manusia 4) bahawa pengkritik sastera tidak harus memisahkan konsepsi kesempurnaan seni dari isi sosial sebuah karya seni, dan 5) bahawa penulis-penulis kita harus menggambarkan kehidupan sosial secara realistik dalam karya-karya mereka. Saya rasa penulis-penulis dan pengkritik-pengkritik kita harus membaharukan pengakuan mereka terhadap prinsip-prinsip ini.

Wednesday, March 22, 2006

KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*

Kassim Ahmad
*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan ketiga dalam empat]


Penulis-penulis kita, terutama yang tua, dan para pengkritik patut memeriksa keadaan sastera kita sekarang dengan kritis. Apakah arah yang dituju oleh kesusasteraan kita hari ini? Apakah pegangan kita sebagai penulis? Apakah tugas pengkritik? Soal-soal ini patut kita tanya pada diri kita sendiri dan patut dicari jawapan-jawapan yang memuaskan. Pada waktu ini, kita seolah-olah hendak menafi sejarah moden kita sendiri. Kita hendak menafi adanya gerakan Asas ’50 dengan konsepnya ‘seni untuk masyarakat’. Kemudian kita meraba-raba satu jalan baru tanpa memeriksa apakah jalan itu, dan kemana ia akan membawa kita. Kita berlagak seperti kanak-kanak kecil, memberontak terhadap ibu-bapanya tetapi tidak berani bediri sendiri.

Apakah penulis-penulis kita sekarang menolak konsep ‘seni untuk masyarakat’? Apakah konsep ‘humanisme universal’ jadi pertentangan antara pihak-pihak yang dikatakan ‘Nefos’ dan ‘Oldefos’ itu? Soal-soal ini masih tidak jelas oleh kerana kita belum sanggup mengadakan polemik yang sihat yang berprinsip, rasional dan bertujuan mencari jawapan kepada masalah-masalah kita dan persefahaman dan perpaduan di antara golongan-golongan di dalam keluarga penulis kita.

Seperti yang telah saya sebutkan awal tadi, dalam masalah konsep ‘seni untk masyarakat’ itu betul, kerana ia kesimpulan yang logik dari hakikat seni dan sastera mencerminkan kehidupan sosial. Konsep ‘seni untuk seni’ itu salah, oleh kerana ia menafi hakikat ini dan memisahkan seni dan sastera dari kehidupan sosial. Sebagai satu gejala sastera, konsep ‘seni untuk seni’ merupakan satu langkah mundur bagi kesusasteraan oleh kerana kesusasteraan sudah tidak sanggup mencerminkan kehidupan yang penuh dengan gelap dan derita.

Dengan kata-kata Idrus: “Mencerminkan kemiskinan, penindasan, penjajahan tidak menarik bagi pengarang-pengarang ‘universal humanisme.’ Kerana perkara-perkara ini, walaupun wujud di dalam masyarakat kita dan di dalam dunia sekarang, tidak menyenangkan. Namun demikian, konsep ‘seni untuk masyarakat’ sekadar diterima secara teoritis belum cukup. Konsep ini perlu diamalkan. Dan dalam mengamalkan ini kita tidak harus lupa bahawa penulis-penulis bertanggungjawab menggambarkan hidup dengan realistik, jujur dan benar. Di sinilah timbul kelemahan beberapa pengarang Asas ’50 sehingga banyak tulisan-tulisan mereka merupakan penyataan-penyataan sikap politk dan sosial yang abstrak. Hal ini mendatangkan kritik dari Awamussharkam, seorang anggota Asas ’50 tetapi simpatik dengan pendapat Hamzah, pelopor ‘seni untuk seni’. Kata beliau: “Seperti disengaja pula, kesusasteraan sebenarnya telah dilupakan, oleh terlampau hendak memberi pertunjuk dan ajaran hingga segala semuanya merupakan kekerasan, kekakuan dan tidak lazat lagi, kesusasteraan tidak seindah lagi.”

Tetapi dari definisi Asraf, seorang pengkritik terkemuka bagi golongan ‘seni untuk masyarakat,’ kita tidak nampak perbezaan pendapat antara pengikut-pengikut Hamzah dengan golongan Asas ’50. Dalam satu rencana menghuraikan konsep ini, Asraf berkata: “Orang yang berfaham ‘seni untuk seni’ menganggap bahawas seni atau kesusasteraan adalah suatu yang mengandung keistimewaan…Apa saja yang ‘indah’ yang ‘halus’, yang ‘istimewa’ hendak dipindahkan ke dalam suatu ciptaan…Oleh terlalu mementingkan keindahan, maka terlupa ia akan ada hubungan seni dengan masyarakat. Apabila seni sudah mempunyai dunianya sendiri yang terasing dari dunia yang didiami dan dialami oleh rakyat terbanyak maka terjadilah perpisahan antara seni dengan rakyat.” Dalam satu rencana lain, Asraf berkata lagi: “Apabila kita menyebut ‘seni untuk masyarakat’ maka mungkin timbul suatu sangkaan alat untuk menyedarkan masyarakat rakyat. Sangkaan ini tidak salah dan memang kita setuju…Yang tidak dapat kita setujui ialah caranya dalam menjadikan kesusasteraan sebagai alat penyedar…Menyedar rakyat dengan jalan seni kesusasteraan tidak bererti bahawa kesusasteraan harus dijadikan alat propaganda kasar yang tidak mengandungi seni. “Hamzah sendiri dengan logik yang amat longgar pernah berpantun: “/Seni untuk seni/seni untuk masyarakat/kedua-duanya sastera/kedua-duanya mungkin berjasa./”

Dari polemik ini ternyata tidak ada pertentangan yang objektif di antara golongan Hamzah dengan penulis-penulis Asas ’50. Perpecahan berlaku kerana beberapa sikap negatif yang diambil oleh kedua pihak dalam menyelesaikan perselisihan-perselisihan pendapat mereka tentang masalah-masalah sastera waktu itu. Pada pendapat saya, tiga sikap negatif yang telah menyebabkan perpecahan ini ialah sikap-sikap dogmatik, individualis dan subjektif. Sikap dogmatik kelihatan apabila satu pihak menolak fikiran pihak lain tanpa berdasarkan fakta dan bahasan yang rasional. Sikap individualis kelihatan apabila satu pihak berkeras mempertahankan pendirian puaknya tanpa mahu mencari perpaduan bersama. Sikap subjektif nampak apabila kita melihat sesuatu perkara dari segi kulitnya atau namanya dan bukan dari segi hakikatnya: tanpa mendalami erti ‘seni’, satu pendirian yang keras sudah dibuat. Sikap-sikap ini telah menghalang kita mencapai pengertian yang betul tentang masalah-masalah kita dan menghalang kita mencapai perpaduan di kalangan penulis-penulis.

Tetapi polemik antara golongan Asas ’50 dengan golongan Hamzah telah menjadi perkara sejarah. Masalah sekarang sudah berubah. Cuma kita harus mengambil pelajaran dari perbalahan itu dengan kita cuba mengatasi sikap-sikap subjektif, dogmatic dan individualis apabila kita menghadapi masalah-masalah kita hari ini.

Apakah masalah kita hari ini? Dalam polemik baru antara Shahnon dan Hamzah baru-baru ini, Shahnon mengkritik golongan “Nefos”. Kata beliau; “… tidak bermakna pengarang-pengarang muda sekarang menggolongkan diri mereka dengan angkatan ‘The New Emerging Froce”. Konon, sedangkan hasil-hasil mereka tidak ubah macam zaman angkatan dua puluh dulu”. Beliau mengatakan angkatan muda ini telah memperdagangkan seni. Katanya, mereka (yakni, angkatan muda) merasa perjuangan untuk mencari kekuatan itu sudah tidak ada gunanya. Yang berguna ialah kopi, beras, minyak kereta dan tubuh betina. Dan perjuangan inilah yang sedang diamalkan oleh setengah-setengah golongan yang sengaja menamakan diri mereka angkatan “The New Emerging Force”.

Dari tafsiran Shahnon tentang sifat golongan ‘Nefos’, nyatalah masalah kita masalah lama juga – pertentangan antara aliran-aliran ‘seni untuk masyarakat’ dan ‘seni untuk seni’ (kerana seni perdagangan itu tidak lain satu corak ‘seni untuk seni’ juga). Tetapi aliran ‘seni untuk seni’ telah mendapat nama baru, yaitu humanisme universal, dan ia mempunyai asas yang objektif dalam masyrakat kita hari ini.

Apakah humanisme universal sebenarnya? Idrus yang mempelopori aliran ini telah berkata: “Sebenarnya perbezaan antara universal humanisme dengan ‘seni untuk masyarakat’ terletak pada sikap terhadap penderitaan manusia itu. Menceritakan kemiskinan, penindasan, penjajahan tidak menarik bagi pengarang-pengarang universal humanisme. Yang menarik baginya ialah orang-orang yang kena tindas dan orang-orang yang dijajah. Orang-orang ini menjadi unsur yang inherent dalam sastera universal humanisme. Orang-orang ini diberi nama yang proper, disuruh berfikir dan bergerak sendiri secara individu, diberi ia zaman silamnya, zaman kininya dan zamannya yang akan datang”. Huraian ini hanya bermain dengan kata-kata dan tidak membezakan pengertian konsep-konsep humanisme universal dan ‘seni untuk masyarakat,’ Apakah bendanya antara kata-katanya ‘penjajahan’ dengan ‘orang-orang yang dijajah’? Kalau tidak ada penjajahan bagaimana akan ada orang yang kena jajah? Bolehkah kita katakan bahawa Idrus menentang penjajahan dan penindasan seperti seorang penulis yang menganut faham ‘seni untuk masyarakat’? Mari kita teliti penjelasan Idrus selanjutnya: “universal humanisme tidak hanya mengemukakan manusia yang menderita, tetapi juga manusia yang berjaya dalam hidupnya. Manusia buruh, manusia kapitalis, pendek kata setiap manusia adalah peraku potential dari universal humanisme.” Ini pun belum jelas, kerana soalnya bukan pemilihan watak atau tema, tetapi samada seorang penulis mengambil sikap pro-rakyat dan anti-penjajah dan anti kaum-kaum penindas atau tidak. Kata Idrus lagi: “Angkatan Baru ini lebih banyak bersikap introspektif, lebih banyak mencari kesalahan pada diri sendiri. Sedangkan angkatan yang dulu selalu mengemukakan kambing hitam, mengemukakan kesalahan orang lain, kadang-kadang kapitalis, kadang-kadang feudalis, orang kaya dan sebagainya.” Huraian yang akhir ini menjelaskan apa sebenarnya humanisme universal itu.

