SEMBAHYANG: KAEDAHNYA
Oleh: Kassim Ahmad
Oleh: Kassim Ahmad
26 Januari, 2012
Seorang hamba Allah bertanya saya tentang
waktu-waktu sembahyang (sejak kita dilanda “kebangkitan semula Islam”, istilah
Arab salat digunakan), saya mula-mula
mahu menjawab, “Jangan tanya tentang perkara-perkara kecil!” Tetapi, saya
jawab: “Lima.”
Sebenarnya sembahyang itu bukan
tiang agama, seperti yang diktakan dalam sebuah hadis. Buktinya Quran, Surah
107; di sini Tuhan mengutuk mereka yang bersembayang, tetapi tidak ikhlas.
Mereka kasar kepada anak yatim. Mereka
tidak memberi makan kepada fakir-miskin. Mereka melarang bersedekah. Mereka
sembahyang untuk menunjuk-nunjuk.
Tiang agama itu tauhid. Tauhid itu beriman
kepada Tuhan Yang Esa semata-mata dan memohan pertolongan kepada Tuhan yang Esa
semata-mata. Tiada pegangan tauhid, segala amal-ibadah batal!
Namun demikian, tujuan sembahyang
itu menjauhkan diri seseorang daripada perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. (Quran,
29: 45) Juga sembahyang dilakukan pada
waktu-waktu tertentu (Quran, 4: 103), iaitu pada lima waktu yang akan kita
tunjukkan.
Diperturunkan di sini ayat-ayat yang menunjuk kepada waktu-waktu sembahyang.
Surah 17, ayat 78, di antara surah yang diturunkan awal di Mekah, menyebut
kelima-lima waktu itu. Zuhur, ‘asar, maghrib, ‘aisya dan subuh. Surah 2, ayat
238 menyuruh kita menjaga sembaynag kita, khasnya sembahyang pertengahan (Ar. wusta),
yakni ‘asar. Surah 11, ayat 114 menyebut “pada dua hujung siang” (iaitu subuh,
zuhur dan ‘asar) dan pada awal malam (iaitu maghrib dan ‘aisya.
Perhatikan
bahawa Quran tidak menyebut raka’at tiap-tiap sembahyang. Raka’at yang kita
buat sekarang (subuh, dua, zohor, empat dsb.) kita warisi turun-temurun
daripada Nabi Ibrahim, yang menerima amal-ibadah ini daripada Tuhan. (Quran, 2:
128) Jadi, dalam keadaan biasa, kita lakukan sembahyang yang kita warisi ini.
Dalam keadaan luar biasa, dalam kapalterbang misalnya, kita diperboleh
melakukan sembahyang mengikut kesesuaian dengan keadaan kita. Lagipun, kita
disuruh berjujur. Kejujuran kita menyembah Tuhan Yang Esa itu
penting; bentuknya jatuh nombor dua. Selanjutnya, perkataan ‘Arab salat (sembahyang), zikr (ingatan kepada
Tuhan) dan sabbaha (puja Tuhan) mempunyai makna yang sama dengan sembahyang.
Oleh yang demikian, sembahyang, mengingati Tuhan dan memuja-Nya itu
bentuk-bentuk penyembahan kepada Tuhan Yang Esa.
KASSIM AHMAD
seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com dan
www.stormloader.com/qsm/jam
6 comments:
Orang Islam tak habis-habis membicarakan perihal sembahyang atau salat sehingga pada pada ekstremya ia menjadi salah satu tiang agama dan tak boleh dilihat secara kritikal. Sembahyang itu sebenarnya satu bentuk ritual bagi meningatkan umatnya agar harus ingat Tuhannya pada setiap hari dari akal baligh hingga habis hayat.Dalam ritual itu diperlukan membaca dalam bahasa Arab, sebahagian besar adalah doa memuji Tuhan dan memohon atau memotivasikan diri ke arah 'jalan yang lurus'.Soalnya apakah melakukan ritual itu beribu-ribu kali sepanjang hayatnya akan menghasilkan apakah objektif seruan ritual itu? Apakah insan itu akan dapat menambahbaik mutu hidupnya, mutu karakternya, mutu inteleknya dan malahan mutu tamadunnya? Ada pendapat mengatakan Tuhan akan melaksanakan kontrak jika umatnya terus bersalat terhadapnya. Atau dari segi logiknya apakah ada kaitan melakukan ritual itu dengan pembangunan ummah? Atau manusia berpura-pura yang selepas bersolat ia akan menjadi insan yang produktif walaupun tak buat kerja-kerja produktif sebenarnya?
Ada cerita yang umat Islam mungkin kena bersolat 50 kali sehari tapi dapat dikurangkan sehingga 5. Bayangkan sembahyang 50 kali sehari dan bila masa nak membuat kerja lain bagi membaiki taraf hidup di dunia?
Jika penting adanya solat kenapa manusia kena memuja tak habis-habisan kepada Tuhannya? Macam kita kena memuji dan tak boleh menentang pada kerajaan selalu kerana kerajaan telah memberi banyak bantuan sabsidi untuk kita hidup di bumi Malaysia.
Tiang itu hanyalah istilah sastera sahaja, ia menunjukkan kepentingan solat atau sembahyang itu. Kalau kita lihat kepada rukun iman pun, yang utama atau pertama itu ialah tauhid atau mengucap dua kalimah syahadah. Kalau ibaratkan kita membina rumah, yang paling penting ialah foundation rumah tersebut yang boleh diibaratkan sebagai tauhid, kemudian mesti ada tiang yang boleh diibaratkan seperti solat.
En Kassim,
I strongly believe that the 5 prayers are for Allah and Allah only. Thus the dilemma that I'm facing in joining the jemaah prayers whereby other name than Allah is invoked particularly in the syahdah. Your views on the issue is very much appreciated.
Shalela
Encik Kassim,
I'm not sure i see what you're trying to say in this article. Bottomline, solat is very important, just as in zikir. so we should carry on as usual, right? What aspect of the current solat practice by Muslims that you're critical of? Whether or not it is tiang ugama, is just a matter of use of words,isnt it?
1. Frasa "tiang agama" di sini bermakna "asas". Ini silap. Asas agama tauhid. Antara lain, lihat Quran, 107.
2. Anda boleh pilih untuk sembahyang sendiri di rumah, atau berkemaah di mesjid dengan melakukannya mengikut kepercayaan anda. Jangan lupa, perbuatan salah yang terpaksa itu diperbolehkan oleh Tuhan.
3. Saya mengkritik sembahyang seperti robot tanpa kesedaran, atau sembahyang untuk menunjuk-nunjuk. Lihat Quran, 107.
Post a Comment