PERKUAT KEPIMPINAN
MELAYU
UNTUK MENGHADAPI
CABARAN TERDEKAT
Oleh: Kassim Ahmad
5 Jun, 2013
Sesetengah orang mungkin akan
melabel saya rasis kerana saranan saya
supaya memperkuat kepimpinan Melayu. Kepada mereka saya berkata, “Jangan
terlalu gopoh melabel seseorang. Fikir dulu sebelum bercakap.”
Dari mana kita datang? Tidak syak
lagi, dari Tuhan; yakni kita semua manusia, anak-cucu Adam, atau dalam bahasa
saintifiknya, Homo sapiens. Walaupun
ini benar dari perspektif universal, kita dilahirkan pelbagai bangsa: China,
India, Melayu dan lain-lain. Di Malaysia, masyarakat majmuk kita sekarang lahir
dari Kesultanan Melayu Melaka, dengan bahasa Melayu sebagai bahasa lingua france, agama Islam sebagai agama
negara dan institusi Raja-raja Melayu sebgai payung negara.
Seperti bangsa-bangsa lain juga,
bangsa Melayu mempunyai kepimpinan yang kuat dan yang lemah. Dalam zaman
kerajaan Melayu Melaka dalam abad ke-15, tiga orang raja menunjukkan
kepimpinan yang baik, iaitu Sultan Muzaffar Shah, Sultan Mansur Shah dan
Sultan Alauddin Shah denga Tun Perak sebagai Bendahara yang kuat.
Kekuatan seorang pemimpin terletak
pada wataknya. Watak ini lahir dari kemitmennya kepada kebenaran dan keadilan.
Komitmen kepada kebenaran dan keadilan itu ciri-ciri seorang mukmin, seorang
yang percaya kepada wujudnya suatu kuasa mutlak yang mencipta, memupuk dan
memimpin alam raya ini ke matlamatnya.
Dalam zaman moden, zaman
pasca-kemerdekaan, kepimpinan Melayu bermula dengan Tunku Abdul Rahman, yang
menyifatkan dirinya sebagai “perdana menteri yang paling gembira di dunia.”
Beliau menghabiskan hartanya untuk mencapai kemerdekaan bagi Persekutuan Tanah
Melayu dari penjajahan Inggeris.
Dipendekkan cerita, perdana menteri kedua, Tun Abdul Razak,
perdana menteri terbaik dalam sejarah Malaysia. Beliaulah yang membawa pelbagai
perubahan progresif dalam bidang-bidang ekonomi, pendidikan, dasar luar dan
lain-lain. Beliaulah yang memperbesar gabungan tiga parti perikatan kepada
gabungan empat-belas parti barisan nasional. Malangnya, pentadbiran beliau
pendek, kerana beliau dipanggil Ilahi awal.
Perdana menteri
sekarang, Najib, anak kepada Tun Razak, anehnya tidak mampu mengikut
jejak-langkah bapanya. Kegagalan beliau mendapat kemenangan dua pertiga dalam
pilihanraya umum ke-13 dikritik oleh Tun Daim Dzainudin sebagi silap strategi
dan rebutan kuasa dalam parti UMNO sendiri. Ketua Pembangkan, Anwar Ibrahim,
telah mengganggu pentadbiran beliau sejak lama, tetapi beliau tidak mengambil
apa-apa tindakan terhadapnya. Dong Zong, persatuan jawatankuasa sekolah jenis
kebangsaan Cina, telah lama bertindak seolah-olah Malaysia sebuah wilayah negara
China, namun beliau gagal bertindak terhadap mereka. Tentera laman sesawang
DAP, Red Bean Army, telah lama
menyibar fitnah terhadap UMNO dan BN, namun beliau gagal bertindak terhadap
mereka.
Semua ini telah membuat rakyat menyatakan
beliau lemah. Sesetengah NGO telah mula tidak sabar dengan kelemahan ini. Kita
bertanya: “Hendak ke mana Najib?” Jangan
sampai orang Melayu mengamuk dan beliau jatuh! Tokoh-tokoh Cina sendiri sudah
menyuarakan keresahan mereka tentang anarki yang sedang bermaharajalela. “Gunakan
kuasa yang ada kepada kamu untuk berlaku adil kepada rakyat yang berbilang kaum
di negara ini.” Timbalan perdana meneri sendiri telah menyuarakan kritikan ini.
Ayuh, bertindak berani dan tegas, Najib! Jangan sampai nasi menjadi bubur!
2 comments:
Post a Comment