Thursday, January 26, 2012

RAYUAN KEPADA PEMIMPIN
DAN CENDEKIAWAN MELAYU


Oleh: Kassim Ahmad
27 Januari, 2012

Sebenarnya, saya amat risau tentang keadaan dan kepimpinan masyarakat Malayisa sekarang. Maka itu saya menulis esei ini.
Walaupun saya menanggotai sebuah parti politik (tidak aktif sejak 1995), saya tidak taksub kepada mana-mana parti. Saya anggap diri saya seorang patriot. Saya cinta kepada bangsa dan nusa kita, tanpa saya melebihkan bangsa dan nusa kita melebihi bangsa-bangsa lain. Semua bangsa, kecil atau besar, sama. Yang melebihkan sesuatu bangsa itu ketakwaannya kepada Tuhan.
Saya merayu kepada pemimpin dan cendekiawan Melayu, kerana mereka masih memainkan peranan definitive (mentakrifkan sifat negara-bangsa) dalam masyarakat Malaysia yang sedang kita bina.
Biar saya senaraikan kerisauan saya.
Pertama, soal perpaduan. Saya nampak perpaduan yang kita bina sangat rapuh. Ia tidak boleh tahan bila ribut taufan yang kuat melanda. Lebih banyak propaganda dariapa meletakkan asas-asas perpadua yang kukuh. Sebagai contoh, kita sekarang (dulu tidak ada) mengamalkan “Rumah Terbuka”) untuk sesuatu perayaan sehingga sebulan lamanya, majlis makan semata-mata! Bukankah ini membazirkan wang dan masa? Dua puluh tahun dulu, kita merayakan hari raya masing-masing kaum dua tiga hari saja. Tidak ada rumah terbuka, kerana pada waktu perayaan-perayaan ini rumah kita senantiasa terbuka.
Perpaduan mesti diasaskan kepada pemerintahan yang adil dan telus, bukan majlis-majlis makan.
Kedua, pendidikan anak bangsa. Jika kita umpamakan masyarakt kita kepada sebuah keretapi, kita perlu memastikan kepala kereta api dalam keadaan baik. Kepala keretapilah yang akan menarik keretapi itu. Kepala keretapi dalam masyarakat kita itu parti, kerana parti dianggotai oleh anggota-anggota masyarakat yang bersemangan pejuang. Mereka memasuki parti secara sukarela. Hari ini keadaan ini tidak berlaku lagi. Anggota-anggota parti memasuki parti tanpa mengetahui tujuan perjuangan. Ketua cawangan mengambil anggota daripada ahli-ahli keluarganya untuk membolehkan ketua cawangan mendapat habuan material (projek Kerajaan). Dengan demikian, cawangan (dan seteruskan bahagian dan ke atas) tidak ada konsep perjuangan; yang ada mahu habuan!
Bolehkah sistem parti seperti ini menjadi kepala keretapi yang baik bagi negara dan masyarakat kita?
Ketiga, oleh kerana perkara kedua di atas, negara dan masyarakat kita tidak bergerak di atas prinsip. Yang di bawah membodek yang di atas untuk mendapat habuan. Kritikan tidak ada. Bolehkah negara maju dalam keadaan ini? Rasuah dan penipuan menjadi-jadi. Perhimpunan Agung parti selalu ditangguh ke selepas pilihanraya umum untuk mengelak rebutan jawataan yangsengit, yang boleh menejejaskan kekuatan parti. Maka itu, parti, yang sepatutnya bergerak sebagai kepala keretapi yang baik, sebagai pemimpin yang dinamik, menjadi permainan kaum elit!
Saya merayu kepada pemimpin dan cendekiawan Melayu supaya menghentikan proses kemerosotan ini segera. Segera ambil tindakan-tindakan untuk membaiki kepimpinan negara dan masyarakat kita supaya kepimpinan itu berjalan di atas prinsip. Ini sahaja yang boleh menyelamatkan kita akhirnya.

-------------------

KASSIM AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

7 comments:

Anonymous said...

