IBADAH HAJI MENGIKUT AJARAN QURAN
Oleh: Kassim Ahmad
6 November, 2011
(Artikel ini ditulis atas permintaan seorang pembaca blog.)
Ibadah Hajj atau Naik Haji diperdukan ke atas seorang mukmin dewasa yang mampu (dari segi kesihatan dan kewangan) sekali seumur hidup. Nabi Muhammad sendiri melakukannya sekali saja pada – bulan Zulkaedah, tahun ke-10 Hijrah. Tujuan Hajj tidak lain kecuali mengingati teladan baik Nabi Allah Ibrahim tunduk kepada Tuhan. Hajj boleh dilakukan dalam empat Bulan Suci, iaitu Zulhijjah, Muharram, Safar dan Rabi’al-awal (bulan-bulan k-12, pertama, ke-2 dan ke-3). ‘Umrah atau lawatan boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Amalan kebanyakan orang Islam di Malaysia naik haji lebih daripada sekali itu melanggar perintah Tuhan, apalagi kalau dilakukan tanpa dua syarat yang telah saya sebutkan di atas. Amalan ini dilakukan kerana sangkaan (yang tidak berasas) bahawa ibadah ini boleh membersihkan dosa.
Hajj bermula dengan bermandi, diikuti dengan memasuki keadaan suci apabila penziarah hajj lelaki memakai pakaian ihram dan perempuan pakaian yang sopan. Sepanjang ibadah hajj, penziarah menahan diri daripada persetubuhan, pertengkaran, kelakuan buruk dan bahasa kesat. Kebersihan, mandi dan amalan-amalan kebersihan yang biasa digalakkan.
Tiba saja di Masjidil-Haram di Mekah, penziarah berjalan mengelilingi Ka’abah tujuh kali sambil memuji dan memuja Tuhan. Kalimah-kalimah yang diucapkan: “Labbaika Allahumma Labbaik.” (Tuhanku, aku telah menyahut seruan-Mu.) “Labbaika Laa Syareeka Laka Labbaik.” (Aku telah menyahut seruan-Mu, dan aku isytiharkan bahawa tiada tuhan di samping-Mu. Aku telah menyahut seruan-Mu.”)
Kemudian, penziarah berjalan sepanjang setengah batu di antara anak bukit-anak bukit Safa dan Marwa tujuh kali, kekadang berlari-lari anak. Di sini upacara ‘umrah selesai.
Penziarah kemudian pergi ke ‘Arafat untuk sehari beribadah, berzikir dan bertasbih kepada Tuhan dari subuh hingga matahari jatuh. Setelah matahari jatuh, penzirah pergi ke Mudzalifah melakukan sembahyang Maghrib dan ‘Aisha. Dia mengutip 21 biji batu kerikil untuk dilontar (secara simbolik) kepada Syaitan.
Dari Muzalifah penziarah pergi ke Mina dan tinggal di sana selama dua atau tiga hari. Pada pagi pertama di Mina, penziarah membuat korban seekur binatang ternak untuk memberi makan kepada fakir-miskin serta mengingati campur tangan Tuhan untuk menyelamatkan Ismail dan Ibrahim dari penipuan Syaitan.
Upacara-upacara melontar batu melambangkan penolakan kesyirikan Syaitan dan dilakukan dengan melontar tujuh biji batu kecil pada tiap-tipa satu daripada tiga tempat itu, sambil bertasbih kepada Tuhan.
Penziarah kemudian kembali ke Mekah serta melakukan perjalanan mengelilingi Ka’abah tujuh kali sebagai tanda memberi ucapan “Selamat tinggal”.
