Sunday, August 10, 2008

Hadis: Satu Penilaian Semula #21

Bab IV: Kritikan Terhadap Hadis

Kontradiksi Dengan Hadis

Seperti telah dinyatakan, oleh kerana Hadis merupakan pandangan dan pendapat pelbagai puak dan golongan, maka terdapat banyak percanggahan antara satu dengan lain. Berikut kita senaraikan setengah daripadanya:

1. Mengenai Penulisan Hadis

Terdapat hadis-hadis ‘sahih’ yang melarang dan juga yang membenarkan penulisan hadis. Sebuah yang melarang berbunyi: “Abi Sa’id Al-Kudri melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘Jangan menulis sesuatu daripadaku selain Quran. Barangsiapa menulis sesuatu selain Quran hendaklah memadamnya’.” (Riwayat Muslim dan Ibn Hanbal). Sebuah yang menyuruh pula berbunyi: “Abdullah bin Amr melaporkan bahawa Rasulullan telah berkata, ‘Sebarkanlah daripadaku walaupun satu ayat…Barangsiapa mendustakan aku dengan sengaja, bersedialah ia untuk duduk dalam neraka’.” (Riwayat Bukhari). M. Hamidullah berhujah mengatakan larangan itu disebabkan oleh keadaan tertentu dan kemudian dimansuhkan. (Sahifah Hamam Ibni Manabih, h. 100-03). Hujah ini lemah.

2. Pidato Perpisahan

Ada dua buah hadis mengenai Haj akhir dan pidato perpisahan Nabi. Sebuah yang diriwayatkan oleh Malik bin Anas yang menyatakan Nabi meninggalkan dua perkara – Kitab Allah dan Sunnah Rasul – dianggap lemah. Sebuah lagi dilaporkan oleh Jabir bin Abdullah mempunyai dua versi: (i) “… Dan telah aku tinggalkan di kalanganmu satu perkara: jika kamu berpegang kepadanya, kamu tidak akan sesat selepasku – Kitab Allah. Kamu akan ditanya mengenaiku…” (ii) “… Dan telah aku tinggalkan di kalanganmu satu perkara: jika kamu berpegang kepadanya, kau tidak akan sesat selepasku – Kitab Allah dan apa yang kamu dapat daripadamu melalui soalan (hadis). (Riwayat Muslim) (Lihat Mishkat, jil. iii, h. 584-90, no. 46 dan jil. I, h. 172 no. 118). Nampaknya versi (ii) laporan Jabir telah disalah-terjemah dan dipinda. (Lihat atas, h. 88-89)

3. Hukuman Zina

Telah kita lihat di atas bahawa Hadis menentukan hukuman rejam hingga mati ke atas penzina-penzina yang telah berkahwin, tetapi perhatikan hadis ini: “Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘…Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteti kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim, Mishkat, jil. I, h. 217, no. 76). Mungkinkah gerakan pembebasan wanita zaman pertengahan yang merekakan hadis ini?!

4. Perjuangan di Jalan Allah

Kita telah melihat hadis-hadis yang menggalakkan pengunduran diri dari pergolakan masyarakat. Ada juga hadis-hadis ‘sahih’ yang menyeru supaya berpegang teguh kepada perjuangan di jalan Allah.

5. Taraf Nabi-Nabi

Seperti yang diajar oleh Quran, ada hadis yang melarang dibuat perbezaan di antara nabi-nabi (lihat Mishkat, jil. iv, h. 213, no. 11), tetapi ada juga yang melebihkan Nabi Muhammad. (Lihat Ibid. h. 324, no. 19)


6. Quran

Kita telah melihat hadis-hadis yang mewajibkan kita memakai Hadis selain daripada Quran, tetapi ada juga hadis yang menegaskan bahawa kita akan sesat jika kita mencari petunjuk daripada selain Quran. Lihat Mishkat. Jil. iii, h. 680-81, no. 29.


Sambongan: Kontradiksi Dengan Sains, Sejarah dan Akal

13 comments:

LazerJuan said...