A'KUM
Struktur ketidakseimbangan sosioekonomi sudah berdarah daging dalam negara sejak pada zaman penjajahan lagi. Penjajah dan elit bangsawan Melayu sudah menjarah kekayaan negara sambil memelihara agama/adat dan kononnya Ketuanan Melayu sebagai 'candu' kepada rakyat majoriti. Kini selepas 54 tahun merdeka struktur itu masih terserlah tetapi termasuk elit Malaysia. Pekali Gini Malaysia membuktikan ketidakseimbangan ini meskipun para ulama, pemimpin (akademik, wartawan,Profesor Kangkung) yang membodek pemerintah berpura-pura tidak nampak hakikat ini. Pemimpin agama kita asyik tenggelam dalam diskusi yang berbelit-belit seperti akidah, seks, liwat,gay, tahyul, seks suci, murtad, martabat bangsa dan bahasa dan banyak lagi yang bersifat emosi. Mereka buta perut akan isu ketidakadilan dalam sosioekonomi sementara isu perkauman dipertajamkan lagi bagi menutup kegiatan elit Malaysia yang sakan mahu menjarah lagi kekayaan negara walaupun elit ini tidak kompeten mengurus perihal sosioekonomi. Dah ramai anak Melayu di sektor kerajaan (JPA,polis/tentera/GLC/Perbankan/universiti) tapi masih lagi tidak memadai bagi golong elit tadi. Tapi ramai pekerja Melayu yang masih bergelut untuk hidup selesa, alias hidup miskin dalam persekitaran simbol-simbol superkaya yang ada di sekeliling mereka.
Lihat contoh negara seperti German atau Swizterland meskipun negara kapir dan tidak 100% sempurna seperti rakyatnya banyak makan babi dan minum air anggur(bir/wain) keadaan ekonominya, pengurusan ekonominya baik sehingga antara lainnya semua anak mereka mendapat pelajaran percuma sehingga ke universiti.
Perkara ini terjadi kerana seperti Sdr selalu menyatakan yang parti pemerintah tiada falsafah perjuangan melainkan menganjurkan falsafah lapuk Ketuanan Melayu. Memang benarlah kalau pemerintah tiada falsafah perjuangan pembangunan bangsa maka huru-hara akan berlaku. Tapi lagi dikritik lagi pemerintah merespons bahawa Malaysia adalah antaran negara yang mengamalkan demokrasi terbaik dan bijak dalam menangani masalah perkauman (sindrom penafiannya amat tinggi). Ramai terlepas pandang pentadbiran pemerintah bersendikan penindasan jika tidak manakan boleh muncul 40 bilioner dalam negara. Kini mungkinkah harta elit boleh diagihkan kepada rakyat majoriti mengikut sistem Islam, jalan yang lurus ? Selama ini harta kekayan negara dipindahkan kepada elit. Mana ada keadilan jika prinsip ini tidak dilakukan?

Juang said...

Salam,

Rakyat umpama tanah (dasar) dan kerajaan umpama bangunan. Bangunan yang dibina di atas tanah yang lemah, akan runtuh jua akhirnya walau macam mana cantiknya bangunan itu dibina.

Sebab itulah seorang pemimpin yang bijak perlu mengukuhkan rakyat dengan pengetahuan dan ekonomi, barulah kerajaan yang dibina boleh teguh di atas dasar yang kuat.

Sebaliknya jika si pemimpin itu mengabaikan proses pengukuhan rakyat kerana sibuk mengaut kekayaan untuk dirinya sendiri, sampai suatu masa bangunan (kerajaan) yang dibina di atas dasar (rakyat) yang lemah (berpecah-belah) akan runtuh dan menimpa dirinya sendiri.

Bukankah balasan sebegitu sudah biasa terjadi kepada para pemimpin yang lalai dengan kekayaan dirinya sendiri?

Kassim Ahmad said...

1. Berhubung dengan tafsir yang sedang saya lakukan, ia belum siap. Dijangkan akan siap akhir tahun, insya Allah.

Anonymous said...

Pak Kassim dan Saudara yang Lain,

Kerisauan Pak mengenai perpaduan rakyat Negara tercinta ini memang di rasakan oleh sebahagian besar rakyat Malaysia.
Cumanya tiada saluran yang dapat mereka luahkan rasa kebimbangan ini.
Para pemimpin dari pihak yg memerintah takut di capkan anti Ketua mereka.
Pemimpin di pihak yg membangkang pula jika bersuara di capkan sebagai tidak ada kerja lain melainkan membangkang.
Perpaduan semestinya mula di pupuk di bangku persekolahan,tetapi sistem pendidikan yg pelbagai yg di lalui oleh anak anak yg berlain keturunan,jadilah pembesaran mereka menjadi berbeda latar belakang.Ini akhirnya menjadi kita tidak mengetahui adat resam jiran/teman sepejabat.
Mana munkin wujud perasan kasih dan ingin tolong menolong dalam situasi tidak faham the do's and the don't di kalangan rakyat.Jika terjadi kemalangan melibatkan kaum yg berlainan akan menjadi terlalu cepat rasa prasangka/marah kerana tidak faham latar belakang kaum yg berlainan.
Para pemimpin sekarang menyelesai masalah antara kaum bagai cara ahli bomba memadam kebakaran.Tidak jitu dan menyelesai hingga ke akar umbi.
Perkara perbedaan taraf kaya miskin juga akan menggoyahkan perpaduan terutama kalau yg miskin dari satu kaum dan yg kaya dari kaum yg lain.Semua ini telah di ketahui sejak 1969 lagi.Tapi pihak berwajib leka olehkerana tidak ada pertelingkahan selepas itu.
Kita asyek mempertikaikan hak kita hak kaum lain,tiba tiba banyak kegiatan ekonomi kita di rebut oleh pendatang asing!Menang sorak kampung tergadai!
Sistem pendidikan,taraf hidup berbeda dan perjuangan ekonomi yg tidak di sepakati yg munkin di rebut oleh orang asing. inilah yg dapat saya utarakan setakat ini Pak Kassim.
Moga moga Pak dapat teruskan memberi fikiran untuk membangun Negara Bangsa ini. Munkin sekali sekala akan terbabas dengan Pimpinan negara atau Pimpinan Masyarakat lain atau Pimpinan Agama.

