SURAT TERBUKA KEPADA BANGSAKU
KITA SATU BANGSA
YANG AGUNG,
YANG BOLEH MEMBAWA
KEAMANAN,
KESEJAHTERAAN DAN
KEBAHAGIAN KEPADA DUNIA: LAKUKAN!
Oleh: Kassim Ahmad
16 September, 2011
(Mera’ikan Hari Malaysia Yang ke-48
dan Hari Kemerdekaan Yang ke-54)
1.
Ucapan Najib Yang Paling Baik
Pada mulanya saya tidak bercadang
hendak menulis esei ini, tetapi apabila saya mendengar ucapan Perdana Menteri
kita, hati saya berkembang dan melafazkan: “Maha Suci Allah, Yang telah
menjadikan langit dan bumi dan di antara keduanya, yang telah memberi hidayat
kepada Perdana Menteri kami untuk
membuat ucapan yang paling baik sejak beliau mengambil-alih tampuk negara!”
Tidak ada kebencian, petualang besar Anwar Ibrahim tidak disedbut; tidak juga Mat Sabu si mulut celupar itu .
Ucapan itu rinkas dan padat, dalam bahasa sastera yang indah. Saya berasa hidup dan perjuangan
warga Malaysia yang baik sudah terbela.
Perasaan kegembiraan inilah yang mendorong saya menulis esei ini.
2.
Sumpah Seorang Anak Muda
Pada waktu saya muda, berumur 26
tahun, saya menulis:
/bersama-sama,
bersama-sama, kita mara, wahai saudara-saudaraku/
seperti Tuah dan Jebat zaman dahulu/
kita telah mengangkat tanah ini tanah
tumpah darah kita/
sendiri kita akan mengawal di
pantai-pantainya/
oleh itu, datanglah, wahai
petualang-petualang yang sibuk./
(Kemarau di Lembah, Pulau Pinang, 1967;
46)
Pada tahun 1958, waktu saya berumur 24
tahun, saya menulis:
/ada besok maka pasti ada
suria/
aku akan pergi dengan seribu
Jebat si anak tani/
kian lama kita mati dalam
setia/
kali ini kita hidup dalam
derhaka./
(Ibid.,
; 48.)
Nyatalah saya seorang pemberontak,
memberontak terhadap dunia lama yang menyongkong untuk mencipta dunia baru yang
bebas. Tetapi saya juga seorang patriot. Hari ini, setelah saya memasuki tahun
ke-78, pada 9 September, 2011 lalu, al-hamdulillah, saya bebas. Saya telah
menyatakan hasrat yang ada di lubuk hati saya. Dengan demikian, saya juga telah
melafazkan cita-cita luhur Bangsa Melayu. Saya telah melaksanakan misi hidup
saya.
Saya ada dua tiga rancangan penulisan yang harus saya
selesaikan. Insya Allah, menjelang akhir tahun 2013 semua kerja saya akan
selesai. Selepas itu, saya siap untuk mengadap Tuan saya serta
mempertanggungjawabkan kehidupan saya.
3.
Kejelekan Sistem Dwi-parti Barat
Beberapa hari sebelum itu, puak
pembangkang dan pengikut-pengikut mereka secara terbuka mendabik dada akan
menawan Putrajaya dalam Pilihanraya Umum ke-13. Dalam kebongkakan mereka,
mereka lupa bahawa sistem dwi-parti Pemerintah/Pembangkang itu satu kejelekan
sejarah Eropah. Kanak-kanak pun tahu
untuk menggunakan kedua-dua belah tangannya apabila memegang botol susunya, sedangkan
sesetengah orang dewasa kita mahu jadi pengikut buta Barat menggunakan sebelah
tangan untuk merosakkan kerja sebelah tangan lain!
Mereka sudah terpengaruh dengan ahli
falsafah Liberal Inggeris Thomas Hobbes yang menyifatkan masyarakat sebagai
medan perang “satu lawan yang lain” dalam karyanya Leviathan! Saya telah menulis tentang kedangkalan falsafah ini pada banyak tempat, kerana ia
bersifat primitif dan membazir. Primitif,
kerana itu perangai manusia pada tahap paling rendah – haiwan! Membazir,
kerana satu tolak satu jadi nol. Keadaan ini sudah pun kelihatan di Eropah
sendiri dengan banyak kerajaan mereka lemah dan tidak stabil.
Kita harus kembali kepada falsafah
Islam: “Bekerjasama untuk kebaikan.” Arahan tetap kepada orang baik dalam Quran
berbunyai: “Seru kepada kebaikan dan larang kejahatan.” Surah 3, ayat 110
berbunyi: “Kamu sebuah masyarakat yang paling baik yang telah dilahirkan di
antara manusia; kamu mengajurkan kebaikan dan melarang kejahatan, dan kamu
beriman keada Tuhan …” Tidak ada yang lebih jelas daripada itu.