Saya amat bersimpati (I really mean it!) pada Saudara Kassim kerana `hadith re-evaluation' yang di ketengahkan masih lagi disalah faham.

Re-evaluation maksudnya `menilai semula' bukan `menolak sesama sekali' (disregard in totality). Hanya yang diperlukan ialah untuk kita (muslimin, khasnya ulama) sama-sama duduk dan menerima hakikat yang sesetengah hadith itu mungkin tidak sesahih yang di anggap selama ini.

We must remember, only the words of Allah (iaitu al-Quran) sahaja yang `final' atau muktamad.

Ulama besar selalu mengingatkan yang segala ijtihad mereka boleh "dibuang pakai/ di ganti" jika didapati sebarang kelemahan terhadap ijtihad tersebut.

Malangnya, kebanyakkan diantara kita begitu berpegang kepada kitab tulisan manusia bagaikan `it is the very words of Allah'.

Interpretation does not mean that things have to remain stagnant. STRICT intrepertation based on man-written kitabs will only ensure that the religion will lose its shine as the guide through akhir zaman.

Kasim Ahmad tidak menyuruh kita agar `re-evaluate' Quran. He wants us to put where Quran should be....a place way..,way,..way,..way, above all the man written kitabs (which in turn do contain unreliable hadiths).

Unreliable hadith bukannya salah Nabi Muhammad, tapi mungkin silap pengumpul dan juga pengamal hadith. Saya perpegang kepada hadith tetapi as a support to the Quran. Hakikatnya harus diterima yang ada hadith yang di anggap sahih itu mungkin tidak sesahih yang dijangkakan.

Lebih teruk lagi, ada hadith yang dianggap lemah oleh pengumpul hadith, tetapi masih lagi diguna pakai oleh masyarakat kita seolah tahapnya setinggi Al-Quran...masyallah.

Don't fall into the trap yang `membabi-buta' percayakan sesuatu ajaran based on reputaion of the ulamas (past or present).

Remember, all of us (saya, anda, Kassim Ahmad, ulama, guru,ustaz etc) adalah manusia biasa, tidak lari dari membuat kesilapan, sengaja atau tidak.

Setiap dari kita mengejarkan Jannah. Selagi usaha kita tidak melanggar aqidah, tidak ada sesiapa berhak untuk menyatakan yang seseorang itu salah atau terpesong.
Yang pasti, `re-evaluation of hadith' and `not rejection of hadith' tidak melanggar aqidah!

Kassim Ahmad said...

Sdr Lazerjuan,

Terima kasih, kerana sokongan Sdr kepada saya.
Mereka yang memfitnahkan saya dari kalangan ulama tahu saya betul, tetapi mereka mengutamakan jawatan dan kerjaya mereka lebih daripada kebenaran!
Wassalam.

Anonymous said...

Salam semua,
Harus diingat, Anwar Ibrahim adalah insan yg telah mula meletakkan label "anti-hadis" kpd pengarang setelah memberi persetujuan supaya buku "Hadis-Satu Penilaian Semula" diterbitkan sekitar 1984-86.
Agaknya Anwar khuatir pengarang ada agenda politik tertentu yg akan menggugat beliau. Anwar telah berpakat dgn ulama lalu terus membunuh karier politik pengarang sehabis-habisnya!
Begitu & demikianlah Anwar yg setengah kita sanjung bagai nak gadaikan maruah bangsa. Yg anehnya, pengarang langsung tidak menyimpan dendam terhadap "ular kepala tiga" ini!

Anonymous said...

anuar pun manusia bang...

Anonymous said...

Tentangan pendukung teori keselarasan Hadis terhadap usaha menilai semula Hadis

Teori keselarasan Hadis menyatakan;

Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran dan tidak boleh bercanggah sama sendiri. Jika didapati bercanggah sama ada dengan Quran atau dengan hadis-hadis lain, maka percanggahan ini pada lahir saja dan tidak percanggahan sebenar.

Kajian Kes - Hukuman ke atas Penzina
(1) Ajaran Quran
Quran mengajarkan, setiap penzina harus dirotan sebanyak seratus kali. Dan Quran tidak membeza-bezakan samada dia seorang yang belum atau sudah berkahwin.

