Monday, March 28, 2011

ANWAR IBRAHIM: ANUGRAH TUHAN
KEPADA RAKYAT MALAYSIA,
ATAU TOKOH BESAR MACHIAVELLIAH MALAYSIA?

(Versi ini diperpanjang sedikit dari versi asal. -- K.A. )

Oleh: Kassim Ahmad
kassim311@yahoo.com

28 Mac, 2011

Ini kerana kamu seronok dengan selain daripada kebenaran di dunia. Kamu hanya mahu bermain. -- Quran, 40: 75.
Malangnya, ramai daripada rakyat Malaysia hari ini bertindak mengikut prasangka, bukan akal rasional. Dari mula kita merdeka hingga baru-baru ini, kita faham bahawa negara kita terdiri dari pelbagai kaum atau suku-bangsa, dan masing-masing kita berhak bercakap tentang hak kaum masing-masing tanpa menidakkan hak yang sah kaum yang lain. Tetapi, apabila muncul Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih daripada Barisan Nasional, mereka menyibarkan fitnah bahawa UMNO dan BN itu ‘rasis’, kerana terdiri daripada parti-parti berdasarkan kaum. Tokoh yang muncul untuk membawa lagu ini tidak lain daripada Anwar Ibrahim!
Saya bukan perkauman hendak mengahalang tertubuhnya parti berdarakan pelbagai kaum. Ini matlamat negara Malaysia yang sudah kita tubuhkan. Matlamat ini tidak mungkin kita capai dengan serta-merta. Ia akan mengambil masa dua atau tiga generasi, mungkin lebih. Demikianlah proses penubuhan semua negara-bangsa moden, termasuk Amerika Syarikat. Tetapi menyibarkan fitnah di kalangan rakyat bahawa BN itu sistem ‘rasis’ -- ini satu pembohongan besar yang boleh membawa mudarat besar kepada negara-bangsa Malaysia. Fitnah itu lebih buruk daripada pembunuhan. (Lihat Quran, 2: 191) Ia perlu dihentikan.
Anehnya, Anwar Ibrahim, yang dulunya dari kalangan piminan UMNO, telah menjadi tokoh besar untuk membawa perubahan (‘reformasi’, kata penyokong-penyokongnya) ini. Mengikut rekod, Anwar Ibrahim, semasa dalam Kerajaan BN dulu, tidak mempunyai rekod yang istiwewa. Beliau naik cepat dalam UMNO, kerana didukung oleh Perdama Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir. Kemudian beliau dipecat oleh Dr. Mahathir kerana watak beliau, yang mengikut Dr Mahathir, tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.
“Watak yang tidak sesuai” ini berhubung dengan perangai sex luarbiasanya, mengikut dakwaan sesetengah pihak. Kebanyakan rakyat, nampaknya, tidak bersetuju dengan penghukuman ini, lalu mereka memberi undi yang besar kepada beliau apabila beliau bertanding di kawasan Parlimen di Permatang Pauh, dan dengan itu menjadikan beliau Ketua Pembangkang.
Isteri beliau, Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, menyifatkan suaminya sebagai “anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia”, kerana telah sanggup menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dan masih tetap berdiri teguh sebagai tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri.
Sekarang beliau terlibat lagi dalam satu kencah keji video sex yang telah diketengahkan oleh beberapa orang musuh beliau. Saya tidak berminat tentang hal ini. Kita patut mengelak politik keji seperti ini. Sebagai orang Islam, kita dilarang mengintip orang lain. (Lihat Quran, 49: 12). Bahaya besar Anwar Ibrahim kepada negara kita, bukan kerana perangai sex kotornya, jika benar tuduhan-tuduhan itu. Bahaya besar beliau kerana falsafah politik Machavelliah yang beliau anut. Politik Machavelliah bererti menggunakan kaedah amoral, malah tidak beroral, untuk mencapai tujuan politik beliau. Fitnah yang beliau sebarkan sejak gerakan reformasi palsu beliau hingga sekarang telah mendatangkan kerosakan besar kepada negara kita. Hukum kepada pengkhianat itu bunuh. (Lihat Quran, 5: 33)
Dalam drama yang sedang kita lihat ini ada tiga pihak: PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana kita sudah terpengaruh dengan acuan dwi-sistem politik Barat Pemenerintah/Pembangkang), maka kita ingin membawa sistem itu ke negara kita. Walaupun kebanyakan orang boleh melihat ketidak-sesuain gabung politik oporcunis ini, masing-masing rakan kongsi tadi menggunakan masing-masing untuk kepenting berkuasa. Apabila mereka berkuasa, seperti yang telah dapat kita lihat sekarang, apa yang mereka tuduh terhadap UNMO-BN itu terlekat kepada mereka juga!
Mujurnya, UMNO dan BN, di bawah pimpinan Najib, telah memeranjatkan kebanyakan orang, kecuali segelintir penentang kepala batu beliau, dengan pelbagai trasformasik beliau yang telah berjaya membangkitan semula UMNO dan BN. Rakyat kita perlu memberi sokongan kepada beliau.
Dalam sebuah esei lain dalam blog ini, saya telah menganjurkan suatu sistem politik nasional kita sendiri yang jauh lebih baik daripada sistem dwi-parti Barat. Inilah sistem yang patut diusahakan oleh pemimpin dan cerdik-pandai kita. Kita jangan jadi pak-turut Barat. Saya menggesa Najib supaya mengambil daya-usaha untuk menyusun sistem politik nasional ini.