====

Wednesday, March 15, 2006

KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*
Kassim Ahmad

*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan kedua dalam empat]


Masalah pesimisma ini bukan ujud dalam teori saja. Ia satu masalah praktik yang berat. Pesimisme telah menjadi satu gejala umum di kalangan penulis-penulis Barat antara peperangan-peperangan dunia dan telah menyebabkan merosotnya peranan positif kesusasteraan dalam kehidupan sosial di Barat. Penyakit in telah juga menular kepada penulis-penulis kita. M.Belfas dalam makalahnya yang bertajuk “Mengapa Saya Menulis Retak”, telah berkata: “Pesimisme suatu novel lahir dari pengertian si pengarang terhadap manusia. Dalam novel saya itu, saya memang tidak menempatkan manusia di atas awang-awangan, tetapi di bumi yang nyata. Dia adalah makhluk yang tidak sempurna”. Sikap pesimis ini tidak asing lagi dan timbul dari satu falasafah pesimis yang telah hilang kepercayaan kepada hidup. Pandangan hidup seperti ini tidak akan dapat menciptakan satu imej kehidupan atau manusia yang besar dan gagah oleh kerana penulisnya susah mempunyai kepercayaan bahawa manusia itu lemah dan kerdil.

Di sini saya ingin memetik kata-kata seorang penulis Inggeris Joseph Conrad yang telah menulis mengenai hal ini pada tahun 1905. Kata beliau: “Apa yang kita rasa amat kosong dalam pesimisme yang diistiharkan ini ialah kesombongannya. Nampaknya seolah-olah penemuan yang dibuat oleh banyak orang dari semasa bahawa ada banyak kejahatan di dalam dunia ini merupakan satu sumber kebanggaan dan keseronokan bagi setengah-setengah penulis moden. Fikiran tidak sesuai dipegang oleh orang yang memandang berat terhadap seni tulisan. Ia memberikan seorang penulis – Tuhan saja yang mengetahui mengapa – satu perasaan kelebihan bagi dirinya sendiri. Tidak ada suatu yang lebih merbahaya daripada perasaan kelebihan ini kepada taat setianya terhadap perasaan-perasaannya dari gerak hatinya yang patut dipatuhi oleh seorang penulis pada saat-saat penciptaannya yang bahagia. Untuk mendatangkan faedah dari segi seni, tidak perlu kita memikirkan bahawa dunia ini baik. Memadai dengan satu kepercayaan bahawa tidak mustahil ia menjadi demikian.”

Inilah yang saya maksudkan dengan satu pandangan hidup yang progresif. Satu pandangan yang boleh menebusi segala kegelapan di hadapan mata, segala kegelapan yang bersifat sementara, untuk mencapai terang yang abadi. Inilah realiti dan kebenaran yang mutlak, realiti dan di dunia ini, realiti dan kebenaran yang menyatakan bahawa manusia menuju satu destini yang besar dan gemilang. Inilah optimisme yang revolusioner. Tiap-tiap penulis yang agung mempunyai optimisme ini. Penulis-penulis kita haruslah meniupkan sikap dan pandangan hidup ini ke dalam jiwa mereka.

Tetapi, sementara kita harus optimistik terhadap masa depan bangsa kita dan manusia seluruhnya, tidaklah bermakna optimisme kita itu optimisme yang dangkal. Optimisme kita terbit dari kepercayaan dan pengetahuan bahawa pembebasan seluruh manusia dari segala bentuk penindasan dan kezaliman akan tetap tercapai; dalam pada itu, kita juga harus menjadi orang-orang realis yang menghadapi kenyataan di hadapan mata kita sekarang – kenyataan yang tidak menggembirakan. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggembirakan ini harus kita gambarkan seadanya dan dengan sejujurnya, Tetapi, cara penggambaran yang realis ini berbeza dari cara yang kita kenal dengan istilah naturalis. Cara penggambaran naturalis memperlihatkan keadaan-keadaan luar dan tidak hubungan-hubungan dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kita mabil satu contoh. Seorang penulis meninjau keadaan seorang petani yang mengerjakan 25 relong tanah bendang tiap-tiap tahun. Keadaan hidupnya buruk. Ia mendapat hitung panjang $40.00 sebulan. Kemudian Kerajaan membuat satu rancangan taliair untuk membolehkan petani-petani di kawasan itu menamam dua kali setahun. Harga padi ditetapkan. Pertolongan-pertolongan seperti benih dan baja diberi. Tetapi penulis kita mendapati keadaan si petani ini tidak banyak berubah. Lalu penulis mengambil kesimpulan bahawa petani-petani kita malas dan tidak berfikiran maju. Ini penggambaran naturalis. Kalau penulis itu seorang realis, dia akan menyelidik tentang pemilikan sawah itu, tentang pasaran padinya dan tentang modalnya. Dia akan mendapati bahawa tanah si petani tadi bukan miliknya sendiri, tetapi disewa dari seorang tuan tanah yang duduk di bandar dengan bayaran sebanyak 60% daripada hasil tanah itu. Dia akan mendapati bahawa harga padi yang diperolehinya daripada taukeh-taukeh padi rendah daripada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan. Akhir sekali, dia akan mendapati bahawa petani itu telah beberapa bulan terhutang kepada taukeh kedai tempat ia mengambil barang-barang keperluan harian. Ketiga-tiga hal ini menyebabkan keadaannya menjadi miskin dan mundur. Dengan beralatkan fakta-fakta ini, penulis kita akan menggambarkan petani ini dalam hubungan-hubungannya yang tidak kelihatan dengan tuan tanah dan taukeh-taukeh. Inilah penggambaran yang realis yang menunjukkan hubungan sebab-musabab di sekitar kejadian-kejadian dalam masyarakat. Di sini kita dapat melihat kelebihan penggambaran realis daripada penggambaran naturalis. Dengan penggambaran realis, bukan saja seorang penulis dapat melukis kehidupan sosial dengan sebenarnya, tetapi dapat menunjukkan jalan keluar. Dari sinilah datangnya optimisme seorang penulis yang realis dan progresif.

Kedua-dua keperluan yang terbit dari hakikat bahawa kesusasteraan mencerminkan kehidupan berhubung rapat satu dengan lain. Penulis-penulis tidak akan dapat mencerminkan kehidupan secara objektif, realis dan mendalam sekiranya mereka sendiri tidak mengambil bahagian yang aktif dalam kehidupan itu. Dalam pada itu, seorang penulis tidak akan dapat menghindar perasaan pesimismenya sekiranya ia terpisah dari kehidupan rakyat, oleh kerana sumber kekuatan dan harapan itu timbul dari tenaga dan cita-cita rakyat untuk mengubah nasibnya.

Sunday, March 12, 2006

Muslims Must Undergo Internal Changes
(Or Else They Will Be Replaced)


Letter to The Editor, The Sun,
March 13, 2006

Dear Editor:

I agree with Kevin Tan that Muslims must make internal changes to catch up with the modern world ("Muslims must be fearless to change," the Sun, March 10, 2006).

It is highly ironic that Prophet Muhammad’s great revolutionary teachings that fired up an Arab Renaissance in 7th to 13th centuries and introduced science and the scientific method to the world to replace a mystery and superstition-filled world that Muslims today represent a reactionary force.

About three to five hundred years after the Prophet’s death, a new version of the teachings, based on the so-called Prophetic Traditions or Hadith and the dominant role of the newly-emergent clerical class to interpret and act as the custodians of the religion, arose to stifle the fresh breath, dynamism and creativity of the simple monotheistic teachings of the Religion of Truth, as Islam is some times referred to in the Quran.

How did this happen? It may take us a while explaining this, but it happens to all new humanistic teachings that have ever arisen to reform human societies. The evil forces get to work as soon as a Moses, a Jesus and a Muhammad is set on a course of reform.

That is what history teaches us, and it is not all due to the deterministic belief in the historical pendulum. Man makes history, and history essentially continues on an upward course, not a linear, but a non-linear integralist, upward course, as the late Prof. P. A. Sorokin explained. Man, the Noble Man, otherwise God personified, is therefore bound to triumph.

Kevin Tan’s implicit belief that modernization and modernity are what Muslims need is not quite right either. The militant Western stand on “democracy” and “secularism” and “progress,” militant because the West brooks no opposition from anywhere, is a denial of what it preaches. The West has its own subjective reason. Its fall is written all over its face.

Between the liberal-democratic mythology that the West propagates and its Marxist-communist opposite, is there no middle path? Those who speak and rule in God’s name, both in the West and East, have already made their debut and have miserably failed. Militant secularism and militant religiosity have both failed Man. Man has to find a middle path, the straight path of the Quran, to find his way towards the spirit's happy home.

Thank you.
Yours faithfully,

Kassim Ahmad
kassim03@streamyx.com
kassim@pc.jaring.my

Wednesday, March 08, 2006

KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*

Kassim Ahmad
*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan terakhir dalam empat]

Sekali lalu, konsep humanisme universal ini sangat menarik, kerana luasnya dan humanisnya, tetapi apabila kita memeriksa unsur-unsurnya, nyatalah humanisme universal adalah satu filasafah yang amat reaksioner. Bertopengkan kemanusiaan, ia menyamakan golongan tertindas dengan golongan penindas, menidakkan adanya penindasan di dalam masyarakat manusia dan menidakkan adanya baik dan jahat. Mengikut Idrus, masalah-masalah masyarakat terbatas kepada masalah-masalah individu. Kalau terdapat penindasan dan kemiskinan, maka kaum-kaum buruh dan tani patut menyalahkan diri mereka sendiri dan bukan kaum-kaum kapitalis dan feudal. Inilah falasafah oportunis kaum penindas guna hendak menutup penindasan mereka dan menekan rakyat dari bangun menentang penindasan itu. Idrus cuba hendak mengelirukan pembaca-pembacanya dengan memuji Maxim Gorki dan Tolstoy sebagai penulis-penulis realis anti-penindasan yang besar, tetapi sebaliknya Idrus tidak mahu adanya penulis-penulis seperti itu di negeri kita!