Penzina perempuan dan penzina lelaki, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang mereka seratus rotan, dan janganlah perasaan belas kasihan menghalang kamu daripada menjalankan hukuman Tuhan, jika kamu benar-benar beriman kepada Tuhan dan hari kemudian. (An-Nur,24:2)

(2) Ajaran Hadis yang bercanggah dengan Quran
Bahawa seseorang penzina yang sudah berkahwin harus direjam dengan batu sampai mati!

Umar melaporkan, Tuhan telah menghantar Muhammad dengan sebenarnya dan mewahyukan Kitab kepadanya. Di antara ayat-ayat yang telah diwahyukan Tuhan maha kuasa ialah ayat merejam dengan batu hingga mati dan kami pun merejam dengan batu hingga mati. Merejam hingga mati dalam Kitab Allah adalah benar terhadap suami dan isteri yang berzina, jika disabitkan kesalahannya atau jika mengandung, atau ada pengakuan salah.

(3) Ajaran Hadis yang bercanggah dengan hadis (2)
Bahawa seorang isteri yang berzina harus dipukul tanpa menyebabkan kecederaan, dan bukan direjam sampai mati.

Jabir bin Abdullah melaporkan bahawa Rasulullah telah berkata, ‘…Kamu mempunyai (hak) terhadap mereka (yakni isteri-isteri kamu) agar mereka tidak meniduri sesiapa yang tidak kamu sukai. Jika mereka melakukan ini, pukuli mereka tanpa menyebabkan cedera…” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Analisis
Hadis (2) telah 'menewaskan' Quran berdasarkan teori keselarasan Hadis , iaitu dengan membeza-bezakan penzina yang belum dan sudah berkahwin, dan dengan memperkenalkan hukuman rejam sampai mati[*]. Hadis (3) pula sekurang-kurangnya lebih mirip dengan ajaran Quran, kalaupun bercanggah dengan Quran - hadis (3) tidak mengajarkan hukuman rejam ke atas isteri. Jika hadis (3) selaras dengan Quran, ia juga 'tewas', kerana Quran telah 'tewas' dengan hadis (2)!

Sekarang, bagaimana jika hadis (3) benar-benar selaras dengan Quran, dan kita mula membuat penilaian semula Hadis? Hadis (2) sememangnya bercanggah dengan Quran, tapi teori keselarasan Hadis telah menafikannya. Pada masa yang sama, teori keselarasan Hadis tentunya mengalu-alukan keselarasan antara hadis (3) dan Quran, kerana berdasarkan teori ini, sememangnya Hadis tidak boleh bercanggah dengan Quran. Tetapi apakah jawapan teori ini terhadap percanggahan antara hadis (2) dan hadis (3)?... Jika hadis (2) mempunyai otoriti mengatasi Quran, dan hadis (3) selaras dengan Quran tetapi pada masa yang sama bercanggah dengan hadis (2), apakah maknanya?... Maknanya, Hadis bukan sahaja memiliki otoriti yang mengatasi Quran, tetapi juga tidak konsisten, kerana boleh bercanggah sesama sendiri. Mana yang harus kita pilih? - Memilih kedudukan Hadis yang mengatasi Quran, atau sebaliknya kedudukan Quran yang mengatasi Hadis? Memilih Hadis yang tidak konsisten sebagai rujukan utama, atau Quran yang ayat-ayatnya tidak bercanggah antara satu sama lain, sebagaimana yang dijamin oleh Tuhan sendiri?

