Sunday, August 17, 2008

Hadis: Satu Penilian Semula #22


Kontradiksi Dengan Sains, Sejarah dan Akal


Akhir sekali, kita perlu menguji Hadis dari segi keselarasannya dengan sains, sejarah dan hukum akal. Quran mengajar kita bahawa alam semulajadi merupakan tanda-tanda atau ayat-ayat Tuhan. Sains satu ilmu yang mengkaji pelbagai aspek alam semulajadi. Hasil-hasil kajian ini yang kebenaranya telah teruji tidak dapat tidak akan mensahkan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Quran dan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Quran dan kenyataan-kenyataan lain yang benar. Kenyataan-kenyataan yang bercanggah dengan hasil-hasil kajian sains yang telah teruji, sebaliknya tidaklah dapat diterima. Begitu dengan sains dalam bidang alam semulajadi, begitu juga dengan sejarah dalam bidang aktiviti manusia. Apa yang dibuktikan oleh sejarah adalah benar dan tidak boleh bercanggah dengan Quran. Sebaliknya, apa yang dipalsukan oleh sejarah adalah tidak benar. Demikian juga dengan hukum akal.

Seorang ahli sains yang telah membuat satu kajian yang mendalam terhadap Quran dan Hadis, Dr. Maurice Bucaille, berkata: “Saya telah membanding hasil-hasil kajian saya tentang hadis dengan yang telah saya kemukakan dalam bahagian mengenai Quran dan sains moden. Hasil-hasil perbandingan ini berdiri sendiri sebagai bukti. Pernbezaannya sungguh menakjubkan di antara ketepatan maklumat yang terkandung dalam Quran, bila dibandingkan dengan pengetahuan moden sains, dan kesangsian yang amat ketara pada setengah kenyataan hadis berhubung dengan perkara-perkara saintifik… Pernbandingan ini menonjolkan perbezaan yang amat ketara di antara karangan-karangan zaman ini (iaitu hadis), yang bertaburan dengan kenyataan-kenyataan yang tidak tepat dari segi sains, dan Quran, Kitab Wahyu Bertulis, yang bersih dari kesilapan-kesilapan ini.”29

Kalau kita ada masa, kita boleh mengutip beratus contoh, tetapi memadailah dengan sedikit saja.

1. Perjalanan Matahari

Sebuah hadis berkata: “Abu Zarr melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata bila matahari jatuh, ‘Tahukah anda ke mana ia pergi?…Ia beredar hingga ia sujud di bawah Arasy. Ia meminta izin lalu dibenarkan… Ia sujud tetapi tidak diterima, dan ia akan meminta izin tetapi tidak dibenarkan dan ia akan diperintah: balik ke tempat kamu datang. Jadi, ia akan naik di tempat ia jatuh…” (Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkat, jil. iv, h. 53-54, no. 88) Hadis ini bercanggah dengan Quran yang menerangkan” “Dan matahari beredar mengikut peredaran tertentu.” (36:38) Kenyataan hadis ini juga bercanggah dengan apa yang berlaku sebenarnya, seperti yang telah dibuktikan oleh sains, iaitu bumi mengelilingi matahari, dan bukan sebaliknya.

2. Perintah Sembahyang

Kita telah membuktikan bahawa perintah sembahyang telah diberi oleh Tuhan kepada Nabi Ibrahim dan kaumnya, dan amalan ini telah diperturunkan, generasi demi generasi, hingga kepada Nabi Muhammad dan umatnya. Hal ini disahkan oleh sejarah, seperti telah saya tunjukkan.

3. Anti-Wanita

Beberapa hadis bersifat anti-kaum wanita. Ini bercanggah dengan ajaran Quran dan hukum akal. Satu daripadanya berbunyi: “Abu Sayeed al-Khudri melaporkan seorang wanita datang kepada Rasulullah semasa kami berada bersama-sama beliau dan berkara, ‘Suami saya…memaksa saya membuka puasa sedangkan saya berpuasa…’ (Setelah Nabi mendengar jawapan suaminya yang kuat nafsu) Nabi pun berkata, ‘Wanita tidak boleh berpuasa kecuali dengan izin suaminya…’” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, Mishkat, jil. I, h. 215-16, no. 72) Saya yakin Nabi tidak pernah berkata demikian kerana ia bercanggah dengan ajaran Quran dan bertentangan dengan watak Nabi yang menghormati dan memuliakan wanita. Bukankah hadis ini, seperti banyak hadis lain, memalsukan dan memfitnahkan Nabi?

