MENZIARAHI SEMULA HADIS
Oleh: Kassim Ahmad
14 Februari, 2013
Tuhan
menurunkan hadis terbaik, sebuah kitab yang tidak bercanggah ... (Quran,
39: 23)
Sesetengah
orang mendukung hadis yang karut untuk memesongkan manusia dari jalan Allah ...
(Quran, 31: 6)
“...
Tuanku tidak pernah silap, mahupun lupa” (Quran, 20: 52)
Saya menulis esei ini untuk
menjelaskan sekali lagi masalah Hadis, kerana ketaksuban umat Islam berpegang
kepadanya. Kesilapan besar ini berpunca daripada umat Islam sendiri melalui tokoh
agamawan mereka, Imam Shafi’e. Di antara
kewaftan Nabi Muhammad pada 632 T.M. dengan kemunculan pengumpul-pengumpul
Hadis yang masyhur, Imam-imam Bukhari, Muslim dan lain-lain, wujud satu jurang
masa antara 150 hingga 200 tahun.
Perhatikan bahawa Imam Shafi’e itulah yang telah menciptakan
doktrin bahawa undang-undang Islam berdasarkan dua sumber utama, iaitu Quran
dan Hadis dengan menyalah-tafsirkan ayat 4: 59. Ayat ini berbunyi: “Hendaklah
kamu taat kepada Allah, dan hendaklah kamu taat kepada rasul, dan kepada mereka
yang berkuasa di antara kamu ...” Makna
ayat ini sebenarnya: Orang Islam wajib berpegang kepada Quran sebagai sumber
hukum yang pertama; pihak berkuasa boleh membuat undang-undang tambahan dengan
syarat undang-undang tambahan ini tidak bercanggah dengan ajaran Quran.
Di antara tarikh kewafatan Nabi Muhammad (632 T.M.) dengan
kemunculan doktrin baru yang digubal oleh Imam Shafi’e (m. 827), umat Islam
berpegang kepada Quran, dan amalan-amalan Nabi Muhammad yang benar-benar sahih,
seperti Piagam Madinah, Perjanjian Hudaibiyah, surat-surat beliau kepada
pembesar-pembesar Parsi dan Romawi dan sebagainya, diterima sebagai precedent atau kebiasaan yang boleh
diikut, jika sesuai, tetapi tidak diwajibkan.
Yang mewajibkan itu, dengan doktrin dua sumber utamanya, Imam Shafi’e.
Mungkin Imam Shafi’e mempunyai sebab-sebab tertentu
mewajibkan Hadis, tetapi apa yang nyata, doktrin beliau menyalahi ajaran Quran.
Hanya selepas beliau menghalalkan Hadis sebagai sumber hukum bersama dengan
Quran, barulah pengumpul-pengumpul Hadis muncul. Hakikat ini disahkan oleh
pengkaji-pengkaji Hadis, sama ada dari kalangan sarjana Islam atau bukan
Islam.
Sesetengah sarjana Islam cuba hendak menyatakan bahawa Hadis wujud
sejak zaman Nabi lagi. Ini tidak benar, kerana tiada siapa boleh menafikan
bahawa apa yang dinamakan Enam Buku Sahih oleh kaum Sunni timbul hanya selepas
Imam Shafi’e membuat doktrin barunya dengan Sahih Bukhari, Sahih Muslim, dan lain-lain.
Demikan juga bagi kaum Syi’ah dengan kumupulan-kumpulan Hadis mereka.
Walapun Tuhan telah mengisytiharkan bahawa Dia tidak lupa
untuk menyebut semua perkara yang kita perlukan sebagai panduan, kaum
Ahlul-Hadis mendakwa Quran saja tidak cukup. Mereka mendakwa umat Islam memerlukan Hadis untuk mentafsirkan Quran.
Sebenarnya, Quran mentafsirkan dirinya sendiri. Oleh kerana Hadis telah menjadi
sebuah buku lain yang memberikan Ahlul-Hdis apa yang mereka mahu (Quran, 68:
35-38), maka Hadis bertapak kuat di sesetengah kalangan umat Islam. Ini membawa
kesan-kesan yang buruk kepada umat Islam, kerana Hadis memesongkan mereka dari ajaran
Quran.
