Sunday, August 03, 2008

Hadis: Satu Penilaian Semula #20

Bab IV: Kritikan Terhadap Hadis


Kontradiksi Dengan Quran


Kemunculan Imam Mahdi Di Akhir Zaman

Lihat Mishkat-ul-Masabih, jil. iv, h.44-47, no.74-77. Hadis-hadis ini terang-terang bercanggah dengan ajaran Quran yang menggesa orang-orang mukmin berjuang di jalan Tuhan dan menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan pada tiap saat. Mereka menggalakkan sikap pasif menyerah kepada keadaan. Mitos Imam Mahdi timbul dari kepercayaan orang-orang Yahudi yang masih menunggu kedatangan seorang penyelamat. Sebenarnya penyelamat ini ialah Nabi Muhammad yang tidak diterima oleh orang-orang Yahudi. Ia bergabung dengan mitos orang-orang Kristian yang percaya Nabi Isa diangkat ke langit dan akan turun kali kedua di akhir zaman. Mitos-mitos ini berpadu dengan kepercayaan kaum Syi’ah bahawa imam mereka yang kedua belas, Muhammad Ibn Al-Hasan Al-Askari, yang telah ghaib akan muncul di akhir zaman sebagai Imam Mahdi dan akan mentadbir dunia yang adil.


Mukjizat Nabi Muhammad

Ada banyak hadis mengenai pelbagai macan mukjizat Nabi, tetapi Quran dengan jelas menerangkan bahawa Nabi tidak diberi apa-apa mukjizat kecuali Quran. (Lihat 29:50-51)


Syafaat Nabi

Banyak hadis memberi kuasa syafaat kepada Nabi. Lihat Mishkat-ul-Masabih, jil. iv, bab xii, seksyen 3. Tetapi banyak ayat Quran menjelaskan bahawa tiada siapa yang mempunyai syafaat kecuali mengikut kehendak Tuhan. Sebuah ayat berbunyi:

Hai orang-orang yang berikan, dermalah dari rezeki kami kepadamu sebelum datang satu hari manakala tidak ada tawar-menawar, pilih kasih atau syafaat.” (2:254) Lihat juga 2:225, 10:18, 49; 21:28; 36:23; 39:44; dan 73:21-22.


Hukuman Murtad

Hadis menentukan hukuman bunuh untuk kesalahan murtad. “Barangsiapa menukar agamanya, bunuhlah dia.” (Riwayat Bukhari dan abu Daud). Semua ayat Quran mengenai perkara ini hanya mengancam seksaan di akhirat. Umpamanya:

“Hai orang-orang yang beriman, jika seseorang dari kamu berpaling dari agamanya, maka Tuhan akan menimbulkan satu bangsa yang Ia kasihi seperti mereka kasihiNya, dan merendahkan diri mereka terhadap orang-orang mukmin, sambil mereka gagah terhadap orang-orang kafir; dan berjuang di jalan allah, dan tidak sedikit pun bimbang terhadap celaan sesiapa yang mungkin mencela mereka.” (5:54) Lihat juga 16:106; 2:217 dan 2:256.


5. Boleh Masuk Syurga Hanya Dengan Mengucap Dua Kalimah Syahadah Di Saat Sakratulmaut

Ada banyak hadis yang menyatakan ini. Nyatalah ajaran ini ingin membatalkan semua hukum Quran tentang kebaikan dan kejahatan. Hadis ini tertolak dengan sendirinya.


6. Melepaskan Perjuangan Di Jalan Allah

Saya telah memberi beberapa contoh hadis menyuruh mengasingkan diri dari perjuangan masyarakat dalam Bab III. Nyata hadis ini bercanggah dengan ajaran Quran.


7. Hukuman Zina

Hal ini telah dihuraikan di atas, h. 96.


8. Perintah Sembahyang

Mengikut Hadis, perintah sembahyang diterima oleh Nabi Muhammad di dalam Perjalanan Malam israk dan mikraj di mana cerita-cerita hadis menggambarkan beliau tawar-menawar dengan Tuhan tentang bilangan waktu sembahyang untuk umat Islam, dengan Nabi Musa sebagai penasihat beliau! Nyatalah ini satu cerita rekaan untuk menyedapkan telinga yang mendengar. Quran menerangkan bahawa ibadah-ibadah sembahyang, puasa, zakat dan haji telah diajar oleh Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan telah diperturunkan, generasi demi genarasi, hingga ke zman Muhammad. Perhatikan doa Nabi Ibrahim, “Tuhan kami, jadikanlah kami Muslim (tunduk) kepadamu dan daripada keturunan kami biarlah lahir satu bangsa Muslim (yang tunduk) kepadaMu. Ajarkanlah kami bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama kami, dan ampunilah kami, Kau maha pengampun, maha penyayang.” (2:128) Sirah Nabi juga menunjukkan bahawa Muhammad telah mengamalkan salat sebelum beliau menjadi nabi. (Lihat The Life of Muhammad, h.105).


9. Ramalan-Ramalan Nabi

Banyak hadis melaporkan ramalan-ramalan Nabi tentang masa depan. Ini bercanggah dengan ajaran Quran bahawa Nabi tidak mengetahui masa depan.

“Katakanlah (wahai Muhammad), Aku tidak mempunyai kuasa untuk mengadakan munafaat atau mudarat bagi diriku sendiri. Hanya kehendak Tuhan berlaku. Sekiranya aku mengetahui masa depan, tentu kekayaanku akan bertambah, dan kejahatan tidak akan menimpaku.” (7:118). Lihat juga 5:109; 6:50; 11:31; 46:9 dan 72:25-27.