Kesimpulan
Siapa sahaja yang pemikirannya diresapi oleh teori keselarasan Hadis tidak dapat menerima hakikat bahawa hadis (2) bercanggah dengan Quran. Oleh yang demikian, usaha menilai semula Hadis kelihatan sia-sia baginya. Bahkan lebih daripada itu, mereka yang menilai semula Hadis, dan menolak hadis-hadis yang bercanggah dengan Quran dilihat sebagai golongan yang telah melenyapkan otoriti Hadis - yang terlalu mereka sayang - yang boleh mengatasi Quran! Sebab itulah ramai umat Islam yang melenting bila diseru untuk menilai semula Hadis. Golongan ini lebih suka meninggikan kedudukan Hadis berbanding Quran, dan memilih Hadis yang tidak konsisten sebagai sumber rujukan utama. Namun, seperti biasa mereka akan menggunakan kitab-kitab jurispruden karangan ulama untuk menunjukkan hal yang sebaliknya - kitab-kitab ini menyenaraikan sumber-sumber jurispruden dengan meletakkan Quran pada hieraki yang lebih tinggi daripada Hadis. Nyata sekali, mereka berada dalam kekeliruan yang amat besar. Mereka tidak mungkin dapat keluar daripada kekeliruan ini jika enggan menjalankan fikiran.


[*] http://kassimahmad.blogspot.com/2008/07/hadis-satu-penilaian-semula-19-bab-iv.html

Anonymous said...

Kontradiksi sesama Hadis

Bila Teori Keselarasan Hadis dibicarakan dengan Adil

Teori keselarasan Hadis tidak akan bersetuju dengan dakwaan bahawa ajaran-ajaran Hadis saling bercanggah antara satu sama lain, sebagaimana digambarkan dalam kes yang melibatkan hadis (2) dan hadis (3) di atas [*]. Teori ini memberi jaminan bahawa selain daripada Quran, sebahagian hadis juga boleh dimansuhkan oleh sebahagian yang lain.

Syafi'i, dalam menggunakan teori ini telah mengajarkan bagaimana untuk memansuhkan sesuatu ajaran Quran atau Hadis dengan Hadis. Ini benar-benar menarik. Contohnya dalam memansuhkan hukuman sebat seratus kali ke atas penzina yang telah berkahwin, melibatkan ayat 24:2 dan hadis (2). Syafi'ie menjelaskan;

"Sunnah Rasul menentukan bahawa hukuman sebat seratus kali untuk (penzina) yang belum berkahwin disahkan, tetapi dimansuhkan untuk yang telah berkahwin; dan hukuman rejam untuk (zina) pasangan yang telah berkahwin disahkan." [**]

Ini bermakna, hukuman rejam dengan batu sampai mati telah memansuhkan hukuman sebat ke atas penzina yang sudah berkahwin. Maka dengan nada yang sama, hadis (3) akan termansuh dengan hadis (2) - hukuman pukul tanpa mencederakan ke atas isteri yang berzina dimansuhkan dengan hukuman rejam sampai mati ke atasnya.

Kesimpulannya, masalah kontradiksi - yang jelas dan nyata - sesama hadis dapat diselesaikan berdasarkan teori keselarasan Hadis, dengan cara menggunakan sebahagian hadis untuk memansuhkan sebahagian yang lain. Ini meletakkan ajaran Hadis sebagai suatu ajaran yang konsisten kerana bebas daripada kontradiksi. Dan ini tentunya dapat memberikan keselesaan dan kegembiraan kepada para pendukung teori keselarasan Hadis.


[*] Anak Malaysia 2:10 PM
[**]http://kassimahmad.blogspot.com/2008/07/hadis-satu-penilaian-semula-19-bab-iv.html

Anonymous said...

Menyelami Pemikiran Para Pendukung Teori Keselarasan Hadis

Kita tidak berminat untuk mengetahui pendirian pendukung-pendukung teori keselarasan Hadis berkenaan ayat-ayat Quran yang memansuhkan ayat-ayat yang lain (jika ada), atau hadis-hadis yang memansuhkan hadis-hadis yang lain. Tetapi kita ingin mengetahui jawapan mereka berkenaan ayat-ayat Quran yang memansuhkan hadis-hadis, dan hadis-hadis yang memansuhkan ayat-ayat Quran.

Antara Quran dan Hadis, yang manakah mereka pilih sebagai pemansuh (ke atas sesuatu ajaran Quran dan Hadis) bilamana berlaku kontradiksi yang jelas lagi nyata? Quran yang boleh memansuhkan ajaran Hadis, atau Hadis yang boleh memansuhkan ajaran Quran?