Jadi, kita kenalah
susun suatu sistem pemeritahan yang selaras dengan falsafah ini. Semua
parti yang ada dalam masyarakat kita, mewakili pelbagai jalur suku-banga
dan ideologi, boleh bekerjasama dalam sutau permuafakatan besar untuk kebaikan
rakyat kita yang berbilang kaum dan agama.
Nyatalah ini suatu sistem yang jauh lebih baik. Nasihat, teguran dan
kritikan untuk mengatasi pelbagai penyelewengan (rasuah, pembaziaran dan
sebagainya) boleh dibuat dari dalam, sementara masyarakat sendiri, melalui
media dan pelbagai pertubuhan lain boleh juga memainkan peranan ini.
4.
Kategori Bangsa Sunnatullah, Bukan Rasisme
Sesetengah rakyat kita salah sangka bahawa kelompok
suku-bangsa, seperti Melayu, atau Cina, atau India, atau lain-lain suku-bangsa
yang ada dalam Malaysia bercanggah dengan konsep Malaysia. Oleh itu, apabila
Timbalan Perdana Menteri kita berkata dia “Melayu dulu” , orang-orang ini
menuduh beliau rasis! Tidakkah mereka tahu bahawa Malaysia itu sebuah keluarga besar yang terdiri dari pelbagai
suku-bangsa? Tidak ada kontradiksi di
antara kedua-dua kategori ini. Pertubuhan Bangsa-bangsa Berstau (PBB)
dianggotai oleh 192 bangsa – China, India, Rusia, Indonesia, Amerika Syarikat
dan lain-lain.
Manusia suatu keluarga besar yang terdiri dari pelbagai
bangsa. Quran dalam Surah 49, ayat 13
mengisytiharkan: “Wahai manusia, telah Kami ciptakan kamu dari seorang lelaki
dan perempuan, dan menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu kenal
satu sama lain. Yang paling baik di antara kamu di sisi Tuhan itu mereka yang
bertakwa.”
5.
Bangsa Melayu Satu Bangsa Yang Agung
Sudah tiba masanya kita meningkatkan jiwa kita menjadi jiwa
yang besar. Bangsa Melayu yang mendiami Gugusan Pulau-pulau Melayu, khasnya
Malaysia dan Indonesia, mempunyai banyak cirri yang sama. Kita satu bangsa –
Melayu, yang menutur bahasa Melayu (bahasa Indonesia itu berasakan bahasa
Melayu) dan yang beragama Islam. Jumlah bangsa Melayu yang beragama Islam 220
juta, keempat terbesar dalam dunia dan terbesar dalam dunia Islam.
Saya sebut perkara ini bukan kerana saya lebihkan bangsa
Mealyu daripada bangsa-bangsa lain di
dunia. Tidak sama sekali. Semua bangsa sama. Tiap-tiap bangsa ada kekuatannya
dan kelemahannya. Dalam sejarah kita melihat tamadun Mesopotamia di Iraq,
tamadun Mesir, tamadun Yunani dan tamadun Romawi naik-jatuh silih-berganti.
Dalam zaman moden, tamadun Arab- Islam melalui Turki-Islam kemudian diganti
oleh tamadun Eropah Yahudi-Kristian. Sekarang tamadun Liberal Eropah (Amerika
Syarikat itu lanjutan Eropah) nyata sedang runtuh, setelah sistem
Komunis-Marxis runtuh di akhir abad ke-20.
6.
Dunia Melayu Harus Pimpin Dunia
Ini menyebabkan kita berfikir tentang sistem ganti yang pasti
akan muncul dalam dua tiga dekad yang akan datang. Oleh kerana kita orang
Islam, dan kita tahu Islam itu agama yang direda oleh Tuhan (Quran, 3: 19).
Kita yakin hanya deen Islam
atau cara hidup Islam saja yang boleh membawa kemananan, kebahagiaan dan
kesejahteraan kepada dunia. Kita yakin kerana Islam itu “Jalan yang lurus”
(Quran, 1: 6) di antara dua penyelewengan besar Liberalisme dan Komunisme.
Berdasarkan keyakinan yang logik ini, maka kita ingin membuat saranan supaya
Bangsa Melayu di Malaysia dan Indonesia
bergabung tenaga untuk memimpin dunia kepada keamanan dan kesejahteraan dalam
Abad Ke-21.
