Tuesday, August 12, 2008

Ini Sensitive, Itu Sensitive, Yang Mana Tidak Sensitif?

Oleh: Kassim Ahmad

9 Ogos, 2008

Sungguh memalu dan mengecewakan! Apakah yang sedang berlaku kepada masyarakat Islam di Malaysia? Mengapa kita takut hendak berhadapan dengan masyarakat bukan-Islam berhubung dengan agama Islam? Kita semua tahu agama Islam bukan hak eksklusif orang Melayu. Ia agama Allah, milik semua manusia. Oleh yang demikian, agama Islam perlu disiasat dan dinilai oleh semua bangsa dan semua manusia, bukan saja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Dalam negara kita yang bersifat pelbagai agama, memang tiap kumpulan agama perlu menghormati kumpulan agama lain, dan perlu bersikap toleransi antara agama. Tetapi menghormati agama-agama lain dan bersikap toleransi terhadap agama-agama lain tidak bermakna kita tidak boleh berbincang masalah-masalah kita berhubung dengan agama atas alasan “sensitif”! Kita harus belajar menjadi suatu masyarakat yang dewasa yang boleh berbincang perkara agama secara rasional. Apa gunanya kita merdeka, kalau kita tidak boleh membentuk perangai kita menjadi perangai orang dewasa dan rasional?

Menyedih dan mengecewakan juga, kerana kebanyakan pemimpin Islam menyalahkan penganjur forum “Memeluk Islam” (Majlis Peguam Malaysia). Sepatutnya, kumpulan-kumpulan yang membuat protes dan yang menggunakan kekerasan untuk menghalang forum ini yang harus disalahkan. Mangsa sudah bertukar menjadi pesalah! Kalau ada sesuatu yang boleh membawa kepada kekacauan dan kehilangan ketenteraman awam, menggalakkan kumpulan-kumpulan pengacau ialah suatu daripadanya!

Sepatutnya, orang Islam di negara kita boleh memainkan peranan pimpinan yang adil, seperti yang diperintahakan oleh Tuhan kepada mereka. Pimpinan ini akan dipatuhi dengan sukarela oleh orang bukan-Islam. Malangnya, kita telah gagal memainkan peranan itu, walaupun saya percaya orang Islam yang berfikiran progresif dalam masyarakat kita ramai juga, antara 30-40 peratus. Orang ini mestilah tampil ke muka untuk mengambil-alih pimpinan negara kita dari cengkaman kaum konservatif sebelum negara kita rosak sama sekali.

Sejak empat lima tahun yang lalu, ada banyak kes yang menyentuh hubungan antara agama Islam dengan agama-agama lain di negara kita. Kes-kes itu termasuklah kes merebut mayat untuk dikebumikan (kes si-mati M. Moorthy lawan isterinya Kaliammal Sinnasamy) dan kes Lina Joy yang mahu keluar dari Islam dan masuk agama Kristian.

Mengapakah masyarakat Islam membantah perbincangan perkara-perkara ini, sedangkah perkara-perkara ini menyentuh hak-hak masyarakat-masyarakat bukan-Islam lain? Mengapakah kita menghalang orang Islam daripada keluar dari Islam, sedangkan Quran mengisytiharkan kebebasan agama yang mutlak kepada semua manusia? (Lihat Quran, 2: 256) Kita tidak mahu masyarakat-masyarakat agama lain bertindak tidak adil terhadap kita; demikian juga kita tidak boleh bertindak tidak adil terhadap mereka. Kita mengharapkan pemimpin-pemimpin kita yang berfikiran terbuka dan luas akan menasihati rakyat kita supaya tidak bersikap taksub, tetapi sebaliknya bersikap rasional. Malangnya, mereka juga tumpang memperkukuhkan sentimen taksub dan prasangka ini!

