Friday, August 12, 2011

JANJI TUHAN TELAH DATANG BUAT KITA –
KE MANA KITA MAHU LARI?

(Versi yang diperpanjang sedikit.)

Oleh: Kassim Ahmad
darul_hikmah33@yahoo.com.my

12 Ogos, 2011

Mengikut adat Raja-raia Melayu dalam zaman feudal Empayar Melaka, apabila seseorang pegawai hendak dihukum bunuh oleh Raja, datanglah dua orang bentara denga keris di atas dulang ditutupi kain sutera dengan perintah: “Telah datanglah takdir Tuhan ke atasmu.”
Demikianlah, seluruh dunia sekarang telah didatangi janji Tuhan untuk menerima hukuman berat, kerana dosa-dosa yang telah dilakukan manusia dua generasi yang lalu. Amaran keras telah diberi dua kali dalam dua peperangan dunia yang paling dahsyat dalam sejarah.
Buat seketika tiap kali siksaan itu menimpa, manusia berteriak dan meraung, menadah tangan ke langit memohon ampun dan bertaubat! Tetapi sebaik saja Tuhan menerima taubat itu, dan memberikan mereka ketenangan dan kesejahteraan, mereka buat lagi, atas hasutan syaitan! Cerita lama, bukan ? Manusia tidak pernah serik!
Sekarang, dalam tahun 2011 ini, kita mengahadapi krisis yang terbesar dalam sejarah manusia. Bukan saja seluruh sistem ekonomi-politik liberal sedunia telah tiba ke tahap keruntuhannya yang terakhir, tetapi seluruh sistem pemikiran liberal itu – dengan falsafahnya sekali – runtuh! Kebanyakan orang tidak sedar. Mereka tertanya-tanya: “Apa sudah jadi?” Ketua-ketua mereka, kepala-kepala penjenayah, terus meradung dan merodong dalam gelap-gulita yang mengepung mereka.
Dalam masa lebih satu dekad yang lalu, sistem kewangan –ekonomi liberal ini telah menjadi satu sistem perjudian yang besar, sebuah kasino dengan riba menjadi asasnya. Ekonomi fizikal yang prodaktif tidak wujud. Semuanya gelembung.
Dalam masa empat tahun yang lalu, sejak meletusnya krisin ini dalam bulan Julai, 2007, kredibiliti kerajaan menjadi tanda tanya. Daripada menahan pasaran-pasaran spekulasi ini dengan kawalan semula , mereka benarkan diri mereka menyerah satu demi satu kepada kuasa institusi kewangan, dan hutang peribadi beratus billion oleh para spekulator dijadikan hutang kerajaan! Rakyat dihukum dengan progrem-progrem “jimat-cermat” yang besar dalam bajet-bajet awam. Rakyat kena ikat perut, sedangkan bank-bank yang bankrup “diselamatkan”! Ini “obat” yang tidak boleh menyembuhkan penyakit , tetapi yang akan menyebabkan penyakit menjadi lebih teruk!
Ekonomi fizikal merosot. Pengangguran meningkat. Belanja hidup naik.
Massa rakyat di mana-mana bangkit dari tidur mereka yang lama: di dunia Arab, di Amerika Syarikat, di Eropah, pendek kata, di mana-mana. Tidak semena-mena London terbakar. Rusuhan-rusuhan ganas berlaku di seluruh England. Perdana Menterinya kelam-kabut pulang dari cuti musim panas, mengadakan mesyurat-mesyuarat tergembar lalu mendakwa rusuhan-rusuhan itu jenayah, jelas dan murni, bukan berpunca dari faktor-faktor socio-ekonomi.
Nyata beliau sebahagian daripada masalah, bukan penyelesai masalaah!
Keruntuhan sistem ekonomi-kewangan pasaran bebas rantau antara Atlantik, meliputi A.S. dan Eropah Barat, kawasan induk sistem liberal pasaran bebas ini, merangkumi China, India, Rusia, Asia Tenggara, Amerika Latin, Afrika dan Asia Timur. Tidak ada rantau di muka Bumi ini yang terselamat dari keruntuhan ini. Sistem liberal pasaran bebas ini, dengan falsafah di belakangnya sekali, runtuh. Satu sistem lain yang lebih baik harus mengganti system bobrok ini.
