MESYUARAT AGUNG
TAHUNAN
FORUM IQRA’ (FORIQ) YANG
KE-12
Tarikh: 27 April, 2013
Tempat :
1504 Persiaran Kulim Golf, Kulim Golf & Country Resort, 09000 Kulim,
Kedah, D-A.
Masa :
10.30 pagi.
Presiden Foriq Sdr Kassim Ahmad
memulakan mesyuarat dengan meminta bacaan doa selamat dan bacaan Al-Quran.
Sdr Kassim menyampaikan ucapan
perasmian dengan mengesan penubuhan Foriq dan menyebut tujuan penubuhannya
untuk menyeru rakyat Malaysia kembali kepada Quran dengan tidak melupakan
dokumen-dokumen sahih yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad, seperti Piagam
Madinah yang masyhur itu. (Untuk mendapat teks Piagam Madinah serta mengetahui
kepentingan dokumen itu, sila lihat blog Sdr Kassim www.kassimahmad.blogspot.com )
Mesyuarat memutuskan:-
1. Masukkan esei-esei presiden dalam
blognya ke facebook;
2. Sdr. Ramlee Talib akan menulis surat berdaftar Daftar A. R. Kepada Menteri Pelajaran tentang Dunia Melayu
(salinan kepada Perdana Menteri);
3. Foriq mengadakan rundingan dengan pertubuhan-pertubuhan
JUST dan Sisters-in-Islam untuk mengadakan beberapa majlis bersama bagi tahun
2013 (tugas Sdr/i2 Suzana Mohd. Zahir, Nik Aziz Hassan dan Ahmad Shauqi;
4. Mengadakan perbincangan dengan
persatuan-persatuan mahasiswa untuk menerangkan tujuan Foriq kepada mereka; dan.
5. Meminta satu perjumpaan dengan Perdana Menteri
untuk menghuraikan tujuan-tujuan Foriq
dan sebab –sebab ia ditubuhkan.
Disediakan oleh Warsa Mohamed Bakar
Pegawai pentadbir Foriq
1 Mei, 2013.
5 comments:
Post a Comment