Umat Islam harus sanggup memeriksa diri mereka secara kritikal. Seribu empat ratus tahun dulu, selama lima abad, dalam abad-abad ke-8 hingga ke-13, umat Islam naik menjadi sebuah kuasa besar di dunia, menduduki tempat No. 1. Sekarang mereka berpecah dan jatuh, ditindas, diperkotak-katik dan dihina oleh kuasa-besar Amerika Syarikat dan Eropah. Betulkah mereka masih menganut agama Allah, seperti yang mereka sangka? Atau itu semata-mata satu sangkaan yang meleset? Kalau betul mereka masih memegang kepada agama Allah, mengapa mereka jatuh? Kalau betul mereka masih memegang kepada agama Allah, mengapa mereka tidak maju? Kalau betul mereka masih memegang kepada agama Allah, mengapa mereka tidak menang? Sikap mereka tidak mahu berhadapan dengan realiti ini menunjukkan bahawa mereka takut. Masyarakat yang takut menghadapi realiti ialah masyarakat yang tidak beriman kepada Tuhan, kerana Tuhan itulah Realiti dan Kebenaran!

Adakah kita berpegang kepada kitab suci kita, Al-Quran, seperti yang kita dakwa? Jika betul kita berpegang kepada Quran, mengapa kita tidak mengamalkan perintah Tuhan tentang kebebasan agama? Tuhan menyatakan dengan jelas bahawa tidak ada paksaan dalam agama, dan seseorang boleh beriman atau kafir kepada-Nya, tetapi kita menghukum orang yang murtad dengan hukuman bunuh. Tahukah kita bahawa hukuman bunuh ini berasal dari kitab Taurat dan bertentangan dengan ajaran Quran? Tahukah kita apa hukumnya kalau kita membantah perintah Tuhan? Begitu juga dalam perkara zina – kita gunakan hukuman dari kitab Taurat yang bercanggah dengan ajaran Quran! Begitu juga dalam banyak perkara lain: kita mengamalkan bukan ajaran-ajaran Quran, tetapi ajaran-ajaran syaitan!

Tuhan memerintahkan kita supaya berpegang teguh kepada tali Allah dan jangan berpecah-belah, tetapi kita mencari pergaduhan dan berpecah-belah di antara kita! Tuhan menyatakan bahawa semua yang baik itu berasal daripada-Nya dan semua yang jahat itu akibat dari perbuatan kita, tetapi kita berpegang yang baik dan yang jahat itu daripada Allah! Tuhan mengajar kita supaya kita menggunakan akal, tetapi para ulama kita mengajar bahawa dalam agama kita tidak boleh menggunakan akal! Tuhan mengajar kita kita boleh memberi salam kepada semua orang, tidak kira bangsa dan agama, tetapi ulama kita mengajar kita tidak boleh memberi salam kepada orang bukan Islam! Tuhan mengajar kita bahawa pandangan hidup tauhid itulah yang penting sekali dalam Islam, dan tanpa pegangan tauhid, sembahyang kita pun tidak diterima, tetapi ulama kita mengajar bahawa sembahyang itu tiang agama!

Demikianlah beratus-ratus kepercayaan yang karut telah diseludup masuk ke dalam Islam melalui hadis serta menjadikan ‘Islam’ ini bukan lagi agama Allah, seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad dalam Quran. Tidakkah kita sedar akan hal ini semua? Bilakah kita mahu membetulkan kesilapan-kesilapan kita?

Ambil suatu nasihat yang cukup baik yang Tuhan berikan kita dalam Quran. “Mereka mendengar semua pandangan dan ikut yang paling baik.” (Quran, 39: 18) Adakah masyarakat Islam di negara kita mengamalkannya? Adakah masyarakat Islam di negara-negara Islam lain mengamalkannya? Tidak, kita tidak mengamalkannya. Yang kita amalkan ialah menekan pandangan-pandangan, tidak kira yang baik atau yang tidak baik, kecuali pandangan rasmi pihak berkuasa. Begitulah yang dilakukan di semua negara Islam. Sebab itu ramai cerdik pandai Islam dari negara-negara Islam berhijrah ke negara-negara Barat untuk mencari ruang kebebasan untuk melakukan kerja-kerja mereka, seperti Prof. Abdul Salam, pemenang Hadiah Nobel dalam bidang Fizik dari Pakistan, dan Prof Fazlur Rahman, juga dari Pakistan.

Selepas lebih seratus tahun gerakan reformasi oleh Jamaluddin Al-Afghani dan Sheikh Muhammad Abduh, umat Islam hari ini masih tenggelam di dalam kelebur tradisi. Ilmu masih dibahagikan kepada Ilmu Agama dan Ilmu Dunia dan Ilmu Agama terus menghalang mereka dari proses pemodenan. Walaupun Islam tidak membenarkan wujudnya kaum paderi dalam masyarakatnya, ulama tetap memainkan peranan ini, mentafsir dan menentukan agama bagi mereka. Contoh-contoh Nabi Muhammad and empat khalifah ar-Rasyidun membuktikan kesatuan pimpinan, bukan dualisme pimpinan. Nyatalah kegagalan reformasi Muhammad Abduh terletak pada konsep reformasi itu yang menganjurkan pengembalian umat Islam kepada Quran dan Hadis. Sementara Quran boleh memajukan umat Islam, Hadis akan menarik mereka ke belakang, kerana sebab-sebab yang telah kita sebutkan di atas.

Bolehkah umat Islam meninggalkan Hadis dan mengikut Quran sebagai sumber utama? Dari segi logika, mereka memang boleh, tetapi dari segi psikologi, mereka tidak boleh. Ini kerana mereka, seperti umat-umat lain, telah jatuh ke dalam perangkap pendewaan terhadap nabi-nabi. Secara tidak sedar, umat Islam telah mendewa-dewakan Nabi Muhammad, seperti umat Kristian telah mendewa-dewakan Nabi Isa. Buktinya, mereka menulis nama Tuhan dan nama Nabi Muhammad serta meletakkannya setaraf di mesjis-mesjid dan di rumah-rumah! Mereka juga mendakwa nabi Muhammad itu kekasih Allah dalam sebuah hadis!

Umat Islam harus ingat, Tuhan tidak mempunyai orang kesayangan. Siapa yang patuh kepada-Nya akan berjaya; siapa yang ingkar akan gagal. Jangan sangka bahawa nama Islam akan menyelamatakan kita. Tuhan akan menggantikan mereka yang menyeleweng dengan mereka yang tidak menyeleweng, dan mereka yang mengikut ajaran-Nya akan menang.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Beliau boleh dihubungi di kassim03@streamyx.com . Laman web beliau http://www.kassimahmad.blogspot.com/

14 comments:

kamal sabran said...

hmmm

Anonymous said...

Assalmua'laykum,

Kata Pak Kassim, "Bolehkah umat Islam meninggalkan Hadis dan mengikut Quran sebagai sumber
utama?" Nampakyna, Pak Kassim ternyata menolak Hadis 100% malah bukannya utk mencari kesohihan sesuatu hadis. Justeru, bolehkah Pak Kassim dianggap antara golongan yang menolak hadis?

Perlu diingat, siapakah yang menyebarkan ayat-ayat Allah (Quran)? sudah pasti Muhammad
Rasulullah. Melalui perantara Jibril. Jika Quran diyakini kesohihannya, begitu juga dgn
Hadis. Yang menjadi pertikiaian ialah status sesetengah hadis, samada sohih atau sebaliknya.

Berkenaan kebiadaban Majlis Peguam Malaysia (MPM), saya berpendapat Pemimpin negara (Pengamal Nasionalis) patut dipersalahkan. Kegagalan mereka mendukung Al-Quranlah yang menyebabkan orang2 kafir berani untuk memburuk-burukkan Islam melalui forum trsebut. Para pemimpin juga boleh dikira lembek untuk mempertahankan segala ancaman daripada kaum-kaum lain. Malah memperbanyakkan kekeliruan umat Islam dan juga mudah diperkotak-katikkan oleh kaum kuffar.

Punca kemunduran umat islam paling ketara pada zaman ini adalah kerana mereka berpenyakit 'wahn'
iaitu cinta dunia & takut mati. Terutamnya di kalangan pemimpin. Ketaksuban berebut pangkat, kuasa dan harta menyebabkan puak-puak atas bersengketa dan memfitnah. Rakyat menjadi mangsa, sehingga menjadi makanan lazat yang dikerumuni oleh para serigala.
Jangan dipersalahkan rakyat mahupun MPM kalau negara tergadai. Pemimpinlah harus dipertanggungjawabkan.

p/s: Mungkin Pak Kassim patut merujuk Hadis, bukan dengan mebuangnya.