Jika mereka memilih Quran sebagai pemansuh, maka mereka bukanlah pendukung teori ini. Masalah kontradiksi ajaran di antara ayat 24:2 dengan hadis (2) berkenaan hukuman zina misalnya, telah diselesaikan oleh mereka berdasarkan teori ini. Ini menunjukkan bahawa mereka telah memilih Hadis sebagai pemansuh terhadap ajaran Quran, dalam menyelesaikan masalah kontradiksi yang jelas dan nyata.

Maka mereka tidak ada pilihan lain, selain daripada memilih Hadis sebagai pemansuh. Ini menunjukkan, mereka bukan setakat menyeparaskan kedudukan Tuhan dengan manusia, bahkan juga meninggikan kedudukan manusia lebih daripada Tuhan! - bila kontradiksi berlaku antara ajaran Tuhan dan manusia, mereka menggunakan ajaran manusia untuk memansuhkan ajaran Tuhan.

Anonymous said...

hadis 2 tidak bercanggah dengan al-quran tapi menjelaskan lagi hukum dalam al-quran tersebut. dalam al-quran dihukum orang yang berzina dengan 100 kali sebatan tapi tidak dijelaskan antara orang yang berkahwin dan tidak berkahwin justeru datang hadis menjelaskan lagi hukum tersebut.

Amir said...

Saya masih lagi meyakini rejam adalah hukum Allah atau hudud. Ramai yang kata ayat rejam tidak ada dalam al-Quran. Tetapi saya kata ada. Ayatnya, ayat 41 surah al-Maidah (dan ayat-ayat seterusnya). Ayat ini diturunkan selepas yahudi menipu Rasulullah mengenai hukum rejam yang terkandung dalam Taurat. Dalam ayat seterusnya, Allah mengiktiraf rejam adalah hukum Allah.

Zahirnya menunjukkan ayat ini ditujukan kepada yahudi dan Taurat. Tetapi persoalannya kenapa Allah letakkan ayat ini di dalam al-Quran? Al-Quran lengkap dan terperinci. Tidak ada satu hukum pun yang tertinggal di dalam al-Quran dan Allah mengiktiraf rejam sebagai hukum ALlah dalam al-Quran melalui ayat ini.

Saya melihat dari tiga sudut:

1, Al-Quran adalah panduan untuk manusia dari zaman Nabi Muhammad hingga ke akhir zaman. Al-Quran satu-satunya sumber perundangan Islam yang tidak boleh dipertikaikan. Segala yang bertentangan dengan al-Quran adalah tertolak. Bermakna, segala yang terkandung di dalam al-Quran adalah untuk dilaksanakan bermula dari zaman Nabi Muhammad hingga akhir zaman. Rejam diiktiraf sebagai hukum Allah dalam al-Quran untuk ummat al-Quran (al-Maidah 41 dan seterusnya). Ini bermakna rejam adalah hukum Allah dan ia adalah hukum hudud kerana diiktiraf dalam al-Quran. Apabila ia diiktiraf di dalam al-Quran sebagai hukum Allah, kita yang diberi al-Quran hendaklah menerimanya sebagai hukum ALlah.

2, Kebanyakan ibadah dan hukuman dalam al-Quran adalah ibadah dan hukuman dari Nabi-Nabi terdahulu. contohnya solat, puasa dan haji. hukuman pula seperti qisas. semuanya warisan dari nabi-nabi terdahulu dan kita ketahui hal ini dari al-Quran sendiri. Begitu juga lah dengan hukum rejam yang mana ia adalah syariat nabi Musa (taurat). Apabila sampai zaman nabi Muhammad, orang yahudi menyembunyikan hukum ini. Lalu turun lah ayat ini dan ayat-ayat seterusnya (al-Maidah 41 dan seterus) mengiktiraf rejam sebagai hukum Allah. Dan pengiktirafan ini dibuat dalam Al-Quran. Apabila hukum itu diiktiraf dalam al-Quran, kita hendaklah menerima ia sebagai hukum Allah untuk manusia yang diberi al-Quran.

