PENDEWAAN TERHADAP PEMIMPIN --
SUATU KECENDERUNGAN MANUSIA
Oleh: Kassim Ahmad
26 November, 2011
“Keanyakan orang tidak beriman, walau apa pun kamu buat.”(Quran, 12: 103)
“Kebanyakan orang yang beriman, tidak beriman kecuali menyengutukan Tuhan.”
-(Quran, 12: 106)
Ayat-ayat suci yang saya petik di atas memberitahu kepada kita tentang kecenderungan manusia untu mendewa-dewakan pemimpin-pemimpin mereka. Mengikut sirah Nabi, apabila Nabi Muhammad baru saja wafat, Omar Ibni Khattab, bapa mertua Nabi dan Khalifah Ar-Rasyidun yang kedua, berdiri di depan orang ramai dan mengancam akan membunuh siapa saja yang mengatakan Nabi telah wafat. Apabila Abu Bakr datang dan mententeramkan beliau dengan membaca ayat suci yang bersangkutan, barulah beliau sedar akan kesilapannya.
Oleh itu, kita harus berhati-hati supaya jangan jatuh ke dalam kesyirikan ini. Namun demikian, inilah yang telah berlaku kepada kita dalam kes Nabi Muhammad. Apabila nama nabi Muhammad disebut, kebanyaan kita akan mengatakan sallal’al-Lahu’alaihi wasallam (s.a.w). Tetapi apbila nama nabi-nabi lain disebut, kita hanya mengatakan ‘alaihi’al-salam, dan dengan itu kita membezakan antara para nabi. Ini dilarang oleh Tuhan.
Kebanykan orang akan menjawab frasa ini disebut dalam Quran (33: 56). Ini memang benar. Tetapi ayat ini telah dikeluarkan dari konteknya dan diberi kefahaman yang salah. Tiga belas ayat sebelum itu (33: 56) Tuhan dan malaikat-malaikat-Nya merestui orang mukmin, dan dengan itu meletakkan orang mukmin setaraf dengan Nabi Muhammad dalam hal ini. Dalam ayat 103, Surah 9, Nabi Muhammad disuruh merestui orang mukmin untuk menggalakkan mereka.
Jadi, ada lima perkara yang disebut dalam empat ayat yang menggunakan salla, yusalli = merestui. Pertama dan kedua, Tuhan dan para malaikat merestui Nabi dan memerintahkan pengikut-pengikutnya supaya menyokong dan memuliakan dia. Ketiga, Tuhan dan malaikat-malaikat-Nya merestui orang mukmin. Keempat, Nabi disuruh meransangkan pengikut-pengikutnya. Diambil keempat-empat perkara ini dan digabungkan dalam satu kesatuan yang harmonis, maka maknanya menjadi lain sekali!
Oleh sebab itu, apabila saya menulis nama Nabi Muhammad, saya tidak meletakkan singkatan s.a.w. di belakangnya. Ini sama sekali tidak bermakna saya tidak memuliakan Nabi Muhammad. Hal ini telah menjadi tanda-tanya kepada ramai orang Islam. Oleh sebab itu, saya menulis esei ini.
Dalam pada itu nyatalah kebanyakan orang Islam telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad tanpa sedar. Ini seleras pun dengan kenyataan Tuhan dalam ayat 12: 106 yang telah saya petik di atas.
-------------------------
KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau: www.kassimahmad.blogspot.com
11 comments:
Tuan Kassim
1 Perbicaraan tn di sini terlalu ringkas dan mengelirukan.
2 Saya rasa perbincangan ini terlalu teknikal untuk difahami oleh kebanyakan orang, oleh itu mengelirukan malah menyesatkan.
3 Allah pencipta kita. Muhammad rasul-Nya dan orang Islam perlu bersalawat ke atas baginda. ALLAH HUM MASOLLI ALA MUHD. Bukan untuk bersyirik kepada baginda tetapi tanda kasih kita terhadap baginda.
wmwi
Sdr Anon:
1. Kalau anda tidak boleh faham perkara yang begitu jelas, apa saya boleh buat?
2. Ingat aya tidak rugi dengan bantahan anda.
3. Kalau anda setuju pun saya tidak untung.
4. Masing-masing tanggung akibat perbuatan masing-masing.
salam tuan
ada info berkenaan tragedi memali dekat baling?