Malangnya, kebanyakan orang Islam hari ini lazimnya melawat makam Nabi Muhammad dan melakukan dosa syirik dan mensesiakan hajj mereka. Quran selalu menyebut Masjid’il-Haram, sedangkan orang Islam hari ini menyebut dua Mesjid Suci. Menjadikan makam Nabi sebagai satu lagi “Mesjid Suci” terang-terang perbuatan syirik dan melanggar ajaran Quran, dan, anehnya, juga Hadis. Sebuah hadis, riwayat Bukhari berbunyi, “Tuhan telah melaknat orang-orang Yahudi dan Kristian kerana makam nabi-nabi mereka, mereka jadikan mesjid.” (Bukhari, Edisi Nawaw, Jil. 6, hlm. 14)
Ibadah hajj ini satu ibadah kepada Tuhan. Namun demikian, ibadah ini telah bertukar menjadi dosa syirik bagi kebanyakan orang Islam hari ini. Inilah sebabnya Tuhan telah membertahu kepada kita bahawa kebanyakan manusia tidak beriman (Quran, 12: 103), dan kebanyakan mereka yang beriman, tidak beriman tanpa menyengutukan Tuhan (Quran,12:106). Ingat apabila Nabi Muhammad baru wafat, Omar Ibni Khattab, Sahabat dan bapa mertuanya, kemudian menjadi Khalifah kedua, bangun di depan orang ramai dan mengisytiharkan bahawa beliau akan membunuh sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad telah wafat. Abu Bakr kemudian mententeramkan beliau dengan membaca ayat suci yang melarang beliau berbuat demikian. Demikianlah kecenderungan manusia untuk mendewa-dewakan pemimpin!
------------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau: www.kassimahmad.blogspot.com
31 comments:
Dari segi 'faith' atau kepercayaan seorang yang tamat melaksanakan ritual dan proses haji itu akan mendapat satu 'perasaan' hebat yang beliau telah selama ini sudah mendapat haji yang sempurna, namun dari segi praktikal apakah dalam masa tiga hari melaksanakan ritual dan acara itu boleh memberinya 'reward' spiritual atau kemakburan hajinya. Rata-rata mereka yang kembali selesai menunaikan haji tak nampak mereka menampilkan transformasi karakter mereka. Mereka tetap tak tahu siapa sebenarnya penindas di atas bumi dan berusaha membantu ke arah pengusiran kuasa penindas itu. Mereka tiada kesedaran itu yang dapat melihat betapa negara Islam sedang dikawal oeleh kuasa adi kuasa. Mereka kembali seperti mereka belum melangkah menunai haji sehingga mengadap Illahi. Sama juga dengan amalan berpuasa, ramai yang berpuasa tapi ramai cuma mendapat lapar dan dahaga saja. Bagaimana Sdr Kassim melihat ini? Sdr ada kata ramai yang menunai haji turut terperngkap dengan pengaruh kesyirikan. Dan suasana di luar Mekah adalah pembangunan ala 'New York' Suasana rohaniah dah menipis dan mungkin diganti dengan suasana kemodenan Barat serta perdagangan dan konsumerisme.
1. Komen seorang hamba Allah telah saya padam, kerana mengulang-tanya pendirian saya tt Hadis yang telah saya huraikan berpuluh kali. Saya tidak anti-Hadis;saya kritikal. Banyak hadis yang bercanggah dengan Quran; banyak juga yang selaras. Yang bercanggah, batal; yang seleras, terpakai.
2. Beliau juga mempertikai kenyataan saya bahawa hajj itu diwajibkan bagi yang mampu sekali saja seumur hidup. Antara lain, dua sarjana, Maulana Muhammad Ali dan Dr Rashad Khalifa, mdensahkan pendapat itu.
2. Tiap ibadah yang kita lakukan mesti dilakukan dengan jujur. Barulah kita mendapat sepenuh manfaat daripadanya. Jika tidak, seperti menjurus air ke daud keladi -- tidak berbekas!
1. Lupa saya sebut suatu perkara penting tt hajj. Nabi Muhaammad sendiri melakukannya hanya sekali. Maklumat ini diperoleh dari Sirah Nabi.
Salam Pak Kassim,
1. Apabila kemampuan sudah melebihi dari segi kewangan, fizikal dan rohaniah, maka hukum Haji menjadi wajib.
2. Ramai yang sudah menjadi syirik di sebabkan perkara (1) kerana ENGGAN melaksanakan amanat Nabi dan suruhan Allah.
3.Niat menziarah makam sebagai tanda kasih amat mendalam dan menghormati kewujudan dan jihad baginda satu masa dulu Nabi Junjungan Membawa Kesejahteraan ke Seluruh Alam yang di angkat tinggi di dalam Al Quran, tidak pula satu kesyirikan. Begitu juga bertawassul kepada baginda.
