Hadis: Satu Penilian Semula #1
Kata Penghantar
Latarbelakang ceramah; Perlunya Penilaian semula terhadap waisan tamadun Islam; Zaman ‘Kacau-bilau Agung’; Di mana kita tersilap? Mengelak salah faham.
Bab II : Penolakan Teori Ahlul-Hadis
Empat hujah kaum Ahlul-hadis; Hujah ‘Sunnah adalah wahyu’; Perkataan-perkataan ‘sunnah’ dan ‘hadis’ dalam Quran; Hujah ‘taat kepada rasul’ bermakna ‘berpegang kepada hadis’; Peranan nabi sebagai pemimpin; Hujah ‘nabi penghurai dan pentafsir Quran’; Kaedah sembahyang ; Hujah ‘nabi satu teladan baik’; Quran lengkap, sempurna dan terperinci.
Bab III : Sumber, Sebab dan Kesan Hadis
Permulaan hadis; Pertelagahan politik; Pembukuan hadis; Kesan-kesan hadis; Faham kepuakan; Anti-intelektualisme; Kebekuan dan aportunisme politik.
Bab IV : Sumber, Sebab dan Kesan Hadis
Aliran kritikan senantiasa wujud; Kelemahan umum hadis; Kelemahan kritikan isnad; Teori keselarasan hadis; Kontradiksi dengan Quran; Kontradiksi dengan hadis; Kontradiksi dengan sains, sejarah dan akal.
Bab V : Kesimpulan: Kembali Kepada Ajarana Nabi Muhammad Yang Asal – Quran
Dilema umat Islam; Kedudukan sebenar hadis/sunnah; Satu kelemahan manusia yang berlarutan; Tujuan Quran menghapuskan penyelewengan; Penyelewengan umat Islam; Quran membebaskan manusia; Dua penyelewengan umat Muhammad; Dunia sedang kembali kepada Quran.
Bibliografi
Kata Penghantar
Tajuk ini sebenarnya memerlukan satu kajian PH.D. dan masa sekurang-kurangnya dua tahun. Saya telah melakukannya dalam masa lapan bulan! Ini tidak dapat saya elak oleh kerana keadaan-keadaan khusus yang telah menyebabkan siri ceramah tersebut. Saya cuma berharap ia telah mencapai tujuannya.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan ribuan terima kasih kepada Jabatan Anthropologi dan Sosiologi, U.K.M. (dengan kebenaran dan restu pihak pentadbiran U.K.M.) yang telah sanggup menganjurkan siri ceramah itu. Juga kepada Menteri Pelajaran
Beberapa orang sahabat saya di dalam dan di luar universiti telah saya minta untuk mengulas dan mengkritik draf-draf pertama ceramah-ceramah ini. Kepada mereka saya mengucapkan berbanyak terima kasih.
Selain daripada itu, saya terhutang budi kepada ramai rakyat biasa di Malaysia, Singapura dan Amerika Syarikat, yang telah memberi sokongan, galakan dan pandangan yang berguna semasa saya bertungkus-lumus menyediakan ceramah-ceramah ini.
Kassim Ahmad
17 Mac 1986
Ceramah-ceramah ini, malangnya, telah dibatalkan oleh pihak pentadbir U.K.M. atas arahan Majlis Agama Islam Selangor pada saat-saat akhir. (Ed.)
“Oleh yang demikian, janganlah kamu takut kepada rakyat, tetapi takutilah Aku, dan jangan memperdagangkan kitabKu untuk mendapat sedikit keuntungan material.”
Quran,
Katakanlah, “Aku tidak meminta apa-apa upah daripada kamu. Aku hanya meminta supaya mereka di antara kamu yang mahu akan mengikut jalan kepada Allah.”
Quran, 25:57
Akan datang: Pendahuluan: Mengapa Kita Menimbulkan Masalah Ini?
1 comment:
bagus - nak cari buku ni payah - lebih2 lagi aku yang dok dalam hutan tanjung musang ni - celaka apa
Post a Comment