Sekali lagi, tanpa melebihkan bangsa Melayu daripada
bangsa-bangsa lain, bangsa Melayu itu satu bangsa yang agung. Mereka mempunyai
raja, pentadbir, ulama dan sarjana, pengarang, ahli falsafah, pelukis, pelakun,
penyanyi dan sebagainya yang ramai. Biar saya sebut beberapa nama saja: Sultan
Muzaffar Shah dan Sultan Mansur Shah, Bendahara Tun Mutahir dan Tun Perak dalam zaman Kesultanan Melayu Melaka Melaka,
Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Tun Daim Zainuddin) (pentadbir), Pendeta
Za’aba, Prof. Ungku Aziz, Dr. Ahmad Ibrahim, Syed Hussein al-Attas,
Syed Muhammad Naguib Al-Attas, Dr. Chandra Muzaffar, Dr. Hassan Ahmad (sarjana), Prof. Ismail
Hussein (budayawan), Tunku Abdul Rahman, Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin,
Ahmad Boestamam (ahli politik), Hamzah Fansuri (ahli Sufi), Tun Seri Lanang,
Abdullah Munsyi, Raja Haji Ali, Syed
Sheikh al-Hadi, Keris Mas, Osman Awang/Tongkat Warrant, Adibah Amin, Pramoedya Ananta Toer, H. B.Jassin
(pengarang), Prof. Asmah Hj Omar, Takdir Alisjahbana (ahli
tatabahasa Melayu), Muhammad Yusoff Hashim (sejarawan), A. Samad Ismail
(wartawan), Tun Ismail Mohamed Ali, (jurubank),
Seniman Agung P. Ramlee (pelakon/penyanyi), Hetty Koes Endang (penyanyi keroncong), Syed
Muhammad Naguib Al-Attas, Hamka (ahli falsafah), Syed Ahmad Jamal, Zakaria Ali
(pelukis), dan Hijjas Kasturi (juruukir).
Bangsa Melayu tidak
akan dan tidak boleh menolak penyertaan sahabat-sahabat mereka dari suku-bangsa lain di Malaysia atau dari luar Malaysia yang
secara jujur ingin menyertai perjuangan besar ini. Ini perjuangan semua bangsa
yang mengiktiraf dan menjunjung perintah Ilahi untuk berjuang di
jalan-Nya. Quran menerangakan bahawa
semua masyarakat telah dikirimi rasul-rasul-Nya untuk mengajar intisari ajaran-ajaran-Nya
kepada mereka. (10: 47). Saya percaya arus ini akan bertemu menjadi satu
arus besar yang pasti akan membawa perubahan
besar kepada dunia dalam Abad
Ke-21.
7.
Kaum Penentang
Tidak syak lagi, penentangan akan wujud dari dalam kalangan
bangsa Melayu sendiri untuk menggagalkan perjuangan besar ini. Ini sunnatullah.
Wujudnya undang-undang ini bertujuan untuk menguji siapa yang jujur siapa yang munafik.
Kedua-dua masyarakat Malaysia dan Indonesia mempunyai banyak etnik dengan
pelbagai latarbelakang budaya. Namun
demikian, mereka disatukan dalam satu kesatuan Bangsa Melayu, bahasa Melayu dan
agama Islam. Ini menyebabkan kita memilih Dunia Melayu untuk melaksanakan misi agung ini.
Kita mestilah
menguruskan penentangan ini dengan bijak supaya ia dapat dibataskan kepada
minimum. Tidak syak lagi, kemenangan akhir akan berada di tangan orang Islam
dan mukmin, kerana mereka memperjuangkan kebenaran Ilahi. Kemenangan bukan hanya bergantung kepada
bilangan yang besar, tetapi lebih-lebih lagi, kepada kebenaran perjuangan ini.
Kebenaran itu kebal. “Katakanlah, ‘Kebenaran telah datang dan kepalsuan hapus.
Kepalsuan senantiasa akan hapus.’ ” (Quran, 17: 81).
Pada waktu ini, Islam mempunyai dua musuh besar: puak
Yahudi-Kristian Barat, khususnya dilambangkan oleh negara kolonial Israel di
Palestin dan pelindungnya adikuasa tunggal Amerika Syarikat. (Quran, 2: 120), dan puak musyrikin di Timur
dan Barat (Quran, 25: 55). Namun demikian, kita harus ingat bahawa benteng musuh Yahudi-Kristian Barat ini
bukan 100% kukuh, kerana wujud kumpulan humanis di antara mereka yang menentang
permusuhan ini. Umpamanya, penubuhan negara kolonial Zionis Israel di Palestin
ditentang oleh tokoh-tukoh Yahudi terkenal seperti Einstein dan Martin Bauber.
Ini kerana kumpulan spiritual-humanis ini terdiri daripada mereka yang berpijak
kepada ajaran spiritual Ilahi agama Yahudi.
Begitu juga dalam puak musyrikin.
Oleh yang demikian, pimpinan Melayu-Islam kita mestilah bijak
mencari kawan yang ramai dan musuh yang sedikit berdasarkan pandangann hidup
spiritual Yahudi-Kristian dan tradisi-tradisi spiritual yang lain dalam
Hinduisme, Budhaisme dan lain-lain.
8.