10. Syafaat Ulama Dan Syuhada

Hadis ini berbunyi: “Uthman bin Affan melaporkan bahawa Rasulullah berkata, ‘Pada hari kiamat tiga orang akan memberi syafaat – para nabi, ulama dan para syuhada’.” (Riwayat Ibn Majah) Seperti hadis-hadis mengenai syafaat nabi-nabi, hadis ini juga bercanggah dengan Quran.


Sambongan: Kontradiksi Dengan Hadis

21 comments:

Mohd Faizal said...

Assalamualaikum Dr..
Semakin lama saya membaca tulisan Dr semakin membawa saya kepada persoalan, bagaimana untuk beriman dengan hadis? (saya masih yakin bahawa banyak lagi hadis yang sahih yang boleh dipercayai walaupun banyak yang sudah bercampur dengan hadis-hadis tertolak dalam islam) Di sini saya tidak berniat untuk menarik tokoh lain terlibat dalam polemik antihadis, tetapi saya sendiri pernah bertanyakan seorang ahli akademik merangkap seorang Mufti di Perlis tentang pandangan beliau tentang Dr Kassim Ahmad. Beliau menyatakan bahawa Dr. Kassim Ahmad dan JAM adalah penentang As-Sunnah..Inilah yang menjadi kekeliruan orang awam seperti saya yang sedang mencari kebenaran hakiki dalam kehidupan beragama.

http://mundarmandir2.blogspot.com/2008/04/hadiah-hari-lahir.html

p/s: ada juga syor rakan-rakan yang menyuruh agar menjauhkan diri dari membaca tulisan-tulisan Dr. Saya tersenyum sendirian.

Anonymous said...

pak kassim..setelah membaca Mencari Jalan Pulang, baru lah saya faham kenapa bapak jadi begini..bapak belajar agama bermula dengan hanya belajar al Quran,kemudian byk membaca falsafah kiri..jadi, bapak sebenarnya sudah tahu bapak sudah sesat dan kemudian bapak cuba berlabuh, malangnya bapak belum jumpa pelabuhan sebenar...seperti kata bapak "mencari jalan pulang''..

any comment bapak?

LazerJuan said...

Dr Kassim...Thank You,

Some of your points have further reaffirmed my doubts about the authenticity of some the so called `well accepted' hadiths.

Personally, I regard this blog as not the ultimate place for me to find answers. Allah has given us akal and we should use it wisely.

It is our responsibility as Muslims not to just follow certain teachings especially the not Quranic blindly.

Thank you again for reigniting my akal...thus using it wisely..Insyallah.

Anonymous said...

Sebab-sebab kemunduran umat Islam

Dr. Kassim Ahmad telah menyenaraikan 10 contoh hadis yang diiktikadkan sebagai benar oleh majoriti umat Islam sejak daripada kelahiran teori jurispruden klasik As-Syafi'ie yang masyhur. Teori ini menyenaraikan 1. Quran, 2. Hadis/Sunnah, 3. Ijma' ulama, dan 4. Qias sebagai sumber jurispruden.

Ternyata ulama ortodoks telah berjaya menyemai teori ini ke dalam pemikiran pengikut-pengikutnya, sehingga kefahaman mereka berbeza sama sekali dengan ajaran Quran. Lantaran kefahaman sesat ini, maka mundurlah umat Islam hingga ke hari ini. Ini adalah suatu malapetaka dahsyat yang bakal tertulis dalam buku-buku sejarah umat Islam pada masa akan datang. Sebab-sebab khusus malapetaka ini adalah sebagaimana berikut.

Yang pertama, kebanyakan hadis adalah palsu, sekalipun ia dilabel sahih oleh muhaddithin, dan menjadi ikutan ramai. Memang teori isnad mematuhi hukum akal dalam menentukan kewibawaan para pelapor hadis, bermula daripada 'pelapor terakhir' sebelum imam-imam hadis seperti Bukhari dan Muslim, sehinggalah 'pelapor pertama' selepas Nabi Muhammad. Walaubagaimanapun, kegagalan teori keselarasan hadis membuktikan bahawa teori isnad tidak pragmatik sama sekali dalam proses penapisan hadis.

Teori keselarasan hadis memberikan hadis otoriti yang mengatasi Quran, bilamana sesuatu hadis bercanggah dengan Quran, atau mencabar kelengkapan, kesempurnaan dan keterperincian Quran. Ini adalah sebab kedua.

Sebab ketiga, ulama ortodoks diberikan status oligarki yang berkuasa dalam mentafsirkan Quran dan hadis. Seseorang yang bukan 'ulama' tidak layak sama sekali untuk mentafsir! Kononnya, larangan ini adalah untuk memastikan kemurnian ajaran Islam terpelihara. Ini bercanggah sekali dengan ajaran Quran bahawa semua pendapat harus didengar, lalu yang terbaik harus dipilih. Kesan pemberian status oligarki kepada ulama ortodoks sesungguhnya telah merencatkan pemikiran umat Islam. Umat Islam menjadi takut untuk befikir, terutama berkenaan ajaran Quran dan hadis, dan perasaan ini akhirnya melahirkan sikap taklid buta terhadap ulama ortodoks.

