Tuesday, July 11, 2017

SATU ATAU DUA SYAHADAH?



                                                            SYAHADAH ADA SATU ATAU DUA?
                                                                         Oleh: Kassim Ahmad
                                                                                12 Julai, 2017
                                                            

   Walaupun Quran mengajar satu syahadah saja, kebanyakan orang Islam di seluruh dunia mengamalkan dua kalimah syahadah. Praktik ini kita warisi dari nenek-moyang. Ini saya panggil Islam baka - Islam yang sudah berubah, yang pertama digubal oleh Imam Shafi'e (m. 204 AH/820 A.D}.
   Satu-stunya syahadah disebut dalam Quran berbunyia, "Tuhan naik saksi tiada tuhan melainkan Dia, dan begitu juga para malaikat dan mereka yang berilmu. Yang sebenar dan saksama, Dia tuhan yang mutlak. Tidak ada tuhan kecuali Dia, Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Bijaksana. (3: 18) Apa yang dikatakan syahadah kedua dibatalkan dalam Quran (Lihat 62:1) Pembatalan itu berbunyi, "Apabila orang muafifik datang kepada kamu, mereka berkata, "Kami naik saksi kamu rasul Allah. Tuhan mengetahui kamu rasul-Nya dan Tuhan naik saksi orang munafik itu pendusta."
   Ini nyata dan logik. Nabi Muhammad salah seorang daripada dua puluh nabi lagi rasul yang disebut dalam Quran. Mustahil Nabi Muhammad sendiri melafazkan sayahadah ini, apalgi nabi-nabi sebelumnya! Quran memaklumka keapada kita Tuhan mengirim rasul kepada tiap-tiap masyarakat. Bilangan rasul mestilah beribu-ribu.
   Seorang sahabat saya menyatak, jika demikian, kita menentang arus perdana. Jawab saya dalam hal keimanan yang menentukan bukan bilangan tangan yang diangkat, tetapi kebenaran,
   Apa akibat dari kesilan besar ini? Umat Islam duduk di mana sekarang? Nombor tujuh atau lapan dalam dunia di belang Amerika Syarikat, Britain, Francis, China, India, Rusia dan lain-lain. Dulu setelah 30 tahun Nabi Muhammad wafat, bala-tentera pembebasan Islam membebaskan penindasan rakyat dari dua kuas besar penindas Parsi dan Baizantium.dan menjadi kuasa utama di dunia. Ia kelak di situ selama 800 tahun. Baghdad ibu kota dunia. Eropah zaman pertengahan datang belajar di Baghdad selama 300 tahun. Baca buku Robert Brifualt, The Making of Humanity (1919) dan G. Sarton, Introduction to A History of Science (1931)
   Baru-baru ini dalam satu emel yang panjang seorang kawan memberitahu saya ahli sains dari NASA setelah mengkaji surah "Malam Penentuan" (Surah 97) masuk Islam, kalau saya tidak silap. Dalam autobiografi saya yang bakal keluar hujung tahun ini, saya menyatakan sama ada orang Islam kembali kepada ajaran Quran sebagai autoriti utama atau dunia akan masuk Islam melalui ajaran Quran sebelum akhir tahun 2017, Saya tidak waswas lagi ini akan berlaku. Seperti yang telah ditegaskan dalan Quran "Kebenrana telah datanf dan kepalsuan hapus, dan kepalsuan senantiasa akan hapus."
 
_________________________
KASSIM AHMAD seorang pengarang Malaysia. Laman webnya
   .. .

No comments: