Friday, March 04, 2011

REVOLUSI RAKYAT DI RANTAU ARAB –
TANDA KERUNTUHAN DUNIA LAMA YANG KORUP
DAN KEMUNCULAN DUNIA BARU YANG ADIL

Oleh: Kassim Ahmad

kassim311@yahoo.com

4 Mac, 2011

“Di sini (bumi) kamu akan hidup, di sini kamu akan mati dan dari
sini kamu akan dibangkitkan semula.”
Quran, 7: 25

Pada hari itu, tiap seorang akan dibayar mengikut apa yang
dia kerjakan. Tiada keazaliman pada hari itu. Tuhan penghisab
paling cekap.
Quran, 40: 17

Kebanyakan orang masih tertanya-tanya apakah makna dan implikasi revolusi-revolusi rakyat yang sedang melanda Asia Barat. Kekeliruan ini berpunca dari kegagalan mereka mengkaji kejadian dari segi intisarinya. Mereka lupa siapa mereka, dari mana mereka datang, dan ke mana mereka akan pergi. Kepada kebanyakan mereka, hidup ini tiada makna: suatu permainan di antara aneka tenaga: siapa kuat, dia naik. Dari dulu hingga sekarang, dan sampai bila-bila! Alangkah dangkalnya perkiraan mereka! Mereka melihat benda luaran semata-mata. Benda batin mereka tidak nampak. Inilah namanya buta hati!
Kita mesti bermula dengan Tuhan. Daripada Dia kita datang, dan kepada Dia kita akan kembali. Kita itu khalifah Tuhan di Bumi. Maknanya, kita raja, yang boleh menentukan nasib kita sendiri. Orang Islam yang membaca Quran patut tahu ini semua. Malangnya, mereka tidak membaca tetapi melagukan Quran, disuruh oleh suatu kasta paderi bernama ulama (“ular dalam semak”, kata budak-budak nakal kita!) yang telah mereka jadikan peranatara di antara mereka dan Tuhan, untuk mentafsir agama bagi mereka. Inilah yang dikatakan orang buta memimpin orang buta!
Manusia itu dijadikan Tuhan bebas, tetapi selama 5,000 tahun dia telah diperhambakan generasi demi generasi hingga sekarang. Ingat pahlawan hamba-abdi, Spartacus, yang bangun melawan Empayar Romawi lebih 2,000 tahun dulu, yang akhirnya ditangkap dan disalib? Dari saat itu hingga sekarang, kiralah berapa ratus ribu orang wira, lelaki dan perempuan, yang telah berjuang untuk membebaskan manusia dari pelbagai macam sistem perhambaan.
Sekarang masanya sudah tiba untuk manusia, khalifah Tuhan di Bumi, membuat perhitungan terakhir dengan semua sistem perhambaa. Dunia sudah menjadi Kampung Sejagat, bukan? Jangan sangka Revolusi Besar ini akan terbatas kepada rantau Arab saja. Ia revolusi seluruh dunia. Ia melibatkan Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Tiada rantau atau wiliyah yang terlindung dari ribut-tafan yang besar dan hebat ini. Seluruh sistem ekonomi-kewangan dunia yang berpusat di NewYork-London sedang runtuh dan suatu sistem antarabangsa lain akan menggantikannya.
Marilah kita lihat apa sebenarnya yang mencetus revolusi yang sedang melanda dunia Arab.Pengangguran yang meluas. Kenaikan harga barang-barang yang melambung. Tiada kebebasan bagi rakyat untuk menentukan nasib mereka. Mengapa semua ini berlaku, sedangkan Tuhan jadikan bumi kaya dengan hasil-mahsul dan manusia kreatif dan boleh menciptakn kekayaan dari kerja tangannya sendiri? Jawabnya, kerana kaum oligarki yang dipimpin oleh Amerika Syarika menciptakan perang untuk mendapat laba yang menggunung dari penjualan senjata! Mengapa A.S. dan P.B.B. tidak mengharamkan perang? Kerana perang menguntungkan kaum oligarki di A.S. dan anak-buah mereka di mana-mana. Kalau sains dan teknologi moden yang dimiliki A.S. dan Eropah digunakan untuk menghijaukan Afrika dengan ladang gandum dan padi, tiada manusia yang akan kebulur, dan kemiskinan akan dapat dihapuskan.
Jadi, keperluan pertama bagi revolusi besar ini menukar sifat A.S. dan Eropah daripada ketamakan kaum oligarki kepada kemurahan kaum humanis (istilah Lyndon LaRouche). Ini tidak boleh berlaku dalam masa sehari. Ia akan mengambil sedikit masa. Malah proses ini sudah pun berlaku sejak , saya berani berkata, Peperangan Dunia Pertama, apabila sistem internasional yang diwujudkan oleh Eropa moden mula retak dan pecah.
Negara kita Malaysia sebagian daripada dunia global sekarang. Kita tidak boleh hidup bersendirian. Ini tidak mungkin lagi. Kita kena memberi sumbangan kita ke arah usaha besar untuk mewujudkan sebuah dunia baru yang adil. Kita harus beryukur kepada Tuhan kerana kita memiliki kitab panduan yang kebal, iaitu Quran yang Mulia. Gunakanlah kitab ini dengan baik, dan kita akan berjaya. Pasti, kerana ini janji Tuhan dalam Quran, dan Tuhan tidak mungkir janji.