4. Anti-Riadah

Mengenai riadah yang memang baik untuk kesihatan badan, mengikut kajian sains dan hukum akal, sebuah hadis berkata: “Oqabah bin A’mer melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘Semua permainan lelaki haram kecuali berpanah, melatih kudanya dan bermain dengan isterinya…” (Riwayat Tirmidhi, Ibn Majah dan Abu Daud, Ibid., h. 216-17, no. 75)

5. Anti-Akal

Banyak hadis bersifat anti-akal sedangkan Quran menyuruh manusia menggunakan akalnya. Satu daripadanya berbunyi: “Jundub melaporkan Rasulullah telah berkata, ‘Barangsiapa mentafsirkan Quran mengikut fikirannya sendiri dan tafsiran itu betul, maka dia berdosa.” (Riwayat Tirmidhi dan Abu Daud, Mishkat, jil. I, h. 364, no. 56) Sifat anti-akal hadis ini tidak perlu diulas.

Sudahlah nyata bahawa banyak hadis di dalam Enam Buku ‘sahih’ ialah “omong kosong untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa pengetahuan, dan untuk memperolok-olokkannya”, seperti yang diterangkan oleh Quran dengan begitu tepat, padat dan cantik. Sekarang terpaksalah kita mengaku bahawa Hadis/Sunnah tidak boleh kita pegang sebagai autoriti dan sebagai sumber perundangan dan akidah.

Ini tidak bermakna kita perlu membakar semua buku hadis. Buku-buku Hadis tetap berdiri sebagai catatan sejarah, sepertimana buku-buku sejarah lain, atau sepertimana buku-buku lain. Kebimbangan seorang sarjana Islam moden radikal yang masyhur, Profesor Fazlur Rahman, dalam hal ini tidak kena pada tempatnya. Beliau berkata: “Kerana jika Hadis pada keseluruhannya dibuang, dasar sejarah bagi Quran dibuang sekaligus.”30 Hujah ini kerap sekali diulang dan ditekan oleh ahlul-Hadis, tetapi ia tidak berasas langsung. Bukti sejarah bagi Quran, dan Nabi Muhammad yang membawanya juga, ialah Quran sendiri, kewujudan umat Islam hingga hari ini dan kewujudan beberapa rekod dan laporan sejarah, termasuk buku-buku hadis sendiri. Quran tanpa hadis sedikit pun tidak terjejas. Demikian juga Nabi Muhammad. Malah Nabi Muhammad akan muncul lebih bersinar dan lebih agung tanpa khurafat dan bid’ah Hadis/Sunnah yang telah difitnahkan kepada beliau.

Sebagai satu laporan sejarah, Hadis tetap berguna dan akan dipakai, tetapi, seperti semua laporan sejarah, ia tidak boleh diterima sepenuhnya sebagai benar sebelum dikritik dan ditapis dengan keterangan sah dari sains, sejarah dan wahyu.


Sambongan: BAB V Kesimpulan: Kembali Kepada Ajaran Nabi Muhammad yang Asal - Quran

21 comments:

Anonymous said...

Tak pernah jumpa pun contoh-contoh hadis yg Sdr Kassim bagi. Rekaan ke ni??

Frozen said...

Pak Kassim masih baru dalam hidup saya, mengenali Pak Kassim pun melalui DARI SOSIALISME KEPADA ISLAM, selepas itu saya sedikit2 mencari bahan mengenai Pak Kassim, mmg kontroversi tapi bagi saya perlu difahami...

Falsafah, Pak Kassim menggemari falsafah, hidup Pak Kassim dipenuhi falsafah....

