Thursday, November 02, 2006

Hadis: Jawapan Kepada Pengritik #5

Bab 1: Pengritik Pengrikik Saya (Sambongan)

Hujah: ‘Metodologi penulis Lemah’ (Hujah 8)

Apa yang dimaksudkan oleh pengkritik saya dengan tuduhan ini ialah keengganan sya menggunakan kaedah usul fiqh untuk mengkaji Hadis. Kaedah usul fiqh memerlukan kita menerima Hadis sebagai sumber hokum, mengikut pendapat ijmak ulama.[1] Kritikan ini tidak munasabah, kerana persis perkara itulah yang kita pertikai. Pendapat bahawa Hadis/ Sunnah dari mula-mula lagi telah diterima sebagai sumber hukum tidak mempunyai asas yang kukuh baik dalam Quran mahupun dalam sejarah. Perkara ini telah saya buktikan dalam buku ini dengan menunjukkan bahawa (a) kumpulan-kumpulan rasmi Hadis lagi kedua-dua kaum Ahli Sunnah dan Syi’ah hanya dibuat selepas Imam Shafi’I berjaya menjadikan Hadis/ Sunnah sebagai sumber hukum , (b) Hadis sedikit sekali digunakan dalam zaman Sahabat, dan hanya digunakan sebagai teladan atau precedent, (c) ada Hadis-hadis yang mempertikai Hadis-hadis yang mengutarakan Hadis/ Sunnah sebagai sumber hukum , dan (d) Quran sendiri melarang kita menduakan sumber hukum.[2]

Hujah: ‘Penulis Tidak Menggunakan Sumber Berwibawa’ (Hujah 9)

Hujah bahawa saya telah menggunakan sumber-sumber yang berwibawa, tidak tepat sama sekali. Dua sumber pokok yang saya gunakan ialah Quran dan Hadis. Tidak ada yang lebih asli daripada sua sumber ini. Dari kedua-dua sumber ini, kita dapat mengetahui pertentangan-pertentangan antara Hadis dan Quran, dan antara Hadis dengn Hadis.

Saya juga menggunakan kitab Shafi’I, Al-Risalah dan riwayat hidup Nabi oleh Ibn Ishaq. Ini juga sumber-sumber asli mengenai perundangan Islam klasik, kehidupan Nabi dan keadaan sosial awal di Semenanjung Arab.

Untuk mengetahui sejarah perkembangan dan pengumpulan Hadis, saya menggunakan sumber-sumber yang berwibawa di dalam masyarakat akademik Islam antarabangsa, seperti M. M. Azmi, Muhammad Hamidullah dan lain-lain, dan sumber-sumber yang berwibawa dalam masyarakat akademik antarabangsa, seperti Joseph Schacht, Ignas Goldzihar dan lain-lain.

Setelah mengkaji sumber-sumber ini semula, saya membuat kesimpulan-kesimpulan yang saya fikir munasabah, rasional dan saintifik, sesuai dengan ajaran-ajaran Quran.

Tuduhan semberono bahawa semua sarjana Barat mengenai Islam itu orientalis dan dengan itu berat sebelah, tidak boleh diterima. Kecuali mereka yang anti-Islam, kebanyakan sarjana orientalis sama saja dengan sarjana-sarjana lain. Mereka cuba membuat kajian secara ilmiah, tanpa mempunyai prasangka. Namun demikian, mungkin tidak ada sarjana yang sepenuhnya bersih dari prasangka dan tidak membuat kesilapan. Oleh itu, ada pendapat mereka yang adil yang patut diterima; ada pendapat mereka yang tidak adil dan patut ditolak.

Perbezaan pendapat di kalangan cerdik-pandai itu satu fitrah manusia. Kita berbeza pendapat bukan saja dengan cerdik-pandai bulan-Islam, tetapi juga antara kita sama sendiri. Ini hal yang lazim dan ada manfaatnya. Dari pertembungan pendapat-pendapat yang berbeza inilah kita memperoleh kebenaran.