4.Demi itu, Allah amat melarang kita berburuk sangka sesama sendiri, terutama sekali kepada baginda dan pewaris- pewaris baginda (para ulama muktabar tersohor terdahulu dan pewaris-pewaris nya). Jika kita tegar melakukan nya, sesungguh nya kita sudah hampir sekali kepada kesyirikan.Ilmu Allah itu mengatasi segala-gala nya, maka wajib lah kita bertawakkal sepenuh nya selepas berusaha dalam rujukan sanad nya.
5. Umat Muhammad semua nya inginkan Haji Mabrur. Maka kita memohon kepada Allah melimpahkan rahmat sebagaimana kekasih Nya, Nabi Muhammad SAW.
1. Tuhan tidak ada kekasih. Semua manusia, termasuk Nabi Muhammad, makhluk dan hamba kepada Tuhan.
2. Ada banyak nabi dan rasul, termasuk Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad. Taraf mereka semua sama. Nabi Muhammad nabi yang terakhir.
3. Semua nabi, dari Adam hingga Muahammad, membawa risalah Islam daripada Tuhan -- Islam pada peringkat masing-masing. Islam disempurnakan dalam zaman Nabi Muhammad.
4. Semua ibadah agama diajar mulai Nabi Ibarahim. Sebab itu Nabi Muhammad, mengikut Quran, pengikut millat Ibrahim.
5. Mendewa-dewakan Nabi Muhammad itu memang syirik. Berwaspadalah jangan jatuh syirik setelah mendapat hidayah daripada Tuhan.
6. Hanya Tuhan memberi hidayah, kerana Dia Maha Mengetahui lagi Maha Pengasih.
saya nasihat, awak kena belajar lebih dalam lagi. dan jangan duduk dalam tempurung. luaskan pandangan dan ilmu, jgn fikir pendapat awak je betul. ulama'2 dulu sebelum nak keluar buku atau penulisan bagi berpuluh2 ulama' semak dulu, baru berani diorg nak keluarkan, kerana takutkan ALLAH.
saya dan kesemua orang yg bikin umrah dan haji, akan berziarah, diulangi berziarah ke makam rasulullah bukan berhaji ke makam nabi. lagi satu masjidil haram tu maksudnya bukan masjid suci. dan buat haji ni bukan berziarah. kalau nak kata berziarah sampai di masjidil haram, solat sunat dua rakaat atau tawaf lepas tu dah boleh balik. tu baru namanya berziarah ke masjid.
kedua, masjid nabawi di bina dahulu. bila nabi wafat nabi dikebumikan di perkarangan masjid. kini masjid nabawi dibesarkan utk menampung penziarah yg semakin ramai, dan makam rasulullah tidak dapat tidak pun termasuk sekali dlm kawasan masjid nabawi yg baru.
jadi tak de isu menjadikan makam rasulullah sebagai masjid kalau awak betul2 mengkaji.
jadi silalah belajar lagi.
tiga, kami selawat ke atas nabi dan mengagungkan nabi kerana ALLAH suruh. ada dlm quran. sila semak. belajar lagi. bukan ikut suka hati semata2.
empat, saya tidak tahu samada benar atau tidak rasulullah buat haji berapa kali, tp rasulullah tidak pernah melarang para sahabat buat haji lebih dari sekali. dan tiada pula larangan dlm al-quran yg melarang buat haji lebih sekali, jadi macamana pula awak boleh buat tajuk "ibadah haji mengikut ajaran quran", kemudian awak kata buat haji lebih sekali melanggar perintah ALLAH sedangkan tiada nas dlm alquran?
bila awak tengok orang pergi haji dan mesti ziarah makam rasulullah terus anda kata kami buat haji ke masjid nabawi sekali padahal kami semata2 berziarah. ada riwayat yg menyatakan perlu berziarah ke makam nabi. kalau awak tak setuju dengan riwayat berkenaan, awak kena terima yg kami pergi berziarah semata2. tapi bila awak tulis begini, sedarkah awak fitnah ramai orang?
sama2lah kita taubat.
betul2 saya rayu awak tolong belajar dengan mendalam lagi!!