Perjuangan Pak Kassim berat, bagi saya tersgt berat, untuk menyedarkan umat tentang hadith2 yang bercanggah dengan al-quran saya kira bagaikan berkelahi didalam mimpi, maafkan saya Pak Kassim, ianya hampir mustahil...

Hilang adat tegal muafakat Pak Kassim, tapi melayu Islam sekarang bodoh sombong, berilmu secupak mendada selangit!

Saya sokong perjuangan Pak Kassim selagi berpaut pada kalimah syahadah, saya fikir saya faham apa yang Pak Kassim maksudkan dengan penolakan hadith, namun andaikata saya silap, sudilah kiranya diberi barang teguran.

Teruskan Perjuangan!!

Anonymous said...

to no name, blog ini dan penulisan dr kassim perlu dibaca berkali-kali, fahami dan keep it to yourself, menuduh dan menyelar orang memang mudah, ini menunjukan awak sebagai individu yang tak bermaruah, mencari publisiti murah dilaman ini, saya mendapat banyak pelajaran dan menafaat sejak mengikuti tulisan ini.

Kassim Ahmad said...

Kepada saudara-saudara yang membuat komen,
1. Terima kasih. Perjuangan ini akan tetap diteruskan. Ini sunnatullah!
2. Hadis-hadis 'sahih' Bukhari dan Muslim yang bercanggah dengan Quran terlalu banyak. Baca buku-buku saya dengan fikiran terbuka dan teliti. Jangan baca dengan prasangka!
3. Tidak ada yang mustahil, dengan izin Allah. Rancangan Tuhan ialah menegakkan kebenaran dan menjatuhkan kepalsuan.
Wassalam.

Anonymous said...

Assalamualaikum saudara Kassim Ahmad.

Saya berminat membaca hasil tulisan saudara. Kerana banyak perkara dan persoalan yang diungkap oleh saudara yang banyak kebenaran di sebaliknya.

Cuma sedikit perkara yang buatkan saya tertanya. Adakah saudara mempertikaikan sesuatu yang keluar dari mulut Nabi Muhammad s.a.w?

Pada pandangan saya, kata-kata yang disampaikan Rasulullah pada ketika itu dikatakan sebegitu supaya orang Islam pada zaman itu boleh memahami apa yang ingin disampaikan. Begitu juga dengan mukjizat nabi yang sebenarnya bertujuan untuk orang di zaman itu mengakui kenabian beliau. Daya fikir orang zaman dulu mungkin tidak setanding dengan orang zaman sekarang yang sudah membuktikan segala yang terkandung di dalam Al-Quran dengan teori sains. Dan terbukti mukjizat nabi terbesar ialah Al Quran yang kini kita mengakui kebenaran segala kandungan di dalamnya, menggunakan kehalusan hati dan ketajaman akal.

Kesimpulannya, kita tidak boleh menolak kesahihan hadis tetapi kita perlu mengasingkan yang mana relevan dan yang mana tidak untuk dirujuk pada masyarakat Islam zaman kini.

Islam perlu berlandaskan Al Quran dan Al Hadis, tetapi Al Quran sememangnya wahyu dari Allah yang isi kandungannya sentiasa releven diamalkan tidak kira zaman, tempat dan bangsa. Hadis menjadi sumber rujukan kedua selepas Al Quran dan rujukan ketiga ialah kisah para sahabat dirujuk untuk ahli mufti menetapkan sesuatu fatwa.

Semoga saudara masih terus menulis sebarang pandangan kerana ramai yang ingin membaca tulisan saudara.

moloyue said...