Kassim Ahmad seorang penulis Malaysia. Lama web beliau: www.kassimahmad.blogsopt.com

13 comments:

Anonymous said...

Saudara Kassim,
Kalau tidak kerana tindak-tanduk pemimpin umno yg tak sedar diri,org tidak memilih Anwar. PM byk perkara dia perlu perjelaskan atau bersihkan, terutama penglibatannya dlm kes bunuh.Banyak mana kebaikan/kerja yg beliau buat tak memberi erti pada kebanyakan rakyat jika dia dilihat tidak bersih.

Skygyver said...

Salam Pak Kassim,

Bak kata orang putih,

"The enemy of my enemy is my friend."

Setuju dgn Anon #1, rakyat memilih Anwar kerana obejktif utama mereka ialah tumbangkan kepimpinan UMNO yg semakin menyimpang jauh dari perjuangan asal mereka.

Kesempatan ini digunakan oleh PAS sebaik mungkin. Jangan salahkan PAS kerana UMNO sendiri memberi ruang.

-Skygyver-

Anonymous said...

Pak Kassim,
Anon menuduh PM dlm kes bunuh.Ini satu fitnah!Anon mesti repot polis jika berani.Shukran

wawa

asyMok_Aambo said...

Ayahanda Kassim,
Pada Pendapat Saya, Orang tidak ramai Yang Menyokong Saudara Anwar Ibrahim.

Tinggal lagi, 1999 adalah Protes Rakyat buat Negarawan Mahathir Mohamad sementara Tsunami 2008 adalah Rakyat BENCI Pada Pentadbiran Abdullah.
Itu Saja.

Jika Kerajaan Najib pula yang tersilap langkah, Usah Terkejut JIKA Majoriti Pengundi Berdaftar di Malaysia akan MENGHUKUM Kerajaan Najib.

Bukan Kerana Mereka SUKA pada Saudara Anwar n Co, TETAPI Rakyat Cerdik Pandai Ingin MENGHUKUM Keangkuhan Kerajaan Najib.

Terima Kasih.

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/ said...

Pada pandangan saya isu kes bunuh itu adalah di'created' oleh Anwar sendiri melalui perantaraan Raja Petra (RPK) sebagai character assination terhadap Najib.

Papatah Melayu ada mengatakan "Berani kerana benar dan takut kerana salah"

Apapun sikap berani kerana benar Najib itulah harus diber pujian sebagai umat Islam kerana dia percayakan kepada kekuasaan Allah swt dan balasanNya.

Najib telah bersumpah muhabalah di dalam masjid menafikan dakwaan Anwar yang beliau terbabit dalam kes pembunuhan Altantuya. Namun sehingga hari ini Anwar masih lagi dalam ketakutan untuk bersumpah muhabalah menafikan beliau terlibat dalam kegiatan liwat dan kegiatan zina, termasuk berzina dengan Samsidar Taharin, isteri Azmin sendiri hingga lahirnya Afifa.

