Sunday, July 22, 2012

SEKALI LAGI TT 'AURAT WANITA

Sekali lagi soal 'aurat wanita

1. 90% daripada komen tt esei saya yang bertaujuk "Rambut Wanita Bukan 'Aurat" membantah. Sesetengah bantahan ini datang dari kaum lelaki. Ini menunjukkan bahawa sesetengah kaum lelaki bersikap menekan terhadap kaum wanita seolah-olah kaum wanita itu hak-milik mereka! Sikap tiranikal ini tidak selaras dengan ajaran Quran bahawa lelaki dan wanita itu pada prinsipnya sama. (Quran, 4: 1)
2. Tiga ayat Quran (24: 30-31; 33: 59; dan 7: 26) menjelaskan sepenuhnya perkara ini. Pertama, mereka harus menutp dada dan melabuhkan pakaian mereka. Kedua, mereka tidak harus memperlihatkan kecantikan mereka. (Perhatikan ramai wanita yang bertudung, tetapi memperlihat bentuk badan mereka yang ramping denagn buad dada yang menonjol! Ketiga, ayat 7:26 merumuskan kegunaan pakaian dengan cantik, iaitu (i) menutup badan, (ii) untuk perhiasan, dan (iii) pakaian takwa, yakni sopan.
3. Ayat 5: 6 tt wuduk membuktikan bahawa rambut wanita tidak ditutup, kerana kita (lelaki dan wanita) disuruh sapu kepala. Tujuan menyapa kepala itu membersihkan kepala kita daripada habuk yang telah menghinggap di kepala kita.
4. Dengan huraian yang lengkap ini, perbahasan tt perkara ini ditutup. -- Kassim Ahmad

10 comments:

Anonymous said...

Apalah nasibnya orang 'Islam' yang sedang mencari Islam tulen tak habis-habis membicara AURAT WANITA, sembahyang, hajji, shahadat, puasa, dan sepekara yang berkaitan dengan ritual atau aqidahnya yang mana pelbagai tafsiran akan tetap menyemput mereka padahal perkara itu semua tidak memberi ilmu untuk mereka maju ke hadapan.
Sama juga dalam bidang politik rejim asyik membicarakan isu liwat, video seks, komunis, Singapura, Mei 13, sehingga lupa untuk memfokus kepada urusan negara untuk maju.
Saya hairan kenapa masyarakat Melayu di negara kita bagaikan minda mereka dikepung asyik dan ghairan menimbulkan isu-isu tadi.
Isu-isu bagaimana didikan Islam boleh membebaskan minda orangnya daripa sering dibodohkan oleh kalangan agama dan pemimpin harus diberi perhatian. Lihat bagaimana Taliban berusaha mahu mematikan pendudukan AS di negaranya? Mereka tiada masa membicarakan hal-hal remeh temeh seperti aurat wanita. Rakyatnya dicelikan yang AS tu penghancur tamadun mereka.

Anonymous said...

salam Pak Kassim,
Kebanyakkan mereka yg membantah ini hanya mengikut apa2 yg mereka belajar atau dengar dari ustaz2. Amat sedikit daripada mereka ini yg benar2 mencari jawapannya dari sumber yg SAHIH, iaitu Quran.

mikat.

Kassim Ahmad said...

1. Benar katamu, Mikat. Terima kasih.
2. 'Aurat wanita bukan perkara remeh, namun bukan perkara nombor wahid. Soalnya, kita perlu berdasarlkan ajaran Quran, bukan prasangka cauvinis lelaki.

MelayuKito said...

is that tudung wearing women is an arab culture.

A lot of Islam is arabic because the Arabs were the one bringing it.

All to their advantage of course.

Therefore for us malays, we have to select only logical and practical aspect of Islam to suit best our needs.

For instance the Arabs says that arabic is the language of heaven. Naturally but we want to memperkasa BM and learn english.

Why? Because arabic will get us nowhere. Besides we will be using it in heaven anyway..

Yang menjelikkan lagi adalah lelaki melayu yang memakaikan anak perempuan yang belum baligh tudung. Itu bukan pun budaya arab.

Jika kita jumpa arab di KLCC hanya perempuan dewasa pakai hijab yang kecil pakai pakaian barat.

Ini kerana perempuan adalah objek seks dan yang kecil dikecualikan.

Itulah tanda kebodohan setengah melayu ni. bukan semua. bukan melayu mcm kita hehe..

Kassim Ahmad said...

1. Betul, sesetengahnya budaya Arab.
2. Namun demikian, kita bercakap tt ikut ajaran Quran. Dalam Quran jelas sekali rambut wanita bukan 'aurat.
3. Mengapa ulama tidak menyatakan demikian? Kerana mereka cauvinis lelaki yang menganggap wanita sebagai objek seks semata-mata!

Anonymous said...

betul kata Tuan Hj.
org kalau mata dan teling dah buta dan pekak, letak la ayat apa pun, nescaya yg dia org tak kan percaya. yg heran nya, ramai yg berbicara mengenai quran tapi reasoning mereka lebih kepada self interpretation, dan megikut budaya arab.

Anonymous said...

Kesihan wanita...terus dihina hanya kerana hukum ikut-ikutan...lebih malang lagi apabila yang turut menghina adalah dari kalagnan wanita itu sendiri...Allah AlA'laam


ProQuran

Anonymous said...

masaalahnya kebanyakan orang melayu kita hanya pandai membaca dan melagukan AlQuran dalam bahasa arab yang di ajar oleh ustaz2 mereka sejak dari kecil lagi yang sampai ke tua dia sendiri pun tak tahu apa yang dibaca dan maknanya, dan bila issue seperti diatas timbul mula lah rujuk untuk mendapatkan jawapan dengan ustaz2 dari pelbagai mazahab yang biasanya akan berpandukan hadis dan bukannya AlQuran, dan kalau mereka guna AlQuran sekalipun mereka akan mentafsir ikut suka mereka sahaja walhal AlQuran itu Terang, Jelas dan Nyata. Oleh sebab itu bila Tuan menjelaskan berpandukan AlQuran mereka akan menyanggah dan Tuan di cop sebagai anti hadis. Pada saya AlQuran itu terkandung Message dari Allah untuk kita fahami bukan sekadar dibaca dalam bahasa arab, lalu dilagukan dan disyairkan tanpa tahu apa maknanya.

Kassim Ahmad said...

Tuan Muhammad,
1. Quran itu nombor satu bagi kita.
2. Rambut wanita bukan aurat jelas dari 24: 30-31 dan 5: 6.
3. Tuan mengulang fitnah yang dilemparkan terhadap saya. Saya hanya minta Hadis dinilai semula, kerana banyak hadis dusta.

Unknown said...

Assalamualaikum, terimakasih kepada Pak Kassim Ahmad tentang huraian huraian mengenai isu ini dan juga tawhid. Saya baca terjemahan al quran dari awal hingga akhir lebih dari 5 kali dan masih terus membaca sehingga sekarang dan tidak jumpa tentang wanita yang tidak bertudung masuk neraka, bahkan surah An Nur bukan sahaja bercakap tentang isu tudung tapi hal lain yang lebih berat dan saya mengaku bahawa banyak isu isu agama zaman ini adalah sebab ikutan melulu tanpa kajian lebih dalam. Sayang sekali