Kpd Ben Izzat,
Perjuangan Pak Kassim ini memang berat, sangat berat. Bukan senang nak menyesatkan lebih drpd 1 bilion umat Islam. Hanya mereka yg tidak mempunyai asas pengetahuan Agama Islam yg boleh terpengaruh dengan ajaran anti-hadis pak kassim ni.
Pak Kassim ni tak solat pun. Dia hanya lakukan "contact prayer". Dia pun tak pernah beritahu macam mana dia lakukannya.
Saya syak Ben Izzat dan Korin tu adalah Pak Kassim sendiri sebab dia mengalami tekanan jiwa yg hebat kerana tiada siapa yg memberikan perhatian serius terhadap penulisan beliau.
Walaupun demikian, ada juga makhluk yg sedia berkhidmat untuk kebenaran. Sila layari: http://antiantihadeeth.blogspot.com dan http://www.call-to-monotheism.com/hadeeth_rejecters

LazerJuan said...

moloyue,

thank you, thank you thank you from the bottom of my heart for introducing me to ~ Sila layari: http://antiantihadeeth.blogspot.com dan http://www.call-to-monotheism.com/hadeeth_rejecters

after visiting the websites, bertambah minat lagi saya membaca the writing and thoughts of Kassim Ahmad!!

If Kassim Ahmad is suffering from multiple personalities (as you claim)..baguslah, bertambah mendalam lagi minat saya pada Kassim Ahmad blogspot.

p.s. just to add salt to the wound, mungkin moloyue ni pun kassim ahmad?!...boleh moloyue ajar cara-cara "contact prayer"?

Kassim Ahmad said...

Kepada Sdr Ensuffian,
1. Pendirian saya tentang Hadis telah saya terangkan dalam "Hadis - Jawapan Kepada Pengkritik" (Bab 5). Sila baca.
2. Ringkasnya, kita boleh letakkan sumber-sumber ilmu bagi orang mukmin kepada dua: Quran di kedudukan No. 1; dan yang lain, termasuk Hadis di kedudukan No. 2. Quran MENGATASI sumber-sumber lain; sumber-sumber lain TIDAK BOLEH mengatasi Quran.
3. Jangan lupa hadis-hadis Bukhari, Muslim dan lain-lain dikutip dan ditapis antara 250-350 tahun setelah nabi Muhammad wafat. Banyak hadis direka dan palsu untuk menyelewengkan umat Islam! Namun demikian, ada banyak juga hadis yang selaras dengan ajaran Quran. Ini boleh kita pakai.
Wassalam.

Mr Belimbing said...

Salam,

Moloyue ini seperti orang yg tidak berfikir dengan rasional. Kalau sdr lebihkan masa untuk membaca Quran dan memahaminya tentu sdr tidak mengalami masalah untuk menyokong perjuangan Pak Kassim.

Agaknya sdr ini pengikut fanatik yang tidak pernah membaca dan membuat kajian ttg hadis oleh Bukhari dsbnya, sbb itu sdr tidak nampak kelemahan, kepalsuan, kecacatan dan kezaliman hadis-hadis tersebut terhadap manusia.

Cubalah sdr membaca Quran dalam bahasa sendiri supaya sdr boleh memahami apa yg cuba disampaikan oleh Tuhan manusia. Begitu banyak ayat-ayat di dalam Quran yg menyeru manusia supaya menggunakan akal, penglihatan, dan pendengaran untuk mempertimbangkan sesuatu isu sebelum mempercayainya. Janganlah dalam ketaksuban tanpa disedari saudara mengutuk orang-orang yg mempertahankan kesucian dan kemulian Quran. Jika sdr Moloyue sukakan kesesatan, janganlah pula menghalang manusia lain daripada Jalan Yang Lurus!

Menurut Moloyue, Pak Kassim cuba menyesatkan 1 bilion manusia. Adakah mengajak manusia kembali dan patuh kepada Quran suatu perkara yg menyesatkan? Pemikiran yang seperti saudara inilah yang akan menyesatkan lebih ramai manusia. Manusia seperti saudara ini, seolah-olah cuba menghalang manusia kembali kepada Quran. Mungkin, golongan yang berfikiran kolot seperti saudara akan berpuas hati jika dapat mengajak manusia meninggalkan Quran dan mengamalkan hadis-hadis Bukhari, etc.

Saya sudahi komen saya ini dengan pesanan ikhlas kepada Moloyue dengan ayat berikut:

"Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan."[25:44]

Anonymous said...

moloyue,
We certainly got bored of you here, you are trying to get some attention for your blog and we are not buying that ,or browse on your blog.If you don't like this blog don't come and visit instead of putting a link to publicise it.