Sdr Kekura,
1. Saya senantiasa belajar -- tak pernah berhenti.
2. Andalah yang kena belajar lagi. Anda tahu sedikit lalu anda berlagak seperti tahu semua. Ini bahaya.
3. Tetapi kalau awak syok sendiri, terpulang kepada awaklah. Saya tak rugi kalau awak bantah saya. Kalau awak ikut pun saya tak untung.
4. Sekali lagi saya kata, "Biarlah si Luncai terjun dengan labu-labyna. Biarkan! Biarkan!
5. Orang bodoh, kemudian sombong pula -- siapa boleh tolong dia?
Salam Dr Kassim
Saya ambil pengajaran paling besar dari kisah Nabi Ibrahim yang diceritakan oleh Al Quran berupa bukti yang diusahakannya dan ditunjukkan kepada kaumnya iaitu : batu tidak boleh bercakap. Jadi, apa rasionalnya pergi menyembah batu, keliling batu, berlari anak antara dua batu dan membaling batu kearah batu? Tiada guna mengharapkan batu-batu tersebut menjadi perantara dengan Tuhan sebab : batu tiada boleh bercakap. Lagi satu Tuhan suruh jauhkan diri dan keluarga kita dari Api yang bahan bakarnya manusia dan batu.
Benar sekali kata-kata Dr : kebanyakan manusia tidak percaya pada Tuhan kecuali dengan mensyirikanNya.
1. Kita naik haji, sekali seumur hidup, kalau mampu, untuk mengingati pembangunan "Rumah Allah" oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail.
2. Jemaah Haji tidak disuruh sembah Ka'abah itu.
3. Barang diingat jemaah haji boleh naik haji dalam 4 bulan suci. Ini telah saya sebut dalam artikel itu. Ini akan mengelak kesesakan: dua juta bagi 4 = 500,000. Mengapa ulama (baca "ulat dalam semak) tidak menyebut perkara ini?
Kepada anon 12.30 AM,
Memang anda tergolong dalam jenis-jenis batu jalanan...Anda tidak bernyawa dan berjiwa seperti kumpulan batu juga!
Lagi syirik besar yang di terjemahkan secara sembrono....
takpe lah kalau awak panggil saya bodoh sombong.
tp saya nak minta dalil2 yg menyokong hujah awak, haji boleh buat 4 kali setahun yang bermakna wuquf juga boleh buat 4 kali setahun, larangan ALLAH membuat haji lebih dari sekali dan setiap hujah2 anda mengenai ibadah haji ini, naik haji utk mengingati pembangunan "Rumah Allah" oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, bukannya kita buat haji pertama2nya adalah kerana perintah ALLAH?
sila jawab dengan ilmu bukan dengan amarah dan label-melabel (spt bodoh sombonglah, ulat dalam semak lah).
Sesat lagi menyesatkan. Takutlah kepada Allah S.W.T dan azabnya di hari kiamat kelak. Anda Tidak Layak menjadi Ummat Nabi Muhammad S.A.W dan anda Tidak Layak mendapat Syafaatnya di Hari Kiamat kelak bahkan bakal merana di alam kubur selagi tidak menyayangi Nabi Muhammad S.A.W dan selagi tidak mengikut sunnahnya. Takutlah azab Allah. Mohonlah Keampunan daripadaNya selagi nyawa belum sampai di halqum kerana sesungguhnya Dia Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Astaghfirullah. Anda Tidak Layak Bergelar Muslim. Anda bukan orang yang layak untuk memperkatakan tentang Islam kerana anda bukan Ahlinya. Anda orang yang Jahil tentang Islam bahkan menghina Nabi Muhammad S.A.W yang mulia. Tidak takutkah anda kepada jatuhnya Murtad setelah apa yang telah anda perkatakan?? Tahukah anda siapa yang anda Sebut bila anda Mengucap Dua Kalimah Syahadah??..Anda Tak Solatkah?? Bukankah anda Solat menyebut namanya di dalam tahiyyat awal dan akhir?? Mulianya Nabi Muhammad S.A.W bagi orang yang Beriman!! Jika anda menghina Nabi Muhammad S.A.W, sia-sialah amalan anda selama ini dan bersedialah menghadapi Azab Allah di hari kiamat kelak!!!