3- Kalau lah rejam ini bukan untuk manusia yang diberi al-Quran, buat apa Allah iktiraf rejam sebagai hukum Allah dalam al-Quran sendiri? Baik Allah tak payah sebut dan iktiraf dalam al-Quran sebab tak ada kesan dan tujuan kepada kita yang diberi al-Quran.

Jadi, berpandukan keterangan dari al-Quran sendiri yang menjelaskan segala hukum dengan terperinci dan tuhan tidak meninggalkan satu pun hukum dalamnya, saya meyakini rejam adalah hukum Tuhan untuk manusia yang diberi al-Quran sebagai panduan hidup.

dean said...

Assalamualaikum...
Syabas diucapkan pada saudara...
saya sudah jadi peminat dan penyokong anda...
teruskan...

...Din...

rumzan said...

FIRMAN ALLAH BERMAKSUD: "DAN TIDAKLAH dia (MUHAMMAD) bercakap berdasarkan hawa nafsunya, melainkan ia adalah wahyu (dari ALLAH) yang diwahyukan kepadanya.

jangan hanya pandai berkata, kalau hanya sekadar mendalami ilmu hadis sekadar asas sahaja, lihatlah perbincangan ulama dalam melestarikan, mendamaikan hadis shahih (hadis mukhtalif, musykil) yg zahirnya dilihat bercanggah, namun hakikatnya tidak sama sekali hal itu berlaku.

bertaubatlah sebelum ajal menjemputmu wahai mereka yg mengaku Islam.

Anonymous said...

Tuan kassim ahmad, I just dont understand why we have to read or refer any book beside alquran. And why many of the scholars today in the world which whom understand the Quran still wanna refer hadith. To my opinion we should tolak hadith and just follow the quran. And i give you thumbz up for writing the book call hadith satu penilaian semula.

Anonymous said...

Mengapa perlu kita pegang hadith ini dan pentingnya kita perlu tahu sebab-sebab penurunan ayat dalam surah Al Maidah 41?. Tidak lain dan tidak bukan ialah hukuman hukuman hudud rejam cuba disembunyikan oleh puak2 yahudi di zaman Rasulullah lagi.

Al Barra' ra menjelaskan bahawa pada suatu hari, rasulullah saw berpapasan dengan orang-orang yahudi. Mereka membawa seseorang dari mereka yang dihukum jemur dan cambuk.Baginda pun bertanya kepada mereka: Apakah seperti ini hukuman bagi penzina dalam kitab kalian? Ya, jawab mereka. Lalu Rasulullah saw memanggil seorang pendeta mereka dan bertanya "Demi Allah yang menurunkan taurat kepada Musa. Apakah benar seperti ini hukuman bagi benzina didalam kitab kalian?. Pendeta yahudi itu menjawab"Sesungguhnya tidak seperti itu. Jika tadi kau tidak bersumpah terlebih dahulu, aku tak akan menjelaskan yang sebenarnya. Didalam kitab kami , hukuman zina adalah rejam. Namun kerana banyaknya dari kalangan pembesar melakukannya, kami pun membiarkannya. Jika pelakunya adalah dari kalangan rakyat, kami menerapkan hukuman itu keatasnya. Kerana itu berdasarkan hasil musywarah. kami menerapkan atas kalangan pembesar dan rakyat, hukuman jemur dan cambuk. Rasulullah saw pun bersabda" Ya Allah akulah orang yang pertama menghidupkan kembali perintah mu setelah dihapus mereka". Rasul saw lalu menetapkan hukuman rejanm bagi penzina. Kemudian Rasul saw melakukan perejaman keatas orang yahudi yang berzina itu. Maka turunlah ayat ayat 41 surah almaidah dibawah ini. (HR Ahmad dan muslim)

Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.

Dan kita yang baru je celik di zaman ini jangan pula memandai nak mencontohi perangai kaum yahudi. Kemudian jangan pula mempertikai kenapa perlu ada kitab2 lain selain Al quran untuk kita rujuk? Padahal satu maksud kalimah pun tak berapa nak faham. Maka itu perlulah ada ustaz yang pakar menerangkan beserta kitab2nya.