MANIFESTO PAKATAN
RAKYAT –
BOLEHKAH IA
DILAKSANAKAN?
Oleh: Kassim Ahmad
27 Februari, 2013
Manifesto sesebuah parti politik itu
perisytiharan tentang dasarnya apabila ia menjadi kerajaan. Pakatan Rakyat
telah melancar manifestonya untuk Pilihanraya Umum ke-13 di Shah Alam kelmarin.
Mengikut Menteri Besar Selangor sekarang, manifesto bukan sebuah janji, tetapi
jika bukan janji, apa? Ini permainan kata-kata saja. Apa yang diisytiharkan
dalam manifesto itu merujuk kepada dasar
yang hendak ia laksanakan apabila ia dipilih untuk menjadi kerajaan.
Saya telah menulis dulu bahawa
sistem dwi-parti ini satu kejelekan sejarah Eropah. Kita tidak patut menirunya,
Kita patut susun sebuah sistem pemerintahan nasional kita sendiri yang lebih
sesuai dengan tradisi kebijaksanaan tamadun Timur.
Namun demikian, sementara itu, mari
kita kaji manifesto Pakatan Rakyat ini apakah boleh ia dilaksanakan. Dasar
seperti menghapuskan kemiskinan serta meningkatkan pendapatan rakyat, memberi
pendidikan percuma, menurunkan tarif ke atas tenaga, air dan elektrik, dan
sebagainya memang dikehendaki, dan boleh dilakukan. Kita hanya perlu
menghapuskan pembaziran, meningkatkan produktivi serta menguruskan kewangan
kita dengan baik. Ini semua boleh dilakukan.
Tetapi, seperti yang ketahui, bukan
semua kerajaan boleh melakukannya. Lihat saja apa yang sedang berlaku di
negara-megara Kesatuan Eropah. Negara-negara Spanyol, Greece dan Ireland muflis.
Itali, yang baru mengadakan pilihanraya, tidak mendapat sebuah kerajaan yang
kuat. Nyatalah sistem liberal Barat mempunyai kelemahan falsafah yang asas.
Bukan falsafah politik yang kukuh
saja yang diperlukan; pemimpin-pemimpin kerajaan juga mesti terdiri dari
orang-orang yang layak – layak dari segi moral dan kebolehan.
Apakah falsafah politik Pakatan
Rakyat? Adakah pemimpin-pemimpinnya terdiri daripada orang-orang yang layak,
seperti yang telah saya sebutkan?
Ini tidak bermakna saya menyatakan
sistem pemerintahan Barisan Nasional lebih baik. Kita semua tahu
kelemahan-kelemahannya: rasuah, rebutan kuasa, pemimpin-pemimpin yang tamak.
Tetapi bolehkah kita jangka pemerintahan Pakatan Rakyat nanti lebih baik. Kata
pepatah Inggeris, “Lebih baik iblis yang kita kenal daripada iblis yang kita tidak kenal.” Malangnya, dalam
kehidupan kita, kerapkali kita kena pilih yang buruk daripada yang lebih buruk.
Namun demikian, manusia itu makhluk
yang bebas yang boleh menentukan nasibnya sendiri. Kita pasti boleh mengubah
keadaan pemerintahan kita daripada yang kurang baik kepada yang baik dan
seterusnya kepada yang lebih baik. Ini memerlukan sekumpulan rakyat kita yang
patriotik yang, dalam frasa Quran, “menyerukan kebaikan dan melarang
kejahatan”.
Adakah ini
diluar kemampuan kita?
-------------------------------
-------------------------------
1 comment:
From M. Bakri Musa extracted from www.bakrimusa.com
"Returning to GE13, before we make a decision as to which party to vote for, it is prudent to do a downstream analysis. There can only be three possible outcomes. First, Barisan be returned to power; second, Pakatan to prevail; and third, neither winning a decisive victory. By decisive I mean where the buying of a handful of victorious candidates would not alter the balance of power a la Perak 2008.
If Barisan were to win, that would mean voters approve of the current pervasive corruption and abuse of power. We would have gone further, essentially rewarding those who have destroyed MAS, Perwaja, Bank Bumiputra, and others. Expect the greed of ministers and their families to grow unabated. Our rotten system of education would continue its decline. Our professors and academic leaders would continue to be chosen based not on their scholarly contributions but their ability to suck up to the politically powerful. Najib would continue to lead as he has for the last four years – delivering an alphabet soup of acronyms, endless exhortations, and a surfeit of sloganeering, much like the character in Shannon Ahmad’s short story Uggapan (Slogans).
Najib promised to, borrowing his latest buzzword, “transform” his administration. How could he possibly do that when all his ministers would again stand for election? If they win, they would surely again be ministers. What transformation did he have in mind? Hishammudin becoming Women’s Minister?"
Post a Comment