Untuk Anon:
1. Soalan-soalan anda telah saya jawab banyak kali. Kalau anda tidak faham, atau tidak mahu faham, nasihat saya: baca lagi. Saya tidak rugi kalau anda bantah saya. Kalau anda ikut pun, saya tidak untung. Kalau saya silap, dosanya saya tanggung. Kalau saya betul dan anda silap, dosanya anda tanggung dua kali ganda. Jadi, terpulang kepada anda.
2. Ulama atau kasta paderi itu tiada dalam Islam. Ia berasal dari agama Hindu dan Kristian.
Buat Kekura:
1. Hajj boleh dilakukan dalam mana-mana satu dari empat bulan suci. Ini akan mengelak kesesakan, yang telah pun menyebabkan banyak korban nyawa.
perkara yang paling saya setuju dengan saudara kasim ahmad apa bila mengatakan,kita perlu menerima hadis yang selaras dengan quran,uamat islam hari ini berpecah belah kerana mereka berpendirian bahawa semua hadis yang diriwayatkan oleh periwayat tersohor adalah sahih walaupun ianya amat contradic dengan quran,ini lah pun ca sebenar perpecahan umat islam,"kekura" saya dahulupun berburuk sangka pada kasim ahmad,namun sebenarnya menyerlahkan kebodohan saya sendiri,dalami dahulu maksud sebenar penerangan beliau sbelum menghukum.
Saya keliru pak kasim tentang mencium hajratul aswad,menurut nik aziz didalam facebooknya,kita tak persoalkan sebab mengapa kita perlu mencium hajratul aswad,apakah mencium hajratul aswad ni perkara yang dituntut dalam islam?
kalau sunnah nabi buat hanya sekali haji kenapa kita nak buat lebih dari nabi?tidak pernah terfikir ker?penerangan kasim ahmad benar,jangan mudah menghukum sebelum meneliti sedalam dalamnya. Pak Kasim tidak meminta upah atau populariti dalam menyampaikan pandangannya,saya nasihatkan fahami dahulu pendiriannya,jangan kita menghukum dengan apa yang tidak ketahui.Pak kasim bercakap bukan berdasarkan pemikiran beliau semata mata,kata kata pak kasim bersandarkan apa yang diperturunkan oleh Allah,jika beliau salah buktikan dengan quran sebagai rujukan utama.imam atau mazhab bukan penentu halatuju kita dalam beragama,wahyu adalah sandaran yang paling kukuh serta untuk membezakan antara yang bathil dan yang hak," Dan ikutlah apa yang diturunkan oleh tuhan kamu (Allah) dan janganlah kamu mengikuti pemimpin (panduan/ imam / mazhab) selain dari-Nya kerana sedikitlah manfaat yang kamu perolehi.." (Surah Al-A'raf : 3).jika sunnah nabi bersandarkan quran,mengapa pulak korang nak ikut sunnah para imam yang ada ketikanya amat contradic dengan quran.?
Kepada mereka yang membela saya, berbanyak terima kasih. Segala puji bagi Allah. Saya di antara hamba-hamba-Nya yang menyembah Dia saja. Saya juga di antara mereka yang, apabila meminta pertolongan, meminta kepada Dia saja. Saya meminta Dia melindungi saya dari sifat takbur.
Apakah rasullulah mensyariatkan ucapan salam keatas namanya ketika solat?menurut bukhari para sahabat yang mengucapkan salam keatas rasullulah dalam solat setelah kewafatan baginda,annonymous dalam komennya mengatakan ada sebutan nama rasullulah dalam tahiyat awal dan akhir,saya saudara annonymous cuba teliti balik hadis ni,‘Abd Allah bin Sukhbarah yang juga dikenali dengan gelaran Abu Ma’mar berkata, aku mendengar Ibn Mas’ud dia berkata: “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengajarku tasyahhud dengan telapak tanganku berada di antara telapak tangan baginda sebagaimana baginda mengajarku surah-surah dari al-Qur’an, (bacaan itu ialah):
.Ibn Mas’ud meneruskan:
Ini berlaku ketika baginda masih hidup bersama kami. Tatkala baginda wafat, kami berkata: “Assalamu ‘ala al-Nabi” yakni ke atas Nabi shallallahu 'alaihi wasallam.[5]al-Bukhari dalam Shahihnya, hadis no: 6265
Saya tak fikir sahabat memberi salam keatas rasullulah ketika solat kerana ianya jelas bertentangan dengan sunnah baginda seperti yang diriwayat bukhari,sahabat amat mengenali sunnah rasullulah mereka takkan buat perkara yang bertentangan dengan sunnah rasululah,buktinya cuba lihat pada hadis dimana sahabat menegur orang yang bersin mengucapkan salam keatas rasullullah,Daripada Nafi’ (beliau menerangkan): Ada seorang lelaki bersin (ketika berada) di tepi Ibn ‘Umar. Lalu dia berdoa: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah).”