Konsep ‘seni untuk seni’, walaupun ia menjelma dalam bentuk humamisme universal atau ‘seni untuk manusia’, adalah konsep yang idealis, reaksioner dan salah, dan ia adalah alat kaum penindas untuk memesongkan kesusasteraan dari menyempurnakan rolnya sebagai cermin masyarakat yang betul. Pengkritik-pengkritik sastera kita yang progresif baruslah memahami rol faham humanisme universal untuk mengelirukan penulis-penulis muda kita yang sedang mencari pegangan, dan harus menelanjanginya supaya wajahnya yang buruk itu dapat dilihat oleh semua.

Bagi saya, tidak ada keberatan kalau penulis-penulis kita mempunyai pendapat yang berbeza-beza walaupun dalam masalah-masalah sastera yang pokok. Akan tetapi, kita haruslah cuba menyelesaikan perbezaan-perbezaan di antara kita dengan jalan diskusi dan polemik yang terbuka, yang sihat, berdasarkan fakta dan bahasan yang berprinsip dan rasional dan bertujuan hendak mencapai jawapan dan perpaduan. Sikap-sikap dogmatik, individualis dan subjektif dalam menghadapi masalah-masalah kita dan cara berkomplot untuk mengatasi lawan kita adalah sikap-sikap dan cara yang salah dan yang patut kita atasi sekiranya kita ingin perpaduan di kalangan penulis-penulis dan pertumbuhan kesusasteraan yang subur dan tinggi mutunya.

Tentang masalah tema, gaya, teknik dan sebagainya, tidaklah patut diadakan sekatan-sekatan yang mengongkong. Setelah kita sedar dan faham bahawa kesusasteraan adalah cermin masyarakat, bahawa keindahan seni tidak dapat dipisahkan dari isi sosialnya, dan kesusasteraan mempunyai peranan yang vital dalam evolusi kehidupan rakyat kita dan manusia seluruhnya, soal-soal ini dapat diselesaikan secara bebas dan luas di dalam kerangka prinsip-prinsip tersebut. Tema kesusasteraan kita, umpamanya, tidak ada batasnya. Kita boleh menulis tentang kehidupan kaum feudal atau kaum tani, kaum buruh atau kaum kapitalis, golongan intelektual atau golongan seniman – tetapi yang paling baik ialah sebuah gambaran yang komplit meliputi kehidupan semua kelas dan golongan. Tentang gayanya pula, tentulah yang baik itu gaya yang realis: realisma yang progresif dan mendalam dan bukan yang reaksioner dan cetek seperti gaya naturalis, realisma yang menunjukkan baik dari yang buruk. Gaya ini dapat dinamakan gaya realisme kritikal, yakni memberi satu gambaran sosial seadanya tetapi dengan megemukakan kritik dalam gambaran itu. Bagi penulis-penulis yang telah menerima faham sosialis, bolehlah mereka menggunakan gaya realisma sosialis, yakni menggambarkan gejala-gejala sosial dari pandangan sosialis dan menunjukkan perkembangan masyarakat ke arah revolusi yang akan melahirkan sistem sosialis. Soal-soal bahasa, teknik dan lain-lain ialah soal kecil yang tidak perlu saya sentuh di sini.

Dalam pertumbuhan kesusasteraan, ada dua pihak: penulis dan pembaca. Keduanya saling pengaruh mempengaruhi. Pihak pembaca mempunyai seorang wakil yang mengemukakan pendapat-pendapatnya tentang sesuatu karya sebagai kritikan dan pujian kepada penulis dan juga sebagai huraian kepada pembaca sendiri. Wakil ini, pengkritik sastera, mempunyai peranan yang besar dalam pertumbuhan sesebuah kesusasteraan. Tanggungjawabnya bukan saja menilai karya-karya sastera dan mentafsirkan karya-karya itu untuk pembaca-pembaca umum, tetapi juga membantu perkembangan sesebuah kesusasteraan dengan nilainya dan tafsirannya yang saksama, jujur dan betul.

Dalam sejarah kesusasteraan Melayu moden peranan pengkritik-pengkritik kita tidak banyak memberi menafaat sama ada kepada penulis-penulis kita atau kepada kesusasteraan moden kita. Hal ini berlaku kerana masih ada beberapa soal pokok yang belum begitu jelas kepada mereka. Soal-soal seperti: Apakah tugas pengkritik? Bagaimanakah cara mengkritik? Apa yang harus dipuji dan apa yang harus dikritik? Ada baiknya kita adakan diskusi dan polemik tentang masalah-masalah ini supaya dapat kita rumuskan satu panduan kasar yang sesuai untuk kritik sastera kita. Pada pandangan saya, ramai pengkritik kita terlalu menumpukan perhatian mereka kepada soal-soal kecil atau apa yang dikatakan soal-soal estetika, seperti soal bahasa, susunan pelot, suasana cerita dan sebagainya. Soal gambaran sosial yang dikemukakan di dalam sesuatu karya – samada gambaran ini realistik dan objektif atau tidak – sama sekali dilupakan. Dengan demikian, kritikan sastera kita menjadi sempit – terbatas kepada soal-soal teknikal dan apa yang dikatakan soal-soal psikologi. Aliran kritikan sastera seperti ini tidak mungkin menyuburkan kesusasteraan kita oleh kerana ia menggalakkan pemisahan kesempurnaan seni dari isi sosial sesebuah karya dan pemisahan kesusasteraan dari kehidupan.

Hari ini hampir 20 tahun telah berlalu semenjak pembaharuan dalam kesusasteraan kita mula dilancarkan oleh Asas ’50. Dari kira-kira tahun 1948 hingga tahun 1956 kita telah menyaksikan satu letupan daya penciptaan di kalangan penulis-penulis kita. Cerpen dan sajak dan kritikan sastera begitu banyak dihasilkan. Kemudian antara tahun-tahun 1957 dengan 1962 kita mengalami satu period yang agak lengang. Sekarang kegiatan itu nampaknya telah pulih semula. Bilangan penerbit telah bertambah. Banyak novel baru dan kumpulan cerpen telah terbit. Beberapa orang penulis muda yang menunjukkan bakat dalam lapangan sajak dan kewartawanan telah timbul. Yang kurang dalam gerakan sekarang ialah satu pegangan yang sesuai bagi penulis-penulis kita semuanya. Tanpa pegangan bererti penulis-penulis muda kita akan berkembang secara spontan mengikut angina mana yang kuat. Keadaan seperti ini akan lebih banyak merugikan daripada menguntungkan perkembangan kesusasteraan kita.

Dalam ceramah ini, saya telah cuba mengembalikan perhatian penulis-penulis kita kepada beberapa hal pokok. Hal-hal pokok itu ialah:- 1) bahawa seni dan sastera cermin masyarakat 2) bahawa sastera tidak dapat dipisahkan dari kehidupan 3) bahawa sastera mempunyai peranan yang positif dalam evolusi kehidupan dan keperibadian manusia 4) bahawa pengkritik sastera tidak harus memisahkan konsepsi kesempurnaan seni dari isi sosial sebuah karya seni, dan 5) bahawa penulis-penulis kita harus menggambarkan kehidupan sosial secara realistik dalam karya-karya mereka. Saya rasa penulis-penulis dan pengkritik-pengkritik kita harus membaharukan pengakuan mereka terhadap prinsip-prinsip ini.
KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*
Kassim Ahmad
*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan kedua dalam empat]


Masalah pesimisma ini bukan ujud dalam teori saja. Ia satu masalah praktik yang berat. Pesimisme telah menjadi satu gejala umum di kalangan penulis-penulis Barat antara peperangan-peperangan dunia dan telah menyebabkan merosotnya peranan positif kesusasteraan dalam kehidupan sosial di Barat. Penyakit in telah juga menular kepada penulis-penulis kita. M.Belfas dalam makalahnya yang bertajuk “Mengapa Saya Menulis Retak”, telah berkata: “Pesimisme suatu novel lahir dari pengertian si pengarang terhadap manusia. Dalam novel saya itu, saya memang tidak menempatkan manusia di atas awang-awangan, tetapi di bumi yang nyata. Dia adalah makhluk yang tidak sempurna”. Sikap pesimis ini tidak asing lagi dan timbul dari satu falasafah pesimis yang telah hilang kepercayaan kepada hidup. Pandangan hidup seperti ini tidak akan dapat menciptakan satu imej kehidupan atau manusia yang besar dan gagah oleh kerana penulisnya susah mempunyai kepercayaan bahawa manusia itu lemah dan kerdil.

Di sini saya ingin memetik kata-kata seorang penulis Inggeris Joseph Conrad yang telah menulis mengenai hal ini pada tahun 1905. Kata beliau: “Apa yang kita rasa amat kosong dalam pesimisme yang diistiharkan ini ialah kesombongannya. Nampaknya seolah-olah penemuan yang dibuat oleh banyak orang dari semasa bahawa ada banyak kejahatan di dalam dunia ini merupakan satu sumber kebanggaan dan keseronokan bagi setengah-setengah penulis moden. Fikiran tidak sesuai dipegang oleh orang yang memandang berat terhadap seni tulisan. Ia memberikan seorang penulis – Tuhan saja yang mengetahui mengapa – satu perasaan kelebihan bagi dirinya sendiri. Tidak ada suatu yang lebih merbahaya daripada perasaan kelebihan ini kepada taat setianya terhadap perasaan-perasaannya dari gerak hatinya yang patut dipatuhi oleh seorang penulis pada saat-saat penciptaannya yang bahagia. Untuk mendatangkan faedah dari segi seni, tidak perlu kita memikirkan bahawa dunia ini baik. Memadai dengan satu kepercayaan bahawa tidak mustahil ia menjadi demikian.”