Anonymous said...

Assalamu'alaykum.

Kontradiksi Pak Kassim dan Al-Quran

Pak Kassim mempercayai ISA adalah halal dan harus dimanfaatkan sebetulnya oleh pemimpin. Namun Quran menerangkan sebaliknya menerusi Surah Al-Maidah:45-50 & Al-Baqarah:178 (Rujuk Tafsir). Ini bermakna, kita diperintahkan utk menghukum seseorang setimpal dgn
kesalahnnya. Bukan dengan mengikut kepentingan pemimpin dan kesahihan maklumat perisik. Jika pemimpin mendukung gerakan Nasionalisme, sudah pasti yang menentangnya boleh dihumbankan ke dalam ISA tanpa hisab. Begitu juga sebaliknya jika ISA digunakan oleh pemimpin kafir. Sudah tentu penegak agama Islam bakal menjadi mangsa.

Maka, saya mencadangkan agar tajuk buku Pak Kassim di edit menjadi "Menjari Jalan Pulang. Daripada Sosialisme kepada Islam Hadhari."

Boleh ditafsir begitu?

Wallahualam.

p/s: Kompas Pak Kassim perlu di 'calibrate' dgn betul agar menunjukkan arah dengan tepat. Bukannya ke arah selatan apabila jarum menghala ke utara. Semoga ALLAH memberi hidayah kepada Pak Kassim.

Anonymous said...

Telah menjadi adat manusia untuk memuja sesuatu/seseorang walaupun telah diberi peringatan berkali-kali dalam Quran. Quran kitabullah terakhir & untuk segenap manusia hingga ke akhir zaman.
Walau banyak manapun para pendewa nabi kita yang akhir atau pencinta hadeeth yang taksub berada di mukabumi ini, mereka tidak akan berpaling sekiranya kebenaran muncul di depan muka! Allah telah membutakan mereka ini dari menganut agamaNya.
Islam deenullah, agama kebenaran. Apa perlu kita takut untuk membincangkannya? Apa perlu kita takut mengahadapi kenyataan jika kita di jalan yang benar? Atau mungkin kita telah mencampur baurkan kebenaran dengan kepalsuan sekian lama sehinggakan kita sendiri tidak dapat mempertahankan kebenaran agama tercinta kita? Atau para 'ulama' kita kurang arif tentang Quran itu sendiri kerana terlalu asyik dengan beribu hadeeth yang diagungkan mereka?
Namun demikian, ahlul Quran juga tidak sepi dari perpecahan. Ada yang mempertikaikan perkara ibadah sehinggakan timbul percanggahan pendapat.
Ini biasa. Yang utama, tauhid- yakni segala perbuatan kita adalah untuk Tuhan sekalian alam. Semestinya perbuatan yang baik itu daripadaNya dan yang buruk itu adalah hasil kita sendiri. Perbuatan yang baik dibalas baik dan yang buruk dibalas buruk. Jadi, buruklah amalan kita selama ini sekiranya hasil dari perbincangan mengenai Islam akan membawa kepada kekacauan luarbiasa!!

Anonymous said...

bertaubat lah pak Kassim..

anak muda

Anonymous said...

Betapa dalamnya dendam kesumat myy terhadap Dr. Kassim Ahmad. Dendam ini mungkin disebabkan kerasionalan Dr. Kassim dalam menulis dan berhujah. Jatidiri orang yang anti-rasional amat rapuh, punah dan hancur lebur bila berhadapan dengan kaum rasionalis. Sampaikan bahasanya lintang pukang jadinya. Apa sebabnya jadi begitu? Pendewaan terhadap Muhammadkah, atau ketaksuban pada Hadisnyakah, atau pemujaan terhadap ulamakah?... Bertaubatlah myy...

Orang tua

Kassim Ahmad said...