Kassim Ahmad seorang penulis bebas Malaysia. Laman wab beliau www.kassimahmad.blogspot.com

17 comments:

Anonymous said...

Jadi mahukah kita sependapat humbankan rejim UMNO/BN yang telah memerintah selama 53 tahun kerana kepimpinan mereka berbilion-bilion wang rakyat telah disapu misalnya RM 52 bilion untuk ekuiti orang Melayu/bumiputra hangus, berbilion-bilion (800 bilion hangus mengalir keluar sebagai wang haram), beratus-ratus skandal rasuah dan lihat kehidupan pemimpin UMNO dan bezakan dengan rakyat jelata. Atau kita akan membela mereka kerana UMNOlah pejuang dan pembela bumiputra, 'pembela 'kemerdekaan dan banyak lagi alasan nonsense yang akan diberikan.Rakyat akan diingat jangan kasi peluang pada parti pembangkang kerana mereka tak tahu mentadbir, berideologi yang saling bertentangan dan mereka menganut fahaman 'barat', penderhaka negara dan macam-macam lagi. Yang betul hanyalah ikut sararan Quran. Hanya UMNO saja yang memberi tafsiran benar tentang Quran yang lainnya adalah fahaman di luar sunah al-rasuah.
Quran tidak memilih bulu, ia menyeru kebaikan kepada semua bangsa bukan Melayu UMNO saja. Tapi manusia yang kononya nak memperjuangkan semua bangsa masih terikat dengan bangsanya sendiri walaupun mereka akan kata Perlembagaan dan Quran kita memelihara hak mereka.Tapi mereka yang dapat bantuan UMNO tidak mungkin berani kritik kezaliman kepimpinan 'tanpa ideologi/tanpa konsep perjuangan'alias UMNO yang tajam
melainkan membodek secara ketara mahupun tak ketara walaupun amat jelas kepimpinan mereka sudah merambat banyak wang rakyat.
Revolusi di negara Arab tidak mengguna Quran bagi menyedarkan rakyat tertindasnya.

Juang said...

Salam,

1) Di zaman maklumat di hujung jari, berita-berita mudah tersebar dengan cepat termasuklah berita revolusi. Tidak mustahil ia akan merebak ke serata dunia.
2) A.S dan Eropah telah melalui zaman revolusi agama mereka. Maka orang Timur (terutama yang mengaku Islam) perlu melalui perkara yang sama sebelum dunia berada di standard yang sama.

asyMok_Aambo said...

Dahulu, kini dan Selamanya...
Saya amat menghormati Peri Pandangan Ayahanda Kassim Ahmad.

Biarpun dulu, semasa saya belajar di Sekolah Menengah, nama Kassim Ahmad sering dimomokkan sebagai Golongan anti-Hadis, namun saya Syukur.

Saya akui.
Kita perlu terus Gali dan Mencari.

ILMU TUHAN MAHA LUAS.
Kita, setitik air pun belum tentu.

Saya senantiasa menekuni tulisan Ayahanda Kassim.

Terima kasih.
Orang berbudi kita Berbahasa.

Anonymous said...

tertarik dgn tajuk tuan hj tentang keruntuhan dunia lama dan kemunculan dunia baru.
tak tahu la saya samada burok yg dulu lebih baik dari burok yg sekarang atau baik yg dulu lebih baik dari baik yg sekarang.
cuma terjemahan akan sentiasa mengikut citarasa semasa.
dan juga yg mengherankan mungkin juga menakjubkan bahawasanya allah memang hebat ialah setiap kemunculan dan kematian sesuatu revolusi sentiasa ada sebaris atau dua baris ayat quran yg telah menyatakan akan terjadinya atau tidak terjadinya sesuatu revolusi.
samada quran berbohong atau manusia tidak pernah mahu belajar.

rantau arab pula akan sentiasa berlaku pergolakan sama seperti di tempat yg lain. lebih elok, lebih baik , lebih teruk, terpulang pada zaman itu untuk belajara daripadanya.

wasslam

Skygyver said...

