Thursday, July 19, 2012

KA'ABAH: PEMBINAAN DAN SEJARAHNYA




KA’ABAH ATAU BAIT’UL-LAH: PEMBINAAN DAN SEJARAHNYA 

Oleh: Kassim Ahmad
19 Julai, 2012

            Saya menulis esei ini atas permintaan seorang sahabat, kerana ada sesetengah orang Islam mendakwa Ka’abah itu hanya seketul batu (kubus) hitam, yang syirik disembah. Pengertian ini satu salah faham yang besar.
            Ka’abah dikenal juga sebagai Bait’ul-Lah (Rumah Allah), Bait’ul-Haram (Rumah Suci), Bait-ul’Atiq (Rumah Tua), Bait’ul-Ma’mur (Rumah yang kerap Diziarah), dan Awwalu’l-Bait (Rumah Pertama).  Tentunya, Tuhan tidak berumah, kerana Dia ada di mana-mana.  Ini semua bahasa kiasan.
            Rumah Allah ini telah dibina oleh Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail kira-kira pada 2130 B.C., iaitu 4,143 tahun dulu. Peristiwa ini dicatat dalam Quran dalam Surah Al-Baqarah (2), ayat-ayat 125-128 dan Surah Al-‘Imran (3) ayat 96. Di dalam ayat-ayat inilah nama-nama itu disebut.  Nyatalah, mengikut tradisi, Rumah Tuhan ini  amat tua, dibina lebih awal dari zaman Ibrahim. Ibrahim dan Ismail sebenarnya membina semula, kerana binaan yang asal sudah rosak.
            Perhatikan Rumah ini dibina untuk manusia menyembah Tuhan. Ia tidak merujuk kepada mana-mana kumpulan agama, sama ada Yahudi, Kristian, atau Islam dan lain-lain (kerana agama-agama Hindu dan lain-lain termasuk dalam konsep Ahl’ul-Kitab). Fakta ini membuktikan bahawa Rumah Suci ini mendahului perpecahan manusia kepada pelbagai puak agama. Ingat bahawa semua nabi membawa agama Allah, iaitu Islam pada tahap masing-masing.
Rumah ini menjadi qiblat mereka apabila mereka bersembahyang. Dengan demikian, penyatuan manusia tercapai.  
Hajj yang diwajibkan bagi orang Islam sekali seumur hidup, dengan syarat mereka mampu dari segi kesihatan dan kewangan, bertujuan untuk mera’ikan peristiwa bersejarah ini serta mencapai perpaduan manusia.Ia boleh dilakukan dalam empat bulan suci, iaitu bulan-bulan 12,1,2 dan 3.

KASSIM AHMAD seorang penulis Malaysia bebas. Laman web beliau www.kassimahmad.blogspot.com

4 comments:

Anonymous said...

salam Pak Kassim,

Sy ada soalan yg ingin sy tanyakan kepada Pak Ksssim berkenaan dengan 'Rumah" yg dibina oleh N.Ibrahim ini. Menurut Q2:125 & Q22:26, tempat ini adalah tempat maknusia mengerjakn Haji dan juga bersembahyang. Jadi kita bolih simpulkan bahawa sembahyang sudahpun dikerjakan olih kaum N.Ibrahim. Persoalan sy adakah dengan sendirinya "Rumah" ini sudah menjadi Kiblat kaum N.Ibrahim? Bagaimanapun tidak ada satu ayatpun yg menyuruh N.Ibrahim menjdikn "Rumah" itu sebagai Kiblat.
Mohon pandangan dari Pak Kassim.

t/kasih
mikat.

Kassim Ahmad said...

Jawapan kepada soalan anda ada dalam artikel itu. Bacalah baik-baik.

Anonymous said...

salam Pak Kassim,
Memang jelas Pak Kassim ada mengatakan "Rumah ini menjadi Kiblat mereka". Cuma sy ingin tahu adakah ayat2 Quran yg menyebut/menyuruh N.Ibrahim berkiblatkan "Rumah ini".

t.kasih

Anonymous said...

Salam,

Bagi yang sering membincangkan secara positif kalam-kalam Allah, sebagai salah satu AYATnya iaitu AlQuran, ada satu ayat yang bagi saya elok untuk diperlkembangkan perbincangan mengenai pandangan yang mengatakan menyembah kearah ka'abah sama seperti menyembah batu berbetuk 4 persegi.

77:28. Kecelakaanlah pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan!
77:29. Bertolaklah kepada apa yang kamu telah mendustakan!
77:30. Bertolaklah ke lindungan yang mempunyai tiga cabang,
77:31. Tidak meneduhkan terhadap api yang menyala-nyala,
77:32. Yang membalingkan bunga api seperti istana,...

Ada yang mentafsirkan tiga cabang(tiang) yang terlindung(lindungan yang mempunyai tiga tiang) adalah binaan berbatu yang didalamnya terdapat 3 tiang yang dipercayai mewakili AlLatt, AlLatt, Al Unza dan Al Manat, ilah org Arab Jahiliah. Maka itulah kesimpulan te;ah diambil terhadap mereka yang meyakini dan beriman(percaya)bahawa menyembah kaabah sama seperti menyembah batu yang melindungi tapak asal 3 tuhan org Arab Jahiliah itu. Allah Al'A'laam...

ProQuran.