Oleh itu, apabila saya menyarankan
supaya Hadis dinilai semula, mereka
marah kepada saya. Mereka memfitnahkan saya sebagai ketua gerakan
anti-hadis di Malaysia dan mendakwa saya pengikut Dr. Rashad Khalifa.
Sebenarnya, saya bukan pengikut Dr. Rashad Khalifa, walaupun saya belajar
daripada beliau.
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com dan
www.stormloader.com/qsm/jam
16 comments:
Bagaimana anda hendak sembahyang jika tiada hadis?
Salaam Pak Kassim..
Sudah menjadi resam manusia..sentiasa mengambil langkah mudah..dengan hanya menurut sahaja kepada majoriti walaupun mempunyai tahap pendidikan yang tinggi,mereka bersenang lenang menikmati kehidupan sementara ini di dalam 'comfort zone' masing2.
"Aku di beranakkan didalam keluarga Islam, maka aku orang Islam lah..janji aku tak kacau orang.."
Begitulah.. kebanyakan mereka ini berfikir yang mereka telah berada di jalan yang lurus..
Kalau punya masalah, tanya saja pada ustaz,tok guru atau tok kadi..mereka itulah yang paling sesuai dirujuki untuk panduan. Mereka itu hebat didalam ilmu keagamaan (yang mempunyai berbagai jenis nama ilmu..) dan yang pasti; mereka menghafal kitab2 'hadis'yang berjilid2 mengalahkan Karam Singh Walia mengungkap pepatah.
Yang pandai dalam menjawab soalan2 lucah dan buat2 lawak pun ada;semua jawapan terdapat dalam kitab2 hadis mereka. Tanya jer tanpa segan silu, lagi lucah lagi hebat ustaz berhujah dengan petikan2 hadis yg sahih..(??) dari ulama' zaman dulu kala yg masih popular hingga kini..(berfatwa mengikut sedap anak tekak) dan bertambah hebat lagi setelah diberi mandat untuk bersyarah di sebalik tabir parti politik pembangkang dan mempromosikan agenda 'anti kerajaan' ..takper..sebab 'title ulama' membolehkan beliau bercakap apa2 saja..(mengikut sedap anak tekak)..janji masyuuukk..
(Harap Maaf, tiada bermaksud untuk menyindir))
Begitu lah keadaannya; orang sekarang, nak buka Al-Qur'an pun dah berkira2,"alaa leceh laa nak kena ambik wuduk baru boleh pegang Al-Qur'an..he..he.(mengikut syarat al-hadis yang menyusahkan diri sendiri)
..lebih seronok buka 'Facebook' boleh komen2,kongsi maklumat..boleh copy & paste ayat2 Al-Qur'an/al-hadis dan post kat timeline..boleh dapat banyak pahala kalau ramai yang "SHARE or "LIKE"..
Pak Kassim tak perlu rasa tertekan sangat dengan 'tuduhan2' mereka itu..sebab suara2 yang keluar dari anak tekak mereka itu; mereka sendiri pun tak paham, oleh kerana kehinaan dari ALLAH SWT yang telah memekakkan telinga mereka serta membutakan mata mereka; lalu apa saja yang mereka lakukan itu, takde nilai maupun mendatangkan kesan sampingan.
Teruskan usaha murni Pak Kassim dalam menyampaikan mesej2 berkenaan hanya 'AL-QUR'AN YANG SUCI,LENGKAP DAN TERPERINCI SEBAGAI PANDUAN HIDUP..umat manusia kehadrat ILLAHI..
wasallaam..
Salam,Encik Kassim.
En Kassim tidak menerangkan bahagian kedua Ayat 4:9 “…hendaklah kamu taat kepada rasul,” . Bukankah itu bermaksud, ikut contoh rasul (seperti cara solat dan bacaan dalam solat. Cara dan bacaan Solat tidak ditunjukkan secara khusus dalam Quran).
Saya rasa lebih berkesan sekiranya En Kassim boleh beri contoh bagaimana “Hadis memesongkan mereka dari ajaran Quran.” Memang diakui, ada hadis yang palsu. Ada ke hadis yang dianggap sahih, tetapi memesongkan? Harap beri contoh supaya lebih terang lagi. Sekian, terima kasih.
1. Berbanyak terima kasih kepada mereka yang menghargai usaha saya. Segala puji bagi Allah.
2. Kita tidak perlu kepada hadis untuk sembahyang. Perbuatan yang kita lakukan tiap hari tidak boleh hilang. Yang boleh hilang itu kejujuran.