Hujah: ‘Penulis Tidak Tahu Bahasa Arab’ (Hujah 10)

Hujah ini gergaji mata dua belah! Implikasinya, sekiranya penulis tahu bahasa Arab, beliau tidak akan mempertikai Hadis! Tetapi kita tahu bahawa sesetengah kalangan kaum Muktazilah, yang terdiri daripada ahli-ahli sains dan falsafah Arab sendiri, mempertikai Hadis Muhammad Abduh, seorang ulama Arab yang terkenal, mempertikai kesahihan sesetengah Hadis. Banyak lagi sarjana Islam yang tahu bahasa Arab di zaman moden ini, termasuk Ahmad Amin, Ghulam Ahmad Parves, Sayyed Abdul Waddud dan Rashad Khalifa, mempertikai Hadis.

Walaupun penulis tidak mempunyai sijil kelulusan bahasa Arab dari mana-man universiti, dia menggunakan tafsir-tafsir yang dianggap berwibawa dalam masyarakat Islam. Dia mengkaji tafsir-tafsir ini selama tiga puluh. Dari kajian-kajian ini, seseorang boleh memahami Quran seperti orang lain yang menggunakan bahasa Arab juga, malah lebih daripada itu. Pemahaman Quran bukan terletak pada bahasa Arab; ia terletak pada pemahaman fikiran dan idea. Mungkin inilah kekuatan penulis: beliau tidak mengkaji Quran kerana karier!

Bahasa itu, pada dasarnya, suatu alat perhubungan. Dari segi ini, tiada perbezaan antara satu bahasa dengan bahasa lain. Ambil contoh ayat yang paling tinggi dalam Islam : “La ilaha ill-Allah”. Terjemahannya dalam bahasa Melayu: “Tiada tuhan melainkan Allah”. Ini terjemahan yang baik dan tepat sekali serta mengandungi makna asalnya sepenuhnya.

Ambil lagi contoh surah pendek, Al-Ikhlas (112), yang memberi keterangan yang lengkap tentang Allah. Terjemahannya dalam bahasa Melayu berbunyi:

Katakanlah, “Dia itu Allah, Tuhan yang satu. Tuhan yang sempurna. Dia tidak beranak, dan tidak pula diperanakkan. Dan tiada suatu pun yang serupa dengan-Nya.”

Dua contoh ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa sebuah terjemahan yang baik boleh menerangkan makna Quran itu kepada kita tanpa mengetahui bahasa asalnya. Yang penting bukan bahasanya, tetapi maknanya. Orang-orang Arab sekarang membaca Quran dalam bahasa mereka sendiri; tetapi adakah mereka melaksanakan perintah-perintah Tuhan dalam Quran? Jadi fahaman dan amalan tidak bergantung kepada pengetahuan bahasa Arab. Ia bergantung kepada iman atau komitmen seseorang itu. Kitab-kitab suci dahulu, seperti Taurat dan Injil, yang diturunkan dalam bahasa Inggeris. Dialog-dialog Plato yang ditulis mulanya dalam bahasa Yunani sekarang dibaca dan dikaji dalam terjemahannya saja. Namun demikian, kandungan ajaran buku-buku agung ini tetap kita peroleh.

Kesimpulannya, bahasa Arab tidak penting untuk memahami kandungan Quran, kerana banyak terjemahan yang baik sudah ada. Seorang sarjana mengenai Islam perlu mengetahui bahasa Arab kerana banyak karangan mengenai Islam masih dalam bahasa Arab dan belum diterjemahkan. Walau bagaimanapun, mengenai Hadis, banyak karya telah ditulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu, dan seorang pengkaji boleh menggunakan karya-karya ini sebagai rujukan tanpa menyebabkan penyelidikannya jadi kurang bermutu.