Salam,

1. Memang benar di zaman IT ini maklumat mudah tersebar di hujung jari tapi idea kajian semula Al-Quran menyentuh sensitiviti kepercayaan orang2 Melayu kita. Pengaruh mereka jauh lebih kuat berbanding satu golongan lain yang mahu Al-Quran diketengahkan. Jika kita mula selangkah, mereka akan bina parit yg lebih besar utk menghalang. Perlu difikirkan strategi lain.

2. Revolusi di negara2 Arab hanya bersifat 'terlepas mulut harimau masuk ke dalam mulut buaya'. Barat masih memainkan peranan dlm menentukan arah pergerakan revolusi (damage control) di sana. Revolusi di sana hanya menyelesaikan masalah bangsa Arab buat seketika sahaja.

3. Memang telah tiba masanya bangsa Melayu memainkan peranan untuk membentuk tamadun dunia baru yang adil. Sheikh Taha Jabir al-Alwani mempunya pandangan yang menarik tentang peranan Alam Melayu. Bangsa-bangsa lain telah memainkan peranan dalam sejarah dalam mencipta tamadun dunia. Bangsa Arab, Turki dan Parsi telah mendapat peluang masing-masing. Hanya Alam Melayu belum memainkan peranannya dengan menggunakan Kitab Ilahi.

-skygyver-

Kassim Ahmad said...

1. Saya mengalu-alukan komen, sama ada setuju atau tidak, tetapi hendaklah dinyatakan tanpa emosi dan secara objektif. Komen hendaklah ringkas dan padat.
2. Sesetengah komen langsung terkeluar dari tajuk.
3. Dari hari ini, saya tidak akan layan lagi komen yang beremosi, apalagi terkeluar dari tajuk.
4. Pandangan hidup seorang mukmin optimis, bukan pesimis, kerana Tuhan berada di pihak mereka.

Juang said...

Salam,

1) Al Quran diturunkan ketika tanah Arab berada di tengah-tengah persaingan sengit antara Rom dan Parsi.
2) Hari ini, rantau Asia Tenggara menjadi titik tengah persaingan di antara Timur dan Barat.
3) Seperti dalam kitaran siang dan malam adanya tengahari, inilah masanya orang kita mudah nampak mesej Al Quran dengan jelas dan terang.
4) Semoga kita tidak menjadi bangsa yang tidur di tengahari, nanti rugi.

arya said...

Pada pandangan saya ada orang melihat agama Islam itu adalah untuk kepentingan Tuhan bukan untuk kepentingan manusia.
Islam itu lebih menjurus kepada notis Allah kepada manusia melalui Jibril, untuk memberitahu manusia tentang kewujudanNya, tentang ciptaanNya, tentang makhluknya dan tentang idea kehidupan yang boleh membantu manusia mencari ketenangan.
Tak ada kerja, tak ada wang, tak ada makanan, tak ada tempat tinggal, tak ada pakaian,tentu sekali tak ada ketenangan.Tanpa ketenangan jiwa yang selalu resah gelisah akan bangun memberontak.

Anonymous said...

Revolusi yang saya nantikan adalah bebasnya orang Melayu dari dijajah dengan nama Islam.

Kassim Ahmad said...

Sdr Otto Yth.,
1. Ini pasti akan berlaku. Tunggu sedikit masa lagi.
2. Lihat contoh di Iran. Di sana kasta paderi "Islam" berkuasa.
3. Kasta paderi ini tidak tahu-menahu tentang pentadbiran negara moden. Mereka membaca kitab kuning 1,000 tahun dulu!

Skygyver said...

1.Bersuara & menulis tidak cukup utk mencetuskan revolusi AQ.

2.Perlu ada tindakan utk menyedarkan masyarakat. Gunakan potensi S&T yg mampu mencabar ajaran sesat kasta paderi 'Islam'.

3.Ramai anak2 muda Melayu yg pandai dlm kejuruteraan boleh membantu usaha ini. Malangnya mereka x diajar menjadi seperti Elon Musk, Burt Rutan dan William C. Boeing.