Inilah yang saya maksudkan dengan satu pandangan hidup yang progresif. Satu pandangan yang boleh menebusi segala kegelapan di hadapan mata, segala kegelapan yang bersifat sementara, untuk mencapai terang yang abadi. Inilah realiti dan kebenaran yang mutlak, realiti dan di dunia ini, realiti dan kebenaran yang menyatakan bahawa manusia menuju satu destini yang besar dan gemilang. Inilah optimisme yang revolusioner. Tiap-tiap penulis yang agung mempunyai optimisme ini. Penulis-penulis kita haruslah meniupkan sikap dan pandangan hidup ini ke dalam jiwa mereka.

Tetapi, sementara kita harus optimistik terhadap masa depan bangsa kita dan manusia seluruhnya, tidaklah bermakna optimisme kita itu optimisme yang dangkal. Optimisme kita terbit dari kepercayaan dan pengetahuan bahawa pembebasan seluruh manusia dari segala bentuk penindasan dan kezaliman akan tetap tercapai; dalam pada itu, kita juga harus menjadi orang-orang realis yang menghadapi kenyataan di hadapan mata kita sekarang – kenyataan yang tidak menggembirakan. Kenyataan-kenyataan yang tidak menggembirakan ini harus kita gambarkan seadanya dan dengan sejujurnya, Tetapi, cara penggambaran yang realis ini berbeza dari cara yang kita kenal dengan istilah naturalis. Cara penggambaran naturalis memperlihatkan keadaan-keadaan luar dan tidak hubungan-hubungan dalaman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.

Kita mabil satu contoh. Seorang penulis meninjau keadaan seorang petani yang mengerjakan 25 relong tanah bendang tiap-tiap tahun. Keadaan hidupnya buruk. Ia mendapat hitung panjang $40.00 sebulan. Kemudian Kerajaan membuat satu rancangan taliair untuk membolehkan petani-petani di kawasan itu menamam dua kali setahun. Harga padi ditetapkan. Pertolongan-pertolongan seperti benih dan baja diberi. Tetapi penulis kita mendapati keadaan si petani ini tidak banyak berubah. Lalu penulis mengambil kesimpulan bahawa petani-petani kita malas dan tidak berfikiran maju. Ini penggambaran naturalis. Kalau penulis itu seorang realis, dia akan menyelidik tentang pemilikan sawah itu, tentang pasaran padinya dan tentang modalnya. Dia akan mendapati bahawa tanah si petani tadi bukan miliknya sendiri, tetapi disewa dari seorang tuan tanah yang duduk di bandar dengan bayaran sebanyak 60% daripada hasil tanah itu. Dia akan mendapati bahawa harga padi yang diperolehinya daripada taukeh-taukeh padi rendah daripada harga yang ditetapkan oleh Kerajaan. Akhir sekali, dia akan mendapati bahawa petani itu telah beberapa bulan terhutang kepada taukeh kedai tempat ia mengambil barang-barang keperluan harian. Ketiga-tiga hal ini menyebabkan keadaannya menjadi miskin dan mundur. Dengan beralatkan fakta-fakta ini, penulis kita akan menggambarkan petani ini dalam hubungan-hubungannya yang tidak kelihatan dengan tuan tanah dan taukeh-taukeh. Inilah penggambaran yang realis yang menunjukkan hubungan sebab-musabab di sekitar kejadian-kejadian dalam masyarakat. Di sini kita dapat melihat kelebihan penggambaran realis daripada penggambaran naturalis. Dengan penggambaran realis, bukan saja seorang penulis dapat melukis kehidupan sosial dengan sebenarnya, tetapi dapat menunjukkan jalan keluar. Dari sinilah datangnya optimisme seorang penulis yang realis dan progresif.

Kedua-dua keperluan yang terbit dari hakikat bahawa kesusasteraan mencerminkan kehidupan berhubung rapat satu dengan lain. Penulis-penulis tidak akan dapat mencerminkan kehidupan secara objektif, realis dan mendalam sekiranya mereka sendiri tidak mengambil bahagian yang aktif dalam kehidupan itu. Dalam pada itu, seorang penulis tidak akan dapat menghindar perasaan pesimismenya sekiranya ia terpisah dari kehidupan rakyat, oleh kerana sumber kekuatan dan harapan itu timbul dari tenaga dan cita-cita rakyat untuk mengubah nasibnya.
KITA PERLUKAN SATU TEORI SASTERA YANG PROGRESIF*
Kassim Ahmad
*Jernal Antropologi & Sosiologi, Bil. 1, 1972-723 Persatuan Kajimanusia & Kajimasyarakat, Universiti Kebangsaan Malaysia; h. 23-33.

[Petikan pertama dalam empat]

Mungkin ada orang yang tidak senang dengan tajuk ceramah ini. Mereka akan bertanya: Mengapa teori lagi? Bukankah kerja yang kita mahu? Barangkali ada pula yang akan bertanya: mengapa teori yang progresif? Mengapa tidak teori saja? Saya dukacita tidak dapat memuaskan hati semua pihak dan saya harap apa yang akan saya ucapkan nanti akan menjawab pertanyaan-pertanyaan ini dan pertanyaan-pertanyaan lain juga.

Teori satu panduan kita bekerja dalam pelbagai lapangan hidup yang dirumuskan dari beberapa kenyataan atau pengalaman. Teori sastera satu panduan kita bekerja dalam lapangan sastera. Teori atau teori-teori apakah yang menjadi panduan bagi penulis-penulis kita sejak kebangkitan kesusasteraan Melayu moden?

Pendedahan Asia kepada tamadun dan kebudayaan Barat menyebabkab orang-orang Asia berkenal dengan dan dipengaruhi oleh falasafah-falasafah Barat. Falasafah-falasafah ini mengandung teori-teori estetika atau seni yang telah mempengaruhi dan membentuk fikiran-fikiran penulis-penulis Asia. Penulis Melayu sebagai satu kerabat penulis-penulis Asia telah mengalami proses pendedahan, pengenalan dan pembentukan ini. Dalam garis besarnya kita dapat melihat dua aliran: aliran idealisma dan aliran materialisma. Semua teori sastera yang idealistik cuba memisahkan kesusasteraan dan kehidupan dan semua teori materialis menekankan hubungan ini. Kedua-dua teori ini telah memperlihatkan pengaruh-pengaruhnya pada karya-karya penulis-penulis moden Melayu melalui konsep-konsep ‘seni untuk seni’ dan ‘seni untuk masyarakat’. Pada praktiknya, aliran-aliran ini merupakan dua extreme dan dua penyelewengan dari penggambaran hidup yang realistik dan benar. Beberapa buah sajak dan cerpen penulis-penulis Asas ’50 merupakan penggambaran sosial yang mekanis dan dangkal, dan beberapa karangan penulis-penulis lain pula, umpamanya Rumah Itu Duniaku oleh Hamzah, merupakan gambaran yang terpisah dari realiti sosial.

Penulis-penulis Asas ’50 membawa konsep ‘seni untuk masyarakat’. Hubungan konsep ini dengan nasionalisme dan revolusi sosial yang bergelora hebat di Asia pada waktu itu agak nyata. Oleh sebab itu konsep ini popular dan mendapat sambutan boleh dikatakan dari semua penulis. Konsep ini tegas di atas teori estetika yang betul dan progresif yang mengatakan bahawa seni dan sastera ialah gambaran masyarakat, dan yang menghubungkan kesempurnaan seni dengan penggambaraan kehidupan sosial yang realistik. Akan tetapi, oleh sebab amalan penulis-penulis kita tidak setimpal dengan teori dan konsep yang dibawa mereka, maka banyak karangan-karangan mereka tidak memuaskan. Karangan-karangan itu hanya merupakan penyataan-penyataan sikap politik dan sosial yang abstrak dan kaku, dan miskin dari segi isi kehidupan manusia

Namun demikian, ini tidak bermakna tidak ada karangan-karangan Asas ’50 yang tinggi mutunya. Beberapa cerpen Keria Mas dan beberapa sajak Masuri dan Tongkat sangat berjaya dan merupakan contoh-contoh realisme yang baik. Biarpun begitu, rasa ketidak-puasan terhadap tulisan-tulisan yang dangkal dan kaku itu menyebabkan beberapa orang penulis menentang konsep ‘seni untuk masyarakat’. Timbullah konsep-konsep ‘seni untuk seni’, humanisma universal dan ‘seni untuk manusia’. Waktu itu berlakulah perpecahan di kalangan penulis-penulis kita membawa kepada hari ini.

Dengan tujuan hendak mempersatukan penulis-penulis dari pelbagai aliran dan membimbing kegiatan sastera di negeri kita, Persatuan Penulis-Penulis Nasional atau PENA ditubuhkan. Tetapi setakat ini PENA telah gagal mencapai tujuan-tujuan tersebut oleh sebab kebuntuan teori yang dihadapi belum dipecahkan.

Apakah masalah-masalah teori yang kita hadapi? Soal yang pertama sekali ialah hubungan antara kesusasteraan dan kehidupan. Sekali lalu, hubungan ini amat nyata dan tidak perlu ditegaskan lagi, tetapi konsepsi estetika yang menganggap keindahan seni terpisah dari isi sosialnya (faham ‘seni untuk seni’) bermakna bahawa kesusasteraan itu terpisah dari kehidupan. Fahaman ini telah menguasai perkembangan kesusasteraan Barat lebih kurang seabad lamanya dan telah meninggalkan kesan-kesan yang buruk kepada pertumbuhan peribadi manusia Barat khususnya dan kepada pertumbuhan masyarakat Barat umumnya. Kesusasteraan dipisahkan dari kehidupan sosial, kesusasteraan tidak menggambarkan pergolakan hidup dan dengan demikian kesusasteraan tidak memainkan peranannya yang positif dalam evolusi masyarakat dan manusia Barat. Kemungkinan ini tidak dapat ditolak daripada berlaku kepada kesusasteraan moden kita juga.