Apa yang menarik untuk diperhatikan, bahana status oligarki bukan sahaja menimpa para pengikut ulama ortodoks, tetapi juga menimpa ulama ortodoks hari ini. Ini kerana ijma' ulama telah dijadikan salah satu sumber jurispruden. Apa sahaja yang sudah diputuskan ulama silam, harus dipatuhi oleh ulama hari ini selagi ianya difikirkan masih sesuai dengan masa, tempat dan keadaan. Pelanggaran ijma' ulama dengan sewenang-wenangnya dianggap berdosa, kerana hadis mengajarkan bahawa ulama itu pewaris para nabi. Ini adalah sebab keempat.

Sebab kelima ialah, fatwa-fatwa yang menyentuh perkara yang tidak pernah timbul sebelum ini hanya dibuat berdasarkan kaedah qias terhadap fatwa-fatwa ulama yang sedia ada, kecuali apabila tiada lagi pilihan. Ini telah mengehadkan daya kreativiti dalam pemikiran ulama ortodoks, dan menghalang mereka daripada melihat ajaran Quran yang sebenar.

Kita dapat lihat bahawa, kelima-lima sebab di atas mempunyai perkaitan secara langsung dengan;
(1) Teori jurispruden klasik As-Syafi'ie
(2) Teori keselarasan hadis

Kita harus memperjuangkan teori jurispruden Islam yang sebenar dan menolak teori keselarasan hadis untuk kembali berada di atas shirat al-mustaqim, jalan yang tidak melencong ke kanan, dan tidak pula ke kiri.

Sekian.

Anonymous said...

Kepentingan teori/kritikan isnad dan implikasi kegagalannya dalam penapisan Hadis

1. Kepentingan kritikan isnad
Kritikan isnad tidak lain dan tidak bukan pada asalnya adalah bertujuan untuk menentukan samada sesuatu hadis itu boleh dikategorikan sebagai sahih atau tidak. Hadis yang sahih bermakna ia datang daripada Nabi Muhammad sendiri, samada percakapannya, perbuatannya, mahupun taqrirnya (mendiamkan diri sebagai tanda tidak membantah terhadap sesuatu perkara). Kesahihan hadis ini didasarkan kepada kajian kewibawaan pelapor-pelapor Hadis.

2. Gandingan kritikan isnad dan teori keselarasan Hadis
Hadis-hadis yang berjaya dikategorikan sebagai sahih melalui kritikan isnad, iaitu yang dipercayai datang daripada Nabi Muhammad sendiri, kerap kali bercanggah dengan Quran. Ini boleh menimbulkan keraguan terhadap kesahihan Hadis. Maka imam Syafi'ie telah mengemukakan teori keselarasan Hadis untuk menyelamatkan status kesahihan Hadis. Teori ini menyatakan bahawa Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran dan tidak boleh bercanggah sama sendiri. Jika didapati bercanggah sama ada dengan Quran atau dengan hadis-hadis lain, maka percanggahan ini pada lahir saja dan tidak percanggahan sebenar.* Seandainya teori keselarasan Hadis ditolak, maka sebahagian besar daripada ajaran Hadis tidak dapat digunapakai lagi.

3. Implikasi kritikal teori keselarasan Hadis
Bilamana Hadis dan Quran bercanggah, teori keselarasan hadis telah memberikan Hadis otoriti yang boleh mengatasi Quran! Dari perspektif teori jurispruden klasik As-Syafi'ie sendiri, keadaan ini tidak boleh diterima - Quran berada di tingkatan yang lebih tinggi daripada Hadis. Ini menunjukkan bahawa teori keselarasan Hadis tidak boleh digunapakai, sekalipun jika ia mampu menyelesaikan masalah percanggahan antara hadis-hadis, dengan memberikan sebahagian mereka otoriti yang mengatasi sebahagian yang lain.

4. Kegagalan kritikan isnad
Dengan tertolaknya teori keselarasan Hadis, kredibiliti kritikan isnad dalam penapisan Hadis tercabar. Kritikan isnad telah gagal, dan kepentingannya 'telah hilang'.

5. Implikasi kegagalan kritikan isnad
Kegagalan kritikan isnad bermakna kesahihan Hadis tidak dapat ditentukan berdasarkan kewibawaan pelapor-pelapor hadis. Dengan lain perkataan, kita tidak dapat menentukan samada sesuatu hadis itu benar-benar datang daripada Nabi Muhammad ataupun tidak. Tetapi dengan menggunakan Quran sebagai neraca, sekurang-kurangnya kita dapat mengenalpasti beberapa ajaran hadis yang selaras dengan Quran.

Sekian.


* http://kassimahmad.blogspot.com/2008/07/hadis-satu-penilaian-semula-19-bab-iv.html

Kassim Ahmad said...

1. Mereka yang menyatakan saya dan kumpulan saya anti-hadis hanya buat fitnah. Mereka tidak baca buku-buku saya. Mereka akan terima hukuman buat fitnah, tak kira ulama atau bukan!
2. "Mencari Jalan Pulang" ialah pengembaraan intelektual saya mencari kebenaran. Siapa mahu belajar boleh belajar; siapa tidak mahu, apa saya boleh buat?

Anonymous said...

pak kassim,

boleh berikan 1 hadis yang pak kassim percaya?

Kassim Ahmad said...

Sdr Anonymous,

Sebelum bertanya, baca dulu dengan teliti. Jangan buang masa orang dengan bertanya soalan yang sudah dijawab!

Anonymous said...

Sebab mengapa Hadis digandingkan dengan rantaian pelapor

Hadis ditulis dan dibukukan secara rasmi sekitar dua abad setengah hingga tiga abad (sepuluh generasi) setelah kewafatan Nabi Muhammad. Sebelum itu, Hadis hanya dihafal dari satu generasi ke satu generasi, 'tumbuh' bagaikan cendawan selepas hujan bermula daripada saat persengketaan antara golongan Bakriyah dengan 'Aliyah, diikuti dengan persengketaan antara golongan Ahlul-Bait dan Bani Umayyah, seterusnya persengketaan antara Ahlus-Sunnah Wal-Jama'ah dengan Syia'h Imamiyah hingga ke saat ini. Persengketaan-persengketaan ini adalah yang melibatkan puak-puak besar dalam masyarakat Islam. Banyak lagi persengketaan lain, yang melibatkan puak-puak kecil seperti Khawarij, Murji'ah, Qadariyah, dan Jabariyah.

Imam Bukhari, seorang Syafi'ie, dan pengumpul hadis-hadis sahih yang dimuatkan ke dalam kitabnya 'Sahih Bukhari' - sebuah kitab Hadis yang dianggap paling sahih oleh muhaddithin - telah bekerja keras untuk memastikan kejayaan teori jurispruden klasik As-Syafi'ie yang antara lain turut meletakkan Hadis sebagai sumber jurispruden.

Apakah lagi pilihan yang ada selepas sepuluh generasi? Hadis menjadi salah satu sumber jurispruden, tetapi pada masa yang sama tidak ada langsung hadis yang bertulis sejak dari zaman Nabi, kecuali hanya sedikit jika pun ada, termasuklah perlembagaan bertulis yang pertama di dunia, Piagam Madinah, jika ia boleh dianggap sebagai hadis. Pilihan yang ada ialah, menapis Hadis yang dilaporkan secara lisan dengan menggunakan teori isnad, untuk menentukan kesahihan sesuatu hadis berdasarkan kewibawaan para pelapor Hadis ('wibawa' yang dimaksudkan telah dihurai dalam kitab-kitab agama). Bukhari mengandaikan, jika seseorang pelapor itu berwibawa, maka tentulah hadis yang dilaporkannya sahih. Maka beliau pun mula bekerja keras mengumpul hadis dan mengkaji kewibawaan para pelapor, bukan sahaja para pelapor yang terakhir sebelum beliau, tetapi juga yang kedua terakhir, dan seterusnya (rantaian pelapor), selagi mereka masih hidup. Sesungguhnya Bukhari seorang intelektual muslim yang tidak mengenal erti penat dan lelah dalam kajiannya. Sebagai maklumat, para pelapor Hadis yang masih hidup di zamannya adalah seramai 1080 orang.

Kesimpulannya, Hadis digandingkan dengan rantaian pelapor untuk meyakinkan pendengar dan pengkajinya. Rantaian pelapor menjadi bukti bahawa Hadis tidak dicatat pada zaman Nabi, berbeza dengan Quran yang dicatat secara rasminya pada zaman Nabi, dan oleh itu, Quran tidak memerlukan rantaian pelapor untuk mengesahkan kesahihannya yang mutlak.

Memandangkan teori isnad yang digunapakai oleh imam Bukhari dan imam-imam hadis yang lain telah gagal dalam penapisan hadis, maka menjadi tugas besar bagi kita untuk menapis semula hadis-hadis sahih, menggunakan neraca Quranik.

Sekian.

LazerJuan said...

Sdr Kassim and Melayu,

"How do you tell a goldfish born in a fishbowl that there are other colourful and more beautiful fishes in the rivers, lakes and oceans?"

I can humbly say that I understand the concept of `hadith re-evaluation'propogated by Kassim Ahmad.

However I wonder what is the ultimate goal behind such re-evaluation or `movement'.

Will it just be a forum restricted to the pages of this blog? A forum which spends most of its time having to read `hate mails' by those who don't understand or purposely do not want to understand?

Is there any chance of `hadith re-evaluation' be seriously looked into be the mainstream/orthodox?...I hate categorizing people!

Or would such enlightenment be just a personal experience as there is no point of telling the goldfish, as it is very happy with the way things are?

p.s Do envy the contented goldfish at times!!

Kassim Ahmad said...

Dear Sdr Lazerjuan,

1. Yes, indeed, it is nice to be blissfully ignorant, like the goldfish in the fish bowl!
2. I believe that one must do one's duty, i.e. "to commnd good and forbid evil", regardless of the outcome. But the truth is most Muslims have fallen into the trap of idolizing their ulama (read pristhood) who propagated the Hadith to them. But, think of it! Why cannot not enlightened Muslim leaders, nationally and internationally, get together to propose this re-evaluation? Disinterest? Fear? What? Do they even realize that Muslims have fallen from being first No. 1 Big Power in the early centuries to the humiliated international pawns of the Bid Powers in the 20th and 21st Centuries?
3. However, thank God, the Turkish Government have initiated precisely this move. (Read it in my blog.)Let us hope and pray that they succeed.
Wassalam.

Anonymous said...

Bapak Kassim ada bercerita tentang muzakarah PAS-UMNO dalam posting terdahulu. Bagaimana kalau saya cadangkan Bapak bermuzakarah dgn pengkaji hadis spt Dr Mohd Asri?
Mungkin boleh siarkan secara langsung -ala-ala debat Anwar-Shabery?

Anonymous said...