Berkata Ibn ‘Umar: “Alhamdulillah, wassalamu ‘ala Rasulullah (Segala puji bagi Allah dan salam ke atas Rasulullah)? Bukan begitu yang diajarkan kepada kami oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Baginda mengajar kami berdoa: “Alhamdulillah ‘ala kulli hal (Segala puji bagi Allah dalam segala sesuatu).”[7]Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 2738 ,
Saya dapati memang tak akan berakhirnya perdebatan dalam menerima yang mana hakikat dan tafsiran sesuatu amalan ritual itu yang sebenarnya. Satu aliran mengatakan itulah tafsiran sebenar tetapi ada aliran lain yang mengatakan tidak pula, masing-masing ada hujah yang tidak semestinya bersifat rasional, jujur dan objektif. Sulit untuk menerima tafsiran yang saintifik yang condong untuk mengikut penasaran akaliah yang rasional. Pada asalnya agama diturunkan kepada khalayak yang rata-rata buta ilmu, intelektual dan ramai yang tak tahu membaca, menyelidik dan mempunyai sikap kritikal. Misalnyanya orang Melayu menjadi Islam ketika Parameswara pada usia 77 menganut Islam, lantaran semua secara en mass orang Melayu di bawah pemerintahannya 'masuk' Islam dalam sekelip mata tanpa kajian terlebih dahulu. Apabila ada orang Melayu cerdik pandai dan mengkaji Islam secara saintifik seperti Kassim Ahmad, ramai yang sebelum ini masih buta akan ajaran Islam sebenar sulit menerimanya lalu akan bertegang, beremosi kerana mereka masih memegang ajarang yang dibawa oleh ulama, ustaz, mufti yang berfikiran konservatif. Dulu mesej Islam yang dibawa oleh 'Gunung Semanggol' pun ditolak walaupun untuk mengguling penjajah British. Pemimpinnya Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditahan. Jadi di sini nampak jua ada golongan yang masih mahu mempertahankan cara pemikiran lama dan mengizinkan agama di'syirikkan' kerana agama dah jai bak kata Marx agama itu jadi candu manusia. Kalu kena candu enak sekali dan tak nampak langsung apa dia yang kita amalkan itu adalah mengikut ' jalan yang lurus'. Sdr Kassim berdepan dengan golongan degil ini dan mereka akan mengutuk habis-habis Kassim bagi menyembunyikan tafsiran yang lebih jujur dan rasional. Golongan ini akan kekal wujud dan ia ada di mana-mana bumi di planet ini. Justru pertentangan antara dua kelompok ini akan kekal selamam-lamanya.
Buat Sdr Anon:
1. Berbanyak terima kasih kerana membela saya.
2. Keadaan begitu tidak akan berkekalan. Lihat buku memoir saya, "Mencari Jalan Pulang" tidak dikritik oleh ulama atau diaharmkan, seperti buku HSPS.
3. Jangan lupa ada tiga kumpulan dalam tiap masyarakat: mukmin/muslim, kafir dan munafik. Kita perlukan satu bilangan kecil mukmin saja (30%) untuk memimpin dunai kepada kebaikan.
4. Jangan lupa juga janji Tuhan bahawa kebenaran akan menang dan kepalsuan hapus. Tuhan tdak mungkin janji.
5. Ini semua kita boleh lihat. Garis evolusi masyarakat dunia, pada umumnya, meningkat naik, tetapi ada kalanya merosot turut. Jadi, jangan pesimis. Ingat apabila Tuhan mengisytiharkan kehendak-Nya untuk mencipta seorang khalifah (Quran, 2: 30), malaikat membantah. Jawapan Tuhan, "Aku lebih tahu daripada kamu."