Apabila kita menerima anggapan bahawa kehidupan sosial itu ialah sumber kesusasteraan, bahawa kesusasteraan ialah cermin masyarakat, dan kesusasteraan mempunyai hubungan yang vital dalam perkembangan masyarakat dan peribadi manusia, maka tidak dapat tidak kita terpaksa menolak konsep ‘seni untuk seni’, atau konsepsi kesempurnaan seni yang terpisah dari penggambaran masyarakat yang realistik. Kita terpaksa menerima konsep seni bertujuan, seni berisi politik atau seni ‘propoganda’. Setelah masalah ini jelas kepada kita, kita akan tahu bahawa slogan ‘seni untuk seni’ itu salah, dan slogan ‘seni untuk masyarakat’ itu betul. Tetapi masalah penulisan realistik tidaklah berakhir di sini. Tidaklah bermakna bahawa penulis-penulis yang memegang faham ‘seni untuk masyarakat’ akan otomatis dapat mencipta karya-karya yang bermutu tinggi. Kebenaran ini telah kita saksi sendiri dari kesusasteraan moden kita.

Hakikat bahawa seni dan sastera mencerminkan hidup membawa dua erti yang sangat dalam. Pertama, seniman dan penulis harus menjadi peserta-peserta yang aktif dalam pergolakan hidup, harus menceburkan diri mereka di tengah-tengah pergolakan ini supaya, dengan demikian, dapat mereka menggambarkan pergolakan itu dengan objektif dan sebenarnya. Kedua, seniman dan penulis, untuk membolehkan mereka menggambarkan hidup dalam segala kebesarannya dan keindahannya, harus mempunyai satu sikap dan pandangan hidup yang progresif. Yakni, mereka mesti mempunyai satu kepercayaan bahawa hidup ini bukan sesia, bukan satu sandiwara dalam mana manusia boneka dan Tuhan dalangnya, bahawa hidup ini mempunyai satu tujuan yang maha suci dalam mana tidak ada satu pengorbanan yang terlalu berat untuk dilakukan. Kepercayaan ini perlu untuk menghindarkan perasaan pesimis yang akan menyebabkan seorang seniman atau penulis memberi gambaran yang palsu kepada evolusi hidup.

Sunday, March 05, 2006

PERBINCANGAN TENTANG ISLAM DALAM ABAD KE-21

Oleh: Kassim Ahmad
25 Februari, 2006

[Second of Two Parts]

Di dalam zaman Islam awal, dalam masa tiga ratus tahun yang pertama, berlaku perkembangan intelektuil yang segar dan sihat dalam masyarakat Islam. Tepai apabila doktrin perundanagan Islam yang diciptakan oleh Imam Shafi’e dan teologi Asya’ari -- kedua-duanya bersifat konservatif dan menyongkong -- dipaksakan ke atas masyarakat Islam dari kira-kira abad ke-9 dan ke-10, maka lama-kelamaan fikiran kreatif masyarakat Islam mati dan kemajuan masyarakt Islam terbantut, dipenjarakan dalam penjara ilmu yang terbatas dan jumud.

Inilah masalah umat Islam sewaktu mereka melangkah masuk ke Abad Ke-21. Mereka terpenjara dalam ilmu-ilmu “Islam” (fikah, teologi, hadis, tafsir) yang jumud dan mereka terperangkap dalam ilmu-ilmu dunia (politik, ekonomi, pendidikan dan sains) yang dihasilkan oleh tamadun Kristen-Yahudi moden yang telah menyeleweng dari landasan-landasan kebenaran dan keadilan.

Penulis berasa amat gembira bahawa dalam perbincangan itu Prof Abdelmajid menyebut tentang kegagalan gerakan pembaharuan Sheikh Muhammad Abduh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kerana gerakan ini, walaupun ia dengan benarnya menolak taqlid dan mazhab dan menganjurkan pembukaan semula pintu ijtihad serta pengasimilasian tamadun Barat, ia mengabaikan tugasnya mengkritik dan membebaskan umat Islam dari kesilapan metodologi perundangan Imam Shafi’e. Rumusan Imam Sahfi’e meletakkan Hadis/Sunnah separas dengan Quran ialah punca jalan buntu bagi perkembangan perundangan dan pemikiran Islam selepas itu. Oleh kerana kritikan ini sangat penting dilakukan, marilah kita memetik kata-kata Imam Shafi’e dari bukunya, Al-Risalah, yang menjadi punca kepada kesilapan ini.

Jadi, Tuhan menyebut kitab-Nya, yakni al-Quran, dan hikmah, dan saya telah mendengar daripada mereka yang mahir dalam Quran – mereka yang saya persetujui – menyatakan bahawa hikmah itu ialah sunnah Rasulullah. Ini samalah seperti perkataan [Tuhan sendiri]; tetapi Tuhan lebih mengetahui! Kerana Quran disebut, dikuti dengan Hikmah, kemudian Tuhan menyatakan nikmat-Nya kepada manusia dengan mengajarkan Quran dengan hikmah. Jadi, tidak mungkin hikmah dikatakan apa-apa selain daripada sunnah Rasulullah … (Tekanan ditambah.)

Perhatikan bahawa Imam Shafi’e, dalam ayat itu, melompat dari petikan pendapat orang, (yang beliau sifatkan sebagai pakar, tetapi tidak menyebut nama mereka yang beliau persetujui,) kepada penegasan bahawa pendapat itu benar – lompatan dari pendapat yang boleh dipertikai kepada kepastian yang tidak boleh dipertikai. Ini penghujahan yang tidak saintifik dan tidak boleh diterima dalam wacana ilmiah.

Hujah Imam Shafi’e bahawa perkataan ‘hikmah’ dalam Quran merujuk kepada sunnah Nabi Muhammad, apabila dikaji dengan teliti, tertolak. Dengan kita membandingkan semua perkatan ‘hikmah’ yang digunakan dalam Quran, kita dapati dengan nyata bahawa perkataan itu merujuk kepada Quran atau ajaran-ajaran Quran. Perhatikan contoh-contoh ini:-

Inilah wahyu-wahyu dan perutusan hakim yang Kami bacakan kepadamu. (3: 58)

Y. S. ; dan Quran ini penuh dengan hikmah. (36: 1-2)

H. M. dan kitab yang nyata ini. Kami telah menjadikannya bacaan dalam bahasa Arab supaya kamu boleh faham. Ia tercatat dalam simpanan Kami dalam catatan induk, mulia dan penuh hikmah. (43: 1-4)

Hikmah agung, tetapi amaran-amaran nampaknya tidak berkesan. (54: 5)

Kita sedar Tuhan menyatakan bahawa Nabi Muhammad suatu contoh yang baik untuk diikut oleh kita. Tetapi contoh ini merujuk kepada pegangan beliau yang kukuh kepada Tuhan dan kepada perjuangan beliau untuk melaksanakan misi beliau, bukan kepada setiap gerak-geri beliau, yang bergantung kepada faktor-faktor budaya Arab dan juga kecenderungan peribadi beliau sendiri. Ini jelas, kerana Tuhan juga menyebut Nabi Ibrahim sebagai contoh baik kepada kita.

Hadis atau sunnah Nabi yang dibukukan kemudian setelah muncul pengumpul-pengumpul Hadis, seperti Bukhari (m. 870), Muslim (m. 875) dan lain-lain, termasuklah adat-resam, kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam kawasan budaya Mediterranean, yang meliputi kawasan-kawasan Mesopotamia, Babylon, Palestin, Mesir, Semenanjung Arab, Yunan, Itali, Sepanyol dan Perancis. Sebab itu kita dapati Hadis banyak mengandungi ajaran-ajaran yang tidak terdapat dalam Quran, seperti hukum merejam penzina hingga mati, hukum membunuh orang murtad dan cerita-cerita tentang kedatangan Nabi Isa kali kedua, kemunculan Imam Mahdi untuk membunuh Dajjal dan mentadbirkan dunia dengan adil, dan banyak lagi.

Seperkara yang perlu kita perhatikan ialah keuniversalan dan kepraktikalan ajaran-ajaran Quran. Sifat keuniversalan ajaran Quran membolehkan kita mengubah undang-undang dan institusi-institusi kita mengikut perkembangan zaman. Kepraktikalan ajaran-ajaran Quran dengan sifat keanjalannya membebaskan kita dari bentuk-bentuk yang boleh mengongkong kekreatifan kita. Dua sifat ini menyebabkan Quran menjadi sebuah kitab panduan yang sangat cantik bagi semua bangsa pada semua zaman, dan pada masa yang sama, menjaminkan penganut-pengatutnya senantiasa berada pada landasan-landasan yang benar dan adil, dalam istilah Quran, pada jalan yang lurus, sirat’ul-mustaqim. Malangnya, dua sifat yang penting sudah tidak ada pada “Islam” sekarang dengan teologi dan kaedah perundangan yang tertutup yang dirumuskan dalam abad-abad kesembilan dan kesepuluh.

Kita sudah menyebut pandangan Prof. Abdelmajid yang menyatakan bahawa gerakan reformis atau pembaharuan yang dibawa oleh Jamlaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah gagal kerana tidak memberi perhatian kepada kesilapan metodologi perundangan ini. Dengan meletakkan Hadis/ Sunnah setaraf dengan Quran, malah kadang-kadang mengatasi Quran, metodologi ini membekukan syaria’h dan kekreatifan fikiran Islam. Jalan keluar dari dilema ini ialah dengan kita berbalik kepada prinsip-prinsip perundangan dan ketaatan yang telah digariskan dalam Quran. Perhatikan ayat yang bersangkutan:-

Hai orang yang beriman, hendakhlah kamu ta’ati Allah dan hendakalah kamu ta’ati rasul, dan mereka yang berkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Ini lebih baik bagi kamu dan memberikan kamu penyelesaian yang paling baik. (4: 59)

Ayat ini dengan padat memberikan kita dua prinsip perundangan dan dua prinsip ketaatan. Prinsip pertama menghendaki kita taat kepada perintah Allah dan rasul. Ini prinsip utama. Prinsip kedua menghendaki kita taat kepada perintah pihak berkuasa atau pemerintah. Perintah Allah dan rasul merujuk kepada Quran, kerana Allah menyampaikan perintahnya kepada manusia melalui rasulnya dan dalam Zaman Muhammad perintah itu terkandung dalam Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Prinsip kedua merujuk kepada undang-undang tambahan yang digubal oleh pemerintah untuk melaksanakan kewajipannya sebagai pemerintah, dan undang-undang tambahan ini dengan sendirinya tidak boleh bercanggah dengan perintah Tuhan dalam Quran.