Jangan kita lupa negra kita Malaysia sebahagian dari sistem bobrok ini. Walaupun pemimpin-pemimpin agung kita telah berjaya membuat penyesuaian di sana-sini (contohnya Dasar Ekonomi Baru), kita tidak bebas dari penyakit utama sistem ini: pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Manakala golongan minoriti (5%) kaya telah menjadi terlalu kaya dengan pendapatan melebihi RM 50,000 sebulan, golongan miskin (40%) telah menjadi terlalu miskin dengan pendapatan kurang daripada RM 2,500 sebulan. Sebuah kelas menengah yang agak besar (50% lebih) dengan pendapatan antara RM 3,000 hingga RM 30,000 sebulan telah menyebabkan masyarakat kita menjadi lebih stabil.
Namun demikian, oleh kerana rasuah dan pembaziran, ditambah dengan kenaikan belanja hidup, khasnya dalam masa dua dekad ini, mutu kehidupan rakyat kita telah merosot.
Ambil contoh soal kemiskinan. Mengapa setelah 54 tahun merdeka, ada rakyat kita yang masih hidup melarat: miskin, dengan rumah berbumbungkan langit dan berlantaikan tanah, dengan anak-anak tidak cukup makan dan pakai, ditingglkan oleh Kerajaan dan masyarakat?
Mengikut suatu laporan dalam akhbar Utusan Malaysia kelmarin (Khamis, 11 Ogos; hlm 29), kira-kira RM 500 juta setahun kutipan wang zakat. Dari jumlah ini, Kerajaan boleh menghapuskan kemiskinan dalam masa setahun saja! (Saya anggarkan kita memerlukan hanya RM 32.5 juta untuk berbuat demikian. Dari RM 500 juta itu, kita ada peruntukan sebanyak RM 62.5 juta untuk fakir-miskin.) Perihal rakyat miskin demikian masih wujud di kalangan kita menunjukkan kita lalai. Kita tidak prihatin, kerana keadaan ini tidak terkena kepada kita!
Demikian di negara kita, demikian di semua negara. Kemiskinan, kekadang malah kebuluran, pengangguran yang meningkat, belanja hidup yang meningkat naik 30% hingga 50%, malah lebih – ini semua, termasuk lagi pemerintahan diktator dan ketiadaan hak-hak asasi, menjadi ramuan-ramuan kemarahan rakyat terbanyak (95%) di mana-mana.
Percayalah, dari hari ini dunia tidak akan kekal begina. Suatu perubahan besar akan berlaku. Massa rakyat sudah bangkit. Mereka tidak mahu hidup dalam sistem hidup lama dulu, dalam bahasa Quran, dalam deen yang tidak diredai Tuhan. Jangan lupa, kebanyakan umat Islam telah meninggalkan agama Islam asal, agama Islam yang sebenar, yang telah diajar kepada mereka oleh nabi terakhir, Nabi Muhammad, dan yang terdapat dalm Quran dan ajaran-ajaran lain, dulu dan selepasnya, yang selaras dengan ajaran Quran.
Jalan keluar bagi masyrakat dunia jelas. Jadikan Quran sebagai panduan kita. Panduan ini hendaklah dipraktikkan secara kreatif dengan kaedak saintifik.
Khasnya, kita kena sembah Tuhan saja, dan hapuskan pendewaan terhadap lima jenis patung yang disebut dalam Quran, iaitu batu-batu, matahari dan bintang, harta-benda, pemimpin dan ideologi mereka, dan ego. Itu prinsip pertama. Prinsip kedua, pertanggungjawaban terhadap perbuatan masing-masing. Prinsip ketiga, perintahkan kebaikan dan larang kejahatan. Prinsip keempat, perintah dengan adil melaui kaedah mesyawarah dan melalui pemimpin-pemimpin yang layak (dari segi kebolehan dan moral), Prinsip kelima, laksanakan dasar ekonomi dan kewangan yang prodaktif, dan hapuskan riba dan perjudian. (Hutang-hutang angin kepada institusi-institusi kewangan dihapuskan dengan mengisytiharkan mereka bangkrup, kredit dikeluarkan oleh kerajaan untuk melaksanakan progrem-progrem ekonomi prodaktif yang besar.) Prinsip keenam, hormati dan dukung hak asasi manusia, termasuk kebebasan total beragama dan penghapuskan perhambaan dan kemiskinan.
Inilah batasan-batasan Tuhan. Jangan langgar batasan-batasan kewajaran ini.
Inilah yang harus kita lakukan sekarang, mulai hari ini. Inilah ajaran Tuhan yang telah kita abaikan buat begitu lama.
-------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahamad.blogspot.com



15 comments:

Anonymous said...

sesungguhnya sunnatullah tidak pernah berubah...

Juang said...