4. Perlu digalakkan keusahawanan teknologi di kalangan org2 Melayu.

-skygyver-

Skygyver said...

1. Malaysia m'hadapi situasi yg sama;kos sara hidup naik, dan byk lg persamaan. Jika BN jatuh kerana kegagalannya mentadbir negara dgn baik dan PR mengambil alih negara, masalah yg sama tetap wujud; AQ tidak akan dikaji semula.

2. Musuh2 Tuan adalah mereka yg bersongkok dan juga berketayap putih. Idea Tuan tidak menarik perhatian mereka walaupun pimpinan negara berubah.

3. Saya masih x nampak bagaimana masalah di Asia Barat akan membuatkan org2 kita mengkaji semula AQ seperti yg disarankan Tuan?

Mohon pencerahan......

-skygyver-

Kassim Ahmad said...

1. Berapa kali sudah saya katakan, Islam itu bukan pada nama. Islam itu KEBEBASAN, KEBENARAN, KEADILAN, KASIH-SAYANG.
2. Quran itu ada dalam diri semua manusia. Lambat-laun ia akan zahir. Pengaruh syaitan hanya sementara.
3. Sekarang sudah tiba masanya ISLAM SEBENAR (din'ul-haqq/din'ul-Lah) akan lahir semula.
4. Anda jangan dakap tangan saja. Ayuh, berjuang di jalan Allah! Lihat Quran, 9: 111. Ini bukan tugas saya seorang. Tidak lama lagi saya akan pergi. Ini tugas semua khalifah Tuhan di Bumi.

Juang said...

Salam,

1) Gabungan Kitab Allah dan Sains & Teknologi mungkin resepi yang baik untuk menyedarkan manusia.
2) Nabi Nuh walaupun ada S&T, tetapi gagal menyedarkan kaumnya.
3) Pentingnya mengaitkan ilmu sains dengan Tuhan kerana Dia Pencipta semesta ini.
4) Masalah di Asia Barat membantu kita membuka mata untuk melihat, mereka yang tahu bahasa Arab pun belum tentu aman-damai (Islam) hidupnya.

husin syedmohamad said...

1/Kita semua yakin dan percaya Al Quran itu benar diturunkan oleh Allah.
2/ Kita berbeza pendapat berkaitan maksud dan amalan , walaupun sama-sama merujuk kepada Al Quran.
3/ Kita juga berbeza pendapat antara prinsip ( aqidah) dengan mencari model untuk dikuti. kita mudah mencari dan mengikut mengikut model ( sirah Islam dsbagainya) tanpa berfikir samada ia selaras atau bercanggah dengan prinsip.
4/ Model asing ditolak walaupun prinsip tidak bercanggah dengan Islam.
5/ Maka timbul kumpulan atas nama Islam , walaupun prinsip bercanggah dengan Islam, tetapi isinya sosialis, komunis, raja, diktator , ... pelbagai isma .

Al Mahadaya said...

Piramid di bina di zaman nabi Idris menyimpan kitab Thosa dan Thosama iaitu kitab hikmat yg memungkinkan manusia mencapai kemajuan yg tinggi. Ianya ada dinyatakan di dlm al quran yg dibaca manusia sebagai Tho Sin dan Tho Sin Mim tanpa makna. Byk lagi rahsia al quran yg cuba di sembunyikan apabila al quran di bariskan untuk mencipta Islam.
Kebangkitan agama tuhan ialah melalui ketinggian ilmu pengetahuan kerana setiap sesuatu yg dijadikan tuhan adalah dgn ilmu. Nabi2 menganut agama tuhan dan berjaya meletakkan umat manusia di puncak ketinggian peradaban.
Kejatuhan Malaysia akan membuka laluan bagi kebangkitan agama tuhan yg akan mempamerkan kekayaan dan kemakmuran serta keadilan untuk manusia sejagat.

Anonymous said...

Namun saya tidak pasti sama ada Islamnya kamu ini dapat menerima Melayu yang meninggalkan Islam.

Saya memperjuangkan kebebasan beragama, dan ini termasuk orang2 Melayu. Orang Melayu hendaklah bebas mengamalkan falsafah dan agama yang mereka fikir sesuai dengan mereka tanpa paksaan dan ikutan secara membabi buta.

Walaupun murtad, saya tidak anti Islam, saya kekal sebagai pemikir bebas ie free thinker.

Namun, saya memperjuangkan juga Islam atas nama kebebasan beragama dan fikiran.