Metodologi perundangan ini sangat jelas dan memberi ruang yang luas kepada kita untuk menggubal dan mengubah undang-undang mengikut kehendak dan keperluan masyarakat. Metodologi usul-fikh Shafi’e(Quran, Hadis/Sunnah, Ijmak dan Qias) boleh dipadankan dengan metodologi Quran di atas dengan meletakkan tajuk-tajuk kedua, ketiga dan keempat dibawah undang-undang tambahan yang berhak dibuat oleh pemerintah. Sementara Quran terletak di bawah kuasa Allah dan rasul, Hadis/Sunnah, Ijmak dan Qias, termasuk ijtihad, terletak di bawah kuasa pemerintah, dengan pengertian bahawa kuasa ini tidak boleh mengatasi kuasa Allah dan rasul.

Metodologi ini akan membolehkan kita membuat reformasi dalam undang-undang syari’ah dan juga dalam teologi Islam yang akan melayakkan umat Islam memainkan peranan mereka yang dalam dunia kontemporer di samping mengekal dan mempertahankan identiti mereka sebagai orang muslim dan mukmin yang berpegang teguh kepada agama tauhid yang mereka warisi dari Nabi Ibrahim, seperti yang termaktub dalam ayat-ayat ini:-

Katakanlah, ‘Tuhan telah mengisytiharkan yang benar bahawa kamu mengikut agama Ibrahim – agama tauhid. Dia tidak pernah menyembah berhala.’ (3: 95)

Jika kamu melihat Ya’kob bila dia hampir maut, dia berkata kepada anak-anaknya, ‘Apa yang akan kamu sembah setelah saya mati?’ Mereka jawab: ‘Kami akan
menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek-moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak, Tuhan
Yang Esa. Kepada-Nya kami muslim.’ (2: 133)

Agama Islam yang direda oleh Tuhan itu satu, dari zaman Nabi Ibrahim, apabila ibadah-ibadah agama mula diperkenalkan hingga ke zaman Nabi Muhammad. Tetapi undang-undangnya berubah-ubah, mengikut zaman dan tempat, dan ilmu juga berkembang. Yang tidak berubah itu pegangan tauhid beriman kepada Tuhan Yang Esa dan ikrar untuk berbuat baik dan bertanggungjawab di atas perbuatan kita kepada Tuhan, seperti yang terbukti dalam ayat ini:-

Sesungguhnya, mereka yang beriman -- sama ada orang Yahudi, atau Kristen, atau Sab’in – sesiapa yang beriman kepada Tuhan dan kepada Hari Kemudian dan berbuat
baik akan menerima balasan dari Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut atau bimbang.
(2: 62)

Di negara kita, usaha reformasi agama ini telah berjalan lama di bawah pimpinan tokoh-tokoh reformis Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir dan lain-lain dan usaha-usaha Kerjaan di bawah dasar-dasar “Pandang ke Timur”, memupuk nilai-nilai Islam atau nilai-nilai murni dan konsep “Islam Hadhari”, tetapi hasil-hasilnya tidak seperti yang diharap-harapkan. Ini kerana kita telah memberi kuasa tentang agama kepada suatu kelas ulama yang ortodoks yang tidak boleh menerima perubahan-perubahan ini. Malah setelah “Revolusi Islam” Iran, suatu “kebangkitan semula” Islam yang menekankan pelaksanaan syari’ah tradisional telah melanda Malaysia dan negara-negara Islam lain. Melihat kepada kejadian-kejadian yang berlaku, seperti penolakan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Antara-agama sebagai sebuah forum untuk menggalakkan dialog antara agama di peringkat kebangsaan, kekeliruan dalm kes mayat pendaki Mt. Everest M.Murthy dan kekecohan besar dalam kes kartun Nabi Muhammad, banyak masalah tidak dapat diselesaikan selagi tembok kejumudan dalam perundangan dan teologi “Islam” tidak diatasi dari segi akar umbinya.

Diharapkan bahawa cerdik-pandai dan kepimpinan Islam yang berfikiran jauh dan terbuka akan segera bergabung tenaga untu menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh umat Islam demi masa depan mereka sendiri dan masa depan dunia.


*****
4) Lihat Majid Khaduri (pent.) Islamic Jurisprudence – Shafi’I’s Risala, John Hopkins Press, Baltimore, 1961; hl. 11.

5) Di dalam buku nya, Al-Risala, Shafi’e mendakwa sebua sunnah tidak boleh diatasi oleh Quran, kecuali ada sebuah sunnah lain yang memansukhkan sunnah itu. Lihat hal. 184-85.

6) Dikatakan bahawa larangan menggambarkan Nabi Muhamad bertujuan untuk mengelak pendewaan terhadap beliau, tetapi hal ini tidak terbukti. Malah tunjuk-tunjuk perasaan yang telah berlaku itu menunukkan sebaliknya. Walau bagaimanapun, tidak ada ayat Quran yang melarang penggambaran Nabi Muhammad atau penggambaran manusia atau binatang: yang dilarang penyembahan terhadap gambar itu . Larangan membuat gambar secara umum terdapat dalam kitab Taurat. Lihat Exodus, 20: 4. .

Thursday, March 02, 2006

PERBINCANGAN TENTANG ISLAM DALAM ABAD KE-21

Oleh: Kassim Ahmad
25 Februari, 2006

[Second of Two Parts]

Di dalam zaman Islam awal, dalam masa tiga ratus tahun yang pertama, berlaku perkembangan intelektuil yang segar dan sihat dalam masyarakat Islam. Tepai apabila doktrin perundanagan Islam yang diciptakan oleh Imam Shafi’e dan teologi Asya’ari -- kedua-duanya bersifat konservatif dan menyongkong -- dipaksakan ke atas masyarakat Islam dari kira-kira abad ke-9 dan ke-10, maka lama-kelamaan fikiran kreatif masyarakat Islam mati dan kemajuan masyarakt Islam terbantut, dipenjarakan dalam penjara ilmu yang terbatas dan jumud.

Inilah masalah umat Islam sewaktu mereka melangkah masuk ke Abad Ke-21. Mereka terpenjara dalam ilmu-ilmu “Islam” (fikah, teologi, hadis, tafsir) yang jumud dan mereka terperangkap dalam ilmu-ilmu dunia (politik, ekonomi, pendidikan dan sains) yang dihasilkan oleh tamadun Kristen-Yahudi moden yang telah menyeleweng dari landasan-landasan kebenaran dan keadilan.

Penulis berasa amat gembira bahawa dalam perbincangan itu Prof Abdelmajid menyebut tentang kegagalan gerakan pembaharuan Sheikh Muhammad Abduh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kerana gerakan ini, walaupun ia dengan benarnya menolak taqlid dan mazhab dan menganjurkan pembukaan semula pintu ijtihad serta pengasimilasian tamadun Barat, ia mengabaikan tugasnya mengkritik dan membebaskan umat Islam dari kesilapan metodologi perundangan Imam Shafi’e. Rumusan Imam Sahfi’e meletakkan Hadis/Sunnah separas dengan Quran ialah punca jalan buntu bagi perkembangan perundangan dan pemikiran Islam selepas itu. Oleh kerana kritikan ini sangat penting dilakukan, marilah kita memetik kata-kata Imam Shafi’e dari bukunya, Al-Risalah, yang menjadi punca kepada kesilapan ini.

Jadi, Tuhan menyebut kitab-Nya, yakni al-Quran, dan hikmah, dan saya telah mendengar
daripada mereka yang mahir dalam Quran – mereka yang saya persetujui – menyatakan bahawa
hikmah itu ialah sunnah Rasulullah. Ini samalah seperti perkataan [Tuhan sendiri]; tetapi Tuhan lebih mengetahui! Kerana Quran disebut, dikuti dengan Hikmah, kemudian Tuhan menyatakan
nikmat-Nya kepada manusia dengan mengajarkan Quran dengan hikmah. Jadi, tidak mungkin hikmah dikatakan apa-apa selain daripada sunnah Rasulullah … (Tekanan ditambah.)

Perhatikan bahawa Imam Shafi’e, dalam ayat itu, melompat dari petikan pendapat orang, (yang beliau sifatkan sebagai pakar, tetapi tidak menyebut nama mereka yang beliau persetujui,) kepada penegasan bahawa pendapat itu benar – lompatan dari pendapat yang boleh dipertikai kepada kepastian yang tidak boleh dipertikai. Ini penghujahan yang tidak saintifik dan tidak boleh diterima dalam wacana ilmiah.

Hujah Imam Shafi’e bahawa perkataan ‘hikmah’ dalam Quran merujuk kepada sunnah Nabi Muhammad, apabila dikaji dengan teliti, tertolak. Dengan kita membandingkan semua perkatan ‘hikmah’ yang digunakan dalam Quran, kita dapati dengan nyata bahawa perkataan itu merujuk kepada Quran atau ajaran-ajaran Quran. Perhatikan contoh-contoh ini:-

Inilah wahyu-wahyu dan perutusan hakim yang Kami bacakan kepadamu. (3: 58)

Y. S. ; dan Quran ini penuh dengan hikmah. (36: 1-2)

H. M. dan kitab yang nyata ini. Kami telah menjadikannya bacaan dalam bahasa Arab
supaya kamu boleh faham. Ia tercatat dalam simpanan Kami dalam catatan induk, mulia
dan penuh hikmah. (43: 1-4)

Hikmah agung, tetapi amaran-amaran nampaknya tidak berkesan. (54: 5)

Kita sedar Tuhan menyatakan bahawa Nabi Muhammad suatu contoh yang baik untuk diikut oleh kita. Tetapi contoh ini merujuk kepada pegangan beliau yang kukuh kepada Tuhan dan kepada perjuangan beliau untuk melaksanakan misi beliau, bukan kepada setiap gerak-geri beliau, yang bergantung kepada faktor-faktor budaya Arab dan juga kecenderungan peribadi beliau sendiri. Ini jelas, kerana Tuhan juga menyebut Nabi Ibrahim sebagai contoh baik kepada kita.