Salam,

1) Apa hendak buat. Kebanyakan manusia beranggapan, apa yang kena pada umat terdahulu, tidak akan kena pada mereka. Apa yang kena pada kaum-kaum lain, tidak akan kena pada mereka.

2) Sehingga apa yang dijanjikan Tuhan berlaku depan mata, barulah mereka hendak berteriak dan meraung.

3) Ketika itu, seribu penyesalan sudah tiada ertinya lagi.

arya said...

Ego. Aku selalu betul orang lain selalu salah.Aku tak akan mengalah walau pun aku bersalah. Aku mesti pertahankan hak aku dengan apa cara sekali pun, walau pun aku sedar aku di pihak yang salah.Aku dah senang aku tak ingin susah lagi.
Apa yang disiarkan oleh akhbar dan media elektronik arus perdana membuatkan pembangkang menggelegak dadanya.Apa yang disiarkan oleh akhbar pembangkang membuatkan pembenci pembangkang menggelagak dalam dadanya.
Jadi, sampai bila-bila pun dua kumpulan ini tidak akan berjumpa dengan titik perpaduan.
Begitu juga apa yang berlaku antara orang Islam dengan orang Bukan Islam.
Islam atau tidak sama-sama makhluk Allah.Tiap-tiap manusia perlu makan hari-hari, perlu berpakaian hari hari dan perlukan tempat tinggal hari hari.Tak ada manusia dapat mengelak daripada tiga perkara asas tersebut.Semua mesti ada pekerjaan supaya ada pendapatan yang akan digunakan untuk tiga perkara asas tersebut.
Tugas pihak yang diberikan amanah
memerintah adalah memastikan tiga perkara asas tersebut dapat dibekalkan kepada yang diperintah.
Kalau pemerintah gagal dengan salah satu daripada perkara tersebut, terutamanya perut yang selalu kelaparan tentu akan bangkit memberontak.

MrB said...

Salam,

Kebebasan beragama mmg penting dan w/pun M'sia sudah 50 tahun lebih merdeka tapi masih menyekat kebebasan beragama dibantu oleh perlembagaan. Setiap agama perlu diberi kebebasan menyebarkan agama mereka begitu juga dgn Islam. Ini boleh membuka ruang dialog dan diskusi antara agama. Begitu juga puak majoriti faham agama Sunni perlu memberikan kebebasan kpd puak Islam yg lain yg mungkin tidak sefaham dgn mereka seperti Syiah, Ahmadiyyah atau Pro-Quran. Tidak dilupa juga Ayah Pin.

Kassim Ahmad said...

1. Sekiranya ada sekumpulan (katalah 30%) dalam masyarakat yang menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan, titik pertemuan harmoni akan ditemui.
2. Kebebasan beragama itu total, diberi kepada muslim/mukmin dan musyrik/munafiq, tetapi yang akan menang dalam pertarungan ini muslim/mukmin yang tulen.
3. Kebenaran itu kebal. Kebenaran itu Tuhan, dan Tuhan pasti akan memang.

asyMok_Aambo said...

Benar!

1. Kebebasan memilih cara hidup adalah 'MANDATORI'
2. 'TIADA KOMPROMI'
3. Ini kerana 'YANG HAQ' itu jelas daripada 'KEPALSUAN'
4.'YANG PALING MENJENGKELKAN DALAM MALAYSIA HARI INI BILA MANA SANG ASATIZAH YANG BERPENGARUH MENGATAKAN MAZHAB KITALAH YANG TERBAIK!"
5. Apa semua ini???
6. Siapakah kita untuk menilai diri kita sendiri????

Aslam Abdullah said...

(1) Sistem ekonomi-politik liberal, walaupun sedang runtuh, akan terus bertahan sekurang-kurangnya untuk satu dekad lagi.

(2) Bila janji Tuhan telah datang, Dia sendiri yang akan mengisytiharkannya.

Pro said...

Semuga apa yang kita pohon dari Allah da nsemoga apa yang diperkatakan oleh Tuan Kasim akamn di makbulkan oleh Allah.

Penguasaan terhadap agama tetap berterusan tetapi yakinlah ia kaan semakin malap.

Deen Allah bukan agama, tetapi deen Allah adalah tata cara hidup yang syumul. Sebenarnya deen Islam secara keseluruhannya telah digubal secara terancang oleh Bangsa sehingga menampakkan Islam itu Arab dan Arab itu Islam.

Unknown said...

Alhamdulillah, suatu analisis yang menepati keadaan semasa dan memerlukan penghayatan para pemimpin dan semua umat Islam.

Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya, dengan tidak bertolak ansur dalam penyembahan (pendewaan) yang lain daripada Allah, dengan cara melaksanakan semua sistem kehidupan berdasarkan syariat Allah.

maae said...

Salam Pak Kassim,

1.Pesrpektif dunia,ekonomi negara lain sudah di rompak mengikut sistem perundangan BBB yang di cipta sendiri oleh penjarah utama dunia. Isytihar perang konon nya 'civil protection' dan kuatkuasa 'no fly zone'supaya boleh menganyang sesuka hati. Kita sudah saksikan peristiwa di Iraq dan akhir-akhir ini negara arab lain. Malaysia masih bertuah dalam lindungan Allah SWT.

2.Perspektif Malaysia ialah cipta provokasi, naikkan sentimen, membenarkan yang bathil. Inginkan 'kuasa mutlak', mungkin jadi kuku besi dan akhir nya Islam juga akan di mangsakan. Ekonomi tidak lagi liberal dan lebih kapitalis. Kuasa ekonomi akan berpaksikan pengaruh, keizinan dan kekangan luar(harap Pak Kassim faham maksud saya)

3.Cuma keadaan ekonomi Malaysia sekarang sudah tersasar dari apa yang di dasarkan PM Najib. Sudah di jadikan 'skim cepat kaya', cantas sana, jual sini, tebus itu dan cagar dengan gadaian maruah bangsa majoriti.

4.Semoga kita tergolong dalam 30% yang Pak Kassim nyatakan. Insya Allah, kita mampu selamatkan Malaysia, Negara tanah tumpah darah kita warisan zaman berzaman. Jika tidak jadi lah kita majoriti dengan suara minoriti yang tidak lagi di endahkan.

Anonymous said...

Salam Kembara Bahasa

Alhamdulillah. Melaksanakan semua sistem kehidupan berdasarkan syariat Allah memerlukan kita menentukan pilihan samada memilih Al Quran atau kitab hadis. Ini kerana syariat yang benar tidak boleh di resapi hukum-hukum buatan manusia sepertimana yang terkandung dalam syariat agama Islam yang ada sekarang. Inilah "crossroad" yang perlu kita rungkai permasalahannya untuk menghilangkan sebarang keraguan (doubt). Perjuangan belum selesai.

Juang said...

Salam,

1) Asas kepada "menyembah Tuhan sahaja" adalah berani berfikir dan tidak menurut membuta-tuli.

2) Selagi dalam hati ada rasa takut dan taksub kepada mana-mana manusia sehingga membiarkan diri mereka dipergunakan oleh "orang-orang mulia" yang mereka dewa-dewakan itu, selagi itulah mereka tidak benar-benar merdeka.

Anonymous said...

Salam sdr Juang.
Merdeka yang sebenar-benarnya tentulah dengan menerima berita gumbira Al Quran itu. Good tidings. Allah kata ia membawa berita gumbira kepada mereka yang percaya. Pernahkah kita merasa gumbira dengan sesuatu yang kita faham dari Al Quran?

MrB said...

Salam Pak Kassim,

Apa pula pandangan Pak Kassim mengenai cita-cita PAS utk mewujudkan negara teokratik dan mengaplikasikan Undang2 Hudud (hudud ala PAS)? Mohon beri pandangan jujur Pak Kassim mengenai perkara ini.

Kassim Ahmad said...

1. Pemeritahan teokrasi tidak ada dalam Quran atau dalam Piagam Madinah yang digubal oleh Nabi Muhammad.
2. Pemerintahan yang dianjurkan oleh Islam itu pemerintahan repablikan-demokratik, seperti yang dipraktikkan olh Nabi Muhammad di Madinah dan Mekah dan disambung oleh empat Khalifah Rasyidun.
3. Juga tidak ada Undang-undang Hudud dalam Quran atau Piagam Madinah. Undang-undang Hudud timbul dari salah-faham atau tafsiran sabjek para peguam klasik.
4. Semua kesilapan ini dapat diatasi sekiranya umat Islam tidak mendewa-dewakan pemimpin/sarjana mereka. Generasi selepas itu boleh menilai semula ajaran mereka, meneruskan yang betul dan membuang yang salah. Sebab itu dosa pendewaan tidak diampun oleh Tuhan.
5. Perhatikan apabila saya mengkritik Imam Shafi'e kerana mewajibkan apa yang dipanggil Hadis/Sunnah Nabi, mereka mengecam saya habis-habisan. Ini tanda mereka telah mendewa-dewakan Imam Shafi'e.