To respect Dr kassim as an elder I am not going to call you names or anything, besides I am a mature person and I wont be as low as you , degrading other's way of thinking and slandering others.you can e mail me at korin116@gmail.com , I will give you my phone number so you can justify if I were Dr Kassim or not , or we can even meet.
menuduh orang tanpa usul periksa adalah fitnah...

moloyue said...

Kpd Korin, Belimbing, Lazerjuan, and whoever,
Saya hanya mahu melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang Islam untuk mengingatkan pelawat-pelawat blog Kassim Ahmad agar berwaspada dengan dakyah anti-hadisnya.
"contact prayer" ini adalah disebut oleh Kassim Ahmad bukan saya. Saya sembahyang atau solat di rumah, surau dan masjid seperti orang-orang Islam lain. Kassim Ahmad tak solat sebab dia tak mahu ikut hadis. Saya teringin nak tahu bgmmana dia lakukan sembahyangnya atau apa yg dia panggil "contact prayer". Dia letakkan kepala dia kat tembok spt orang Yahudi ke?
Kpd mereka yg telah faham/salah faham agama Islam dan mahu menganuti ajaran Kassim Ahmad suka hatilah: "Bagi kamu agama kamu dan bagi ku agama ku" Al-Kafirun ayat 6.
Dakyah Kassim Ahmad tidak boleh dibiarkan sahaja tanpa disanggah.

moloyue said...

Kpd Korin,
Ok sorry Korin, sdra mungkin sebenarnya wujud. sebab sdra kassim ahmad pernah menjawab komen saya menggunakan nama-nama lain dan menggunakan bahasa yg agak kesat. Dengan cara ini beliau boleh lari dari bertanggungjawab.
Cakap pasal fitnah, penentangan terhadap hadis adalah satu fitnah yg sangat besar terhadap umat Islam.

moloyue said...

Kpd Mr. Belimbing,

“Menurut Moloyue, Pak Kassim cuba menyesatkan 1 bilion manusia. Adakah mengajak manusia kembali dan patuh kepada Quran suatu perkara yg menyesatkan?” Mengajak dan patuh kepada Quran tidaklah menyesatkan tetapi tanpa panduan hadis atau dibaca bersama hadis ia adalah menyesatkan.

“Janganlah dalam ketaksuban tanpa disedari saudara mengutuk orang-orang yg mempertahankan kesucian dan kemulian Quran.” Bagaimana seorang muslim boleh mengutuk orang-orang yg mempertahankan kesucian dan kemuliaan Quran? Apa yg saya sanggah ialah membuat tafsiran Quran sendiri tanpa kelayakan dan panduan hadis. Sedangkan terjemahan terus pun terdapat berbagai-bagai makna apatah lagi tafsiran yg dibuat sendiri.

“Adakah mengajak manusia kembali dan patuh kepada Quran suatu perkara yg menyesatkan? Pemikiran yang seperti saudara inilah yang akan menyesatkan lebih ramai manusia. Manusia seperti saudara ini, seolah-olah cuba menghalang manusia kembali kepada Quran.” Mengajak manusia kembali dan patuh kpd Quran, bunyinya memang tak ada salah tetapi apakah maksud sebenarnya? Maksud sebenarnya ialah menolak semua hadis: itulah yg menyesatkan! Baca Quran (asal dlm arab), belajar dan kaji maksud dan tafsirannya dan laksanakan semua tuntutannya memang dituntut drpd semua orang Islam, tetapi berpandukan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Kalau kita berpegang kpd dua perkara ini, Quran dan Sunnah Rasulullah kita tidak akan sesat. Jika hanya berpandukan Quran tanpa Sunnah, itu yg menyesatkan.

Diharap ini dpt menjelaskan pendirian saya (malah pendirian majority besar umat Islam) terhadap Quran.

Anonymous said...

Sdr Moloyue,
Perjuangan Pak Kassim sesungguhnya berat. Sebabtu beliau menghadapi tekanan perasaan yang sangat hebat untuk menyesatkan umat islam!

