Wednesday, March 23, 2011

PENGUMUMAN PENTING:
MESYUARAT AGUNG FORUM IQRA’
YANG KE-9 PADA 23 APRIL, 2011
DI HOTEL ARMADA, PETALING JAYA, SELANGOR, D.E.


Dengan ini dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Forum Iqra’ akan diadakan pada 23 April, 2011 di Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor, mulai pukul 9.00 pagi. Aturcaranya seperti berikut:-

Sesi Mesyuarat Agung: 9.00 pagi – 1.00 tgh.

9.00 pagi: Pendaftaran,
Bacaan Doa & Quran;
Pelantikan Penerusi Majlis;
Laporan Pegawai Pentadbir;
Ucapan Presiden;
Pemilihan Presiden dan Jawatankuasa Kerja untuk
Sesi 2011-2013;
Hal-hal lain.
Kehadiran terbatas kepada anggota-anggota Forum Iqra’ dan jemputan sahaja.

Sesi: Forum: 2.30 - 5.00 petang. Tajuk: "Pluralisme Agama". Ahli Panel: (3/4 orang) Dr Mohd. Asri Zainal Abidin; Dr. Chandra Muzaffar; Haji Ahmad Nakai'e, Dr. Abd. Hamid Othman, dan Kassim Ahmad.

Tiap Ahli Panel akan diberi masa bercakap selama 10 minit. Selepas semua Ahli Panel bercakap, majlis akan dibuka untuk soalan dan komen. Kemudian Ahli-ahli Panel akan diberi masa tiga minit seorang untuk menggulung.
Sdr Nik Aziz Abd. Rahman akan mempengerusikan Forum.
Orang ramai dijemput hadir.
Sila tujukan pertanyaan kepada Nik Aziz Hassan: 012-26224336 dan Warsa Mohamad: 016-4711779.

23 Mac, 2011.
Urusetia Pusat Forum Iqra’,
Kuala Lumpur.

1 comment:

cosmotext said...

salam pak kassim / urusetia foriq, lama benar saya tidak berkunjung ke blog ini. saya bersyukur kerana mengetahui foriq sudah mengadakan diskusi mengenai pluralisme yang dibangkitkan oleh beberapa agamawan yang pada hemat saya berkepentingan dan merupakan sebahagian dari wadah dan kebijakan pemerintah. apakah ada material / laporan hasil diskusi ini yang boleh dicapai, dibeli? terimak kasih pak kasssim.