3. Hadis yang menyatakan "sembahyang tiang agama" itu silap, kerana tiang agama itu tauhid. Tiada tauhid, semua amalan lain batal.
4. Saya memetik ayat 4: 59 itu penuh. Ayat "Hendaklah kamu taat kepada Allah dan hendaklah kamu taat kepada rasul ..." itu bermakna kita hendaklah berpegang kepada Quran. Tuhan mengirim Quran kepada kita melalui rasul-Nya. Imam Shafi'e seratus tahun lebih kemudian yang memberi tafsiran bahawa dua sumber utama itu Quran dan Hadis.Ini tafsiran sabjektif beliau.
5. Saya hormat kepada Imam Shafi'e sebagai seorang tokoh sarjana Islam klasik yang besar, tetapi saya tidak mendewa-dewakan dia. Pendewaan kepada pemimpin/sarjana itu satu daripada perbuatan syirik yang kerap dilakukan oleh manusia.
salam,
Qte,
Anonymous said...
Bagaimana anda hendak sembahyang jika tiada hadis?
Unqte.
Ini adalah soalan lazim bagi pecinta Hadith bertanya.
Bolih tak Anonymous ini dan semua pecinta Hadith tunjukkan kepada sy SATU hadith yg menceritakan pasal solat dari mula sampai habis???
Qte,
Anonymous said...
En Kassim tidak menerangkan bahagian kedua Ayat 4:9 “…hendaklah kamu taat kepada rasul,”
Unqte.
Cuba gunakkan otak untok berfikir dan mengkaji Quran kenapa Allah tidak menyebut "Taat Muhammad" ataupun "Taat Nabi" sebaliknya
kriteria untok "Taat Allah" adalah "Taat Rasul".
Qte,
Anonymous said...
(seperti cara solat dan bacaan dalam solat. Cara dan bacaan Solat tidak ditunjukkan secara khusus dalam Quran).
Unqte.
Nampak benar kamu tak tahu apa yg ada dalam Quran.
Quran ada mengajar cara untok membaca semasa solat. Tapi kalau kamu nak cari macam ASWJ solat memang tak ada.
Q17:110 ......janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam salatmu dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu"""
Allah mengajar kita untok tidak merendahkan suara semasa solat tapi ASWJ bersolat secara senyap pada waktu Zohor dan Asar. Ini bertentangan dengan "Taat Allah" dan "Taat Rasul".
mikat.
1. Saya amat bersetuju dengan pandangan En Kassim mengatakan alquran itu perlu mentafsir alquran.
2. Sebetulnya alquran itu tidak bercanggah dan hadis banyak benar percanggahan.
3. Ramai yang berpendapat En Kassim anti hadis lantas menolak hadis sebagai sumber rujukan dan ilmu, pada saya mereka silap, En KAssim terang2 mengatakan PERLU DIKAJI SEMULA. Hadis juga adalah sumber ilmu, ada baiknya, namun yang bertentangan dengan alquran, mengapa perlu diikut.
5. Sudah jelas dah terang, hampir 1 atau 2 abad barulah hadis muncul dan dijadikan sumber pegangan umat islam, kebarangkalian untuk berlakunya kesalahan amat besar. Mengapa sarjana2 islam kita tidak peka tentang ini?
6. Ayat alquran 4:59 itu, Taat Allah itu terkandung dalam alquran, Rasul menyampaikan apa isi alquran, rasul itu pembawa utusan, pembawa message dalam alquran, taat rasul erti nya taat apa yang di bawanya ...Rasul hanya manusia biasa..semuanya balik kepada alquran
Kepada saudara yang bertanya "Bagaimana anda hendak sembahyang jika tiada hadis?"
Mungkin saudara tercicir ayat-ayat Al Quran yang menerangkan cara-cara sembahyang umat Nabi Muhammad dan juga umat-umat nabi sebelumnya.
Saudara belajar sembahyang dari hadis? Atau dari ibu-bapa saudara?
Hantu Gigi Jarang
Pemikiran tuan berkenaan hadis sangat bagus sekali, tetapi tuan harus juga menyedari kata-kata tuan Allah itu tiada bernama. Akan terjadi syirik yang tidak disedari bila tuan gemar menyebut 'tuhan'.
