ADAKAH
QURAN SEBUAH BUKU SAINTIFIK?
Oleh: Kassim Ahmad
21 Julai, 2012
Esei ini ditulis untuk membuktikan
bahawa Quran bukan sebuah buku sains. Seorang sahabat akrab lama merujuk kepada
sebuah artikel dalam majalah Scientific
American yang, mengikut beliau, menyatakan Quran sebuah buku saintifik.
Sesetengah orang Islam, yang semangat keislamannya begitu tinggi dan
ingin membuktikan kebenaran Islam, mungkin gembira melihat artikel yang demikian.
Tetapi saya ingin menegaskan bahawa Quran bukan sebuah buku sains.
Sains berkembang dari satu tahap rendah ke tahan yang lebih tinggi. Sains
dalam zaman Yunani dan rantau-rantau budaya yang sezaman dengannya atau malah
sebelum, seperti di Babylon, Mesopotamia dan Mesir Tua, dikira sebagai sains
pra-Zaman Saintifik. Seperti yang diceritakan dalam buku sejarawan Robert
Briffault dalam buku agungnya, The Making
of Humanity (1919: England).
Sains dalam zaman Newton (1642-1727)
berbeza dengan sains dalam zaman Einstein (1879-1955). Seterusnya sains akan
berkembang sehingga ketiga-tiga cabang pengetahuan besar, agama, falsafah dan sains, bertemu
dalam satu kesatuan dan keharmonian, seperti yang dinytakan oleh sejarawan falsafah, Errol E. Harris, dalam
bukunya, Nature, Mind and Modern Science
(1954: Great Britain).
Seperti yang dinyatakan dengan jelas oleh Robert Briffault, sains dan kaedah saintifik itu sumbangan
terbesar tamadun Islam pertama (saya kata ‘tamadun Islam pertama’ kerana
tamadun Islam ke-2 akan muncul setelah kejatuhanya pada abad ke-13 di Timur (Baghdad)
dan pada abad ke-15 di Barat (Kordova) kepada dunia. (Fakta ini cuba
disembunyikan oleh kebanyakan sejarawan Barat dalam apa yang saya panggil
Pembohong Agung Eropah terhadap sumbangan Islam kepada Kebangkitan Eropah.)
Quran itu kitab suci Tuhan yang terakhir kepada manusia, diturunkan
kepada Nabi Muhammad (penyudah segala nabi) melalui agen-Nya Malaikat Jibrail –
sebuah kitab suci yang dipelihara olehTuhan Sendiri. (Tiada sebuah buku dalam
dunia ini yang dijamin kesahihannya dan penjagaannya demikian.)
“Kitab suci ini kebal, bimbingan bagi orang yang bertakwa.” (Quran, Surah
Al-Baqarah (2): 2.) ‘Kebal’ di sini bermakna ‘benar’ dan tiada
kepalsuan boleh memasukinya dari
mana-mana arah sekali pun (kiri atau kanan, atas atau bawah, yakni dari dulu
atau kemudian). Hal ini dinyatakan dalam
Quran sendiri. (Lihat Quran, 42: 24; 41 42).
Manusia, tentunya yang mahu,
memerlukan petunjuk yang tidak kunjung
mungkir. Sebab itu ayat itu merujuk kepada mereka yang bertakwa. ‘Takwa’
tidak harus diertikan sebagai ‘takut’, kerana Tuhan itu sifat-Nya “Maha
Pemurah” dan “Maha Penyayang.” Malah Tuhan memperundang-undangkan ke atas
Diri-Nya ‘rahmah’, atau ‘kesayangan’. (Lihat Quran, 6: 12). Kita tidak perlu takut
kepada Tuhan. Kita perlu menghormati-Nya dengan penghormatan yang wajar, kerana
hukuman-Nya pantas dan dahsyat, sekiranya kita melanggar perintah-Nya.
Petunjuk ini pula lengkap dan
sempurna. Apa saja masalah yang dihadapi manusia, dari sekecil-kecil ke sebesar-besarnya,
terdapat petunjuk penyelesaiannya dalam kitab suci ini. Tuhan tidak lupa barang
satu pun. Kitab-kitab suci dulu (Taurat, Zabur Injil, dll) disahkan dan diatasi
olehnya. Demikianlah hebatnya Quran.