Sdr MYY,

1. Sungguh sayang Sdr kepada Hadis! Ayat yang Sdr petik itu menyatakan kita letak Quran di tempat atas sekali; yang lain, termasuk Hadis, di tempat kedua. Ia tidak membawa makana saya menolak Hadis secara keseluruhan.
2. Bacalah sejarah pertumbuhan Hadis. Buku-buku Hadis rasmi, Bukhari dan lain-lain, muncul kira-kira 250 tahun setelah Nabai Muhammad wafat. Jangan ikut buta-tuli!
3. Artikel ini membincang kesilapan kaum fanatik dalam Islam yang menentang forum Majlis Peguam. Adalah Islam melarang perbincangan yang rasional? Adakah Islam menyuruh umatnya bertindak ganas terhadap perbincangan yang rasional? Sungguh memalukan!
Wassalam.

LazerJuan said...

Sdr Kassim,

All the best to you in addressing all the 'goldfishes in the fish bowl'. What is worse, most of them are also suffering from the `holier than thou' disease...other than the usual `tunnel vision' syndrome, after spending their lifetime in closed quarters.

Insyallah, humility will always be a principle that you will hold on to.

p.s. humility is a trait that is truly lacking today. I pray to Allah that in our search for the TRUTH, we will always remain humble.

Anonymous said...

Assalaamu'alaikum/Salaamun'alaik/Salaam!

Tiada beza makna ucapannya melainkan memberi kata selamat kpd para hadirin. Sebutan berbeza maknanya serupa.

Quran dan hadis. Bezanya amat ketara. Namun masih ada manuia yg mengaku muslim menyamakan Quran dan hadis! Sesetengah mereka meletak hadis lebih tinggi dari Quran.

Masalahnya terletak pd sistem pendidikan kita yg tidak mengamalkan pendidikan atau pemahaman Quran itu sendiri. Sejak tadika sehingga sekolah menengah yg diajar adalah hadis. Quran hanya dilagukan dan diperinci bagaimana harus disebut setepat mungkin. Pemahamannya tidak diutamakan. Bukankah Quran itu bimbingan kita di dunia ini & Quran sendirinya lengkap?

Banyak ayat Quran yg dgn terang mengingatkan kita tentang perlunya kita menyembah SATU Tuhan. Mengapa kita perlukan hadis? Adakah Quran tidak cukup? Adakah Tuhan sahaja tidak memadai?

Lihatlah pada dinding ruang tamu rumah kebanyakan muslim. "Allah""Muhammad" tergantung sebelah menyebelah. Sama tinggi, sama besar. Apa maksudnya? Anak kecil pun boleh mengandaikannya. Bukankah ini mendewakan nabi? Nabi kita tidak pernah menyuruh umatnya berlaku sedemikian. Ini syirik namanya!

Allah tidak akan ampunkan dosa berbentuk syrik tanpa kita bertaubat. Nak bertaubat pun semestinya bukan di saat-saat akhir hayat.

Kepada para pendewa hadis/nabi jgn terlalu cepat mengecap seseorang sambil menyuruh bertaubatla..mengucapla..dan bermacam-macam lagi. Mereka ini mahu berperanan seperti Tuhan! INGAT, hanya Allah menentukan keimanan seseorang. Bukan nabi, bukan kamu & bukan kami!

Anonymous said...

Assalamua'alykum,

Pak Kassim, saya sangat menyayangi Muhammad Rasulullah. Maka, sudah pasti segala perbuatan, pemikiran dan segalanya menjadi pegangan saya. Selain dpd itu dijadikan sempadan.

Tapi tak bermakna saya memekakkan telinga dan membutakan mata dengan segala anasir lain. Ini penting utk mengetahui status pemikiran org lain agar kita tidak ikut membuta tuli.

Mereka yang fanatik tidak silap. Mereka hanya mnejadi mangsa keadaan dan provokasi media. Mempertahankan agama sudah menjadi t/jawab mereka jika para pemimpin (Pengamal Nasionalis), Polis dan FRU tak cukup jantan utk berbuat begitu!. Namun jika sesama Islam, sanggup dilanyak dan difitnah seperti binatang.