Beliau telah berjaya menyesatkan Korin, Mr Belimbing, Ben Izzat (nama macam ala-ala yahudi je) malah telah menjadikan mereka ekstremis dan cauvinis!. Memalukan.

Kassim Ahmad said...

Kepada Sdr Moloyeu,
1. Jika seseorang itu berkeras hendak mempertahankan "Islam baka" yang dia warisi dari nenek-moyang, walaupun berhadapan dengan bukti-bukti yang amat jelas bahwa Quran itu lengkap, sempurna dan terperinci, apa saya boleh buat? Dia kena tefrima resiko dari perbuatannya sendiri?
2. Sdr Moloyeu tidak nampakah keadaan umat Islam yang berpecah-belah, lemah dan hina pada hari ini, akibat daripada penyelewengan mereka?
3. Agama seseorang bukan ditentukan oleh namanya. Manusia ada tiga jenis: (i) mukmin, (ii) kafir, dan (iii) munafik, bergantung kepada adakah dia beriman kepada Tuhan Yang Esa atau tidak. Fikirlah di mana Sdr duduk!
Wassalam.

Anonymous said...

Fatwa Mufti Perak


Kategori : Akidah
Tajuk : Gerakan Anti-hadis

Isu : "A. BAHAWA BUKU YANG BERTAJUK –

(a) "Hadis Satu Penilaian Semula" dan "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik" yang kedua-duanya ditulis oleh Kassim Ahmad;

(b) "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di dalam al-Quran" yang ditulis oleh Idris Abdul Rahman;

(c) "Bacaan" yang ditulis oleh Othman Ali;

(d) "The Computer Speaks – God's Message To The World" yang ditulis oleh Dr. Rashad Khalifa,


adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islam serta mengeliru dan menyesatkan masyarakat Islam. Ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku tersebut, antara lain, menolak hadith sahih (iaitu hadith yang disahkan bersumber daripada Rasulullah S.A.W.) sebagai sumber aqidah dan perundangan Islam, menghina kedudukan Rasulullah S.A.W. dan menghina al-Quran dengan mempertikaikan kesahihan serta memesongkan pengertian sebenar ayat-ayat al-Quran tersebut.Adalah mengandungi ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang bertentangan dengan aqidah dan syariah Islamiah serta menglirukan dan boleh menyesatkan masyarakat Islam, oleh itu adalah diharamkan.
B. BAHAWA orang dan kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku yang disebut terdahulu adalah suatu kumpulan orang yang sesat dan bertentangan dengan aqidah, syariah dan akhlak Islamiah.


Fatwa :

Pada menjalankan kuasa yang diberi oleh Seksyen 34 (2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 1992, Sahibus Samahah Mufti Negeri Perak Darul Ridzuan membuat fatwa yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa "Majlis Agama Islam dan 'Adat Melayu Perak" Darul Ridzuan pada 2 Jamadilawal 1416 bersamaan 27 September 1995, dan atas titah perintah Duli Yang Maha Mulia Sultan mengisytiharkan fatwa tersebut seperti berikut

C. OLEH YANG DEMIKIAN –

(1) mana-mana orang atau kumpulan yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik ", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; adalah murtad;
(2) mana-mana orang Islam adalah dilarang -

(a) mengajar, mempelajari, mengamalkan berpegang kepada atau menyebarkan ajaran- ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku "Hadis Satu Penilaian Semula", "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World";


(b) mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan, menyebarkan atau mengedarkan buku "Hadis Satu Penilaian Semula," "Hadis Jawapan Kepada Pengkritik", "Pendedahan Kebenaran Adalah Dari Tuhanmu – Hadith Di Dalam al-Quran", "Bacaan" atau "The Computer Speaks: God's Message To The World"; atau mana-mana bahagiannya, termasuk –
(i) apa-apa bentuk, versi atau variasinya;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii) apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku itu,pada atau atas apa-apa bahan, sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

(c) menjadi anggota atau memimpin mana-mana Golongan Antihadith atau membantu dalam menghidupkan atau mengembangkan kumpulan sedemikian."