Seruan Kepada Kuasa Yahudi-Kristian Eropah
Berdasarkan ini, Bangsa Melayu mesti menyeru kepada kuasa
Yahudi-Kristian Barat supaya bersikap adil dan saksama terhadap umat Islam dan
terhadap umat manusia seluruhnya. Dalam zaman pasca Perang Dunia Kedua, mereka
telah melakukan kezaliman demi kezaliman terhadap Dunia Islam dan Dunia Ketiga.
Mereka terus memingggirkan, malah mengeksploitasi kedua-dua dunia ini. Negara nasionalis-kolonial Israel di
tengah-tengah Dunia Islam tetap melambangkan kezaliman total yang selama 63 tahun masih tidak terurai. Penawanan
mereka terhadap Iraq, campur-tangan mereka di Afghanistan dan di Libya, dan
penguasaan mereka terhadap umat Islam dan umat manusia melalui Majlis
Keselamatan PBB yang anti-demokratik
(membohongi laungan demokrasi Barat!).
Semua ini telah menimbulkan kemarahan umat Islam. Sesetengah umat Islam,
terdesak demikian, beralih memberontak – satu pemberontakan yang bersebab!
9.
Dunia Musuh Yang Gelap
Mengikut seorang sejarawan Barat, Eric Hobbawn, dalam
bukunya, The Age of Extremes – A History
of the World, 1914 – 1991 (London: 1994), masa depan dunia gelap sekali.
Kata beliau: “Kita tidak tahu ke mana kita hendak pergi. Kita hanya tahu bahawa
sejarah telah membawa kit a sini, dan … mengapa. Walau bagaimana pun, suatu
perkara jelas. Jika kemanusiaan mahu ada suatu masa depan yang boleh kita
nampak, ia tidak boleh dengan memanjangkan masa lalu atau pun masa sekarang. Jika kita coba untuk membangunkan millennium
yang ketiga berdasarkan itu, kita akan gagal. Dan harga kegagalan ini, yakni
alternatif sebuah masyarakat yang
berbeza, hanya kegelapan.” (hlm. 585)
Orang kafir itu, kata
Quran, dia tidak tahu dan hidup seperti
binantang. (47: 12). Pesimime agung ini telah kita lihat dalam
karya-karya penulis-penulis Barat dalam
dalam zaman di antara dua peperangan dunia itu: dalam
karya-karya Albert Camus, Jean –Paul Sartre, W.B. Yeats dan T.S. Eliot (Kassim Ahmad, Hadis – Satu Penilaian Semula, 1986; hlm. 14-16.)
10.
Amaran Keras kepada Musuh, Jaminan
Persahabatan kepada Sekutu
Jadi, biarlah kita beri amaran keras kepada mereka. Mansukhkan semua ketidak-adilanmu, wahai
adikuasa A.S.! Kami tidak takut kepadamu. Kamu pun di ambang kehancuran. Kamu
bangsa bangkrup yang hutangya sekarang meningkat puluhan trillion DAS! Daripada 317.8 juta
rakyatnya, serorang terhutang sebanyak DAS 175,800 dan DAS 666,593 per
keluarga. Begitu juga dengan sekutumu di
Eropah. Kamu semua bangkrup; maka itu kamu menjadi perompak! Merompak di Iraq
dan di Libya!
Demikian juga kami beri
amaran keras kepada bakal musuh kami dalam Malaysia. Bangsa Melayu
terkenal sebagai satu bangsa yang sopan terhadap tetamu – “the gentlemen of the
East”, kata seorang penulis Perancis. Kerapkali mereka mengalah kepada tetamu,
bukan kerana takut, tetapi kerana kemurahan hati mereka. Tetapi apabila mereka
terdesak ke tembok, mereka akan beralih dan mengamuk, seperti Hang Jebat ,
seperti dalam Peristiwa Mei 13 (di Malaysia),
dan seperti dalam peritiwa
berdarah 30 September , 1965 atau Gestapu (di Indonesia).
Sejarah membuktikan bahawa Malaysia berasal sebagai
negeri-negeri Melayu, dan Cina dan India sebagai pendatang. Berkat kemurahan
hati mereka, bangsa-bangsa pendatang ini telah diterima menjadi warganegara
Malaysia. Bangsa Melayu akan menghormati perjanajian ini sampai bila-bila.
Tetapi kami beri amaran keras kepada
mereka supaya jangan melampaui batas.
Kami memberi jaminan kepada
sahabat-sahabat kami dari pelbagai suku-bangsa dan agama di Malaysia dan di seluruh dunia bahawa kami hormat dan bersikap lembut kepada kamu.
Kamu sekutu kami dalam perjuangan besar ini. Ayuh, mara! Kejayaan besar di
pihak kita.
KASSIM AHMAD
16
September, 2011.
No comments:
Post a Comment