Bagaimana umat Islam dicegah daripada menilai semula Hadis

1. Dengan menerapkan kepercayaan bahawa Hadis benar-benar datang daripada Nabi Muhammad.
Alat yang digunakan;
Kritikan isnad - bahawa kritikan isnad telah berjaya menentukan mana hadis yang sahih, dan mana yang tidak.
Teori keselarasan Hadis - bahawa Hadis itu tetap benar, kerana datangnya daripada Nabi sendiri.

2. Dengan menonjolkan imam-imam Hadis sebagai pakar yang tidak dapat dicabar sepanjang zaman.
Alat yang digunakan;
Penutupan pintu ijtihad - bahawa segala usaha ulama' silam dalam mengkaji dan menilai ajaran Hadis telah mencapai kesempurnaan... "Siapa kamu yang hendak mengkritik Bukhari?"

3. Dengan memberikan imej para ulama' terkenal sebagai manusia luarbiasa.
Alat yang digunakan;
Kisah-kisah keramat para wali - bahawa sesiapa yang mengkritik ulama', akan mendapat bala daripada Allah, sebagaimana yang tercatat dalam banyak buku, termasuklah bala meninggal dunia dalam kekufuran!... "Semasa hidupnya, dia banyak mengkritik ulama'. Lihatlah kesudahannya."

4. Dengan menidakkan kelayakan umat Islam yang bukan ulama' untuk memahami Quran dengan akal fikiran sendiri.
Alat yang digunakan;
Status oligarki ulama' - bahawa tafsiran ulama' harus diikuti tanpa syarat dan ragu-ragu... "Bukankah ulama' itu pewaris para Nabi!"

5. Dengan kekerasan.
Alat yang digunakan;
Sikap fanatik - bahawa seseorang muslim yang fanatik terhadap agamanya dengan mudah 'digunakan' untuk mengambil tindakan terhadap kaum rasionalis... "Tahan dia dan kumpulannya. Kurung mereka lama-lama!"

6. Dengan hukuman murtad.
Alat yang digunakan;
Fatwa ulama' - bahawa sesiapa yang mempersoalkan kesahihan Hadis adalah murtad... "Darahnya halal, berdasarkan hadis yang ia tentang!"

Sekian.

Anonymous said...

Kontradiksi antara kitab fekah dan Quran: sebab-sebab yang membatalkan wudhu'

Dalam mazhab Syafi'ie, ada lima sebab yang membatalkan wudhu' [1];
1. Keluar sesuatu dari dua jalan (qubul dan dubur).
2. Sentuhan qubul dan dubur dengan tapak tangan (tanpa lapik).
3. Sentuhan antara kulit lelaki dan wanita yang bukan muhrim.
4. Tidur tidak tetap papan punggung.
5. Hilang akal.

Ini bermakna, jika sekurang-kurangnya salah salah satu daripada lima sebab ini berlaku, maka seseorang itu dikatakan berhadas kecil, dan diwajibkan berwudhu' untuk mengerjakan solat.

Bila kita merujuk kepada Quran, sebab 2-5 di atas bukanlah sebab yang membatalkan wudhu'. Bahkan ada satu lagi sebab yang membatalkan wudhu', tetapi tidak disenaraikan dalam kitab fekah - persetubuhan [2]. Anehnya dalam kitab fekah, persetubuhan adalah salah satu sebab yang mewajibkan mandi, bukan mewajibkan wudhu' sebelum mengerjakan solat! Sedangkan dalam Quran, satu-satunya sebab yang mewajibkan mandi ialah orgasme seksual.

Ini adalah contoh percanggahan besar antara Quran dan kitab fekah. Apakah lagi sebabnya, jika bukan kerana hadis palsu yang dijadikan rujukan, walau bagaimana kita membelanya sebagai hadis sahih sekalipun.


[1] Al-Iqna'
[2] O you who believe, do not observe the Contact Prayers (Salat) while intoxicated, so that you know what you are saying. Nor after sexual orgasm without bathing, unless you are on the road, traveling; if you are ill or traveling, or you had urinary or fecal-related excretion (such as gas), or contacted the women (sexually), and you cannot find water, you shall observe Tayammum (dry ablution) by touching clean dry soil, then wiping your faces and hands therewith. GOD is Pardoner, Forgiver. (Sura An- Nisa', 4:43)

Anonymous said...

Asalamu'alaykum Pak Kassim & Anonymous:

Saya pun dah habis baca buku "Mencari Jalan Pulang"(MJP), malangnya saya tak dapat belajar apa-apa. Terasa merugikan wang dan masa saya di samping mengelirukan.

Perlabuhan Pak Kassim agak tersasar. Adalah dinasihatkan agar Pak Kassim mencari kompas yang di'calibrate' dgn betul.

Analogi membunuh Hitler utk mengelak musibah besar(m/s171,MJP) sangat mendukacitakan. Kita tak mempunyai mukjizat seumpama Nabi Khidir untuk menghalalkan ISA.

N. Musa juga bukanlah seorang yang panas baran, tetapi ilmu yang dimilikinya pada waktu itu bertentangan dgn perbuatan N.Khidir (walaupun ilmu N.Khidir juga betul dengan mengetahui perkara yang akan berlaku.)Sebabtu N.Musa menegah.

Tak sangka juga Tun Dr M adalah pengkritik hadis (m/s197,MJP)malah cuba menggunakan Pak Kassim utk berdialog dgn pihak berkuasa agama (m/s200,MJP)dan akhirnya ditentang oleh Sdr Anwar.