Salam dr kassim
Kalau tuan hanya menghujah tentang gelaran SAW kepada Nabi Muhammad sahaja kenapa tidak kepada Nabi-nabi yabg lain, itu perkara titik bengik. Yang lebih penting dihujahkan adalah tentang samada Nabi Muhammad ada autoriti untuk menetap sebarang hukum kerana jika tidak, sesiapa yang percaya sedemikian akan jadi syirik, menyamakan Nabi dengan Allah. Kita ada berbagai jabatan agama dan NGO agama tapi apakah tindakan yang diambil untuk menyelesaikan perselisihan ini. Kalau kita gembeling semua intelligence kita rasanya sekejap saja tentu ada penyelesaiannya. Ini barulah jihad yang sebenar, menyerlahkan kebenaran. Kita hanya perlu memilih pendapat yang paling baik sahaja. Bukan berat sangat pun ajaran Allah itu untuk diambil peringatan kalau kita ikhlas. Apa pendapat Dr?
1. Singkatan s.a.w bukan titik-bengek. Ia melambangkan kesilapan kita. Telah saya berikan dua ayat Quran yang berkaitan. Juga contoh seorang tokoh (Omar Ibn Khattab). Pendewaan terhadap Bani Muhammad yang nyata dalam banyak kes. Lihat perkataan-perkataan "Allah" dan "Muhammad" yang dipamerkan dalam kebanyakan rumah, dll. Baca risalah saya "Dilema Umat Islam -- Antara Hadis dan Quran"
2. Dalam abad-abad ke-7 hingga ke-13 umat Islam kuasa No. 1 dalam dunia. Tempat itu diambil-alih kemudian oleh Eropah. Mengapa kita jatuh? Kerana kita sudah meninggakan ajaran Tuhan! Itu sebabnya.
3. Kita akan naik balik, jika kita kembali kepada ajaran Tuhan yang sebenar dalam Quran.
4. Itulah sebanya saya tulis artikel ini. Kalau anda tidak faham, tanya. Kalau anda marah saya, itu tanda anda anda bukan saja bodoh (tidak boleh faham perkara yang nyata), anda juga sombong tidak mahu belajar.
5. Bagi orang bodoh sombong, apa saya boleh buat, kecuali berkata: "Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan! Biarkan!"?
Yang berbahagia,Pak Kassim,
Assalamu’alaikum wbt,
Saya berdoa agar hidayah dan rahmat Allah berterusan bagi kita dan seluruh mukmin dan muslimin.
Ajaran Allah dalam al Quran jelas menyuruh manusia menjadi hambaNya ,menyeru supaya mereka berbuat kebaikan dan melarang kejahatan.Sentiasa ingat kepada Allah dengan memuji dan juga menghargai orang yang terlanjur untuk segera kembali dengan bertaubat membersihkan diri dan mengakui kesilapannya di hadapan Allah.Di hujung dunia ini nanti,manusia akan dibangkitkan semula dan mendapat balasan syurga atau neraka.
Manusia adalah sama saja di sisi Allah.Perbezaan mereka di sisi Tuhan adalah kerana takwa.
Nabi-nabi,sifat kehidupan mereka sama seperti manusia tetapi dipilih dan dilebihkan mereka dengan menerima wahyu daripada Allah.
Manusia beribadah dengan maksud mereka perlu sedar dirinya di hadapan Allah tiada siapapun yang layak merasa dirinya lebih mulia,memandang hina kepada manusia lain.
Apa pun gelaran yang diberikan dan digunakan sesama manusia ini hanyalah sementara dan tidak langsung boleh memberikan manfaat jika Tuhan murka kepadanya.
Baik dalam,solat,haji dan lain-lain,adalah bagi menyedarkan manusia tiadalah mereka lebih istimewa di antara hamba Allah ini.Apa pun pangkat besar atau kecil kita adalah sama sahaja.
Namun realitinya ada berbagai gelaran yang diguna pakai oleh manusia dalam masyarakat ini.
Setelah mati pun ada lagi gelaran untuk mereka seperti almarhum,allahyarham.
Nama para sahabat dihujungnya ditambah (r.a).Alim ulamak biasanya (rhm).
Dikalangan manusia ,Allah memilih sebahagiannya menjadi nabi dan rasulNYa.Di antara mereka disebut sebagai “ulul-azmi” diberikan kitab dan selainnya tiada .Ini Allah sendiri yang melebihkan di antara para rasulNya.Di mana kita juga menerima nabi –nabi terdahulu dan beriman dengan kerasulan mereka dan tidak membezakannya seperti kelakuan orang Yahudi atau Nasrani yang menolak,tidak menerima kenabian nabi Muhammad.