Hadis atau sunnah Nabi yang dibukukan kemudian setelah muncul pengumpul-pengumpul Hadis, seperti Bukhari (m. 870), Muslim (m. 875) dan lain-lain, termasuklah adat-resam, kepercayaan dan budaya yang terdapat dalam kawasan budaya Mediterranean, yang meliputi kawasan-kawasan Mesopotamia, Babylon, Palestin, Mesir, Semenanjung Arab, Yunan, Itali, Sepanyol dan Perancis. Sebab itu kita dapati Hadis banyak mengandungi ajaran-ajaran yang tidak terdapat dalam Quran, seperti hukum merejam penzina hingga mati, hukum membunuh orang murtad dan cerita-cerita tentang kedatangan Nabi Isa kali kedua, kemunculan Imam Mahdi untuk membunuh Dajjal dan mentadbirkan dunia dengan adil, dan banyak lagi.

Seperkara yang perlu kita perhatikan ialah keuniversalan dan kepraktikalan ajaran-ajaran Quran. Sifat keuniversalan ajaran Quran membolehkan kita mengubah undang-undang dan institusi-institusi kita mengikut perkembangan zaman. Kepraktikalan ajaran-ajaran Quran dengan sifat keanjalannya membebaskan kita dari bentuk-bentuk yang boleh mengongkong kekreatifan kita. Dua sifat ini menyebabkan Quran menjadi sebuah kitab panduan yang sangat cantik bagi semua bangsa pada semua zaman, dan pada masa yang sama, menjaminkan penganut-pengatutnya senantiasa berada pada landasan-landasan yang benar dan adil, dalam istilah Quran, pada jalan yang lurus, sirat’ul-mustaqim. Malangnya, dua sifat yang penting sudah tidak ada pada “Islam” sekarang dengan teologi dan kaedah perundangan yang tertutup yang dirumuskan dalam abad-abad kesembilan dan kesepuluh.

Kita sudah menyebut pandangan Prof. Abdelmajid yang menyatakan bahawa gerakan reformis atau pembaharuan yang dibawa oleh Jamlaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 telah gagal kerana tidak memberi perhatian kepada kesilapan metodologi perundangan ini. Dengan meletakkan Hadis/ Sunnah setaraf dengan Quran, malah kadang-kadang mengatasi Quran, metodologi ini membekukan syaria’h dan kekreatifan fikiran Islam. Jalan keluar dari dilema ini ialah dengan kita berbalik kepada prinsip-prinsip perundangan dan ketaatan yang telah digariskan dalam Quran. Perhatikan ayat yang bersangkutan:-

Hai orang yang beriman, hendakhlah kamu ta’ati Allah dan hendakalah kamu ta’ati
rasul, dan mereka yang berkuasa di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu
perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada
Allah dan Hari Kemudian. Ini lebih baik bagi kamu dan memberikan kamu penyelesaian
yang paling baik. (4: 59)

Ayat ini dengan padat memberikan kita dua prinsip perundangan dan dua prinsip ketaatan. Prinsip pertama menghendaki kita taat kepada perintah Allah dan rasul. Ini prinsip utama. Prinsip kedua menghendaki kita taat kepada perintah pihak berkuasa atau pemerintah. Perintah Allah dan rasul merujuk kepada Quran, kerana Allah menyampaikan perintahnya kepada manusia melalui rasulnya dan dalam Zaman Muhammad perintah itu terkandung dalam Quran yang dibawa oleh Nabi Muhammad. Prinsip kedua merujuk kepada undang-undang tambahan yang digubal oleh pemerintah untuk melaksanakan kewajipannya sebagai pemerintah, dan undang-undang tambahan ini dengan sendirinya tidak boleh bercanggah dengan perintah Tuhan dalam Quran.

Metodologi perundangan ini sangat jelas dan memberi ruang yang luas kepada kita untuk menggubal dan mengubah undang-undang mengikut kehendak dan keperluan masyarakat. Metodologi usul-fikh Shafi’e(Quran, Hadis/Sunnah, Ijmak dan Qias) boleh dipadankan dengan metodologi Quran di atas dengan meletakkan tajuk-tajuk kedua, ketiga dan keempat dibawah undang-undang tambahan yang berhak dibuat oleh pemerintah. Sementara Quran terletak di bawah kuasa Allah dan rasul, Hadis/Sunnah, Ijmak dan Qias, termasuk ijtihad, terletak di bawah kuasa pemerintah, dengan pengertian bahawa kuasa ini tidak boleh mengatasi kuasa Allah dan rasul.

Metodologi ini akan membolehkan kita membuat reformasi dalam undang-undang syari’ah dan juga dalam teologi Islam yang akan melayakkan umat Islam memainkan peranan mereka yang dalam dunia kontemporer di samping mengekal dan mempertahankan identiti mereka sebagai orang muslim dan mukmin yang berpegang teguh kepada agama tauhid yang mereka warisi dari Nabi Ibrahim, seperti yang termaktub dalam ayat-ayat ini:-

Katakanlah, ‘Tuhan telah mengisytiharkan yang benar bahawa kamu mengikut agama
Ibrahim – agama tauhid. Dia tidak pernah menyembah berhala.’ (3: 95)

Jika kamu melihat Ya’kob bila dia hampir maut, dia berkata kepada anak-anaknya,
‘Apa yang akan kamu sembah setelah saya mati?’ Mereka jawab: ‘Kami akan
menyembah Tuhanmu dan Tuhan nenek-moyangmu Ibrahim, Ismail dan Ishak, Tuhan
Yang Esa. Kepada-Nya kami muslim.’ (2: 133)

Agama Islam yang direda oleh Tuhan itu satu, dari zaman Nabi Ibrahim, apabila ibadah-ibadah agama mula diperkenalkan hingga ke zaman Nabi Muhammad. Tetapi undang-undangnya berubah-ubah, mengikut zaman dan tempat, dan ilmu juga berkembang. Yang tidak berubah itu pegangan tauhid beriman kepada Tuhan Yang Esa dan ikrar untuk berbuat baik dan bertanggungjawab di atas perbuatan kita kepada Tuhan, seperti yang terbukti dalam ayat ini:-

Sesungguhnya, mereka yang beriman -- sama ada orang Yahudi, atau Kristen, atau
Sab’in – sesiapa yang beriman kepada Tuhan dan kepada Hari Kemudian dan berbuat
baik akan menerima balasan dari Tuan mereka. Mereka tidak perlu takut atau bimbang.
(2: 62)

Di negara kita, usaha reformasi agama ini telah berjalan lama di bawah pimpinan tokoh-tokoh reformis Syed Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir dan lain-lain dan usaha-usaha Kerjaan di bawah dasar-dasar “Pandang ke Timur”, memupuk nilai-nilai Islam atau nilai-nilai murni dan konsep “Islam Hadhari”, tetapi hasil-hasilnya tidak seperti yang diharap-harapkan. Ini kerana kita telah memberi kuasa tentang agama kepada suatu kelas ulama yang ortodoks yang tidak boleh menerima perubahan-perubahan ini. Malah setelah “Revolusi Islam” Iran, suatu “kebangkitan semula” Islam yang menekankan pelaksanaan syari’ah tradisional telah melanda Malaysia dan negara-negara Islam lain. Melihat kepada kejadian-kejadian yang berlaku, seperti penolakan cadangan penubuhan sebuah Suruhanjaya Antara-agama sebagai sebuah forum untuk menggalakkan dialog antara agama di peringkat kebangsaan, kekeliruan dalm kes mayat pendaki Mt. Everest M.Murthy dan kekecohan besar dalam kes kartun Nabi Muhammad, banyak masalah tidak dapat diselesaikan selagi tembok kejumudan dalam perundangan dan teologi “Islam” tidak diatasi dari segi akar umbinya.

Diharapkan bahawa cerdik-pandai dan kepimpinan Islam yang berfikiran jauh dan terbuka akan segera bergabung tenaga untu menyelesaikan kebuntuan yang dihadapi oleh umat Islam demi masa depan mereka sendiri dan masa depan dunia.


*****
References:

4) Lihat Majid Khaduri (pent.) Islamic Jurisprudence – Shafi’I’s Risala, John Hopkins Press, Baltimore, 1961; hl. 11.

5) Di dalam buku nya, Al-Risala, Shafi’e mendakwa sebua sunnah tidak boleh diatasi oleh Quran, kecuali ada sebuah sunnah lain yang memansukhkan sunnah itu. Lihat hal. 184-85.

6) Dikatakan bahawa larangan menggambarkan Nabi Muhamad bertujuan untuk mengelak pendewaan terhadap beliau, tetapi hal ini tidak terbukti. Malah tunjuk-tunjuk perasaan yang telah berlaku itu menunukkan sebaliknya. Walau bagaimanapun, tidak ada ayat Quran yang melarang penggambaran Nabi Muhammad atau penggambaran manusia atau binatang: yang dilarang penyembahan terhadap gambar itu . Larangan membuat gambar secara umum terdapat dalam kitab Taurat. Lihat Exodus, 20: 4. .
PERBINCANGAN TENTANG ISLAM DALAM ABAD KE-21

Oleh: Kassim Ahmad
25 Februari, 2006

[First of Two Parts]

Kita kerap mendengar dari mulut sesetengah cerdik pandai Islam bahawa kita tidak boleh menggunakan akal apabila membincang perkara agama. Maksud mereka alam ghaib, seperti ketuhanan, tidak boleh dicapai oleh akal manusia dan, dengan demikian, kita harus terima kenyataan-kenyataan tentang perkara-perkara ini atas dasar kepercayaan dan bukan atas dasar logika.

Epistemologi, atau teori pengetahuan, salah satu perkara penting yang dibangkitkan dalam perbincangan tentang “Islam dalam Abad Ke-12” di sebuah majlis akademik di ISIS pada 13 Februari lalu. Majlis ini dianjurkan oleh ISIS dan JUST dan pembicara dalam sidang itu tiga orang sarjana undangan dari luar negara, yang kebetulan berada di Kuala Lumpur pada waktu itu untuk suatu acara lain. Sarjana-sarja undangan ini ialah Prof. Mohamed Arkoun, profesor Emeritus Sejarah Pemikiran Islam di Universiti Sorbonne, Paris; Prof. Abdelmajid Charfi, profesor Emeritus Tamadun Arab dan Pemikiran Islam di Fakulti Sastera, Universiti Tunis, dan Prof. Mohamed Charfi, profesor Emeritus di Fakulti Undang-undang Universiti Tunis. Dr. Chandra Muzaffar, Presiden Pertubuhan Gerakan Antarabangsa untuk Sebuah Dunia Adil mempengerusikan perbincangan ini, yang berjalan selama hampir empat jam. Beberapa orang sarjana tempatan dan luar negara yang bekerja di universiti-universiti kita, seperti Prof. Syed Hussein al-Attas, Prof Hashim Kamali dan Prof. Abdul Muthadhir Abd. Rahim turut hadir dan mengambil bahagian dalam sidang itu.