Pak Kassim juga mempertikaikan kedatangan Nabi Isa dalam entry ini, namun mempercayainya secara simbolik (m/s211,MJP).

Mungkin juga Pak Kassim patut meneliti status hadis-hadis yg dirujuk, samada sohih atau terjerat dengan Israiliyat.

Pak Kassim juga patut berguru untuk mendalami ilmu Al-Quran, bukan dengan hanya membaca tafsir samada dalam B.melayu atau English tanpa pengusaan B.Arab yg baik.

Pembacaan berulang-ulang di samping memiliki pelbagai buku tafsir (m/s 177,MCP) tak bermakna Pak Kassim sudah menjadi ulamak malah menidakkan keintelektual ulamak. Kuantiti yang banyak tidak semestinya berkualiti.

Ini juga boleh mengelirukan Pak Kassim sendiri kerana gaya penulisan pentafsir berbeza.

Maka, saya berdoa agar pak kassim dapat menggunakan kompas yang betul agar mendapat panduan untuk berlabuh di tempat yang sepatutnya.

Semoga perjalanan yang dilalui Pak Kassim tidak lagi penuh dgn liku dan tidak menghabiskan byk masa berada dalam kekeliruan selepas berhijrah dpd sosialisme.

"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dlm kerugian!"

Wallahualam.

Anonymous said...

O you who believe, do not observe the Contact Prayers (Salat) while intoxicated, so that you know what you are saying. Nor after sexual orgasm without bathing, unless you are on the road, traveling; if you are ill or traveling, or you had urinary or fecal-related excretion (such as gas), or contacted the women (sexually), and you cannot find water, you shall observe Tayammum (dry ablution) by touching clean dry soil, then wiping your faces and hands therewith. GOD is Pardoner, Forgiver. Quran 4:43 [*]

#Kena bebas daripada mabuk apabila hendak solat, iaitu tahu apa yang diucapkan.

#Kena Mandi sebelum Solat

(i) Dalam keadaan biasa;
Kena mandi dengan sebab mengalami orgasme seksual.

(ii) Dalam keadaan sakit yang menyebabkan tubuh tidak boleh kena air, atau dalam keadaan bermusafir, atau jika ketiadaan
air;
Kena bertayamum.


#Kena Berwudhu' sebelum Solat

(i) Dalam keadaan biasa;
Kena berwudhu' dengan sebab buang air kecil, atau keluar angin, atau buang air besar, atau melakukan persetubuhan.

(ii) Jika ketiadaan air, atau dalam keadaan sakit yang menyebabkan anggota wudhu' tidak boleh kena air, atau dalam
keadaan bermusafir;
Kena bertayamum.


#Cara Bertayamum
Langkah 1: Menyentuh tanah kering lagi bersih, kemudian menyapu muka.
Langkah 2: Menyentuh tanah kering lagi bersih, kemudian menyapu kedua belah tangan.

#Tuhan Pemaaf, dan Pengampun
Maka kaedah wudhu' dan mandi yang normal ada pengecualiannya dalam keadaan terdesak, iaitu dengan tayamum sebagai
pengganti, tanpa dihukum berdosa terhadap pelakunya.

Sekian.

Nota:
[*] Terjemahan oleh Dr. Rashad Khalifa.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

Pak Kassim,

Pak Kassim tidak percaya akan kemunculan Imam Mahdi dan turunnya Nabi Isa,TETAPI dalam masa sama bapak percaya akan mukjizat Al-Quran dan cerita2 dalam Kitab seperti Khidir dan Nabi Musa. Dalam Al-Quran sendiri tidak tertera nama Khidir tetapi mengapa seluruh umat Islam 'bersetuju' bahawa manusia hebat itu adalah Khidir (juga disebut nabi).

Ini bermakna seluruh umat Islam bersetuju untuk mengambil rujukan dari 'kitab2' terdahulu yg juga sesetengahnya memanggil dongeng Israiliyat. Ini kerana Taurat, Zabur, Injil juga adalah 'ayat2' Tuhan cumanya kitab2 itu terpesong dari segi 'akidah' dan 'syariat'. Jadi bagaimana muslim boleh mempercayai sesuatu sejarah tetapi dalam masa sama mempertikaikan sejarah yg lainnya? Contoh, perdebatan tentang Nabi Muhammad yang 'ummi', Isra' dan Mikraj, ayat Mutasyabihat dan Muhkamat dll. Tidakkah perkara2 yg didebatkan itu tidak lain tidak adalah sebahagian 'perkara2 ghaib' yang akan diterangkan kemudian oleh Allah sendiri semasa Hari Akhirat?

Dan lagi, tidak ada salahnya membenarkan ajaran alim ulama terdahulu dalam sesuatu perkara cumanya jangan kita terjatuh dalam kategori taklid buta.

Tidak begitu?

Anonymous said...

ISA
Mungkin kita tidak mempunyai 'mukjizat' seumpama Khidir. Tetapi Tuhan mengurniai kita kebebasan untuk memilih jalan hidup kita sendiri, dan kuasa untuk membuat nasib kita sendiri. Tuhan kurniakan akal supaya kita berfikir dengan rasional dan saintifik, kemudian mengambil sikap dan tindakan yang sewajarnya dalam hidup, dan dalam pemerintahan. Bukan salah ISA jika ketidakdilan berlaku, tetapi salah orang yang mengambil kesempatan memperkotak-katikkannya demi kepentingan indvidual. Seseorang pemimpin harus memanfaatkan ISA untuk mempertahankan negara daripada dicabul kedaulatannya oleh musuh-musuh, terutamanya musuh dalam selimut. Maka ISA pada dasarnya adalah halal.