6. Boleh kita katakan Tuhan mengambil risiko yang besar dengan mencipta manusia. Percayalah Tuhan tidak akan gagal. Dia Maha Tahu, Maha Berkuasa.
Persoalan untuk Pak Kassim,
"Setiap amal ibadat yang dilakukan oleh seorang Muslim berdasarkan kepada amalan,perlakuan,perkataan rasulullah adalah sebaik-baik teladan".
Sementara sesuatu ibadat yang merujuk kepada manusia selain nabi Muhammad s.a.w adalah jauh daripada pimpinan atau petunjuk agama Allah_Islam?
Apa penjelasan tuan terhadap ayat ini.
Terimakasih dan salam.
Sdr Wan Ahmad,
1. Apakah soalan anda? Memang orang Islam, termasuk Nabi Muhammad, tidak disuruh menyembah Ka'abah.
2. Mereka disuruh mengadap Ka'abah ("Rumah Allah") apabila bersembahyang. Ini simbolik saja. Allah tidak ada rumah. Dia ada di mana-mana. (Lihat Quran, 2: 177)
Nice job Bro
:)
One question,"Is there any underlying purpose or message, that you are using 'Tuhan' in your article rather than 'ALLAH.?
Buat Sdr Anon:
1. Perkataan 'Allah' juga bermakna 'Tuhan'.
2. Sesetengah pendapat yang mengatakan 'Allah" itu nama khas Tuhan tidak disokong oleh Quran sendiri. (lihat Q, 7: 180). Dalam tafsir saya, saya pakai kedua-dua perkataan, menikut kesusuaian.
Alhamdulillah,
Jika boleh,saya minta Pak Kassim berikan suatu kesimpulan dari ayat al Quran (3;31).
Diterjemahkan,Katakanlah:"Jika kamu (benar-benar)mencintai Allah, ikutilah aku,niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu."hingga akhir ayat.Demikian itu syarat yang termaktub bagi seseorang untuk membuktikan cintanya kepada Allah iaitu mereka diarahkan mengikuti Nabi Muhammad s.a.w.
Keduanya,dalam al Quran (33;21),contoh teladan yang terbaik ada pada diri Rasulullah s.a.w,bagi mu yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.
Inilah sudut kepentingan dan keperluan umat manusia terhadap rasulullah s.a.w dan tujuan utama Allah mengutuskan nabi Muhammad s.a.w dikalangan umat akhir zaman.(Ini setakat yang saya tahu).Wallahu'alam.
Sekian terimkasih dan salam.
Buat Sdr Wan Ahmadi:
1. Ikut rasul itu bererti ikut intisari ajaran-ajaran semua rasul, iaitu "Tiada tuhan melainkan Allah; sembah Allah saja."
2. Dua rasul disebut sebagai contoh baik: Ibrahim dan Muhammad.
3. Ibrahimlah yang memulakan Islam dengan amal ibadah sembahyang, puasa, mengeluarkan zakat dan naik haji. Sebelum itu, tiada amal ibadah. Sebab itu dikatakan dalam Qurana bahwa Muhammad mengikut millat (agama) Ibrahim.
Bilakah pula sdr Kassim akan menyiapkan terjemahan QURAN seperti yang pernah dicita-citakan dulu atau sudah siap untuk dterbitkan diluar negara juga?
assalam pak kassim, cuba baca pdf ni...
bila sy baca blog pak kassim,sy nampak ap yg pak kassim nmpak,insyallah...tp ada sesuatu BESAE agak berbeza..sy harap pak kassim ada ksempatan masa untuk membaca dan sy harap pak kassim boleh bantu sy
http://www.aididsafar.com/pdf/Terjemahan%20Arab%20Conspiracies%20Against%20Islam.pdf
kalu boley tolong reply dkat email ni tntang ape komen pak kassim..
kingxperia10@gmail.com
Minta Tuan menyenaraikan hadith-hadith yang ditolak,batal dan yang bercanggah dengan AlQuran dalam blog ini.
Terima kasih.
Post a Comment