Adakah ini satu teori konspirasi utk menjadikan negara huru-hara/darurat agar Nasionalisme terus subur di bumi M'sia?

Wallahualam.

Kassim Ahmad said...

Sdr MMY,

1. Kita disuruh sayangi Tuhan, tetapi ikut Nabi Muhammad (termauk nabi-nail lain sebelumnya). Ajaran Nabi Muhammad lengkap dalam Quran. Hadis yang tidak bercanggah dengan Quran boleh diikut. Hadis yang bercanggah dengan Quran tidak boleh diikut.
2. Kalau saya tidak silap, tidak ada ayat Quran yang menyuruh kita mempertahankan agama Islam. Tuhan akan memepertahankan agamanya, mengikut kaedah-Nya. Kita hanya disuruh berjuang di JALAN ALLAH. Ini bermakna "menyerukan kebaikan dan melarang kejahatan".
3. Kita hanya dibenarkan berperang untuk mempertahankan diri dari serangan musuh. Kita tidak dibenarkan berperang dengan mereka yang tidak berperang dengan kita.
4. Kita diperintah oleh Tuhan supaya berdebat dengan bijaksana dengan agama-agama lain.
4. Sayang kepada bangsa (Nasionaisme/Patriotisme) itu termasuk ajaran Tuhan. Manusia dijadikan Tuhan berbangsa-bangsa. Ini sunnatullah. Yang salah itu cauvinisme, atau perkauman.
Harap Sdr faham. Wassalam.

eddeved said...

sememangnya apa yang pakcik Kassim sebut memang susah mahu difaham...tapi sebenarnya ia mudah...mungkin penulisan pakcik begitu lantang dan nampak seperti egoistik, tetapi jangan risau...manusia yang benar imannya akan memahami kerana mereka telah diberikan sesuatu kekuatan untuk memahami.

Anonymous said...

"Tiada paksaan dlm agama(Islam),sesungguhny
a telah jelas jalan yg benar dr jln yg sesat.Kerana itu,brg siapa yg ingkar kpd Thaghut dan dan beriman kpd Allah,maka sesungguhnya ia telah berpegang kpd buhul tali yg amat kuat yy tidak akan putus.Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."
Kalau kita mampu jelaskan kpd mereka yg bukan Islam,ertinya kita telah jelas dan faham dan kita sudah pun menerangkan kpd mereka,jd kalau mereka tidak mahu,tiada paksaan.Ttp knp pula ya para ulama,JAIM dan lain2 takut utk menerangkan dlm forum tersebut.Belum berjuang,sudah kalah?Apakah tak berpegang kpd tali2 Allah? Ya,kita harus ubah cara lama ini.

Anonymous said...

Tokoh sarjana kita, al-Imam al-Syafii yang melambangkan ketaatan kepada nas-nas sunah dan kebebasan dirinya yang agung dari ketaksuban pendapat. Beliau pernah berkata:
1)“Setiap apa yang aku ucapkan lalu didapati hadis yang sahih yang diriwayatkan daripada Rasulullah menyanggahi pendapatku, maka hadis itu yang lebih utama, jangan kamu mengikutiku.
2)Jika kamu dapati apa yang ada di dalam bukuku menyanggahi sunah Rasulullah s.a.w. maka berpeganglah dengan sunnah dan tinggalkanlah pendapatku.
3)Setiap perkara yang aku telah perkatakannya, sedangkan ada riwayat yang sahih di sisi ulama hadis daripada Nabi yang menyanggahi apa yang aku ucapkan, maka aku menarik balik ucapanku semasa hidupku dan selepas mati.”
4)“Apabila sahihnya sesuatu hadis maka itulah mazhabku


Amaran Allah supaya kita tidak terlalu taksub dengan pendapat2 para2 ulama berbanding wahyu Ilahi.
Surah At-Taubah
9:31
Mrk menjadikan org2 alimnya, & rahib2 mrk sbg Tuhan selain Allah&mempertuhankan
Al Masih putera Maryam.Pdhal mrk hanya disuruh menyembah Tuhan yg maha Esa;X Ada tuhan selain Dia.Maha Suci Allah dr apa yg mrk persekutukan.