Musa
Nabi Musa menegah perbuatan Khidir bukan sahaja kerana beliau - tidak seperti Khidir - tidak mengetahui perkara yang akan berlaku, tetapi kerana sifatnya yang panas baran. Buktinya, sebelum pengembaraan mereka bermula, satu perjanjian telah dibuat, iaitu Nabi Musa harus bersabar dengan sikap dan tindakan Khidir. Malang sekali, Nabi Musa telah banyak kali hilang kesabarannya dengan Khidir. Orang yang panas baran sememangnya mudah hilang kesabaran.

Mahathir
Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah seorang rasionalis. Adalah perkara biasa bila seorang rasionalis mengkritik Hadis. Usaha beliau untuk mengadakan dialog antara Dr. Kassim Ahmad dengan pihak 'ulama' juga adalah suatu tindakan yang rasional dan boleh diterima akal. Nyata sekali bahawa Saudara Anwar Ibrahim, yang menentang usaha ini, bukan dari kaum rasionalis.

Isa
Nabi Isa sudah wafat. Quran sendiri, bukannya Hadis, yang menjelaskan hal ini. Maka kerana itu, mustahil beliau akan datang semula ke dunia ini.

Pendapat
Quran mengajarkan kita supaya mendengar semua pendapat, dan memilih mana yang terbaik. Oleh sebab itu, bacaan pelbagai tafsiran mengenai Quran, dan kemudian memilih tafsiran yang terbaik adalah kaedah yang diajarkan Quran sendiri. Dengan cara inilah kita harus berusaha untuk mendapat hidayah Tuhan.

'Ulama'
Seorang rasionalis seperti Dr. Kassim Ahmad tidak bercita-cita untuk menjadi 'ulama', bahkan beliau menentang kebanyakan ajaran 'ulama' yang bercanggah dengan ajaran Quran.

Penafsiran
Kekeliruan terhadap gaya penafsiran Quran yang berbeza-beza boleh dipecahkan dengan menjalankan fikiran. Kita tidak harus bersikap pasif dan negatif terhadap kepelbagaian ini.

Kompas
Kompas yang betul ialah Quran. Siapa sahaja yang mengamalkan ajaran Quran - mentauhidkan Tuhan, percaya pada hari akhirat, menegakkan kebenaran dan keadilan, mengerjakan amal kebaikan - telah berlabuh di tempat yang benar.

Semoga seribu orang seperti Dr. Kassim Ahmad akan muncul dalam abad ini.

Wassalam.

Anonymous said...

Isa dan Mahdi
Sebab utama mengapa ajaran tentang kemunculan Imam Mahdi dan Nabi Isa ditolak ialah, kerana ia tidak selaras dengan Quran.

Musa dan Khidir
Berkenaan mukjizat Quran, ada dinyatakan dalam Quran. Begitu juga dan kisah Khidir dan Musa, ada dalam Quran. Sebab itu kita wajib mempercayainya.

Nama Khidir
Quran tidak menyatakan nama 'Khidir'. Kerana apa yang penting bukanlah namanya, tapi peribadinya sebagai seorang hamba Tuhan yang saleh, yang dikurniai ilmu dan ingin dijadikan oleh Nabi Musa sebagai gurunya. Kalau ramai orang sudah mengenalinya sebagai seorang yang bernama Khidir, baiklah, kita panggilnya Khidir. Tidak kena jika kita banyak menghabiskan masa berdebat tentang nama sebenar 'Khidir'. Apa yang lebih patut kita lakukan ialah, menggali pengajaran daripada kisah Khidir dan Musa, kerana itulah yang Tuhan kehendaki.

Isra' dan Mikraj
Isra' dinyatakan dalam Quran, tetapi tidak dengan Mikraj, suatu konsep yang diajarkan 'ulama' selama ini.

Muhkamat dan Mutasyabihat
Ayat muhkamat dan ayat mutasyabihat boleh difahami oleh manusia. Bezanya, ayat mutasyabihat hanya difahami oleh segelintir orang berbanding ayat muhkamat. Tuhan menurunkan Quran untuk kita baca, kaji, fahami, dan amalkan.

Ajaran silam
Mana-mana ajaran 'ulama' terdahulu yang tidak bercanggah dengan Quran, dan tidak mencabar kelengkapan, kesempurnaan, dan keterperincian Quran harus kita terima. Ajaran-ajaran mereka yang sebaliknya pula, tertolak dengan sendirinya, walau bagaimana kita menafikan bahawa kita tidak bertaklid buta sekalipun.

Mohamad Farez Abdul Karim said...

Anak Malaysia,

Jika Allah itu Maha Berkuasa, tidaklah mustahil untuk Dia menghidupkan yang mati bukan? Dalam bentuk manakah sesuatu perkara itu selaras dengan Al-Quran? Kalau Allah mengurniakan mukjizat2 tertentu pada nabi2 terdahulu maka tidaklah susah untuk Allah mengurniakan mukjizat pada hamba2Nya yg lain bukan? Dan mempercayai mukjizat nabi itu tidak tergolong dalam syirik, malahan dengan mempercayainya manusia akan lebih lagi mempercayai keEsaan Tuhan.

Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan berbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyeleweng (dari jalan yang benar) dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaan yang salah). (2) Dan dia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri. (3) Segala yang diperkatakannya itu (samada Al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. (4)

Tentang mi'raj, apa yg diceritakan Quran pada surah An-Najm ayat 5-12?


Dan ingat saudara, dengan menolak sesuatu atas sebab tidak selari dengan Al-Quran, maka dengan tidak sengaja kita telah menolak intipati Al-Quran sendiri seperti perintah solat dsbnya yang tidak diterangkan cara2nya di dalam Quran. Dua jenis manusia, ada yg cenderung dengan ayat muhkamat dan ada yg cenderung dengan mutasyabihat, siapakah golongan yg sia2 yang Tuhan bersumpah dalam surah Al-Asr?

Salam.

Anonymous said...

Isa
Nabi Isa sudah mati, sebagaimana yang dinyatakan dalam Quran. Beliau dan juga nabi-nabi lain, seperti Ibrahim, Musa, Noh, dan Muhammad telah meninggalkan dunia ini setelah selesai menjalankan tugas masing-masing. Apa yang tinggal ialah kitab-kitab suci yang mereka bawa, khususnya Quran sebagai kitab suci yang terakhir. Kepercayaan bahawa Nabi Isa akan turun semula ke dunia ini hanyalah berdasarkan salah faham bahawa beliau belum mati, sedangkan Quran sendiri menjelaskan kematiannya. Sebab itulah ajaran tentang penurunan Nabi Isa tidak selaras dengan Quran.

Memang Tuhan berkuasa menghidupkan orang yang telah mati. Tapi mengapa percaya bahawa Nabi Isa sahaja yang akan turun? Bagaimana dengan Nabi Ibrahim, Noh, Musa, Muhammad dan nabi-nabi lain? Mengapa mereka tidak akan turun sama?.. Jawabnya, kerana mereka telah mati dan tidak ada bukti bahawa mereka akan turun semula ke dunia ini. Maka begitulah juga halnya dengan Nabi Isa. Beliau sudah mati, dan tidak ada bukti tentang penurunannya, kecuali mitos orang-orang Kristian bahawa Nabi Isa tidak mati, sebaliknya diangkat ke langit dan akan diturunkan semula di akhir zaman. Maka kita tidak mungkin mempercayai penurunan semula Nabi Isa, kecuali jika kita percaya dengan mitos orang-orang Kristian.

Wahyu
Anak Bumi telah memberikan terjemahan ayat 2-4 dalam surah An-Najm. Sebenarnya ayat tersebut tidak merujuk kepada percakapan biasa Nabi Muhammad, tetapi merujuk kepada penurunan wahyu kepada beliau. Konteks ayat-ayat tersebut dapat difahami dengan turut merujuk ayat-ayat sebelum dan selepasnya;

Demi bintang jatuh. Kawanmu tiadalah sesat, atau pendusta. Dia tidak bercakap menurut keinginannya sendiri. Ini wahyu Ilahi. Satu ajaran daripada yang amat kuat. Pemilik kuasa tertinggi, yang mengendalikan (semua kuasa). Dari ufuk tertinggi. Ia menghampiri dengan bergerak turun. Hingga ia datang sedekat-dekatnya. Lalu ia wahyukan kepada hambaNya apa yang Ia wahyukan. (An-Najm:1-10)

Ahli-ahli tafsir masyhur telah mengesahkan bahawa ayat-ayat dia atas merujuk kepada penurunan wahyu, bukan percakapan biasa Nabi[*].

Mi'raj
Ulama mengajarkan, semasa Mi'raj, Nabi Muhammad menerima perintah solat, dan tawar-menawar dengan Tuhan tentang bilangan waktu solat atas nasihat nabi Musa. Ajaran sebegini tidak selaras dengan Quran. Sedangkan perintah solat berlaku pada zaman Nabi Ibrahim lagi, dan diperturunkan dari satu generasi ke satu generasi, hingga ke zaman Muhammad. Bahawasanya Nabi Muhammad itu, telah mengamalkan solat sebelum beliau menjadi nabi lagi, berdasarkan Sirah Nabi[**]. Nabi Ibrahim berdoa;

“Tuhan kami, jadikanlah kami Muslim (tunduk) kepadamu dan daripada keturunan kami biarlah lahir satu bangsa Muslim (yang tunduk) kepadaMu. Ajarkanlah kami bagaimana hendak mengamalkan ibadah-ibadah agama kami, dan ampunilah kami, Kau maha pengampun, maha penyayang.” (Al-Baqarah:128)

Keselarasan
Sesuatu ajaran itu dikatakan tidak selaras dengan Quran bilamana ia bercanggah dengan ajaran Quran. Jika ajaran itu tidak bercanggah dengan Quran, maka ia dikatakan selaras dengan Quran, walaupun ia tidak dinyatakan secara tersurat dalam Quran. Maka tidaklah munasabah bila dikatakan bahawa, penolakan terhadap ajaran yang tidak selaras dengan Quran bermakna penolakan terhadap intipati Quran sendiri.

Muhkamat, mutasyabihat
Ingatlah wahai Anak Bumi; Quran diturunkan untuk kita baca, kaji, fahami, dan amalkan.


[*] http://kassimahmad.blogspot.com/2008/03/hadis-satu-penilian-semula-7-perkataan.html
[**] http://kassimahmad.blogspot.com/2008/08/hadis-satu-penilaian-semula-20-bab-iv.html