Walaupun pada prinsipnya nabi dan rasul itu membawa aqidah yang sama “Tiada Tuhan melainkan Allah” tetapi setiap rasul itu telah hidup dan diberikan syariat(kaedah beribadat) yang tidak sama seperti yang kita sama mengetahui.Sehinggalah sampai kepada nabi Muhammad maka telah disempurnakan oleh Allah agama Islam yang lengkap dan sempurna diakui dan diredhaiNya.
Kemulian nama Muhammad diangkat oleh Allah,contoh dalam seruan azan, kalimah atau sebutan “Aku naik saksi sesungguhnya Muhammad itu Rasulullah(pesuruh Allah).Nama dan jawatannya dirakamkan di dalam kalimah azan,disebut oleh sekian ramai manusia yang beriman sejak dahulu hinggalah hari Qiamat,Insyaallah.
Bolehkah dengan sesuatu kenyataan yang jelas dan terang ini ada sesiapa yang boleh mempertikai dan menafikannya wujud.
Inilah apa yang kami fahami dan kami amalkan selama ini.Wallahu’alam.
Berkaitan dengan penggunaan kalimah ringkas (s.a.w) atau (a.s) dihujung nama nabi Muhammad atau nabi yang terdahulu,saya telah mengajukan kemusykilan ini kepada ustaz Adlan Abdul Aziz beliau menjawab , “S.a.w” boleh digunakan pada semua Nabi.
Wallahu’alam.
Akhir sekali saya mengucapkan berbanyak terimaksih pada Pak Kassim.
Saya gembira jika persoalan sebegini ,semua orang Islam memberikan komen apa yang mereka faham dan mereka amalkan selama ini.Jika ada siapa yang berasa tidak puas-hati silakan luahkan untuk kita semua mencari penyelesaian dan menemui kebenarannya.
Boleh saja kita tersilap faham dan boleh jadi ada orang yang lebih memahami dan boleh membetulkan kekeliruan yang timbul ini.
Bersikap terbuka dengan perbezaan pendapat dan saling menghormati adalah suatu kemuliaan diri.
Salam semua.
Apa yg saya dapati Ulama sendiri tidak berapa gemar dgn nama Muhammad.
Sebab itulah ulama lebih suka menyebut Nabi SAW,Rasululah SAW,Baginda SAW.Sebutan Muhammad itu lebih pendek drpd sebutan Sallallahi wasallam tetapi tak tersebut juga.Apalah salahnya disebut Nabi Muhammad SAW, Muhammad Rasulullah SAW,dan Baginda Nabi Muhammad SAW.
Yang tidak pernah kita dengar, Tuhan Subhanahuwataala, Atau Dia Subhanahuwataala.
1. Sama ada disebut Nabi saja atau Nabi Muhammad, singkatan s.a.w. melambangkan pendewaan, seperti yang telah saya terangkan.
2. Allah s.w.t. itu betul.
3. Ingat jika anda setuju dewngan saya, saya tidak untung. Kalau anda bantah, saya tidak rugi. Tiap-tiap orang tanggung akibat perbuatannya sendiri.
Saya bersetuju tentang adanya unsur2 pendewaan terhadap Nabi Muhammad.
Doa selepas azan yg bermaksud lebih kurang,' Ya Allah yg telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yg didirikan, kurniakanlah kepada nabi Muhammad SAW
wasilah yakni kemulian, kehormatan,dan kedudukan yg terpuji yg telah Engkau janjikan.Sesungguhnya Engkau benar2 tidak memungkiri janji'.
Bunyinya seperti kita mengingatkan Allah supaya jangan lupakan janjinya kepada Nabi.Apakah kita meragui janji Allah? Apakah itu caranya kita menunjukkan kasih sayang kita kepada Nabi?Apakah itu bukan mendewakan namanya?
Apakah tidak lebih baik selepas azan kita berdoa agar sembahyang kita diterima oleh Allah?
saya setuju pendewaan pemimpin itu tetapi dari segi politik negara kita sekarang. Sebab itu orang akan memberi title YB kepada mereka bila jadi Adun. Sepatutnya perkara ini lebih tidak perlu. Dan ramai orang sanggup menggadai agama kerana nak menjadi pemimpin( perangai Firaun) dan mengampu pemimpin sebab percaya pemimpin akan memberi kesenangan padanya.(perangai Haman).
Post a Comment