Rujukan Pewartaan : No:139 Jil.49
Tarikh Pewartaan :

15 Feb 1996

http://pakngah70.blogspot.com/

Anonymous said...

1. Dengan fatwa Mufti Perak yang dikemukakan oleh 'anonymous' di atas, semua pembaca dapat mengenali ulama dengan lebih dekat lagi. Ini sedikit sebanyak merupakan gambaran sebenar ulama.

2. Ada suatu kaum yang menentang keras (secara umum) fatwa sebegini. Itulah kaum Muktazilah, samada di zaman keemasan Islam, mahupun di zaman moden ini.

3. Di antara ciri-ciri kaum Muktazilah ialah, "mengibarkan panji-panji kebebasan intelektual". Mereka memperjuangkan kebebasan untuk berfikir, dan untuk bersuara menyatakan fikiran.

4. Saya rasa, mana-mana pembaca yang ada menemui fatwa-fatwa seumpama fatwa ulama di atas, patut juga mengemukakannya di sini. Dengan ini, kita boleh mengenali, mengkaji, dan memahami dua aliran pemikiran yang saling bercanggah.

5. Dua aliran pemikiran yang dimaksudkan ialah, aliran ulama ortodoks (memperjuangkan teologi Asy'ari dan teori jurispruden As-Syafi'ie), dan aliran Muktazilah (diperjuangkan oleh penulis blog ini dan kumpulannya).

6. Maka 'anonymous' telah merintis suatu jalan untuk membantu para pembaca untuk memahami dua aliran pemikiran yang berbeza, dan kemudian, memilih mana yang terlebih baiknya.

7. Sekian. Wassalam..

Ampuan Awang said...

Assalamu'alaikum Pak Kassim...

Tetiba saya teringin nak masuk blog Pak Kassim, itupun selepas saya membeli buku terbaru Pak Kassim... Pengalaman Pak Kassim cukup luas sebab Pak Kassim merasainya peritnya berjuang untuk agama Allah. Hanya disebabkan tersilap kefahaman, orang yang tak salah menjadi mangsa. Semoga Allah menyelamatkan kita dari segala ancaman musuh sebegini yang diibaratkan sebagai musuh dalam selimut... Suatu penilaian semula harus dilakukan,bukan terhadap Quran ataupun Hadis tapi terhadap ketidakfahaman sesetengah pihak yang terus menghukum orang lain tanpa mengkaji tentangnya terlebih dahulu... Perjuangan kita takkan pernah selesai. Ia akan terus berjalan sehinggalah kita semua kembali pada Pencipta... Kembali pada Rabb penguasa alam...

Ellyas said...

Salamunalaikum Dr Kassim
Teruskan perjuangan anda.Kami umat Islam Pro-quran di maLaysia memberi galakan & sokongan kepada anda.Kami berdoa kepada Allah agar tuan berada dalam keadaan sihat sejahtera.Insyaallah...
Allah Disanjung! Allah Disanjung! Allah Disanjung!
Salam..............

hasmadi said...

Banyak perkara yang saya sependapat dengan pak kassim.cuma saya nak tahu bagaimana cara pak kaasim bersolat.sebab perintah solat dinyatakan didalam quran,boleh pak kasim jelaskan?terima kasih.

farah n said...

Assalamualaikum. Maaf saudara Kassim Ahmad.
Perjuangan saudar untuk memuliakan al-quraan memang tidak dapat disangkal lagi..Allah juga telah menyatakan kepentingan mengambil menjadikan apa yang dibuat dan dinyatakan oleh utusanNya (Muhammad) sebagai ikutan kita. Cubalah saudara rujuk di dalam al-quran. Sbb Allah menjanjikan Rasuullah sebagai utusanNa .. Baginda adalah al-Quran bergerak.. Baginda memperjelas bagaimana hendak mengamalkannya dalam kehidupan seharian..
Dalam al-quran terdapat banyak ayat menyatakan mengenai solat. Tp Rasulullah lah yang menjelaskan bagaimana solat itu dilakukan