Tajuk “Islam dalam Abad Ke-21” itu memang amat menarik dan juga penting. Soalan-soalan: “Di mana Islam sekarang?”, Ke mana Islam hendak tuju?” dan “Apa dan bagaimana umat Islam harus buat untuk melayakkan Islam menjadi dinamik dan kreatif dalam dunia kontemporer?” perlu dijawab. Kita tidak punya masa yang banyak pun, oleh kerana kita umat Islam sudah ketinggalan jauh. Dari segi perkembangan sains dan teknologi, dari segi kemajuan ilmu dan intelek dan dari segi kemajuan ekonomi, kita ketinggalan. Ini tidak bermakna tamadun Barat tidak bermasalah. Tamadun Barat juga menghadapi krisis – krisis ilmu, krisis moral dan krisis ekonomi. Lihat saja kerosakan yang berlaku kepada dunia dalam masa seratus tahun yang lalu: dua peperangan dunia, banyak peperangan serantau, penindasan neo-kolonialisme, khasnya penjajahan Israel di Palestin, penindasan dari sistem kewangan riba, wabak-wabak penyakit, kebuluran dan kemiskinan yang dahsyat di Afrika, khasnya, kemerosotan intelek dan moral dan penyibaran budaya hedonis. Pendek kata, seluruh dunia, Barat, (termausk bukan-Barat) dan Islam, menghadapi krisis besar.

Kita, nampaknya, telah terperangkap dengan istilah “Barat dan Islam”, yang diciptakan oleh penulis-penulis Barat sendiri. Kita hubungkan Barat dengan sifat-sifat moden, sekular, demokratik yang mengamalkan ekonomi pasaran bebas. Islam pula dihubungkan dengan sifat-sifat anti-moden, anti-sekular, anti-saintifik dan fundamentalis atau jumud. Namun demikian, dalam sejarahnya, Islam tidak selalunya bersifat demikian. Dalam abad pertama hingga abad ketiga Islam, dari abad ketujuh hingga abad ke-sepuluh Tahun Masehi, berlaku satu kebangkitan Arab-Islam yang hebat yang bertanggungjawab memulakan zaman sains dan zaman moden dalam sejarah manusia dengan sebuah slogan ilmu yang berbunyi “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan!” Selepas itu, bermula dengan penerimaan kaedah perundangan Islam yang mengongkong ciptaan Imam Shafi’e (mati 820) dan teologi anti-rasionalis ciptaan Abu Hassan Asha’ari (m. 935) mulalah zaman kejatuhan umat Islam, yang sehingga hari ini, walaupun kita telah membuang belenggu kolonialisme Eropah, masih belum pulih. Kejatuhan berkepanjangan inilah yang meyebabkan umat Islam mendapat sifat-sifat yang kita sebut di atas.

Ini bukan persepsi atau salah faham Barat semata-mata, walaupun dari zaman awal, semasa Nabi Muhammad lagi, orang-orang Yahudi dan Kristen yang bermusuh dengan Islam buat komplot demi komplot untuk merosakkan Islam, seperti yang terbukti dari ayat-ayat Quran sendiri. Semenjak sifat anti-rasionalis masuk ke dalam masyarakat Islam, dibawa masuk atas nama Islam sendiri melalui ajaran-ajaran baru yang tiada dalam Quran, malah bercanggah dengan ajaran-ajaran Quran hingga sekarang, Islam sudah berubah dari suatu agama tauhid yang murni yang diwariskan dari Nabi Ibrahim kepada Nabi Muhammad menjadi agama dengan berhala-berhalanya, seperti agama-agama lain . Perubahan ini merupakan satu proses yang memakan masa tiga atau empat generasi atau lebih, dari kira-kira 850 hingga 950, – yang menukarkan Islam dari sebuah ajaran dinamik, kreatif, humanis, moden dan universal menjadi sebuah agama anti-moden, anti-sains, anti-rasional dan jumud, yang hari ini menjadi masalah bukan saja kepada umat Islam sendiri, tetapi kepada dunia. Kalau satu masa dulu, Turki dianggap the sick man of Europe, hari ini kita boleh sifatkan umat Islam sebagai the sick men of the world.

Kira-kira sepuluh tahun dulu, penulis bertemu dengan seorang Islam berbangsa Jerman dalam Mesjid Benggali di Bandaraya Tanjung, Pulau Pinang (yang berkahwin dengan seorang wanita Melayu tempatan) yang mencerita kepadanya suatu peristiwa pertemuannya dengan seorang ahli tafsir dan penulis Islam yang masyhur, iaitu Muhammad Asad (berasal bangsa Yahudi Austria) yang menyatakan kepadanya dia amat pesimistik tentang umat Islam. Sebabnya: dia melihat isi kandungat Quran sangat cantik, tetapi umat Islam sangat huduh! Peristiwa ini berlaku kepada penulis setelah dia menulis buku, Hadis – Satu Penilaian Semula. Hadis, yang dikaitkan kepada nama Nabi Muhammad, telah menjadi duri dalam daging umat Islam! Inilah maknanya apabila Nabi Muhammad komplain dalam Quran bahawa kaumnya telah membelakangkan Quran! (Rujuk Quran, 25: 30-31)

Epistemologi Barat berdasarkan dua persaksian, iaitu deria dan akal – apa yang dipanggil sensory evidence dan logical atau rational evidence. Ia menolak fenomena alam ghaib, seperti wahyu, walaupun persksian ini, yang disebut oleh ahli falsafah sejarah, P.A. Sorokin, sebagai extra-sensory atau supra-rational evidence. Kalau kita ambil suatu contoh: buah durian. Kita tahu buah durain itu ada, kerana kita dapat melihatnya dengan mata kita (dalam Quran disebut ain ‘ul-yaqin: Quran, 102:7). Kita juga tahu melalui kesimpulan logika bahawa buah durian ini datang dari sepohon durian, walaupun kita tidak melihat kejadian itu berlaku. Ini dalam Quran dipanggil ilmu’l-yaqin: Quran, 102:5). Pertanyaan seterusnya: dari mana pokok durian itu datang? Jawabnya: dari bumi, dan bumi pula datang dari mana? Di sini epistimologi materislis Barat tiada jawapan. Ia mendakwa bumi jadi sendiri, dan, dengan itu, menafikan kaedah saintifik yang menyatakan tiap kejadian ada sebabnya. Dalam ajaran Islam, bumi ini dijadikan oleh Tuhan, suatu Zat Yang Jadi Sendiri. Kesaksian ini disebut dalam Quran sebagai haqq’al-yaqin (Quran, 56: 95; 69:51), yakin kerana kesaksiaannya sendiri, yakni Tuhan memperlihatkan Kewujudannya melalui kewujudan alam ini dan undang-undangnya.

Epistimologi Barat ini bukan saja tempang, tetapi tidak konsisten. Ia tempang, kerana gagal menjawab kehadiran alam ghaib. Ia tidak konsisten, kerana, wlaupun berhadapan dengan realiti alam ghaib (seperti ilham yang berlaku kepada ahli metametik and pereka Yunani, Archimedes, dan lain-lain), ia menutup mata kepada realiti fenomina ilham.

Sebaliknya, mengikut seorang penyelidik, Syed Muhammad Dawilah al-Edrus, epistemologi satu cabang pengajian yang baru dalam Islam dan belum terdapat sesuatu huraian yang sistematik dalam perkara ini. Namun demikian, mengikut ajaran Quran, wahyu dan akal, atau iman dan akal fikiran selaras dan tidak bertentangan. Ayat-ayat suci seperti yang berikut membuktikan hal ini:-

Tiada seorang pun boleh beriman kecuali dengan izin Tuhan, kerana Ia sengaja
menghalang mereka yang tidak berfikir. (10: 100)

Telah Kami tempatkan di neraka ramai jin dan manusia. Mereka ada akal, tetapi
tidak mengeri, ada mata tetapi tidak melihat, ada teliga tetapi tidak mendengar.
Mereka seperti binatang, malah lebih teruk – mereka langsung tidak sedar. (7: 179)

Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus. Sesungguhnya, kepalsuan
pasti akan hapus.’ (17: 81)

Umpamanya, walaupun kita tidak boleh nampak Tuhan, akal kita boleh terima kewujudan Tuhan, kerana kewujudan alam ini, sebagai manifestasi dari Tuhan. Selain itu, dari kajian-kajian tentang alam ini dan tentang sejarah masyarakat-masyarakat manusia, kita boleh menyaksikan aktiviti Tuhan dan perjalanan undang-undang harmoni, kasih-sayang, keadilan dan kebenaran yang telah diperundang-undangkan oleh Tuhan. Ini semua menunjukkan wujud suatu Kuasa yang baik, Tuhan, di belakang kejadian alam ini.

----
1) “Kedua-dua orang Yahudi dan Kristen tidak akan menerima kamu selagi kamu tidak mengikut agama mereka.” (2: 120) “Hai orang yang beriman, jangan kamu ambil mereka yang mempersenda dan memperolok agama kamu dari kalangan orang-orang yang menerima kitab dulu sebagai sekutu.” (5: 57)
“ … kamu akan mendengar dari orang-orang yang menerima kitab dan orang-orang kafir banyak kecaman dan maki-hamun. Jika kamu terus sabar dan takwa, ini menunjukkan kekuatan imamu. (3: 186)

2) Lihat P.A. Sorokin, Modern Historical and Social Philosophies, Dover Publication, New York, 1963; hlm. 40-43.

3) Lihat Islamic Epistemology—An Introduction to the Theory of Knowledge in al-Quran (1992), hlm. Xi.