Sambongan: Bab 2: Makna Ayat “Taatilah Allah Dan Taatilah Rasul”


[1] “Tetapi persis hubungan organic antara ijtihad dan ijmak inilah yang telah diputuskan dengan rumusan Al-Shafi’I dan mazhab klasik. Tempat Sunnah-Ijtihad-Ijmak mereka gantikan dengan Sunnah Nabi yang bukan lagi merupakan pedoman umum tetapi sesuatu yang mutlak, pasti dan khusus dan satu-satunya salurannya yang diterima itulah Hadis.”(Islamic Law, h. 21)

[2] “Apakah akan kucari selain Allah sebagai sumber hukum sedangkan Dialah yang menurunkan kepadamu kitab ini yang dijelaskan sejelas-jelasnya.”(Quran,6:114)

6 comments:

Elhakim said...

Kassim Ahmad???? The name sound familiar to me....

My Dad always mention ur name when I was very very young

Anonymous said...

Pak Kassim

jadi apa kah
hujungnya
pangkalnya
kesudahannya?

Hadis mana yang hendak
di buang?
di tendang?
di hapuskan?

Sunan ada enam
cuma yang awal
ibnu ishaq
imam malik
imam ahmad
imam syafiee
imam hanafi
maka bertambahlah
bukhari wa muslim

yang mana satu
yang harus di buang
di hapuskan
agar sunnah dan hadis
lebih cerdik
di zaman hadhari ini?

oh ya,
ajaran
yang kepunyaaan
imam yang hilang
tujuh?
duabelas?

maka setelah lama ini
apa pendirian kamu?

Anak Deddy said...

Salamun Alaika Sdr Kasim dan
Salamun Alaikum semua..........

Semakin hari semain ramai yang telah mula beralih(converted) dari Islam ala Sunni dan ala Syiah kepada Islam yang meletakkan ALLAH diPuncak Semata dan Al-Quran sebagai sumber rujukan mutlak sebagai panduan dalam beragama(Way of life). Saya yakin bahawa akan sampai ketika dimana Islam yang sepatutnya diamalkan tidak lagi menjadi dagang, sebagaimana keadaan sekarang ini, yang mana mereka-mereka yang menolak Islam ala Sunni dan Syiah diberi bermacam label yang negatif hanya kerana hendak mempraktikkan Islam sebagaimana yang ALLAH kehendaki. Bagaimana hendak mempraktikkan Islam sebagai Way of life yang ALLAH perintahkan? Hanya melalui Al-Quran, keyakinan terhadap Al-Quran boleh dibina sekiranya kita mahu dan berani menolak kitab-kitab ciptaan manusia yang hampir lagi mirip kepada Al-Quran, kerana Al-Quran seperti ALLAH Jamin, tidak akan samasekali dibenarkan untuk dirombak dari dalam sebagaimana yang berlaku kepada kitab-kitab terdahulu sehingga keaslian kitab-kitab sebelum Al-Quran tercemar secara keseluruhannya, kerana itulah kitab-kitab berkenaan samada di Mansukhkan atau diNansikhkan(M&N)(bukan ayat-ayat tertentu didalam Al-Quran, yang kononnya diM&Nkan) berbanding Al-Quran yang sentiasa dipelihara oleh ALLAH. Maka Sang Iblis dengan bantuan syaitan-syaitan yang ghaib mahupun yang nyata hanya berjaya mencipta kitab-kitab luaran yang sebenarnya kalau kita memetakan diri kita dalam keadaan tenang, berfikir menggunakan aqal yang ALALH anugerahkan serta dengan susun langkah yang teratur akan dapat melihat kepincangan-kepincangan kitab-kitab buatan berbanding Al-Quran, Kalamullah.

Anonymous said...

what is ur opinion about 'sains dan bahasa seiring sejalan'?

Anonymous said...

orang yang tidak tahu berbahasa arab berbicara tentang hadith? tentang kitab risalah asy syafi'e? Lawak tol!

Anonymous said...

Salamun Alaikum saudara Kasim..

Bagaimana pendapat saudara tentang ahlul bait?ah ahzab ayat 33.Apakah dimaksudkan Allah menyucikan ahlul Bait didalam ayat ini?