Sampai kiamat Anwar tidak berani bersumpah.

kelab afyassin said...

Sdr. Kassim, mana gading yang tak retak. Hanya disayangkan Melayu berpecah hanya kerana agenda peribadi sempit masing-masing kelompok tanpa memberi pertimbangan kepada kelangsungan hidup bangsa. Nampaknya sejarah berulang banyak kali dan kini kita sedang mengalami pengulaangan sejarah yang entah ke berapa kali. Melayu bercakarn sesama sendiri. Nampaknya jong pecah yu yang kenyang. Amat disayangkan.

Kassim Ahmad said...

1. "Berani kerana benar" itu betul. Walaupun orang yang jujur itu kecil bilangannya (kira-kira 30%), mereka dapat menguasai masyarakat serta membawa kejayaan.
2. Ayuh, kita jangan pedulikan orang kepala batu ini. Mereka itu syaitan! Kita terus berjuang. Kita pasti akan menang, kerana Tuha di pihak kita.
3. Kepala perosak di bumi akan kita dedahkan.

Juang said...

Salam,

1) Reformasi 1998 banyak didokong oleh semangat darah muda belia-belia negara yang ketika itu melihat Anwar sebagai ikon "Islamik" dan "kesejagatan".
2) Keupayaan pentadbiran DS Najib memahami inspirasi golongan muda dapat menarik kembali sokongan mereka kepada BN.
3) Dengan mengambil kembali nilai-nilai murnia yang ada dalam Al Quran, fitnah yang Pak Kassim maksudkan pasti mampu dikalahkan.

Anonymous said...

-Apa hukum nya bersumpah? Siapa yg harus bersumpah? menuduh atau yang dituduh harus bersumpah?
-Apa hukumnya manusia memfitnah perlakuan serata media sebelum di adili?
-Kini, anak saya sudah mula bertanya, apa itu liwat?apa itu video sexs?Akbar,television, perkataan inilah yang dipertontonkan sekian hari..
- Bodohnya anwar dipenjara, dihukum,dipukul dipenjara,diaibkan serata dunia dengan cerita liwat dan sexs, keluarga dihina & diaibkan seolah olah dialah dajjal yg dilaknat.Tapi bila dibebaskan,bangkit semula dengan reformasinya.
-kasihan Rendra & teman nya menyimpan simpati pada nya.sia sia karya seni untuk anwar..

Semoga Allah swt memberikan ketenangan & kebahagiaaan di dunia untuk Pak Kassim atas ilmu yang di berikan.

MZP

Anonymous said...

“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka lapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. (Surah al-Nur: ayat 4).

Anonymous said...

Zaman berubah perilaku tak berubah
Orang berubah tingkah laku tak berubah
Wajah berubah kok menjadi lebih susah
Manusia berubah berubah - rubah
...
Gandhi yang dicari yang ada komedi
Revolusi dinanti yang datang Azahari
Lembaga berdiri berselimut korupsi
Wibawa menjadi alat melindungi diri

Pendidikan adalah anak tiri yang kesepian
Agama sebagai topeng yang menjijikkan
Kemiskinan merajalela yang kaya makin rakus saja
Hukum dan kesehatan diperjual belikan

Kesaksian tergusur oleh kepentingan ngawur
Pemerintah keasyikan berpolitik (ngawur)
Partai politik sibuk menuhankan uang (ngawur)
Ada rakyat yang lapar makan daun dan arang

Televisi sibuk mencari iklan
Sementara banyak yang tunggu giliran
Rakyat dan sang jelata menatap dengan mata kosong
Dimana aku apa ditelan tsunami ?

Kassim Ahmad said...

Sdr A.F. Yassin,
1. Saya mahu berjumpa dengan Sdr. Saya akan ada di KL pada 23 April ini (Sabtu).
2. Saya ada dua mesyuarat di Hotel Armada, P.J. (a) Mesyuarat Agung Foriq mulai pukul 9.30 pagi. (b) Forum Awam tt "Pluralisme Agama" mulai pukul 2.30 petang.
3. Sdr dijemput kepada kedua-duanya.
Wasaalam.
Kassim

Kassim Ahmad said...

Sdr A.F. Yassin: No. kontek saya: 012-4291152.-- K.A.