Dalam esei terdulu bertajuk “Islam
Sebagai Satu Sistem Kehidupan”, saya telah menyebut dua kumpulan yang
menyeleweng. Satu kumpulan yang menderhaka kepada Tuhan, yakni yang menafikan
dimensi spiritual dalam kehidupan manusia dan menafikan kewujudan Tuhan. Ini
kaum materialis. Dalam zaman moden, mereka kaum Marxis-Komunis. Sistem hidup
mereka runtuh di depan mata kita di Rusia, Eropah Timur dan di China pada
tahun-tahun 1998-2001. Ini persis satu Keruntuhan yang Agung.
Telah
saya katakan dalam esei itu, kumpulan penyeleweng yang kedua bukan mereka yang
derhaka kepada Tuhan, tetapi, dalam perjalanan mereka dalam kehidupan, mereka
telah sesat jalan, yakni sesat dari
“Jalan yang Lurus”. Mereka terdiri dari
orang-orang Kristian dan Islam. Seperti
kata pepatah, sesat di hujung jalan, kembali ke pangkal jalan. Persis inilah
yang harus mereka lakukan untuk selamat. Semua orang yang ada mata boleh
melihat bahawa Tongkang Besar Liberal yang sedang dilayari sekarang oleh semua
manusia sedang karam, bermula dari Eropah dan Amerika Syarikat di Barat membawa
ke China di Timur. Tiada siapa yang akan
selamat kecuali manusia mencari dan mengikut “Jalan yang Lurus”.
KASSIM
AHMAD seorang penulis bebas Malaysia. Laman web beliu www.kassimahmad.blogspot.com
5 comments:
'Tunjuklah kami jalan yang lurus, jalan yang engkau perkenankan' demikian seruan Tuhan yang terkandung dalam surat alfatihah. Pak Kassim telah menyusun lebih kurang 45 seruan yang terkandung dalam alQuran yang membawa erti memotivasikan manusia bergerak ke hadapan untuk meningkatkan mutu hidupnya di bumi ini. Namun tiada juga terdapat perincian atau kupasan apa itu 'jalan yang lurus' oleh alQuran melainkan Pak Kassim menyarankan jauhi sistem falsafah 'barat' liberal yang kini sedang tenggelam. Tapi sistem liberal pernah runtuh pada zaman kemelesetan tahun 1930-an dan dapat bangkit semula dan kini sedang terjun lagi dan usaha besar untuk bangkit semula juga sedang dijalankan walaupun pada kadar yang perlahan.
Dulupun sistem 'jalan yang lurus' pada zaman gemilangan Islam turut jatuh tetapi langsung tak berupaya bangkit selepas itu. Sistem 'jalan yang lurus' atau yang sistem yang bengkok tetap naik turun mengikut keadaan tertentu.
Zaman sebelum Nabi Adam pun menggerak manusia tetapi amat perlahan dan ketika zaman sains dan teknologi muncul manusia tertentu maju ke hadapan tetapi kini dirundung masalah besar seperti kemusnahan alam sekitar. Setiap sistem sama ada yang proTuhan atau sebaliknya akan melalui tahap kemantapan selepas itu akan merosot, itu hukum alam kerana manusia dan persekitarannya tetap berubah.
salam Pak Kssim,
Quran is not a book of "Sciences",
Quran is a book of "SIGNS".
1. Saya rujuk kepada artikel dalam majalah "Scientific American" yang, mengikut seorang kawan saya mendakwa demikian.
2. Quran itu hidayah, mengikut definisinya sendiri
Ramadhan telah memasuki fasa 10 akhir atau 1/3 yang paling diharap untuk mendapat kelebihan 'malam al qadar yang yang lebih baik daripada 1000 bulan'.
Bolehkah tuan memanjangkan perbahasan dan menjawab persoalan ini dengan sejelasnya.
Sekian terimakasih,selamat menjalani ramdhan.
salam tuan
dah baca ke kitab terbaru hj ahmad laksamana (hakikat insan)
tafsir quran. sehingga berjaya menemui teori saintifik baru dan terbukti. kalau minat sms 0139134441 (najib)
Post a Comment