Bukankah nama tuhan itu menunjukkan Allah dibandingkan dengan yang lain, sesunggunnya Ya rahman Ya Rahim itu tiada bandingannya.. MrDn
Konteks taat kepada Rasul itu saya fikir mudah disalahtafsirkan. Ramai yang selalu mengungkap kisah Khutbah Jumaat terakhir Nabi Muhammad (yang mempunyai berbagai versi mengikut kumpulan hadis-hadis yang berbeza) yang di ungkap sepertimana Nabi menyuruh umatnya "mengikuti sunnah" nya. Sunnah dalam konteks ini adalah cara dan kehidupan Nabi yang BERLANDASKAN QURAN bukannya cara Nabi berjalan, makan, pergi ke bilik air dan sebagainya. Kita terlalu di pesongkan oleh golongan yang kononnya alim ulamak dalam hal ini dengan memfokuskan ke atas perkara remeh sedangkan Quran itu di depan kita untuk dijadikan rujukan dan pedoman
Konteks taat kepada Rasul itu saya fikir mudah disalahtafsirkan. Ramai yang selalu mengungkap kisah Khutbah Jumaat terakhir Nabi Muhammad (yang mempunyai berbagai versi mengikut kumpulan hadis-hadis yang berbeza) yang di ungkap sepertimana Nabi menyuruh umatnya "mengikuti sunnah" nya. Sunnah dalam konteks ini adalah cara dan kehidupan Nabi yang BERLANDASKAN QURAN bukannya cara Nabi berjalan, makan, pergi ke bilik air dan sebagainya. Kita terlalu di pesongkan oleh golongan yang kononnya alim ulamak dalam hal ini dengan memfokuskan ke atas perkara remeh sedangkan Quran itu di depan kita untuk dijadikan rujukan dan pedoman
Rashad Khalifa direkodkan sebagai seorang yang mengaku dirinya seorang rasul, sedangkan Quran dengan jelas menyatakan bahawa Muhammad itulah nabi terakhir.
Saya hairan bagaimana tuan boleh belajar daripada orang sebegini, sedangkan dia terbukti telah terpesong kalau dakwaan itu benar.
Teruskan usaha murni mu Pak Kassim. Jelas dalam Quran 'Sungguh sedikit yang faham ...sungguh sedikit orang yang menggunakan minda ...'. Taat pada rasul bermaksud taat pada apa yang disampaikan .. bukan taat pada orang yang menyampaikan. So kembali kepada kita sendiri .. setelah dengar , gunakan akal. Nak ikut apa yang disampaikan atau tidak kerna itu ada ayat mengatakan TIADA PAKSAAN DALAM AGAMA. :0)
Sholat itu sudah ada di AlQuran..Allah sudah tentukan dan kitabkan untuk umat muslim yang harus di kerjakan baik cara Wudhu, Rakaat dan Gerakkan dan apalagi waktunya...coba di baca baik baik pasti ketemu..kalau tidak ketemua berarti Allah sudah tutup hati kamu :) ..Taat kepada Allah dan taat kepada Rasul..? Allah udah turunkan dan buku kan Alquran untuk Rasul agar dia (rasul) menyampaikan kepada umat manusia apa yang Allah sudah tetapkan sendiri di Alquran dan Rasul itu sendiri adalah penyampai pesan atau isi Alquran untuk umat manusia yang harus dia (rasul) sampaikan..tidak mungkin rasul itu menyampaikan kitab yang lain yang lain selain dari AlQuran (itupun bila rasul menyimpang dari ajaran Allah sudah ditetapkan Allah hukuman untuk Rasul (ada di Alquran juga) apakah berani Rasul tersebut..? pikirkan lah)..jadi Taat kepada Allah (itu pasti) dan taat kepada Rasul adalah taat apa yang diajarkan ke kita sesuai apa yang sudah di tetapkan di AlQuran tidak ada yang lain...
Sebenarnya, agak berbahaya membaca Quran yang ditafsirkan kepada bahasa melayu. Saya dapati, banyak makna yang tidak tepat dan mengelirukan. Padahal ia bukan maksud yang sebenarnya. Contohnya ayat 4:59. Makna yang sebenarnya adalah;
O you who have believed, obey Allah and obey the Messenger and those in authority among you. And if you disagree over anything, refer it to Allah and the Messenger, if you should believe in Allah and the Last Day. That is the best[way] and best in result.
Lebih baik cari tafsir bahasa inggeris.
Post a Comment