Nas

MrB said...

Salam,

1st Anom,

"Lihat contoh negara seperti German atau Swizterland meskipun negara kapir dan tidak 100% sempurna seperti rakyatnya banyak makan babi dan minum air anggur(bir/wain) keadaan ekonominya, pengurusan ekonominya baik sehingga antara lainnya semua anak mereka mendapat pelajaran percuma sehingga ke universiti."

Mungkin sdr Anom perlu membuat kajian atau carian di Internet ttg pendidikan percuma universiti di negara-negara yg disebutkan yg dikatakan kurangnya persaingan dan kekurangan dana utk kelangsungan.

Saya tidak fikir sistem pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi sesuatu yg bagus utk rakyat. Tapi, mungkin kosnya perlu dikurangkan dan insentif penghapusan yuran utk yg berjaya. Dimana-mana negara pun sistem pengajian percuma di peringkat tertinggi tidak menunjukkan kualiti yang bagus dan efisien.

Bebaskan pemikiran Melayu said...

Masalahnya terletak pada Islam, bebaskan Melayu daripada pemikiran Islam. Beri mereka pilihan untuk memilih falsafah hidup termasuk agama.

Intervensi kepada kebebasan individu adalah resepi kepada kehancuran negara sebagaimana kerajaan
sosialis yang cuba mengawal ekonomi pasaran.

Yahudi sudah beribu tahun menunggu Tuhan untuk mengembalikan Israel, Tuhan tak pernah datang. Melayu jika hendak terus hidup, perlu berfikir bahawa merekalah yang memegang masa depan. Kita boleh merancang. Tuhan tidak perlu. Tuhan hanya hipotesis.

Berikan pasaran bebas dalam konteks pemikiran kepada orang Melayu.
Pemikiran agama adalah punca kepada sistem kolot seperti sosialis. Laissez-faire!

MelayuAbad21 said...

En Kassim, orang Melayu kini boleh berkongsi pendapat melalui internet dan blog.

Ini adalah permulaan.

Perkongsian pendapat boleh digerakan memberi kesan kepada kedudukan kita.

Manusia digerakan oleh naluri pembaikan diri.

Jadi sama2lah kita bergerak kearah itu.

Apa yang menjadi kerisauan En Kassim sebenarnya adalah kepada tahap intelektual kepimpinan Melayu sekarang yang didokong oleh UMNO.

Jelas UMNO telah di hijack oleh Indian Muslims seperti Mahathir, Anwar Ibraim, Khairy, Nor Yakcop, kalimullah, Ali Hamsa, Rahim etc.

Golongan Tamil Muslims ini telah hijack agenda melayu seperti membasmi BM dari matematik dan sains.

Memberi lesen2 dan konsession kepada orang India dan Cina dengan alasan meritokrasi.

Meritokrasi? Kenapa tak bagi yahudi atau inggeris saja? mereka jauh lebih pandai!!

Jadi kepincangan Melayu yang En Kassim bangkitkan adalah kesan dari golongan bukan Melayu yang mengaku Melayu tanpa tata susila dan ke prihatinan kepada Melayu dan native yang lain.

Mereka mengaut ekonomi atas nama orang Melayu dan bumiputera sedangkan penduduk Melayu sebenar dan orang Asli adalah miskin.

Percentage himpunan asset bumiputera sebenarnya di himpun oleh mamak mcm Mahathir dan lain2.

Tapi kesedaran En Kassim boleh dijadikan titik mula kebangkitan Melayu semula...